Anda di halaman 1dari 2

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

Suatu ketika tatkala Rasulullah S.A.W sedang bersiap di medan perang Uhu
d, tiba-tiba
terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit tela
h datang menemui b
aginda. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah S.
A.W.
Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam set
elah tokoh yang terkenal
Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai
itu.
Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam perg
aulan.
Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab,
"Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan men
gikutnya."
Demikian angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah
kaumnya yang
sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinay sudah tertutup untuk menerim
a cahaya Islam yang
terang benderang.
Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemu
i Nabi S.A.W,
menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan p
erang di bawah
pimpinan Nabi S.A.W. Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.
Nabi S.A.W menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira., tambah pula rela ak
an maju bersama
Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, ker
ana masing-masing
sibuk menyiapkan bekalan peperangan.
Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar ma
ju sebagai mujahid
di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan kebera
niannya yang luar
biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya.
Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar !" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya,
sebab sangka mereka
dia masih musyrik.
Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. D
alam keadaan antara
hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah dan Rasul-
Nya,
lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang.
Allah akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi."
Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu
hal ini diketahui
Rasul S.A.W, maka baginda pun bersabda,, "Amar itu nanti akan berada dalam syurg
a nantinya."
Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di
luar dugaan mereka.
Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Nabi S.A.W berkata
kaum Muslimin,
"Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah
bersyarat sekalipun
juga terhadap Allah."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyamb
ung, ujarnya,
"Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."
Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak p
ernah solat, puasa dan
lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tib
a-tiba melihat persiapan
yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Nabi S.A.W .
Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhi
rnya tewas dia dengan
mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama
Allah di medan
perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid.
Nabi S.A.W menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

Anda mungkin juga menyukai