Anda di halaman 1dari 9

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

1 | SARINA SAARI

PRAKTIKAL 2 : KADAR KAKISAN BESI, KELULI DAN KELULI NIRKARAT
Tajuk : Kadar Kakisan Besi, Keluli Dan Keluli Nirkarat
Tujuan :Untuk membezakan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli nil karat
Pernyataan Masalah :
Adakah kadar kakisan besi, keluli dan nirkarat berbeza?
Hipotesis :
Kadar kakisan besi, keluli, dan keluli nirkarat berbeza. Besi berkarat dengan paling
cepat, diikuti oleh keluli dan keluli nirkarat.
Pembolehubah :
Dimanipulasikan : Jenis paku (paku besi, paku keluli, dan paku keluli nirkarat
tidak berkarat)
Bergerak balas : Keadaan pengaratan paku
Dimalarkan : Suhu, kuantiti air dan oksigen

Radas dan Bahan
Bahan : Paku besi, paku keluli nirkarat, agar-agar, dan kalium heksasianoferat (111)
Radas : Tabung uji, bikar, dan rak tabung uji.

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

2 | SARINA SAARI

Prosedur
1. Membersihkan, paku besi, paku keluli dan paku keluli nirkarat dengan
menggunakan kertas pasir .
2. Memasukkan paku besi ke dalam tabung uji A, paku keluli ke dalam tabung
uji B, dan paku keluli nirkarat ke dalam tabung uji C.
3. Menyediakan larutan agar-agar 5% dengan melarutkan 5 g agar-agar ke
dalam 100 cm
3
air panas. Beberapa titik larutan kalium heksasianoferat (111)
dicampurkan ke dalam larutan agar-agar itu.Seperti Radas 1.
4. Menuang larutan agar-agar ke dalam setiap tabung uji sehingga paku
terendam dengan sempurna.
5. Memerhati setiap tabung uji selepas 4 hari untuk menentukan sama ada
a) warna biru tua terbentuk di sekeliling paku
b) keadaan paku













SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

3 | SARINA SAARI





Radas 1



Keputusan

Tabung uji Keamatan warna biru
tua
Keadaan paku
A (Paku Besi) Tinggi Banyak berkarat
B (Paku keluli) Rendah Berkarat
C (paku keluli berkarat) Tiada Tidak berkarat

Perbincangan
1. Apabila besi berkarat, atom besi akan kehilangan dua electron dan menjadi
ion ferum (11), Fe
2+
.
Fe(p) Fe
2+
(ak) + 2e
-

2. Bahan kimia kalium heksasianoferat (111) digunakan untuk mengesan
kehadiran ion ferum (11) melalui pembentukan mendakan biru tua.
3. Pengesahan kewujudan ion Fe
2+
oleh kalium heksasianoferat (111)
menunjukkan bahawa besi telah berkarat.
4. Keamatan warna biru tua menggambarkan tahap pengaratan paku besi.
SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

4 | SARINA SAARI

5. Berdasarkan pemerhatian yang diperoleh, paku besi biasa paling banyak
berkarat. Permukaan paku disalut dengan lapisan pepejal coklat- kemerahan.
6. Paku keluli nirkarat tidak berkarat. Paku ini dibuat daripada besi yang telah
dicampur dengan karbon serta logam peralihan seperti kromium dan
nikel.Paku ini tidak menghasilkan larutan biru. Permukaannya masih bersih
dan berkilat
7. Paku keluli biasa berkarat perlahan-perlahan. Paku ini dibuat daripada
campuran besi dan karbon sahaja. Tanpa kehadiran logam peralihan, keluli
ini boleh berkarat.Paku ini menghasilkan larutan biru muda. Permukaan paku
dihakis sedikit.
8. Denagn itu, susunan kadar pengaratan
Besi > keluli> keluli nirkarat
9. Keamatan warna bru menunjukkan darjah kakisan. Semakin tinggi keamatan
warna biru larutan, semakin banyak pengaratan berlaku kerana kadar kakisan
lebih tinggi.
10. Larutan gelatine digunakan untuk menetapkan kedudukan paku. Sebarang
pergerakan pada paku akan mengubah keamatan warna biru pada larutan.
11. Larutan kalium heksasianoferat (III) digunakan untuk mengesan kehadiran ion
Fe
2+
. Larutan ini bertindak balas dengan ion Fe
2+
untuk menghasilkan larutan
biru tua.

Kesimpulan
Aloi lebih tahan kakisan berbanding dengan logam tulen.Kadar kakisan besi, keluli,
keluli nirkarat adalah berbeza beza.

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

5 | SARINA SAARI

Soalan dan Jawapan
1. Terangkan fungsi Larutan kalium heksasianoferat (III).
Larutan kalium heksasianoferat (III) digunakan untuk mengesan kehadiran ion
Fe
2+
. Larutan ini bertindak balas dengan ion Fe
2+
untuk menghasilkan larutan
biru tua.
2. Apakah hubungan antara keamatan warna biru dan kadar pengaratan?
Keamatan warna biru menunjukkan darjah kakisan. Semakin tinggi keamatan warna
biru larutan, semakin banyak pengaratan berlaku kerana kadar kakisan lebih tinggi.

3. Terangkan bagaimana penggunaan agar-agar dapat membantu pemerhatian
eksperimen.
Larutan gelatine digunakan untuk menetapkan kedudukan paku. Sebarang
perubahan pada paku akan dapat dilihat dengan lebih jelas untuk membuktikan
bahawa pengaratan berlaku

4. Namakan kandungan keluli dan keluli nirkarat.
Keluli terdiri daripada 99% ferum dan I % kromium
Keluli nirkarat terdiri daripada 74 % ferum , 18 % Kromium dan 8 % Nikel

5. Bezakan kadar pengaratan besi, keluli, dan keluli nirkarat dan terangkan
sebabnya.
Paku besi biasa paling banyak berkarat. Permukaan paku disalut dengan lapisan
pepejal coklat- kemerahan. Paku keluli nirkarat tidak berkarat. Paku ini dibuat
daripada besi yang telah dicampur dengan karbon serta logam peralihan seperti
kromium dan nikel.Paku ini tidak menghasilkan larutan biru. Permukaannya masih
bersih dan berkilat. Paku keluli biasa berkarat perlahan-perlahan. Paku ini dibuat
daripada campuran besi dan karbon sahaja. Tanpa kehadiran logam peralihan, keluli
SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

6 | SARINA SAARI

ini boleh berkarat.Paku ini menghasilkan larutan biru muda. Permukaan paku dihakis
sedikit.


6. Bagaimanakah susunan atom di dalam besi bila dikaitkan dengan sifat mudah
mulur dan boleh ditempa?
Logam besi bmengandungi atom yang sama saiz. Susunan atom adalah rapat dan
teratur. Lapisan atom mudah bergelongsor antara satu sama lain.
Daya tarikan antara atom logam tulen sangat kuat, tetapi tidak tegar. Apabila suatu
daya dikenakan, lapisan-lapisan atom boleh menggelongsor antara satu sama lain.
Ini menjadikan logam tulen mudah ditarik untuk dijadikan dawai yang panjang.
Logam tulen dikatakan mempunyai sifat kemuluran.
Dalam keadaan semulajadi, penyusunan atom-atom logam tidak sempurna kerana
mempunyai ruangan kosong. Apabila satu blok logam tulen diketuk atau ditekan,
sebahagian kumpulan atom logam tergelincir ke kedudukan yang baru supaya
memenuhi ruangan kosong. Ini membolehkan logam dijadikan pelbagai bentuk.
Logam tulen dikatakan mempunyai sifat kebolehtempaan.


7. Jelaskan perbezaan antara aloi gentian dan aloi interstitial

1. Atom-atom yang diselitkan adalah hampir sama saiz dengan atom-atom
dalam logam. Contohnya, dalam Loyang (brass), atom-atom kuprum
(tembaga) dan zink adalah hampir sama saiz.

2. Atom-atom yang diselitkan dalam aloi celahan adalah berbeza saiz daripada
atom-atom logam. Contohnya, gangsa terdiri daripada atom-atom kuprum
(tembaga) dan timah yang mempunyai saiz yang berbeza.




SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

7 | SARINA SAARI

RUJUKAN
Raymond Chang (2002) Chemistry Seventh Edition:Mc Graw-Hill Higher Education.
Toh Kim Hau (2004) Master StudiSasbadi SPM Kimia. Selangor :SasbadiSdn Bhd.
Yeap Tok Kheng (2012) Longman Esensi Kimia Tingkatan 4. Selangor : Pearson
Tan Yin Toon, Loh Wai Leng & Tan On Tin (2007) Success Chemistry SPM.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kamus Kimia KBSM (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Di akses dari http://ppgsains2iptb.blogspot.com/p/bahan-rujukan.html















LAMPIRAN
SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

8 | SARINA SAARI

GAMBAR-GAMBAR SEMASA EKSPERIMEN DIJALANKAN





























Paku yang berlainan jenis

Paku yang telah diletakkan di dalam larutan agar-agar

Keadaan paku selepas 4 hari
SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

9 | SARINA SAARI

Anda mungkin juga menyukai