Anda di halaman 1dari 102

BMM 3163 GENRE

KESUSASTERAAN
MELAYU DALAM
BM
JPM
IPG KAMPUS KENT
Sinopsis
 Kursus ini menghuraikan sastera dalam
pengisian kurikulum bahasa Melayu sekolah
rendah, pendekatan pemahaman teks sastera
sekolah rendah, teknik dan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran sastera, sastera
bandingan, sastera kanak-kanak dan remaja,
dan apresiasi teks sastera sekolah rendah.
Hasil Pembelajaran
 Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan teks
kesusasteraan Melayu sekolah rendah;
 Menterjemah kandungan kurikulum bahasa Melayu
(sastera) sekolah rendah;
 Mengaplikasi pendekatan pemahaman teks sastera sekolah
rendah;
 Melaksana teknik dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sastera sekolah rendah; sastera bandingan;
sastera kanak-kanak dan remaja;
 Membuat apresiasi teks sastera sekolah rendah.
Objektif SP BM SR
 i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan
dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai
situasi;

iii.Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai


persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan
teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses
maklumat secara kritis;

v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya


pembelajaran berterusan;
sambungan
 vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;

vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan


berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses
penulisan yang sesuai dan betul;

viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,
dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis;

ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan
karya berunsur ilmu; dan

x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat


patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.
Sastera & Kurikulum BM SR
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan
menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh
ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya


pembelajaran berterusan;

vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan


penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;

vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur
pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang
sesuai dan betul;
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan
karya berunsur ilmu; dan
Unsur dan Bahan Sastera
 Unsur bahasa memainkan peranan penting dalam sastera, kerana
sastera dibangunkan oleh bahasa. Hanya sastera merupakan hasil
seniyang menggunakan bahasa.

 Unsur bahasa dalam sastera berbeza dengan laras bahasa biasa yang
mementingkan keindahan atau menggunakan bahasa yang kreatif dan
imaginatif.

 Unsur seni dan kreatif ini dapat ditemukan dalam pemilihan kata atau
diksi yang disesuaikan dengan gambaran sesuatu benda, perlakuan
atau peristiwa. Pengarang juga memilihkata-kata yang bersesuaian
dengan tema, persoalan, watak dan latar cerita.
 Rujuk nota keindahan bahasa
Bahan sastera
 Bahan sastera tradisional –
 Pantun
 Syair
 Gurindam
 Seloka
 Nazam
 Bahan sastera moden
 Cerpen
 Novel
 Drama
 Lirik lagu
Sastera dan ilmu dalam
Sukatan Pelajaran
 Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan
disiplin . Contohnya ilmu dalam bidang sains,
geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk
memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran
bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara
semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran.
 Dalam sastera ada ilmu.
 Sejarah Melayu misalnya memberikan maklumat
tentang sejarah perkembangan bangsa Melayu di
Melaka khususnya dan di kepulauan Melayu amnya.
 Novel Salina pula memberikan pengetahuan tentang
perang dunia ke 2 dan kesan-kesan peninggalan
perang dari sudut sosial terutamanya. Novel Jangan
Ambil Nyawaku – Kanser.
 Lain-lain buat rujukan tambahan
Sastera dan Nilai dalam
Sukatan Pelajaran
 Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu
adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki
akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni
bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi
dan berperibadi mulia. Contoh dalam cerpen Pensel Sebatang
dan Beruk
 Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah negara
pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak
langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di
peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.
Sastera dan kewarganegaraan
 Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang
diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
mengutamakan pemupukan semangat cinta dan
taat akan tanah air. Contoh sajak Bunga Popi
 Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan
untuk melahirkan warganegara yang baik dan
meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa
dan negara.
 Sastera dapat membina perasaan kecintaan sebagai
warga negara.
 Sebagai contoh penggunaan bahan puisi misalnya
mestilah membawa sanjungan kepada tanah air.
 Contoh: puisi 31 Ogos Datang Lagi
Peraturan sosio budaya dan sastera
 Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu
meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa , dan peribahasa yang
diamalkan dalam masyarakat Malaysia.
 Kesantunan bahasa contohnya dapat di kenal pasti melalui hasil
karya sastera, misalnya Hikayat Hang Tuah menampilkan
sisitem panggilan masyarakat yang terdiri daripada golongan
pemerintah, pembesar dan golongan yang diperintah.
 Laras bahasa sastera merujuk kepada ilmu stilistik yang
menampilkan gaya penulisan sastera yang berbeza daripada
gaya bahasa biasa. Sebagai contoh daripada petikan sajak
Penjaja kata-kata
 Dengan celana berkarat getah pisang
 Dengan kemeja bersisi daki lalang
 Dengan songkok berbaldu lumpur baruh
 Dan beg kulit lembut dibahunya
 Dia melangkah keluar
 Dari bendul desa kelahirannya
 Menghala kekota
 Menjaja kata-kata
 Dengan sedikit bakat dan harapan sarat
 Dia sering saja mundar mandir
 Menggalas kata-kata kosong di kota
 Peribahasa
 Peribahasa yang digunakan dalam sastera bukan
sahaja untuk memantapkan makna tetapi lebih
kepada memperindahkan bahasa
 Conton: kau ni rajin Mat, nasib je tak menyebelahi
kau, kebetulan kau keluar sebab urusan yang tak
dapat dielakkan bos datang, kenalah kau, hujan
sehari mengalahkan panas setahun.
Sastera dan KBT
 Kemahiran berfikir
 Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
 Kemahiran belajar cara belajar
 Kajian masa depan
 Kecerdasan pelbagai (verbal-linguistik,
logikmatematik, muzik, kinestetik, visual-ruang,
interpersonal, intrapersonal, dan naturalis)
 Pembelajaran konstruktivisme
 Pembelajaran kontekstual
Pendekatan pemahaman teks
 Kaedah Struktural
 Kaedah Mengalami Menghayati
 Kaedah Berfokus
 Kaedah Global
Kaedah struktural
 Pendekatan Struktural melihat sesuatu berdasarkan
struktur dan fungsi.
 Pendekatan ini cenderung membicarakan elemen-
elemen yang membina objek.
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
struktur adalah cara sesuatu terbina atau terbentuk
daripada pelbagai bahan, unsur, atau aspek hingga
menjadi satu pola, sistem, atau ayat tertentu.
 Kamarudin (1988) pula menyatakan bahawa
kaedah struktural ini bertujuan untuk memahami
aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaan
yang digunakan.
 Mina Sikana (1998) menyatakan struktural
memberikan penekanan yang utama berdasarkan
aspek-aspek dan unsur-unsur yang membina
sesebuah karya. Berdasarkan definisi-definisi di
atas, jelaslah bahawa dalam konteks pengajaran
menggunakan kaedah struktural, unsur-unsur yang
diperhatikan adalah unsur-unsur atau komponen-
komponen yang terdapat di dalam karya tersebut.
 Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun
karya sastera.

 Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui
pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan
kepada watak protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya; latar
cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu; jenis sudut pandangan
pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita, sudut pandangan watak, sudut
pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut pandangan seperti maha tahu,
tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik penceritaan
seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot seperti kronologi, anti-kronologi, plot mudah, plot
kompleks dan tanpa plot; dan isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai.

 Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu
mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih
mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.
Tema dan persoalan
 Tema: idea pokok atau pemikiran utama yang
menjadi dasar kepada sesebuahkarya sastera. Tema
diungkapkan secara langsung dan tidak langsung.
 Persoalan merupakan perkara-perkara yang
menyokong tema dan disampaikan oleh pengarang
melalui tindakan, aksi pemikiran watak dalam
sesebuah karya sastera. Setiap persoalan saling
berkait antara satu sama lain yang akan
membentuk tema bagi sesebuah karya
plot
 Merupakan satu jalinan peristiwa dalam sesebuah karya.
Pembinaan plot ialah gabungan peristiwa yang saling berkait
dan terjalin bagi mewujudkan sebuah cerita yang menggunakan
hukum, sebab dan akibat mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku.
 Peristiwa dalam karya yang disusun mengikut urutan waktu
setiap peristiwa disebut urutan secara kronologi. Sekiranya
peristiwa yang dikemukakan oleh pengarang tidak mengikut
susunan masa ia disebut tidak kronologi. Dalam binaan plot
sesebuah karya terdapat tiga peringkat pembahagian iaitu;
permulaan (eksposisi pertengahan/perkembangan dan
pengakhiran/peleraian
 A) Permulaan (eksposisi)
 Peringkat pendedahan watak, permasalahan yang dialamioleh watak,
gambaran latar masa dan tempat, sudut pandangan, serta bayangan persoalan
dan tema sesuatu karya.
 B) Pertengahan (perkembangan)
 Perkembangan cerita akan memaparkan konflik yang dialami oleh watak.
Kerumitan dan ketegangan masalah dan suspen yang perlukan penyelesaian
dan di peringkat ini juga terdapat klimaks atau puncak sesebuah cerita.
 C) Pengakhiran
 Peringkat anti klimaks yang menunjukkan peleraian kepada masalah yang
dihadapi watak dan menuju kepada penyelesaian cerita.
Teknik plot
 Teknik plot ialah teknik penceritaan atau
bagaimana pengarang menyusun atur sesuatu
peristiwa yang dialami oleh watak yang dikaitkan
dengan latar, pemikiran dan aksi watak.
 Teknik yang biasa digunakan ialah:
 Dialog, pemerian, imbas kembali, imbas muka,
monolog, monolog dalaman suspens dan kejutan.
 Dialog
 Dialog ialah pertuturan atau percakapan antara dua
atau lebih watak.
 Monolog
 Monolog ialah pernyataan perasaan atau fikiran
sendirian yang dituturkan untuk didengar sendiri
oleh watak. Watak yang bermonolog akan
berbicara sendirian.
 Monolog dalaman
 Monolog dalaman ialah kata-kata yang diucap dalam
hati yang kebiasaannya timbul kerana watak
berhadapan dengan konflik pemikiran.
 imbas kembali/flashback
 Bahagian cerita yang mengimbas kisah masa silam
watak sama ada diceritakan oleh pengarang mahupun
melalui penceritaan dan ingatan watak-watak tentang
peristiwa lalu yang pernah hadir dalam hidup watak.
 Imbas muka
 Bayangan peristiwa yang akan berlaku. Teknik ini
menyediakan pengetahuan mengenai peristiwa-
peristiwa yang bakal berlaku yang mungkin hadir
dalam pemikiran, angan-angan atau mimpi watak.
 Pemerian
 Teknik pemerian ialah penceritaan secara langsung
pengarang tentang watak, latar dan aksi watak.
Watak dan perwatakan
 Watak dalam sesebuah cerita selalunya terdiri daripada manusia atau
kumpulan manusia.
 Watak bukan manusia pula biasanya diberi perwatakan manusia, boleh
berfikir, beremosi dengan tindak tanduk seperti manusia. Biasanya watak
sebegini dikategorikan sebagai cerita satira.
 Jenis-jenis watak
 Watak utama/protagonis- watak yang menggerakkan sesebuah cerita
 Watak sampingan/pembantu watak utama atau sebagai watak penentang
dalam sesebuah cerita yang disebut sebagai watak antagonis yang
berperanan sebagai penghadir konflik bagi watak utama.
 Buat rujukan untuk: watak bundar/bulat
 Watak pipih/datar
Latar
 Latar ialah pernyataan mengenai masa, tempat, ruang,
suasana, masyarakat dan peralatan dalam sesebuah karya
sastera.
 Latar berfungsi menjelaskan masa dan tempat sesuatu
peristiwa berlaku, sementara latar masyarakat berkaitan
dengan pemikiran, budaya, sosial, ekonomi dan
kepercayaan sesebuah masyarakat dalam karya.
 Latar juga penting dalam mengembangkan tema,
persoalan, plot dan watak dalam karya.
 Buat rujukan mengenai latar secara terperinci.
Sudut pandangan
 Merupakan perkara penting yang perlu difikirkan
oleh pengarang sebelum memulakan sesuatu
cerita, kerana sudut pandangan merupakan cara
seseorang pengarang menyampaikan ceritanya.
Beberapa jenis sudut pandangan yang sesuai
Gaya bahasa
 Bahasadalam sastera melibatkan pemilihan diksi
yang istimewa berbanding dengan laras bahasa
biasa
 Sudutpandangan (rujuk nota)
 Gaya bahasa (rujuk nota)
Kaedah Mengalami Menghayati
 Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera.
 Mementingkan kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati unsur-
unsur yang terkandung dalam karya sastera.
 Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya.
 Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau
improvisasi.
 Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun
atau dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, japin, dangdut dan

yang bersesuaian.
aktiviti
 Baca- cerita rakyat – Si Tanggang atau Malim
Kundang – lakonkan drama atau improvisasi
 Drama – pertarungan Tuah Jebat
 Drama moden – Adam Hawa
 Pantun – berbalas pantun/ berbalas pantun dalam
lagu joget atau dondang sayang.
 Puisi – deklamasi puisi/ nyanyian lagu puisi
Kaedah Berfokus
 Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara
terperinci.
 Kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk
dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh
dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan
perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan.
 Pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu
fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus
utama dan pelbagai fokus sampingan.
 Fokus utama dalam novel Salina – watak
 Fokus sampingan - latar
Kaedah Global
 Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah
seperti simulasi khasnya berdrama.
 Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap
keupayaan murid dan situasi murid kerana
meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara
kehidupan (permainan) kanak-kanak.
 Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.
Contoh pelaksanaan
 Pelaksanaan Kaedah Global
1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.
2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam
karya sastera.
3. Dalam suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan
melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-
• lakonan berasaskan gambar
 lakonan berasaskan skrip

• lakonan guna topeng


 lakonan guna cerita berlagu
Teknik dan Aktiviti P&P
 Pantomin, Mestamu
 Deklamasi
 Khat
 Pemaduan seni
 Adaptasi
 Kerusi panas
 Teater pembaca
 Teater bercerita
 Improvisasi
 Boneka
mestamu
 Bermaksud melagukan puisi tanpa muzik.
 Dilakukan secara berpasangan atau bersendirian.
 Jika dilakukan secara berpasangan, seorang akan
mendeklamasikan puisi manakala pasangannya pula akan
melagukan puisi tersebut.
 Jika dilakukan sendirian, orang yang sama akan
mendeklamasikan sajak sekali gus melagukan bait demi
bait puisi yang dibacanya itu.
 Nyanyian lagu puisi diadaptasikan daripada lagu-lagu yang
ada di pasaran atau lagu ciptaan sendiri.
improvisasi
 Improvisasi sering diaplikasikan dalam pendidikan.
Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui
aktiviti improvisasi kanak-kanak dirangsang untuk
berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang
diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan
membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang
difikirkan sesuai dengan rangsangan yang disediakan.
Melalui improvisasi juga, daya imaginasi dan kreativiti
kanak-kanak dicerna secara maksimum.
 Improvisasi dapat melatih kanak-kanak bertutur
dengan lebih natural dan bersahaja. Melalui
improvisasi juga, kanak-kanak digalakkan
menghubungkaitkan pengalaman sedia ada mereka di
luar bilik darjah untuk diadaptasikan dalam situasi
yang disediakan oleh guru di dalam bilik darjah. Ini
akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Di
antara aktiviti drama yang boleh dilaksanakan ialah
pantomim dan permainan teater.
 Improvisasi berdasarkan gambar atau buku cerita
bergambar
 Improvisasi berdasarkan props (peralatan/objek)
 Improvisasi berdasarkan dialog
 Improvisasi berdasarkan watak/tokoh dan perwatakan
 Improvisasi berdasarkan bunyi atau lagu
 Improvisasi berdasarkan situasi seperti wawancara,
perbahasan/debat dan bercerita.
 
Main peranan
 Main Peranan : Secara berpasangan, pilih
sebuah drama dan bincangkan watak-watak
dalam drama itu. Pilih watak yang ingin anda
dan rakan anda lakonkan. Pilih satu situasi
atau scenario drama tersebut yang manarik
perhatian anda dan lakonkan situasi tersebut.
Persembahkan kepada rakan-rakan. Rakan-
rakan akan anda akan meneka tajuk drama itu.
 
Improvisasi aksi kaku
 Improvisasi aksi kaku – pilih sebuah drama
yang dibaca atau ditonton, sediakan tiga aksi
kaku untuk menjelaskan tentang plot drama
tersebut. Seorang bertindak sebagai ketua yang
menjelaskan situasi dan beberapa orang
melakonkan aksi kaku.
Teater bercerita
 Satu bentuk aktiviti drama neratif yang dilakonkan secara spontan untuk
menghiburkan penonton. Aktiaviiti ini mudah dijalankan kerana ia
menggabungkan tenaga seorang pencerita dan beberapa orang pelakon yang
beraksi mengikut watak dalam cerita. Di samping beraksi, pelakon
dibolehkan membina dialog sendiri di mana sesuai (dengan bantuan
pencerita) untuk menjadikan cerita tersebut lebih menarik dan realistik
 Tujuannya untuk menghiburkan pelajar sambil belajar
 Melatih kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) membaca (memahami)
dan menulis
 Menambah perbendaharaan kata, laras bahasa sasatera, ungkapan,
peribahasa dan lain-lain yang terkandung dalam cerita. 
 Membentuk sikap kerjasama, bertolak ansur dan membentuk disiplin
pelajar. 
 Teater Bercerita
 Sampaikan satu segmen/ adegan dalam drama
JBRR atau drama yang pernah anda baca atau
tonton, sampaikan dalam bentuk teater
bercerita . pilih seorang pencerita dan
beberapa orang pelakon untuk menyampaikan
teater bercerita tersebut.
Teater membaca
 Bacaan dialog dalam bentuk Teater Pembaca
dan pastikan ekspresi serta gerak tubuh
terbatas untuk menegaskan tentang situasi.
Aktiviti teater membaca
 TEATER PEMBACA
  
 MASA : 120 MINIT
 
 OBJEKTIF:
 
 i. Membaca dialog dengan intonasi dan gaya yang betul
 ii. Menggunakan bahasa badan dengan betul
 iii. Membaca dengan penuh penghayatan
 
 AKTIVITI:
 
 Penerangan, Perbincangan, Perbengkelan
 
 LANGKAH PELAKSANAAN:
 
 i. Edarkan teks kepada murid
 ii. Murid yang terlibat berada sebaris di hadapan kelas
 iii. Tentukan murid akan melangkah setapak ke hadapan bila tiba giliran membaca dan melangkah kembali ke belakang setelah selesai membaca watak yang dipegang.
 iv. Murid membaca dengan penuh penghayatan menggunakan intonasi yang sesuai.

  
 RUMUSAN:

 Peserta berjaya menjalankan teater pembaca mengikut teknik yang betul.
  
 OBJEKTIF:
 
i Melatih kemahiran mendengar, bertutur, pemahaman dan mengarang
ii Menambah perbendaharaan kata, pembentukan ayat, ungkapan, peribahasa dan lain-lain yang
terkandung dalam cerita
iii. Membaiki dan memperkaya penguasaan bahasa murid supaya lebih kreatif
iv. Mengasah bakat lakonan murid
v.Memupuk sikap kerjasama, toleransi dan disiplin murid
vi. Menghiburkan murid sambil berfikir
 
 
AKTIVITI
 
Penerangan, Perbincangan, Perbengkelan
 
LANGKAH PELAKSANAAN
 
i. Atur kedudukan murid dalam bentuk separuh bulatan menghadapi ruang lakon.
ii. Edarkan bahan cerita kepada murid yang menjadi pencerita.
iii. Pencerita duduk di sebelah kiri penonton dan membaca cerita.
iv. Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, murid yang berminat/ditentukan watak
tersebut keluar melakonkan aksi seperti yang dibacakan dalam cerita dan duduk semula bila tidak
terlibat lagi dalam cerita.
v.Aktiviti diteruskan sehingga cerita berakhir.
vi. Guru membuat aktiviti susulan untuk membina kemahiran berbahasa yang sesuai dengan
aktiviti.
Kerusi panas
 Satu teknik dalam latihan asas penghayatan watak dan
perwatakan. Teknik ini sering digunakan dalam latihan
asas teater untuk membuat justifikasi tentang
perwatakan sesuatu peranan yang akan dilakonkan.
 Biasanya pelakon/pemegang watak (berdasarkan skrip)
dan pelakon akan cuba mengimaginasikan gaya atau
aksi watak dalam semua aspek seperti cara bercakap,
pemikiran dan seumpamanya. Pelakon perlu tahu umur
watak, gambaran fizikal dan bagaimana dia bertindak.
Kerusi Panas
 Aktiviti Kerusi Panas – Dalam aktiviti ini, seorang
murid akan diminta menghayati dan mendalamkan
watak dalam sesebuah cerita, kemudian murid ini
akan ditempatkan di kerusi di hadapan rakan-rakan.
Seterusnya murid-murid bertanyakan soalan-soalan
yang ada kaitan dengan watak yang dipegang oleh
murid yang sedang duduk di kerusi panas
berkenaan. Jawapan murid perlu menjurus kepada
cerita atau peristiwa dalam cerita berkenaan.
Pemaduan Seni
 Aktiviti Pemaduan Seni – bermaksud aktiviti yang
menggunakan beberapa unsur seni untuk
menghidupkan cerita yang disampaikan. Untuk tujuan
ini, beberapa unsur seni dipilih dan digunakan secara
serentak pada masa yang sama. Sebagai contohnya,
pengajaran watak dalam cerita boleh dibuat dengan
melakonkan aksi watak tersebut dan dalam masa yang
sama murid lain akan melukis gambaran watak dan
dalam masa yang sama sekumpulan murid lain akan
menyanyikan fakta mengenai watak berkenaan.
boneka
 Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah patong permainan.
 Terdapat dalam pelbagai bentuk, terutamanya manusia atau haiwan,
 Apa sahaja objek yang diberikan watak dan digerakkan untuk
sesuatu cerita atau menyampaikan masej.
 Boneka boleh di katakan salah satu permainan yang paling tua,
kerana permainan ini telah wujud pada zaman Yunani, Romawi
ataupun Mesir lagi.
 Umumnya boneka di buat sebagai permainan kanak-kanak, namun
adakalanya digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan
alam atau hal-hal yang bersifat ghaib ataupun mistik contohnya
upacara keagamaan pada zaman dahulu.
Jenis-Jenis Boneka
 Boneka Tangan
 Boneka Jari Wajah
Boneka Lidi/ kayu
Boneka Bertali
Wayang Kulit
BONEKA JARI WAJAH
 Contoh 1
Boneka jari wajah (manusia)

Bahan-bahan yang diperlukan:
- Sarung tangan (digunting hujung sarung jarinya)
- Stiker label
- Benang wool
- Gunting

 
 Boneka Jari
 Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka.
Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam
sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota
boneka.
 Hand Puppet atau boneka tangan boleh berbentuk binatang untuk
diperkenalkan kepada kanak-kanak tentang binatangseperti lembu,
kuda, ayam, kambing dan sebagainya. Dibuat dari bahan yang
lembut dan dapat dicuci. Hand puppet atau boneka tangan, boleh
menghiburkan kanak-kanak. Selain mengeratkan hubungan
kekeluargaan dapat juga melatih mereka berekspresi dan membantu
kanak-kanak bertutur dengan lebih cepat.
 Aspek seni bahasa merujuk
kepada keupayaan murid
mengungkap dan mengapresiasi
 keindahan
Aspek seni bahasa merujuk bahasa,
kepada keupayaan memahami
murid mengungkap dan mengapresiasi
keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang
dan
menyeronokkan menerusi menghargai
kepelbagaian bahasa
aktiviti secara didik melalui
hibur.
pembelajaran yang
 Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui
penulisan dan lisan. menyeronokkan menerusi

kepelbagaian
Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaanaktiviti secara didik
murid mengungkap dan mengapresiasi
keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang
hibur.
menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.

 Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi
 memahami
keindahan bahasa, Muriddan juga dapatbahasa
menghargai menggunakan
melalui pembelajaran yang
kreativiti mereka dalam hibur.
menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik

 melahirkan
Murid juga dapat menggunakan kreativitiidea
merekamelalui
dalam melahirkan idea melalui
penulisan dan lisan.

penulisan dan lisan.
Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui
penulisan dan lisan.
Deklamasi puisi
 Deklamasi puisi merupakan seni persembahan
yang mempunyai kesan keindahan atau estetika.
 Deklamasi puisi biasanya dibuat dalam bentuk
pertandingan dan puisi yang dideklamasi perlu
dihafal. Deklamasi sebaiknya tidak dilibatkan
teknik lain misalnya menyanyikan satu perenggan
puisi atau mencampurkan deklamasi dengan
nyanyian.
Perkara penting dalam deklamasi
 Suara
 Bagaimana deklamator mengeksploitasi alat-alat
artikulasi mereka supaya sesuai dengan tema, diksi,
maksud dan mood sajak yang ingin disampaikan.
 Suara yang mengada-ngada, cerewet, dipaksa-
paksa, monotonus, kesilapan menyebut sukukata
dan kata haruslah dielakkan supaya tidak
menimbulkan kekeliruan serta kebosanan dalam
kalangan pendengar.
 Gaya – merujuk kepada ‘gaya yang indah’ iaitu gaya bersahaja atau
natural yang bertepatan, sepadan, selaras, indah, dan dapat
menjelaskan makna atau konsep yang ingin disampaikan dalam
puisi.
 Bahasa badan yang merangkumi gerak tangan, gerak tubuh, gerak
kepala,mimik muka yang melibatkan kening, mata, mulut dan dahi.
Kesemuanya hendaklan digembleng supaya dapat menimbulkan
makna pada puisi yang dideklamasi.
 Deklamator yang baik tidak akan berlebih-lebihan dalam
mempamerkan gaya persembahan tetapi berusaha menjiwai puisi
dengan jujur dan penuh penghayatan, serta membebaskan fizikalnya
untuk turut sama berkata-kata.
 Nada
 Tekanan yang menjelaskan pemahaman dan makna
diksi, memperjelaskan sikap dan mood teks sajak.
 Nada rendah, sederhana dan nada tinggi haruslah
disesuaikan dengan emosi teks sajak supaya
penonton dapat menjiwai maksud dan menghayati
mesej yang ingin disampaikan.
 Nada yang biasa dalam deklamasi puisi ialah nada
melankolik, romantis, patriotik, protes dan sinis.
 Teknik
 Merupakan manipulasi tatalaku, mood, adab,
tempoh, kostum, peralatan, muzik, dan set prop
yang signifikan dan membantu kefahaman dan
penghayatan puisi
 Teknik mestilah bersesuaian dengan konsep sajak
yang ingin dipersembahkan supaya ia
memberikan kefahaman dan makna yang tepat
mesej yang ingin disampaikan.
Bahan puisi tradisional
 Teknik yang digunakan (jenis teknik)
 Mengapa memilih teknik ini ….
 Sejauh mana teknik ini berkesan dalam pengajaran
dan pembelajaran
 Cadangan penambahbaikan
 Cadangan teknik lain yang sesuai
Sastera bandingan
 Interteks/Parodi
Kajian perbandingan karya karya sastera; Antara
penulis dalam negara atau luar negara,
Cth; Bagaimana Siti Zainon Ismail (Malaysia) dan
Angela Carter (Barat) menggarap isu-isu wanita
dalam karya mereka.
Konsep interteks
 Kajian hubungan antara dua kesusasteraan atau lebih
(Wellek dan Warren, 1990 :49).
 Secara luas interteks diertikan sebagai jaringan
hubungan antara satu teks dengan teks yang lain.
 Penelitian dilakukan dengan cara melakukan hubungan-
hubungan bermakna di antara dua teks atau lebih.
 Hubungan yang dimaksudkan tidak semata-mata
sebagai persamaan, melainkan juga sebaliknya sebagai
pertentangan.
 Secara praktikalnya aktiviti interteks terjadi
melalui dua cara :
(a) membaca dua teks atau lebih secara
serentak pada masa yang sama,
(b) hanya membaca sebuah teks tetapi
dilatarbelakangi oleh teks-teks yang lain yang
sudah pernah dibaca sebelumnya.
 Julia Kristeva (dalam Culler, 1977:139)
menegaskan bahawa setiap teks itu merupakan
penyerapan atau transformasi teks-teks lain.
 masuknya teks ke dalam teks lain adalah perkara
biasa terjadi dalam karya sastra, sebab pada
hakikatnya suatu teks merupakan bentuk serapan
dan transformasi dari sejumlah teks lain, sehingga
terlihat sebagai suatu mozik (Ali Imron: 2005:80).
cth
 Beberapa sajak Chairil Anwar(Dalam Matamu)
mempunyai hubungan intertekstual dengan sajak-
sajak Amir Hamzah (Berdiri Aku). Hubungan
intertekstual itu menunjukan adanya persamaan
dan pertentangannya dalam hal konsep estetik dan
pandangan hidup yang berlawanan
 Zaman penjajahan dan pasca merdeka di Malaysia
Sastera kanak-kanak
 Karya sastera prosa dan puisi, sama ada secara lisan
atau bertulis yang digubah khusus untuk kanak-kanak.
 Frank Whitehead (1967) menegaskan bahawa “semua
kanak-kanak, tidak kira apapun peranan akhir hidup
mereka kelak, memerlukan pengalaman dari segi
sastera… jika keperibadian mereka mahu dibaja dan
berkembang sebagai daya hidup yang sepenuhnya.
Petikan ini menunjukkan sastera kanak-kanak
memainkan peranan penting membentuk jiwa kanak-
kanak”
Sastera kanak-kanak dari perspektif
pendidikan?
 Penerbitan sastera kanak-kanak dan remaja
memainkan peranan besar bagi membangunkan
masyarakat yang gemar membaca.
 Nilai-nilai murni dan pengajaran dalam karya
sastera kanak-kanak dapat membentuk sikap dan
sahsiah kanak-kanak.
 Perkembangan awal sastera Melayu dapat dilihat
daripada tradisi sastera lisannya.
 Dalam masyarakat Melayu tradisional cerita
rakyat yang amat popular ialah cerita jenaka dan
cerita binatang.
 Sementara bentuk puisi pula ialah pantun yang
digunakan untuk mendodoikan kanak-kanak atau
menghiburkan kanak-kanak, dalam masa yang
sama puisi ini menerapkan nilai dan pengajaran.
 Sastera kanak-kanak merupakan sebahagian daripada
sastera arus perdana yang memaparkan dan menyingkap
pengalaman hidup manusia. Seperti sastera untuk orang
dewasa, sastera kanak-kanak juga menyajikan kisah
suka duka dalam kehidupan. Sastera yang baik dapat
memberi maklumat, bahasa yang indah, plot yang unik
dan membentuk pelbagai watak dan perwatakan yang
menarik dan boleh dijadikan teladan. Dengan
membenarkan pembaca menyelami jiwa dan roh watak,
kita memberikan mereka kefahaman mendalam tentang
 Sastera kanak-kanak harus dapat menimbulkan
respons daripada kanak-kanak sebagai pembaca.
Justeru bahasanya perlulah mudah difahami dan
ceritanya pula berkaitan dengan pengalaman hidup
mereka. Cerita seharusnya diterajui oleh watak
kanak-kanak dan tentang kisah mereka. Perbezaan
jangka pengalaman menentukan ciri utama sastera
dewasa dan sastera kanak-kanak.
 Menurut Katerine Paterson (1981) sastera kanak-kanak boleh
dianalogikan sebagai sebuah simforni orkestra yang terdiri
daripada persoalan dan tema, watak dan perwatakan, plot
dan subplot yang membentuk sebuah ciptaan yang agung.
Sebuah karya yang berkualiti akan terhasil daripada
keunikan dan keaslian irama, alunan kemerduan tiupan solo
serulingnya , keindahan melodi bahasanya dan kebenaran
yang mudah dihayati oleh pembacanya. Melalui penghayatan
ini kanak-kanak memberikan makna daripada respons itu dan
kemahiran ini meningkat matang mengikut peningkatan usia
mereka.
Contoh cerita rakyat
 Cerita jenaka
 Pak Pandir
 Pak Kaduk
 Si Luncai
 Lebai Malang
 Pak Belalang
 Cerita Binatang
 Sang Kancil, Pelanduk Jenaka
Sastera moden
 Cerpen kanak-kanak
 Puisi kanak-kanak
 Lagu kanak-kanak
 Drama kanak-kanak – drama kreatif
 Novel kanak-kanak
Contoh puisi kanak-kanak
 Tepuk Amai-Amai
 Genggam gamit
 Wa-wa bulan
 Burung kenek-kenek
 Buai laju-laju
 Lengang-lenggang kangkung
 Seloka pak kaduk
 Seloka lebai malang
 Pantun kanak-kanak
Perkembangan kesusasteraan
kanak-kanak
 Seminar kesusasteraan kanak-kanak peringkat
kebangsaan pertama kali diadakan pada tahun 1966.
mendapat dorongan dan bantuan daripada UNESCO,
hasil daripada seminar ini telah diterbitkan majalah
kanak-kanak Dewan Pelajar pada tahun 1967.
 Ternyata selepas merdeka dengan bantuan DBP
sastera kanak-kanak mendapat tempat dan
diperluaskan ke peringkat nasional selaras dengan
cita-cita kebangsaan negara yang baru merdeka.
 Perkembangan sastera kanak-kanak dari awal
hingga ke tahun 1982, tidak banyak mengalami
perubahan dari segi kuantiti daripada perubahan
kualiti. Jumlah buku kanak-kanak pada masa kini
masih kecil untuk memenuhi keperluan dan
permintaan terhadap buku-buku tersebut yang kian
meningkat dan jumlah buku bertambah setiap
tahun.
 Dari sudut kualiti tidak banyak perubahan,
penerokaan dan pembaharuan kecuali peningkatan
dari segi mutu percetakan, penerbitan dan teknik
penulisan.
Sastera Remaja
 Siapakah remaja
 Dari sudut undang-undang di negara kita, golongan remaja
dikatakan mereka yang berada dalam lingkungan usia 14
tahun keatas dan dibawah 21 tahun.
 Takrifan yang diberikan berbeza, bagaimanapun kebanyakan
pengkaji meletakkan takrif remaja berdasarkan pertumbuhan
dan perkembangan fizik, jantina, mental dan kemampuan
berfikir, sikap emosi,minat, cita-cita, shsiah psikologi, sosial
dan moral remaja. Kesemua ini dikaitkan pula dengan fungsi
keperluan remaja, kerana fungsi ini penentu kepada pola
tingkah laku.
 Robert E. Probst membicaarakan satu bab khusus
tentang sastera remaja dan meegaskan bahawa:
literature for adolescents is, in other words, now a
significant body of works that merits the attention of
English teachers.
 Sastera remaja pada dasarnya haruslah berupaya
memberikan pendidikan dan hiburan pada
masyarakat atau khalayak sasarannya (Othman
Puteh, 1989)
 Sastera remaja harus mempunyai upaya mengasah
kegemaran membaca, memperkayakan
pengalaman dan pengetahuan.
 Meningakatkan daya fikir yang rasional dan kritis
dan kreatif
 Kesimpulan
 Sastera remaja haruslah murni dan bernas dari
segala aspek dan terhindar dari unsur negatif, tidak
bermoral dan sensitif.
 Sastera remaja seharusnya mengambil peranan
sebagai wahana yang berupaya melahirkan
manusia seimbang dalam aspek rohani, jasmani
dan intelek
 Di Malaysia hasil sastera remaja amat terhad
dengan pendekatan yang jauh daripada mampu
menembusi psikologi remaja penuh dengan
konflik, unik malah sarat dengan nilai yang saling
bercanggah.
 Hanya Dewan Siswa mejadi satu-satunya majalah
yang banyak memuatkan sastera remaja.
Perancangan meningkatkan
penulisan sastera remaja
 Seminar atau konvensyen sastera remaja yang pertama
untuk membincangkan segala persoalan dan
permasalahannya.
 Mengadakan sayembara menulis sastera remaja untuk
golongan akhir remaja bagi medapat bahan bacaan yang
sesuai.
 Mengadakan pertemuan antara editor dan pengarang
untuk mendapatkan manuskrip yang diperlukan atau
mengkomisikan pengarang menulis beberapa banyak
projek.
 Mewujudkan satu panel penilai bagi meneliti
karya sastera remaja yang layak diberikan
pengiktirafan atau penghargaan.
 Mengenal pasti pengarang sastera remaja yang
berpotensi untuk mengisi sesuatu projek atau luar
negara agar mereka dapat mempertingkat mutu
penulisan mereka.
Pelaksanaan aktiviti bagi menyemarakkan
perkembangan Sastera Remaja
 Usaha DBP, ESSO-GAPENA dan utusan Melayu Publik
Bank menganjurkan sayembara menulis sastera remaja.
 Tahun 1985, Cawangan Sastera Remaja DBP
menganjurkan “Minggu Ramaja” dengan memilih
sejumlah 30 orang pelajar remaja yang berbakat setiap
tahun untuk mengikuti bimbingan intensif dalam aspek
penulisan sastera kreatif.
 Dalam program ini lahir penulis-penulis yang
berpotensi dan berbakat seperti:
 Nama-nama penulis remaja:
 Ralan Kazan
 Lily Haslina Nasir
 Tuan Faridah Syed Abdullah
 Ahmad Patria Abdullah
 Wan Shahriza Wan A. Rahman
 Arfah Ahmad
 Alina Idris
 Haslinda Nong Che
 Kejayaan yang terlihat ialah ada di antara nama-nama
penulis di atas yang beberapa kali memenangi “Hadiah
Sastera Siswa”.
 Melalui program Minggu Sastera Remaja hasilnya telah
diterbitkan antologi sajak Bunga Pelangi (1985) Meraut
Kasih (1988)
 Antologi cerpen Biakan Aku Sendiri (1985) Impian
Murni (1986) Subang Zamrud Permata Berlian(1987)
Nilai Sebuah Kasih (1988) Salji masih Berguguran
(1989) dan Permata Nilam biru (1989)
Sastera remaja kategori biografi dan
autobiografi
 Pelarimuda (1987) oleh Ghazali Ngah Azia
 Debu Hiroshima (1987) oleh Othman Puteh
 Api di kalabakan (1988) dan Limpahan Darah di
Sungai oleh Zakaria Salleh.
Novel Remaja
 Novel remaja yang dihasilkan berjaya
mengungkapkan pemikiran, tanggapan, wawasan
dan emosi remaja. Antaranya ialah Ahmad Patria
Abdullah dengan 4 buah novelnya yang berjudul
Permata Aurorius (1987), Kembar Artakus (1987),
Kota Arialun (1988) dan bunga Arianur (1987).
 Lily Haslina Nasir dengan Rindu Yang Tidak
Tertuai(1989)
kesimpulan
 Sastera remaja, berupaya mengungkapkan gagasan
tertentu. Ini dapat dilihat daripada mesej yang ingin
disampaikan kepada pembaca sasaran. Dalam
memastikan sastera remaja menyumbang kepada
pembentukan sahsiah dan jatidiri remaja, pelbagai pihak
perlu bekerjasama untuk menghidupkan sastera remaja.
 Inisiatif pengarang dan editor dibeberapa buah
penerbitan, penerbit, DBP, pihak swasta, kerajaan perlu
memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan
sastera remaja diletakkan di peringkat nasional.
UNTUK ANDA GURU-GURU
PISMP (PJJ)

SEKIAN
 TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai