Anda di halaman 1dari 1

Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan.

Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini


kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin
keberkatan hidup yang hakiki.
Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan
mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu
diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan
jangan sesekali mengikut jejak syaitan.
Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju
ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah,
kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha.
Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada
dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang
tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus
baginya memasuki syurga.

Anda mungkin juga menyukai