Anda di halaman 1dari 1

PETUA UNTUK MASAKAN LEBIH LAZAT DAN ENAK

Assalamualaikum,

Ramai orang suka memasak dan pastinya kita gembira sekiranya masakan kita itu habis di makan
dan mendapat pujian atau sanjungan dari ahli keluarga serta tetamu (Alhamdulillah). Selain bahan,
rempah, rencah dan perisa masakan, banyak lagi rahsia chef atau tukang masak untuk memastikan
masakan mereka lazat dan enak. Di dalam Al-Quran ada rahsia untuk menjadikan masakan kita
menjadi sangat lazat, bermanfaat lagi berkat dari dunia sampai akhirat. Apakah petuanya??

Ketika memasak, bacalah Al-Fatihah khusus untuk Nabi Muhammad. Kemudian, bacalah surah Al-
Kauthar sebanyak 3 kali dan bersolawat ke atas Nabi Muhammad secara terus menerus sehingga
selesai memasak. Akhir sekali, nikmatilah hasil masakan anda yang sangat luar biasa lazatnya.

Kongsikan petua ini sesama Muslimin & Muslimah untuk lebih manfaat dan keberkatan di dalam
masakan. Sekian wabillahi'taufiq wal'hidayah.

Anda mungkin juga menyukai