Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

PENGENALAN

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN

KONSEP 5P

45

PENGGABUNGJALINAN

PENYERAPAN

RANCANGAN P & P

AKTIVITI 1

AKTIVITI 2

10

AKTIVITI 3

11

AKTIVITI 4

12

AKTIVITI 5 & 6

13

REFLEKSI

14

SENARAI RUJUKAN

15

RANCANGAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS


LAMPIRAN

Penghargaan
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan buat Puan Sarimah Bt Awang,
Pensyarah Pengajian Sukatan Bahasa Melayu sekolah Rendah atas tunjuk
ajar dan bimbingan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Dengan tunjuk ajar
dan ilmu yang dicurahkan, dapatlah saya menyiapkan tugasan yang
diberikan ini.
Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang
memberikan sokongan.

Dari Daik pulang ke Daik,


Sehari-hari berkebun pisang,
Budi baik dibalas baik,
Dalam hati dikenang orang.

Tanam pandan tumbuh kelapa,


Terbit bunga pucuk mati,
Budi puan saya tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.

1.0

Pengenalan

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan adalah suatu usaha


berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktud dalam Akta
Pendidikan 1996, maka lahirlah konsep Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Pelaksanaan KBSR adalah bertujuan untuk memastikan perkembangan murid-murid
secara menyeluruh, iaitu dari aspek intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, sosial dan
nilai-nilai estetika. ( Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa
Melayu).
Menurut Ee Ah Meng (1995), kurikulum ialah suatu perancangan yang
merangkumi aktiviti akademik seperti mata pelajaran dan kegiatan luar bilik darjah
seperti kelab, persatuan, pergerakan beruniform dan permainan. Kurikulum perlu
mengandungi aktiviti-aktiviti sama ada akademik dan bukan akademik yang boleh
membantu murid-murid mencapai perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Pengalaman-pengalaman yang dirancangkan itu hendaklah selaras dengan
umur,

kebolehan,

minat

dan

kematangan

murid-murid.

Kurikulum

dirancang

berdasarkan empat aspek, iaitu objektif, kandungan, kaedah pelaksanaan dan


penilaian.
Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum mengandungi segala
rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan bagi
mencapai

matlamat

pendidikan.

Kesimpulannya,

kurikulum

merupakan

suatu

rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma
serta unsur-unsur kebudayaan masyarakat. Pengisian kurikulum pula merupakan ciriciri yang menjadi acuan utama kepada pembentukan sesuatu kurikulum yang
bersesuaian dengan tahap, latar belakang, budaya dan kemahiran murid-murid.

Dalam konteks negara kita Malaysia, kurikulum yang dibentuk perlulah


mengandungi ciri-ciri yang dapat menggambarkan budaya, nilai, pemikiran dan
kepercayaan kaum-kaumnya. Justeru, lima komponen yang mendasari kurikulum di
peringkat rendah dan menengah di negara kita ialah ilmu, kewarganegaraan, nilai,
peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah.
2.0

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu


Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai

kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1
hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan
(mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek
morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. (Abdullah Hasan,1996).
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merangkumi
kemahiran bahasa, iaitu kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan
Kemahiran Menulis. Penumpuan pada kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid
menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai
bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup.
Ketiga-tiga kemahiran bahasa inilah menjadi tunjang dan asas kepada
kandungan KBSR, iaitu meliputi bidang komunikasi, manusia dan alam sekelilingdalam
membentuk perkembangan diri seseorang individu . Aspek ini bukanlah setakat
kemahiran

berbentuk

mekanis

semata

tetapi

meliputi

kemahiran

pertuturan,

pendengaran, pembacaan dan pemahaman serta penulisan. Selain itu, kemahirankemahiran ini seiring dengan penggunaan keempat-empat operasi Matematik, iaitu
campur, tolak, darab dan bahagi. Semua kemahiran ini bertujuan membolehkan muridmurid melakukan pengiraan secara berkesan dan menyelesaikan masalah seharian
yang sesuai. Hal ini bersesuaian dengan konsep bahasa merentas kurikulum yang
dizahirkan melalui strategi penggabungjalinan yang terdiri daripada tiga bentuk iaitu
penggabungjalinan kemahiran, penggabungjalinan bahan dan penggabungjalinan
aktiviti.

2.1

Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum


bahasa. Pernyataan Hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran
berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil pembelajaran
dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber,dan prosedur pengajaran
yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah, Hasil pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat
kemahiran bahasa, Sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang pelbagai
juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil
Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian
pencapaian murid.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Konsep 5P)
Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep 5 P
Iaitu penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian.
Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
1. Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam prose pembelajaran.
Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam
hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

Penyerapan
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai

tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan
boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandung pelbagai ilmu dalam mata pelajaran.
3

Pengayaan
Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam KBSR kerana keadaan murid

yang berbea dari segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Murid hendaklah diberi
bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan
guru.
4.

Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran

asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Pelaksanaan program
ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
5.

Penilaian
Penilaian dianggap sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi


menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.

Penggabungjalinan
Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan
supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai
urutan tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini menjadikan aspek kemahiran
saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
Tujuan strategi penggabungjalinan

Kemahiran dapat dikuasai secara serentak

Bentuk pengajaran lebih menarik

Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi

Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.

Jenis-jenis penggabungjalinan
i Penggabungjalinan kemahiran
ii Penggabungjalinan Kemahiran bahasa dalam satu mata pelajaran
iii Penggabungjalinan kemahiran lebih daripada satu mata pelajaran

Penyerapan
Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau
unsur pengetahu daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu
mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai, dan
kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian
masa depan boleh diserapkan.
Unsur Penyerapan

Ilmu pengetahuan

Nilai murni

Kewarganegaraan

Peraturan sosio-budaya

Kemahiran Bernilai Tambah

Tujuan Penyerapan
a

Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan


peraturan melalui aktiviti yang dijalankan .

Membentuk sikap untuk menambahkan ilmu pengetahuan

Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati

Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu

Membentuk pemikiran yang rasional, logik , objektif, dan positif

Meluaskan ruang untuk meneroka ilmu yang diminati

Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan kata dan


perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks.

Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai murni yang sesuai
untuk perkembangan diri

Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh
rakan sebaya dan masyarakat.

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 5


Unit

: 4 (Alam Sekitar)

Tajuk

: Alam Bersih Hidup Sihat

Hasil Pembelajaran
Fokus utama
1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan menyakinkan dengan
menggunakan intonasi dan paralinguistic yang sesuai untuk menguatkan
permintaan.
Aras 1
Ii

Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan
sesuatu permintaan.

Fokus sampingan
8.3

Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat :

Menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan

sesuatu permintaan.
Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Aktiviti 1

Bagi langkah 1 dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengedarkan petikan
yang bertajuk Kempen Alam Bersih Hidup Sihat (sila rujuk lampiran). Murid diminta
membaca teks secara bacaan senyap. Teknik ini dikenali sebagai teknik bacaan
mentalis. Bacaan mentalis atau membaca senyap di dalam hati (silent reading) ialah
kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual dan pengaktifan mata dan ingatan.
Tujuan utama kaedah membaca ini adalah untuk memperoleh informasi dan
pemahaman yang lebih baik.
Selepas itu, murid diminta membaca petikan (teks) secara kuat beramai-ramai.
Beberapa orang pula dipilih secara rawak untuk membaca perenggan yang terdapat di
dalam teks. Murid-murid lain dikehendaki mendengar, menyemak dan meneliti petikan
sambil memahami isi kandungan teks. Teknik bacaan kuat ini dikenali sebagai bacaan
mekanis. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan
sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama yang mengikut gaya
membaca yang betul. Teknik ini amat sesuai dijalankan supaya murid-murid dapat
membaca dengan sebutan, gaya dan rentak irama yang sempurna.
Langkah pertama dalam pengajaran ini, guru menggunakan kemahiran membaca
menggunakan kaedah mentalis dan mekanis. Dalam langkah ini juga guru
menggunakan kaedah pengabungjalinan kemahiran iaitu membaca.

Aktiviti 2
Bagi meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan kemahiran
berfikir (KB) menghubungkaitkan dan menjana idea. Ini merupakan unsur penyerapan
dalam pengajaran Bahasa Melayu. Secara berpasangan, murid membincangkan isi
kandungan petikan dan menggariskan beberapa isi penting. Murid digalakkan
melahirkan idea dan isi-isi penting melalui rangsangan soalan daripada guru. Di dalam
langkah ini, guru menerapkan kaedah penyerapan nilai iatu, kerjasama. Kerjasama
dapat dilihat ketika murid menjayakan aktiviti ini secara berpasangan dengan saling
bekerjasama untuk mencari isi penting dan mengeluarkan idea.
Di dalam langkah ini juga, murid akan belajar cara menyatakan permintaan secara
berterus terang dan menyakinkan dengan menggunakan intonasi yang sesuai untuk
menguatkan permintaan. Murid akan didedahkan terlebih dahulu dengan kata
permintaan dan silaan. Contohnya,tolong, sila, jemput, dan harap dengan tujuan
memohon pertolongan, mempersilakan atau menjemput.
Berdasarkan petikan, murid diminta untuk membina ayat secara lisan untuk
menyampaikan permintaan dengan bertatasusila.
Contoh :
1. Sila hadir ke majlis gotong-royong yang akan diadakan pada hari Ahad ini.
2. Jemput datang beramai-ramai ke majlis perasmian.
3. Tolong bawa peralatan yang sesuai untuk majlis gotong-royong.

Aktiviti 3
Dalam langkah pengajaran dan pembelajaran ini, guru menjalankan aktiviti permainan
jingsaw puzzle.(seperti dalam lampiran). Murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan. Ketua bagi setiap kumpulan diberi satu sampul yang mengandungi cebisan
poster yang berlainan. Murid dikehendaki mencantum cebisan poster sehingga menjadi
sekeping poster yang mengambarkan keindahan alam sekitar. Murid berbincang
tentang poster bersama ahli kumpulan. Murid juga dikehendaki membina empat ayat
permintaan.
Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan.
Di dalam sesi pengajaran ini, guru menggunakan teknik penggabungjalinan kemahiran
Kajian Tempatan. Melalui teknik ini, murid dapat mengetahui tentang tempat-tempat
yang menarik di Malaysia.

Aktiviti 4
Dalam aktiviti ini, guru menjalankan aktiviti permainan kotak beracun. Sebelum
memulakan aktiviti ini, murid akan mendengar penerangan dan arahan permainan
daripada guru dengan teliti.
Semasa aktiviti ini dijalankan, murid diberikan sebuah patung beruang dan guru
memainkan lagu Hijau nyanyian Zainal Abidin.(lagu dan lirik disertakan dalam
lampiran). Ketika muzik dimainkan, murid hendaklah menghantar patung tersebut
kepada rakan dengan cepat. Apabila muzik dimatikan, murid yang terakhir memegang
patung beruang akan diminta untuk mencabut satu kad soalan yang terdapat dalam
kotak dan seterusnya menjawab soalan yang diberikan.
Contoh soalan :
a. Kamu merasa sangat dahaga semasa membuat kerja rumah dan ingin meminta
pertolongan adik kamu untuk mengambil air. Apakah yang akan kamu katakan?
b. Kamu ingin pergi ke padang permainan bersama rakan. Bagaimanakah cara
kamu untuk meminta izin daripada ibu?
c.

Kamu ingin mengajak rakan-rakan melakukan aktiviti gotong-royong


membersihkan kelas pada hari Ahad. Apakah ayat yang sesuai untuk kamu
ucapkan?

Bagi aktiviti ini, guru menggunakan kaedah pengabungjalinan mata pelajaran muzik.
Aktiviti ini pasti menyeronokkan dan menarik minat murid untuk mengambil bahagian
secara aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti 5.
Murid diberikan lembaran kerja dan diminta membaca arahan lembaran kerja secara
senyap. Murid mengenalpasti perkataan yang ditebalkan dalam petikan. Murid diminta
membina satu ayat tunggal dan satu ayat majmuk berdasarkan perkataan yang
dihitamkan pada petikan.(seperti dalam lampiran)

Aktiviti 6 (Rumusan isi pelajaran)


Murid merumuskan isi pelajaran yang dipelajari. Murid juga menyatakan nilai murni
yang dipelajari semasa menjalan aktiviti. Murid diperdengarkan lagu Hijau dan
menyanyi bersama-sama.
Guru menggabunjalinkan kemahiran muzik dan menggunakan unsur penyerapan nilai
murni ketika menjalankan aktiviti ini.
Murid menjadi lebih bersemangat ketika melakukan aktiviti ini dan proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.

REFLEKSI
Apabila mendapat tugasan ini, saya masih lagi kabur dengan tajuk yang diberi.
Walaupun telah mengajar dalam tempoh yang lama, agak sukar juga untuk memahami
kehendak tugasan ini. Konsep penggabungjalinan dan penyerapan dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu nampak begitu asing.
Setelah mula membuat tugasan ini, barulah saya menyedari bahawa semua konsep
penggabungjalinan dan penyerapan telah pun lama saya praktikkan semasa mengajar.
Saya amat bersetuju dengan pandangan yang mengatakan konsep ini amat praktikal
dan bersesuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Murid menjadi lebih bersemangat dan proses pengajaran lebih menyeronokkan apabila
guru menggunakan kaedah penggabungjalinan kemahiran mata pelajaran lain seperti
muzik.Murid dapat menyanyi sambil belajar. Permainan seperti jingsaw puzzle juga
amat menarik minat murid.
Saya akan sentiasa mempraktikkan konsep ini semasa saya mengajar agar objektif
yang saya rancang akan menjadi lebih Berjaya dan berkesan.

SENARAI RUJUKAN

Juriah Long, Rahimah Hj Sabran dan Sofia Hamid. (1990). Perkaedahan Pengajarn
Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj Hussin. (1990). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1983). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(1992) Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai