Anda di halaman 1dari 2

Petikan Dialog

Watak : 1. Pak Mat


2. Zarul
3. Lim
4. Rajan

Pak Mat : Masuk-masuk nak, masuk. Dari mana kamu datang basah-basah ni?
Zarul : Kami dari sungai, pak cik,
Lim : Kami ke sana sekejap sebelum datang ke sini.
Pak Mat : Kamu semua buat apa pergi ke sungai?
Rajan : Kami hendak menangkap ikan laga, pakcik.
Pak Mat : Kamu hendak cari ikan laga!
Rajan : Pak cik, boleh tak kami tanya sesuatu?
Pak Mat : Boleh, apa salahnya. Apa yang hendak ditanya?
Zarul : Hujan turun dengan lebat, tetapi ke mana air hujan menghilang?
Pak Mat : Oh! Air hujan yang turun dengan lebat ini akan mengalir ke sungai
sungai dan seterusnya laut.
Rajan : Tetapi pak cik, air hujan yang turun berwarna jernih. Kenapa bila sampai
ke sungai, air itu berubah menjadi warna hitam dan kotor pulak tu?
Lim : Kalau kamu hendak tahu, air sungai menjadi begitu kerana perbuatan
kita sendiri.
Zarul : Kita kadangkala tanpa menyedari telah mencemarkan sungai.
Pak Mat : Ya, Zarul, kita mencemarkan sungai dengan pelbagai cara. Antaranya
membuang sampah-sarap serta sisa toksik ke dalam sungai.
Lim : Bukan sahaja air sungai yang menjadi kotor malah boleh membunuh
Hi pan air seperti ikan-ikan dan rumpai air.
Rajan : Boleh tak air yang kotor itu dibersihkan kembali?
Pak Mat : Air yang tercemar itu boleh dibersihkan semula. Proses membersihkan
air ini dipanggil rawatan air. Air-air ini dirawat di loji-loji penapisan air.
Rajan : Bagaimana air sungai dirawat di loji ini?
Pak Mat : Proses rawatan air dilakukan dalam tiga peringkat. Peringkat pertama
ialah peringkat penapiS air. Ia bertujuan untuk
membersihkan air daripada kotoran pepejal. Peringkat kedua ialah
menghapuskan kotoran organik dengan cara biologikal iaitu
penghuraian yang dilakukan oleh bakteria. Peringkat terakhir atau ketiga
ialah peringkat menghapuskan kuman melalui campuran klorin.
Lim : Saya pernah membaca sebuah buku. Buku tersebut ada menceritakan
bahawa air yang siap dirawat ini akan dibekalkan kepada orang ramai
melalui pili air.
Zarul : Kamu tahu tak air sungai juga boleh menghasilkan tenaga elektrik.
Rajan : Bagaimana?
Zarul : Sungai-sungai yang besar dan mempunyai aliran yang deras akan dipilih
dan empangan akan dibuat. Melalui empangan ini air akan menggerakkan
turbin dan akan terhasillah tenaga elektrik.
Rajan : Kalau begitu Empangan Kenyir dan Empangan Chenderoh di Perak
adalah bertujuan untuk menghasilkan tenaga
elektriklah.
Zarul : Ya, betul. Kita namakan elektrik tersebut sebagai hidroelektrik.
Lim : Nampaknya hujan sudah berhenti. Pak cik, kami minta diri dahulu ya.
Pak Mat : Baiklah nak, hati-hati. Jalan tu licin kerana banyak lopak dan becak.
Zarul, Lim, Rajan : Baiklah, pak cik.
Zarul : Pak cik, terima kasih kerana menceritakan kepada kami serba sedikit
tentang air.
Rajan : Nampaknya tak sia-sia hujan turun petang ini. Dapat juga ilmu, betul tak
Zarul?

Mereka bertiga pun bersalam dengan Pak Mat lalu melangkah untuk pulang ke
rumah masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai