Anda di halaman 1dari 8

http://sklikashandball.wordpress.

com/teknikal/kemahiran-menjaring/
Kemahiran Menjaring
Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain
dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan,
terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang
mampu dijaringkan dalam sesuatu perlawanan bola baling ialah 40 gol. Maka bola
baling merupakan permianan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran
menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol,
namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain belakang yang
sememangnya ditugaskan menjaringkan gol, manakala pemain-pemain lain lebih
bertangunggjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan
agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan gol.
Kekuatan, kelajuan, ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu
ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol.
Pemain-pemain ini juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan,
bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah putus asa.
Prinsip-prinsip utama
Umumnya, terdapat beberapa prinsip uatam dalam kemahiran menjaringkan gol dalam
permainan bola baling. Antaranya ialah:
a) Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
b) Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
c) Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak
dilaksanakan.
d) Pemain mengikut lajak.
e) Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
f) Pemain cekap menilai ruang kosong dab kedudukan penjaga gol.
Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis jaringan gol dalam permainan bola baling,
iaitu jaringan atas kepala, jaringan dari bawah lengan, jaringan lompat dan jaringan
menjunam.
1) Jaringan dari atas kepala.
Jaringan dari atas kepala ialah jaringan biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula
mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan
ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau
berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:
Pemain bergerak satu langkah ke depan.
Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
Tangan pamain yang memegnga bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang
kepala pada aras bahu.
Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan
ke atas kepala dan membalingnya kuat kearah sasaran.
Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat lontaran.
2) Jaringan dari bawah lengan
Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh
dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-
kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau
pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik
melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:
Pemain mengambil satu langkah ke depan dangan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan
sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke
depan dan seterusnya bola dilontar kuat ke sasaran.
Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.
3) Jaringan lompat
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi
perkara yang terpenting dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga
langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan,
terutamanya bagi pemain-pemain beru, namun jika sudah mahir, ia merupakan
jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak
gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan
pantas. Biasanya jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di
puncak lompatan.
Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain
memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat
jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala.
Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.
Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan ini adalah seperti berikut:
Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat molpatan
sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.
Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara
memusingkan bahu dan lengannya.
Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di
celah-celah kaki penjaga gol.
Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka
sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi peluang.
3) Jaringan pada aras paha
Jaringan ini agak berkesan dalam meghasilkan gol. Namun, ia banyak memerlukan
latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras
paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini
amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga
gol atau pemain pertahanan. Cara jaringan ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold
an membengkokkan lututnya sehinggan bola berada di bawah lengan lawan. Dengan
pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke seberang bahagian di bawah
palang pintu gol pihak lawan.
4) Jaringan sisi
Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan
lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal.
Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan.
Secara tiba-tiba dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakan badannya ke kiri,
dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendaratdi sisi, pemain berkenaan memusingkan
sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di
bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara
mengejut.
5) Jaringan junam dan jaringan jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain
baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada
aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balinga percuma. Jaringan
dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokka badan supaya
dapat membesarkan lagi sudut jaringan. Teknik melakukan jaringan junma adalah
seperti berikut:
Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
Denga menggunkan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju
kawasan gol.
Semasa melojak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa
berada di udara sebelum mendarat.
Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau
menggulingkan badan.
6) Jaringan penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-
undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan
balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan
wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah
fokus kepada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal
dilakukan.
Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan lambung
(lob) untuk menjaring.
Pemain melakukannya mengikut lajak.
7) Jaringan lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak
ke depan gol. Umunya, terdapat tiga situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:
Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut
pemain lawan daripada lontaran penalti
Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang
memperoleh bola untuk membuat jaringan.
Apabila penkaga gol gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan
ketika terjadi serangan pantas.
8) Jaringan voli
Jaringan voli adalah sama dengan jaringan lompat. Teknik melakukan jaringan voli
adalah seperti berikut:
Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.
Seperti kemahiran lain, kemahiran menjaringkan gol juga mempunyai undang-undang
tertentu seperti:
a) Jaringan gol dilakukan apabila seluruh bola telah melepasi garisan gol pihak lawan
diantara kedua-dua tiang dan dibawah palang gol.
b) Selepas satu jaringan gol dibuat, permainan hendaklah dimulakan dengan balingan
dari tengah gelanggang oleh pemain dari pasukan yang menerima gol tadi.
c) Jika pengadil atau penjaga masa telah meniiup wisel sebelum keseluruhan bola
melintasi garisan gol, jaringan gol itu tidak dikira.
d) Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang.
e) Perlawanan akan dikira seri jika kedua-dua pasukan menjaringkan sama banyak gol
atau tidak menjariangkan sebarang gol.
KEMAHIRAN MENANDUK BOLA
RANCANGAN LATIHAN
RANCANGAN LATIHAN
Latihan:
A melambung bola kea rah B dan C. B berdiri dihadapan C seperti seorang penyerang.
C datang dari belakang B dan menanduk bola tinggi ke arah C. Lambungan
bola dari A hendaklah diawasi.
Tumpuan:
(i) Tanduk tinggi kea rah sasaran
(ii) Buka mata
(iii) Lompat tinggi dari penyerang B
Tandukan Statik (Rajah 54):
1. Bola ditanduk dengan bahagian dahi.
2. Bahagian tengkok dikemaskan dan dagu ditarik kea rah dada.
3. Bahagian abdomen dilengkong ke belakang.
RANCANGAN LATIHAN
Modul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
85
Tandukan Statik: (Rajah 54)
RANCANGAN LATIHAN
Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
86
Tandukan Sambil Melompat (Rajah 55):
1. Lompatan hendaklah tinggi kea rah bola.
2. Jangan melompat ke
3. arah bola dari bawah kerana
bola akan ditanduk dengan
bahagian atas kepala.
4. Lompatan dengan
berlandaskan satu kaki.
5. Kedua- dua kaki dibengkokkan
ke belakang.
6. Badan dilengkong ke belakang
untuk mendapatkan daya
tandukan yang padu.
Tandukan Sambil Melompat:
(Rajah 55)
RANCANGAN
LATIHAN




































Modul Latihan SPTS Untuk Jurulatih

Anda mungkin juga menyukai