Anda di halaman 1dari 15

>KASUT>>>>>>KELOPAK>>> JANTUNG>

>>>>>>>>>BLACK>>>>>RED>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>KAMEHA>>>>>>>>>>>>>
NAMA AHLI:
1. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MUHD ADIB AKMAL
2.>>>>>>>>>>>>>>LAI XUAN WEI
3.>>>>>>>>>FARHAN NABIL
4. >>>>>>>>>>>>>LAU CHUN HUNG
5. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>> ARIFF HAIMAN
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang
menerima bungkusan hadiah setiap tahun,
terutamanya pada Hari Guru teringat semula
peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun
dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru
di kawasan pedalaman. Cikgu Harun
sememangnya seorang guru yang tegas
dalam soal keceriaan pelajar dan kelas.
Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai
kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu
sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah

, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana
tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu,
Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan
menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat
kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya
untuk dijadikan kasut. Ahmad merupakan
murid yang patuh akan arahan gurunya terus
mengikat kelopak jantung pisang. Dia berasa
malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu
Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli
kasut sekolah demi keselamatan kakinya.
SAMBUNGAN SINOPSIS
SAMBUNGAN SINOPSIS
Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke
rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak
dikesan oleh kawan-kawan. Sejak hari itu, Ahmad
tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan
perkara tersebut dan mengetahui bahawa Ahmad
ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa
kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula
mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad
untuk mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya,
dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama
ibunya yang uzur dan tua tidak mampu membeli
kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik
cili di kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh
akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang
kasut dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang
berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah
belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus
besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.
Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu
Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.

SAMBUNGAN SINOPSIS
TEMA
Penghargaan seorang murid
terhadap jasa guru yang ikhlas
membantunya sewaktu murid
itu miskin dengan
menekankannya kepentingan
memakai kasut.
PERSOALAN
1. Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.
Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk
merenung wajahnya tepat-tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu
Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian
sukan.
2. Keprihatinan guru terhadap masalah murid.
Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga
Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform
sekolah.
3. Keikhlasan murid membalas jasa guru.
Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi,
namun dia tetapi mengingati jasa Cikgu Harun dengan
menghadiahinya sepasang kasut pada setiap Hari Guru.

4. Kepentingan memakai kasut di sekolah.
Buktinya, Cikgu Harun tegas memastikan
pelajar memakai kasut supaya muridnya tidak
mengalami kecederaan kaki.
5. Penghargaan murid terhadap jasa guru.
Buktinya, setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan
menerima hadiah berupa kasut berjenama
mahal daripada anak muridnya yang
mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah
30 tahun berlalu.
SAMBUNGAN PERSOALAN
NILAI MURNI DAN PENGAJARAN
1. Menghormati orang yang lebih tua
Pengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih
berpengalaman daripada kita.
Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari
arahannya.

2. Keinsafan
Pengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak
mengulanginya.
Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh
dengan keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu
membeli kasut sekolah.

3.Keikhlasan
Pengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang.
Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya
hadiah berupa sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.
4. Ketabahan

Pengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi
mematangkan diri.
Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup
mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili
untuk menampung perbelanjaan keluarga.

5. Kesabaran

Pengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam
kehidupan.
Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang
tidak membawa kasut dan pakaian sukan.

6. Kegigihan

Pengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang berjaya.
Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin
sehingga berjaya menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut berjenama.
7. Bertanggungjawab
Pengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh
bertanggungjawab.
Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia
memastikan semua anak muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai
untuk menjalankan aktiviti bersenam di padang.

8. Kesungguhan
Pengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah
kehidupan keluarga yang miskin.
Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat
jawatan tinggi dalam sebuah syarikat kasut berjenama.

9. Baik hati
Pengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang
memerlukannya mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban
mereka.
Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan sepasang
uniform sekolah.
WATAK DAN PERWATAKAN
CIKGU HARUN
Cikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan
guru. Beliau pernah mengajar di kawasan
pedalaman 30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin
akan kebajikan murid telah menghadiahkan
sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut
kepada Ahmad. Beliau yang pernah bertegas
dengan anak muridnya itu mendapat balasan baik
daripada anak muridnya yang menghadiahinya
sepasang kasut berjenama mahal pada setiap
sambutan Hari Guru.
AHMAD
Ahmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal
di hujung kampung, kawasan pedalaman. Dia terpaksa
mengambil upah memetik cili hanya untuk
mengumpulkan wang demi membeli kasut sekolah
lantaran ibunya yang tua dan uzur. Ahmad tidak pernah
ponteng sekolah malah sentiasa mengikut arahan
gurunya, Cikgu Harun. Walaupun Cikgu Harun
mengarahkannya memakai kasut yang diperbuat
daripada kelopak jantung pisang, dia tetap menurut
perintah tersebut. Ahmad akhirnya menjadi seorang
yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat pengeluar
kasut terkemuka di bandar masih mengingati jasa
gurunya dengan menghadiahi Cikgu Harun sepasang
kasut pada Hari Guru.
IBU AHMAD
Ibu Ahmad seorang wanita separuh umur yang
sudah uzur. Dia tinggal bersama anaknya,
Ahmad di sebuah pondok usang di hujung
kampung. Walaupun miskin harta, ibu Ahmad
amat menghormati tetamu kerana menjemput
Cikgu Harun masuk ke rumah sementara
menunggu Ahmad pulang ke rumah. Ibu Ahmad
tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh sebab
itu, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik
cili demi menampung perbelanjaan keluarga di
samping membeli kasut sekolah.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai