Anda di halaman 1dari 2

Latihan Peribahasa 1

Bacakan ayatayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang


sesuai dengan maksud ayat tersebut:

1. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki kerana rezeki tidak
datang sendiri.

Jawapan:

A. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang

B. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

C. Sehari selembar benar, lama lama menjadi kain


2. Cerita tentang kejahatan anak Tok Penghulu bukan rekaan penduduk
kampong semata-mata kerana cerita itu tersebar daripada sumber yang boleh
dipercayai.

Jawapan:

A. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

B. Laksana pohon kayu tiada berbuah

C. Sedikit sedikit lama lama jadi bukit

3. Usaha Kesatuan Sekerja mengadakan mogok untuk menuntut kenaikan
gaji daripada majikan hanya sia-sia kerana bukan sahaja tuntutan mereka tidak
dilayan, malah mereka diancam akan dibuang kerja jika meneruskan mogok.

Jawapan:

A. Kalau kail panjang sejengkal jangan diduga lautan dalam

B. Cacing kepanasan

C. Kecil Tapak tangan nyiru ditadahkan.

4. Tingkah laku anak-anak bergantung pada didikan yang diterima daripada
ibubapa mereka.

Jawapan:

A. Telur dihujung tanduk

B. Bagaimana acuan begitulah kuihnya

C. Sela;I air bah sekali pasir berubah.

5. Amirul tidak terlalu mengambil kira akan harga sesuatu barang asalkan
barang itu tahan lama apabila digunakan.

Jawapan:

A. Sekali air besar sekali tepian beranjak.

B. Bagai pahat dengan penukul.

C. Alah membeli menang memakai.

6. Abdullah terpaksa mendedahkan tingkah laku negative rakannya
walaupun menyedari tindakan tersebut akan menimbulkan kemarahan rakanyya
itu.

Japawan:

A. Bagai bulan dipagar bintang

B. Embun di hujung rumput

C. Api yang kecil baik dipadamkan.

Anda mungkin juga menyukai