Anda di halaman 1dari 4

UCAPAN

PERASMIAN

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia.


Saya amat gembira pada petang ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama warga sekolah ini
bagi menyaksikan Majlis Penutupan Kojohanan Padang dan Balapan SMK Air Merah Kali Ke-13, 2015. Terima
kasih saya ucapkan atas jemputan pihak sekolah untuk merasmikan majlis yang penuh bermakna ini.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga sekolah kerana
berjaya menganjurkan kejohanan ini walaupun dalam keadaan cuaca yang panas terik serta kekangan masa
kerana dalam masa yang sama giat menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran serta program-program
peningkatan akademik di dalam kelas.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kejohanan sukan seperti ini bukan hanya semata-mata bertujuan menentukan juara atau pemenang
bagi sesuatu acara, perkara yang lebih penting daripada itu ialah kejohanan ini memberikan pendidikan dan
pengajaran secara tidak langsung kepada para pelajar bahawa kejayaan itu tidak datang dengan sendirinya
tetapi hanya akan dicapai melalui perancangan yang rapi, usaha berterusan, ketekunan dan sedikit
pengorbanan. Kejohanan seperti ini juga diharap menjadi landasan untuk menjalin kerjasama yang tinggi, saling
hormat-menghormati seterusnya memperkukuh perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah. Matlamat
akhirnya kita dapat membentuk masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan sayangmenyayangi.
Kegiatan sukan yang dijalankan secara berterusan dan berdisiplin akan menjadi benteng penghalang
yang kukuh serta mampu menghalang para pelajar daripada terlibat atau terpengaruh dalam pelbagai aktiviti
yang tidak sihat di sekeliling kita. Melalui kegiatan sukan juga kita mampu melahirkan modal insan yang
berkualiti, insan yang terdidik dan berminda kelas pertama. Inilah ciri-ciri penaraju kepimpinan negara pada
masa hadapan.
Aktiviti sukan juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia
khususnya dalam kalangan pelajar sekalian. Kita tidak harus alpa bahawa membina sebuah masyarakat yang
harmoni dan berjaya harus dimulakan di peringkat sekolah yakni melalui bidang sukan. Semangat kerjasama
dan toleransi harus menjadi pegangan dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua atlet harus bersatu
padu tanpa mengira warna kulit, bangsan dan agama.
Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa
pengelola kerana telah menganjurkan Kejohanan Padang dan Balapan SMK Air Merah kali ke-13dengan
jayanya. Kepada para atlet yang mengambil bahagian dan meraih kemenangan selepas ini, saya ucapkan
tahniah dan kepada yang belum berjaya jangan berputus asa, penyertaan anda sudah pun menunjukkan anda
telah mencipta kerjaya.
Saya dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Kejohanan Padang dan Balapan SMK Air
Merah Kali Ke-13.

