Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Makro Pengajaran :

Semasa menjalankan makro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan
dan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas
dengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan makroteaching ini, bagi
mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran makroteaching ini.
Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan
pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti
yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat
murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti pantun teka teki pada sesi induksi
dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid.
Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-
aktiviti yang dijalankan oleh guru. Saya dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-
aktiviti pembelajaran yang diadakan. Saya juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat
memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian
untuk menghargai murid dan menarik minat murid. Penggunaan I! dalam pengajaran saya
dapat menarik minat murid dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isi
pelajaran yang ingin saya sampaikan. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan
peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid
mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran
yang ingin disampai oleh guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini
akan memudahkan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar.
"etegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada
guru. "ejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang
perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran
boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu,
pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara
jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas,
memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang
diberikan. !indakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap
penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan makro teaching ini ialah saya
tidak mengaitkan peristiwa semasa dalam sesi induksi. Saya juga tidak mencadangkan aktiviti
susulan kepada murid. #embaran kerja yang disediakan tidak mengikut aras kebolehan murid.
Saya dapati murid yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya juga tidak
mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang. $al ini akan menyebabkan murid tidak tahu
apa yang ingin diajar pada pengajaran seterusnya dan mungkin akan menyebabkan murid tidak
membawa barang yang diperlukan. %alam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi
dengan murid-murid begitu terhad. &leh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua
belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah
tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. &leh sebab itu adakalanya
guru terlupa untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada murid.
Pengajaran dan pembelajaran sains juga banyak melibatkan kemahiran proses sains dan
manipulatif memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. $al ini menyebabkan murid
menganggap bahawa subjek sains itu sukar dan menjadi punca mereka hilang minat untuk
belajar. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah
menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak bermakna. 'urid-
murid lebih banyak menghafal rumus, (petua( dan (hukum-hukum( yang dicipta oleh guru tanpa
mengetahui konsep sebenar. "eadaan ini tentunya akan melahirkan murid yang hanya pandai
mengingat tetapi jahil tentang sains dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang
melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran berkaitan sains. Selain itu kelemahan lain yang
dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. "etepatan masa penting bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. $asil
pemerhatian saya keatas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran harian yang telah
dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak
seiring. $al ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal
lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. )ika
langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan turut
tergendala. )adi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. *agaimanapun, masa
keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Pemantauan didalam kelas juga agak lemah.
+uru hanya berada dihadapan kelas dan tidak memantau aktiviti murid disetiap penjuru kelas.
Saya seharusnya berjalan dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid. %engan
melakukan pemantauan secara tidak langsung saya akan dapat mengawal keadaan dan disiplin
murid dengan lebih baik. 'elalui pemantauan juga saya dapat mengesan murid yang lemah
dan membimbingnya dengan lebih dekat.
'eneroka fenomena sekeliling adalah penerokaan sains. Pelbagai strategi perlu
diamalkan dalam pendidikan sains. Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan
pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Pendekatan yang diberi fokus pada masa
kini ialah pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan yang berpusatkan murid lebih efektif
berbanding pendekatan tradisional yang berpusatkan guru. Sehubungan itu wajarlah
pengajaran amali berasas inkuiri penemuan diketengahkan bagi meningkatkan pemahaman
murid. Pembelajaran amali berupaya membantu murid membina pengetahuan sendiri. %alam
proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuan
sedia ada untuk membina pengetahuan baru. &leh itu , kegiatan hands-on dan minds- on telah
disepadukan. "aedah ini juga dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif supaya mereka dapat membentuk pemikiran
yang analitik, kritis , inovatif dan kreatif. Selain itu , tugasan amali juga biasanya dijalankan
secara berkumpulan yang mengalakkan perasaan positif serta saling menghargai, menyokong
dan menghormati sesama sendiri. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan
cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak
bermakna dan kurang menarik. &leh itu satu kaedah pendekatan pengajaran yang berpusatkan
pelajar , inkuiri - perlu diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Setelah kajian
dijalankan terhadap makroteaching yang telah saya jalankan, terdapat beberapa kelemahan
yang telah saya lakukan dan penambahbaikan perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan
pengajaran saya. Antaranya adalah ketepatan masa dalam menyampaikan pelajaran dan
pemantauan murid di dalam kelas. Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif
supaya pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. +uru perlu
mengikuti masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
'enepati masa akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian
pengajaran dari mula hingga akhir pengajaran. +uru tidak seharusnya berdiri dihadapan kelas
semasa menyampaikan pengajaran, sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantau
setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung. Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalam
kelas samada mengawal tingkah laku murid atau membantu ketidak fahaman murid terhadap
pelajaran secara serta merta. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan
penambahbaikan yang sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaiki
set induksi agar lebih mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan
berkumpulan, memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid,
pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid. #embaran
kerja yang disediakan mesti sesuai mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid. )ika aras
pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan
ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik
tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini akan merugikan pelajar yang
cerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah.
Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke
dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan
kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Saya berharap dengan melakukan tindakan
seperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan serta
dapat menarik minat murid untuk mendalami ilmu sains.

Anda mungkin juga menyukai