Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN LISAN (MENDENGAR DAN BERTUTUR)

OBJEKTIF
(i) Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti dan memahaminya
dalam konteks perbualan harian dan situasi formal
.* Pelajar dapat memahami dan mendengar setiap ujaran yang disampaikan oleh guru dan
rakan-rakan dalam situasi formal dan perbualan harian.
CONTOH:
Guru membuat pengumuman dan murid memahami maklumat yang disampaikan.

OBJEKTIF
(ii) Bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul
dalam pelbagai situasi.
* Murid dapat bertutur dengan lancar, jelasdan fasih menggunakan sebutan dan intonasi
yang betul mengikut situasi.
CONTOH:
Guru bertanyakan soalan mengenai hobi kepada murid-murid.Murid-murid dapat
bertutur denga nmenggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

OBJEKTIF
(iii) Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan
masalah,mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu
perkara.
* Murid dapat berbincang denganrakan, guru dan orang sumber.Bertujuan untuk
berkongsi pendapatuntuk menyelesaikan masalah,mencapai persetujuan dan
membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.



KEMAHIRAN MEMBACA
OBJEKTIF
(iv) Membaca pelbagai bahan sastera danbahan bukan sastera dengan
menggunateknik membaca yang sesuai dan berkesanuntuk memperoleh
ilmu dan memprosesmaklumat secara kritis
- Murid dapat membaca secara mekanis atau mentalis bahan sastera dalam
bentuk sajak,puisi dan prosa, dan bahan bukan sastera sama ada petikan atau
rencana dengan menggunakan teknik membaca(imbasan atau luncuran) yang
sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses malumat.
OBJEKTIF
(v) Memupuk minat membaca sebagai satuamalan ke arah membina
budayapembelajaran berterusan
- Murid dapat dipupuk dengan minat membaca dari kecil sebagai satu amalan
yang berterusan (life long learning). Contoh akitiviti, setiap sekolah mengadakan
Program Buku Nilam untuk menggalakkan murid membaca seberapa banyak
buku.
OBJEKTIF
(vi) Memperkembangkan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.
- Murid dapat memperkembangkan idea melalui pembacaan dan dapat membina
imaginasi yang kreatif. Melalui pembacaan juga, murid dapat diterapkan dengan
nilai murni daripada buku-buku ilmiah.
KEMAHIRAN MENULIS OBJEKTIF
(vii) Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan
berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta
proses penulisan yang sesuai dan betul;
Murid dapat mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif seperti
cerpen dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis
seperti penggunanan tatabahasa dan ejaan yang betul. Murid juga dapat
mengetahui proses penulisan yang sesuai dan betul mengikut jenis penulisan.

OBJEKTIF
(viii) Menggunakan bahasa baku yangmeliputi tatabahasa, ejaan, kosa
kata,serta sebutan dan intonansi yang betuldalam aktiviti mendengar,
bertutur,membaca dan menulis;
Murid dapat menggunakan bahasa baku yang betul dengan memilih tatabahasa,
ejaan, kosa kata serta sebutan dan intonansi dalam pelbagai aktiviti mendengar,
bertutur dan membaca.
OBJEKTIF
(ix) Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan
karya bukan sastera;
Murid dapat menghargai keindahan bahasa seperti peribahasa, perumpamaan,
bidalan dan pemilihan diksi yang betul melalui karya sastera seperti sajak dan
syair serta karya bukan sastera yang merangkumi rencana dan petikan karangan.

OBJEKTIF
(x) Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
patriotik dan kewarganegaraan.
Murid dapat menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif,semangat
patriotik dan semanagt kewarganegaraan melalui penulisan karya sastera seperti
sajak dan syair dan karya bukan sastera.

Anda mungkin juga menyukai