Anda di halaman 1dari 2

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA

TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis
kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang
hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah
diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul
Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut
kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan
sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka
dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T.
Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti,
akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api
yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan
menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu)
setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku
amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang
telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka
dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api
neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata
setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya
Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah
api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha
menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi
hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak
orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril
berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S.
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda
mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air
itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang
menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk
memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api
itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata
yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Anda mungkin juga menyukai