Anda di halaman 1dari 27

MORFOLOGI

BAHASA MELAYU
KATA TUGAS BAHASA MELAYU
Kelompok Dasar Kata Tugas
Kata Praklausa

Disediakan oleh:
Evylin Yutis
Rosney Gani
Kelompok Dasar Kata Tugas
Bagi memudahkan penghuraian, 17 jenis kata
tugas boleh dikelompokkan ke dalam 4
kelompok, berdasarkan kriteria kedudukan dan
fungsinya dalam binaan ayat, seperti berikut;
i. Kata penyambung ayat
ii. Kata praklausa
iii. Kata prafrasa dan pascafrasa
iv. Kata pascakata


Kata Penyambung Ayat


Kata penyambung ayat terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
Kata Hubung Gabungan
Kata Hubung Pancangan


Kata hubung gabungan merupakan perkataan yang
menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama tara
seperti dan, serta, tetapi, lalu, atau, sambil dan kecuali.




dan
Digunakan untuk menghubungkan sesuatu dengan
unsur pertama. Contoh:
i. Dia pandai melukis dan bermain gitar.
ii. Wang dan jam tangannya hilang ketika bermain bola
sepak.
iii. Ali dan adiknya sedang menarik sampan.



serta
Digunakan untuk menyatakan maksud penyertaan
atau persamaan dengan unsur pertama (seperti dan).
Contohnya:
i. Dia serta abangnya pergi ke sana.
ii. Pelukis itu mahir serta kreatif.
iii. Maryam serta keluarganya hendak membersihkan
rumah mereka.


atau
Digunakan untuk menyatakan pilihan atau sesuatu.
Contohnya:
i. Jamal atau Jamil yang sakit?
ii. Saya akan pulang ke negara saya, esok atau lusa.
iii. Siti membaca atau mengemas bilik?



tetapi
Digunakan untuk menyatakan maksud pertentangan
atau perbezaan dengan unsur pertama. Contohnya:
i. Usianya sudah lanjut tetapi penglihatannya belum
kabur lagi.
ii. Budak itu bijak tetapi malas.
iii. Projeknya bernas tetapi memerlukan perbelanjaan
yang besar.



sambil
Digunakan untuk menyatakan maksud perbuatan
serentak dengan unsur pertama. Contohnya:
i. Dia melukis sambil mendengar radio.
ii. Dia berjalan pulang sambil menyanyi.
iii. Liya melambai sambil tersenyum.



lalu
Digunakan untuk menyatakan perbuatan yang
dilakukan selepas unsur pertama. Contoh:
i. Dia mengambil surat itu lalu membacanya.
ii. Abang ke kamarnya lalu tidur.
iii. Kamil membuka begnya lalu mengambil sebuah buku.



kecuali
Digunakan untuk menyatakan maksud kelainan
dengan unsur pertama. Contoh:
i. Kedai itu dibuka setiap hari kecuali hari cuti umum.
ii. Sukan itu akan dilangsungkan kecuali hari hujan.
iii. Semua keluarganya berjawatan tinggi kecuali
abangnya.



Kata hubung pancangan menghubungkan dua klausa
atau lebih yang tidak memiliki status sintaksis yang sama.
Klausa dipancangkan ke satu ayat yang dinamakan ayat
induk atau ayat yang dipancangkan itu merupakan
keterangan kepada ayat induk. Kata hubung pancangan
juga terbahagi kepada tiga iaitu:
i. Kata hubung pancangan keterangan
ii. Kata hubung pancangan komplemen
iii. Kata hubung pancangan relatif




Anak ayat atau ayat kecil yang menjadi keterangan kepada
ayat induk (ayat utama) ini boleh digolongkan kepada:

1. Keterangan Waktu
2. Keterangan Syarat
3. Keterangan Akibat
4. Keterangan Sebab
5. Keterangan Perbandingan
6. Keterangan Harapan
7. Keterangan Pertentangan
8. Keterangan Cara


Menghubungkan klausa utama dengan masa sesuatu perbuatan atau
kejadian.
1) sebelum:
Sebelum bersolat, dia berwuduk dulu.
2) sesudah:
Sesudah bersolat, mereka makan malam bersama- sama.
3) setelah:
Setelah pulang dari pejabat, dia mengukir tembikar pula.
4) sehabis:
Kami terus bersurai sehabis ucapan pengetua.
5) sejak:
Dia bermurung sejak peristiwa yang menyedihkannya.
6) ketika:
Ali berada di Itali ketika ibunya meninggal dunia.
7) tatkala:
Dia tertidur tatkala menonton televisyen.
8) sewaktu:
Dia berbuat bising sewaktu guru tiada di kelas.





9) sementara:
Ayah membaca akhbar sementara menantikan ibu bersolek.
10) selagi:
Aku akan tinggal di sini selagi kau izinkan.
11) sehingga:
Dia terus belajar sehingga matanya mengantuk.
12) selama:
Dia boleh tinggal di sini selama dia menyukainya.
13) sampai:
Kamal terus berzikir sampai keletihan.
14) semasa:
Semasa kami berada di luar negeri, Halim bermalam di rumah
neneknya.





Menghubungkan klausa utama dengan suatu tuntutan yang mesti
dipenuhi.
1) sekiranya:
Sekiranya wang simpanan saya mencukupi, saya hendak membeli
rumah di Johor.
2) andai kata:
Saya akan melakukannya andai kata diberi peluang.
3) setelah:
Setelah pulang dari pejabat, dia mengukir tembikar pula.
4) jika:
Dia akan berpayung jika panas terlalu terik.
5) selama:
Dia boleh tinggal di sini selama dia menyukainya.
6) andai:
Andai perang meletus, ekonomi negeri ini akan musnah.
7) seandainya:
Seandainya negara ini bankrap, saya akan berhijrah ke negara
lain.





9) kalau:
Kami pasti akan berpindah ke tempat kalau sewanya naik.
10) asal:
Kamu boleh menginap di sini asal sewanya kau lunasi,
11) asalkan:
Kamu boleh pergi asalkan hutangmu kau bayar dulu.
12) sekiranya:
Sekiranya hujan lebat, kawasan rendah ini akan banjir.





Menghubungkan klausa utama dengan suatu tuntutan yang mesti
dipenuhi.
1) hingga:
Peminat bola sepak berpekik- pekau hingga suara mereka serak.
2) sehingga:
Dia bersimpati dengan nasib kawannya sehingga air matanya
jatuh bercucuran.





Menghubungkan klausa utama dengan sebab berlakunya suatu kejadian
atau perbuatan.
1) kerana:
Kerana melakukan rompakan, seluruh keluarganya mendapat
malu.
2) sebab:
Dia tidak ke sekolah sebab demamnya tinggi.
3) lantaran:
Lantaran demam panas, Kamal tidak bersekolah hari ini.
4) oleh sebab:
Oleh sebab ketidakcukupan wang, dia terpaksa berhenti sekolah.





Menghubungkan klausa utama dengan kejadian atau perbuatan yang
menyamainya.
1) macam:
Pemuda- pemuda itu terkinja- kinja macam kera kena belacan.
2) bagai:
Jasa ibu dilupakannya bagai kacang lupakan kulit.
3) seperti:
Nasihat ibunya tidak mahu didengarnya seperti mencurah air ke
daun keladi.
4) bagaikan:
Bisingnya kelas ini bagaikan halilintar membelah bumi.
5) bak:
Rezekinya bertambah makmur bak tikus jatuh ke beras.
6) ibarat:
Agama itu ibarat suluh yang menerangi jalan kita.
7) seakan-akan:
Muka petinju itu garang seakan- akan harimau.





8) seolah-olah:
Kepalanya berpusing seolah- olah dunia berputar lebih cepat.
9) sebagaimana:
Saya akan mengerjakannya sebagaimana janji kita dulu.
10) umpama:
Jalannya lenggang- lenggok umpama itik pulang petang.





Menghubungkan klausa utama dengan sesuatu perbuatan atau kejadian
yang dihajati.
1) agar:
Belajarlah rajin- rajin agar kamu berjaya dalam peperiksaan.
2) supaya:
Kakak menyapu biliknya supaya biliknya bersih.
3) kalau-kalau:
Tanyalah orang tua itu, kalau-kalau beliau mengetahui kedudukan
rumah datuk kamu itu.





Menghubungkan klausa utama dengan sesuatu perbuatan atau kejadian
yang berlawanan.
1) walaupun:
Dia masih nakal walaupun telah didenda oleh pengetua.
2) biarpun:
Biarpun telah dibedah dua kali, penyakit Ali tidak sembuh-
sembuh.
3) kendatipun:
Budak kecil itu terus menangis kendatipun telah dipujuk oleh
ibunya.
4) meskipun:
Meskipun keletihan, pengakap- pengakap itu terus berjalan ke
arah khemah mereka.
5) sungguhpun:
Sungguhpun telah dipenjarakan beberapa kali, penjahat itu belum
serik- serik lagi.
6) namun:
Dia dicaci dan dihina, namun dia tetap bersabar.





7) sekalipun:
Sekalipun gagal, dia akan tetap berusaha.
8) walau bagaimanapun:
Harga barang perhiasan itu mahal, walau bagaimanapun dia akan
membelinya juga.




Menghubungkan klausa utama dengan gaya sesuatu perbuatan
dilakukan, atau dengan cara lain yang berurutan.
1) dengan:
Dia keluar dari rumahnya dengan memulakan langkah kanan.





Kata hubung pancangan komplemen berfungsi untuk
menghubungkan klausa utama dengan komplemen atau
pelengkap dengan menggunakan bahawa. Contohnya:
i. Pengetua sekolah itu menyatakan bahawa kadar
kelulusan pelajar telah meningkat.
ii. Menteri itu menjelaskan bahawa kenaikan harga
minyak tidak akan berlau sehingga akhir tahun ini.



Kata hubung pancangan relatif berfungsi untuk
menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil dengan
menggunakan yang.
i. Drama yang ditulis oleh Bahari Zaman itu telah
memenangi Anugerah Bani Buang.
ii. Gadis yang baik pekertinya itu telah ditinggalkan
kekasihnya.

Anda mungkin juga menyukai