UCAPAN HARI
SUKAN

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah swt atas segala limpahan rahmat dan kasih-Nya dapat kita berkumpul
pada petang ini untuk sama-sama menyaksikan Kejohanan Padang dan Balapan SMK Air Merah Kali Ke-13 bagi tahun
2015. Terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh warga SMK Air Merah mengucapkan Selamat Datang kepada semua
tetamu yang hadir untuk sama-sama merasai dan menyaksikan Kejohanan Padang dan Balapan pada tahun ini.
Para hadirin yang dihormati,
Bidang sukan merupakan platform terbaik untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cergas fizikal dan mental.
Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang dalam pelbagai aspek merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi;
sukan mampu membentuk seorang pelajar dan atlet berhemah tinggi, berdisiplin, bertanggugjawab dan mempunyai jati diri
dan kepimpinan yang tinggi. Dalam keadaan cuaca yang agak panas ketika ini, saya berdoa dan amat berharap agar para
pelajar dan guru-guru mengutamakan kesihatan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini sepanjang
kejohanan ini berlangsung.
Genggam bara api biar sampai menjadi arang, begitulah kata-kata semangat yang harus dipegang agar kita
mendapat kemenangan. Kemenangan memang penting dalam sesuatu pertandingan, namun perkara yang lebih penting
adalah mengambil bahagian, mengutamakan semangat kesukanan dan matlamat sukan itu sendiri yang bertujuan untuk
memperoleh kesihatan fizikal dan kesejahteraan dalam amalan kehidupan. Semoga kita semua dapat menemui, merasai,
menikmati dan mengecapi matlamat yang dicari melalui semangat juang yang tinggi, kerjasama, setiakawan dan
persaudaraan antara kita.
Bermula dari mesyuarat jawatankuasa rumah sukan, sesi latihan, sukan tara dan saringan yang telah diadakan,
para pelajar dan guru-guru telah membuktikan bahawa kita tidak hanya berhasrat dan menaruh impian untuk cemerlang
dalam akademik semata-mata tetapi pada masa yang sama kita juga ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
bidang sukan. Kegigihan dan kesungguhan para pelajar dan guru-guru mengikuti semua aktiviti yang saya sebutkan tadi
benar-benar mencerminkan kita semua kental dan kebal menghadapi cabaran walaupun terpaksa berdepan dengan cuaca
yang panas dan memenatkan. Pencapaian para pelajar dalam bidang sukan membolehkan kita tidak ketinggalan dalam
melahirkan jaguh-jaguh sukan yang hebat malah berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah lain. Beberapa atlet sekolah
kita juga turut mengharumkan nama sekolah kerana memenangi acara diperingkat daerah. Syabas dan tahniah.
Para atlet kejohanan sekalian,
Saya menyeru kepada para pelajar semua, bersepakatlah untuk meningkatkan kualiti kejohanan, tunjukkan
semangat yang komited untuk memecahkan sebanyak mungkin rekod kejohanan, pamerkan disiplin individu dan kontinjen
ke tahap maksimum, inilah peluang untuk mengeratkan silaturahim ke tahap optimum. Kepada pelajar yang terserlah
kecemerlangannya dalam bidang sukan diharapkan dapat menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang
lebih tinggi untuk mewakili daerah, negeri dan negara.
Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan sokongan kepada anak-anak yang
bergiat cergas dalam bidang sukan dan kokurikulum. Sokonglah kami untuk membentuk generasi masa depan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun:
Pulang kelah sepat beriringan
Sempat dimakan ikan haruan,
Menang kalah adat pertandingan,
Semangat kesukanan tonggak kejayaan

LAGU
SEKOLAH

BERDIRI MEGAH DAN TERSERGAM INDAH


MENGANGKAT MARTABAT BANGSA YANG GAGAH
MELAHIRKAN WARGA GEMILANG DAN BERHEMAH
MAJU LAH SMK AIR MERAH
KAMI LAH PUTRA PUTRI NAN SEJATI
GAGAH BERDIRI BERIKRAR DAN BERJANJI
KESANTUNAN BUDI BIJAK DAN BESTARI
RAJIN USAHA CEKAL DI HATI
MENJANA KECEMERLANGAN SLOGAN KAMI
TEKUN USAHA DAN BERJATI DIRI
CEMERLANG GEMILANG NAMA HARUM TERBILANG
ITULAH WAWASAN KAMI
GURU-GURU PENUH BERDEDIKASI
IKHLAS BERBAKTI CAPAI ASPIRASI
JASAMU MEWANGI MENJADI KEBANGSAAN
KEKAL ABADI SEPANJANG ZAMAN
SMK AIR MERAH SENTIASA CEMERLANG

PANTUN
SUKAN

Kain cindai bawa berjalan,


Buat mengibas nyamuk dan agas;
Rajin dan tabah dalam bersukan,
Minda cerdas jasmani cergas.
Harum sungguh bunga kemboja,
Disusun dara dari Mandilin;
Sukan membentuk semangat waja,
Sentiasa ceria cergas berdisiplin.
Berkhasiat sungguh air halia,
Dimasak dengan air telaga;
Beriadah bersukan amalan mulia,
Badan sihat tentu bertenaga.
Burung undan burung tempua,
Hinggap berehat di pohon kayu;
Sukan amalan untuk semua,
Rakyat sihat negara maju.
Sayang Singapura sungainya jernih,
Tempat laluan sampan dan kolek;
Segar jasmani jiwa bersih,
Aktiviti sukan amalan yang baik

Anda mungkin juga menyukai