Anda di halaman 1dari 1

RIDAY, MARCH 23, 2012

Budaya Masyarakat Melayu - Suatu Analisis


Budaya (culture) secara takfirannya diertikan sebagai cara hidup yang diamalkan secara berterusan
dalam tempoh masa yang panjang sehingga amalan itu wujud dalam pemikiran separa sedar (subconscious mind) dan ia menjadi asas untuk membeza seseorang dengan yang lainnya (Hofstede,
1980; 1991).

Justeru, budaya masyarakat melayu ialah cara hidup bangsa melayu meliputi perkembangan sahsiah,
budi, akal, daya, semangat, usaha, nilai dan tindakan dari aspek lahiriah dan juga aspek batiniah yang
meresap masuk dalam pemikiran separa sedar bangsa melayu dan akhirnya menjadi tatacara hidup
dan amalan orang melayu serta menjadi identiti kita yang membezakan kita dengan bangsa lain.

Dalam post ini saya berhasrat untuk membincangkan tentang budaya masyarakat melayu dari aspek
nilai yang telah menjadi identiti bangsa kita. Saya berpendapat orang melayu perlu mengetahui
budaya mereka dan mengenalpasti nilai yang tersalut disebalik budaya tersebut samada ia
membawa kebaikan dan keburukan kepada masyarakat melayu sendiri. Namun saya menghadkan
perbincangan ini dari aspek batin sahaja. Bukan budaya secara zahir seperti tarian, nyanyian,
perkahwinan dan sebagainya.

Faktor utama yang membentuk dan mempengaruhi budaya bangsa melayu ialah 1) agama hindu, 2)
islam dan 3) penjajah barat yang telah menjajah kita hampir 500 tahun. Sarjana barat, yang banyak
membuat kajian tentang budaya masyarakat melayu seperti Hofstede, Lachman dan Triandis
merumuskan bahawa diantara ciri-ciri budaya masyarakat melayu ialah:-

1. Akur kepada kemahuan majoriti' (individualism-collectivism)


2. Patuh pada ketua' (power distance)
3. Sukar menerima pembaharuan' (uncertainty avoidance) dan
4. Aktif dalam perhubungan seksual' (masculinity-femininity)

(Bersambung)

Anda mungkin juga menyukai