Anda di halaman 1dari 2

Kecerdasan Pelbagai Yang Terlibat Dalam Permainan "Kerusi Muzik Versi X"

Konsep Kecerdasan Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983)


menyatakan bahawa manusia mempunyai potensi atau kecerdasan yang terpendam. Oleh
itu, guru berperanan penting untuk mencungkil dan menggilap bakat setiap murid supaya
mereka mampu menjadi seorang insan yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri,
malahan untuk masyarakat dan negara. Permainan "Kerusi Muzik Versi X" merupakan salah
satu permainan yang boleh dijalankan oleh guru, kerana ia melibatkan kecerdasan seperti
kecerdasan interpersonal, kecerdasan muzik, kecerdasan kinestetik dan juga kecerdasan
logikal-matematik.
Pertama sekali, kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang murid
memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Murid yang mempunyai
kecerdasan interpersonal mudah bergaul dan berinteraksi serta boleh memberi kerjasama
kepada orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dalam
permainan "Kerusi Muzik Versi X", kecerdasan ini boleh dibina dalam kalangan murid yang
terdiri daripada pemimpin dan buta. Apabila si pemimpin membimbing si buta untuk
berjalan di sekeliling bulatan kerusi tersebut, dia perlu memberi arahan dengan nada yang
baik supaya si buta rela dan senang hati untuk mengikut arahannya. Selain itu, si pemimpin
perlu memahami keadaan si buta kerana buta telah dibalut mata, jadi dia tidak boleh
berjalan dengan pantas tanpa memikirkan perasaan si buta. Dalam situasi ini, seseorang
pemimpin yang memiliki kecerdasan interpersonal akan membimbing si buta secara berhati-
hati untuk keselamatannya. Bagi si buta pula, oleh sebab dia tidak boleh nampak keadaan
sekelilingnya, jadi dia perlu sabar dan menyesuaikan diri dengan bimbingan si pemimpin.
Sisa buta yang menguasai kecerdasan interpersonal tidak akan bergerak mengikut
kehendak sendiri. Sebaliknya, dia akan mengikut dan mendengar arahan dan bimbingan si
pemimpin. Secara kesimpulannya, kerjasama antara si pemimpin dan si buta merupakan
salah satu unsur yang penting dalam permainan ini.
Kedua, permainan ini juga mementingkan kecerdasan muzik. Kecerdasan ini
berkaitan dengan kemampuan untuk mencipta, menghayati dan menghargai muzik selain
meluahkan perasaan melaluinya. Bukan begitu sahaja, murid yang memiliki kecerdasan ini
boleh mengesan ritma, nada dan melodi suatu muzik selain berupaya untuk mengenal dan
menggubah lagu. Dalam permainan ini, ketua bertanggungjawab untuk menyanyi. Semasa
dia bernyanyi, guru boleh menggalakkannya untuk menari supaya tahap kecerdasan muzik
ketua tersebut dapat ditingkatkan lagi. Di samping itu, ketua mungkin mampu meluahkan
perasaan melalui muzik tersebut selain melantunkan nada dan bunyi yang baik. Ketua yang
boleh berbuat demikian adalah berbakat untuk menjadi seorang penyanyi yang boleh
menyentuh hati orang lain melalui nyanyiannya. Selain itu, semasa ketua menyanyi, dia
akan mengubah lirik suatu lagu secara tiba-tiba. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan
kecerdasan muzik bagi ketua kerana dia mampu berbuat demikian dalam masa yang begitu
singkat, tetapi juga dapat melatih kecerdasan muzik bagi murid-murid yang lain. Hal ini
adalah kerana murid-murid tersebut perlu mendengar dan menghayati lirik lagu tersebut
secara teliti supaya mereka dapat mengesan sebarang perubahannya. Secara ringkasnya,
murid-murid yang terlibat dalam permainan ini mampu menguasai kecerdasan muzik yang
paling asas, iaitu menikmati dan menghayati pengalaman muzik.
Di samping itu, kecerdasan kinestetik juga merupakan salah satu kecerdasan yang
boleh terlatih melalui permainan ini. Kecerdasan ini merupakan keupayaan menggunakan
anggota tubuh untuk menyampaikan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah
termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, kepantasan dan keseimbangan badan.
Dalam permainan ini, oleh sebab penglihatan buta adalah terhad, jadi dia perlu sentiasa
menyeimbangkan badan sendiri semasa bermain. Dalam situasi ini, dia akan menggunakan
anggota tubuh, seperti membuka kedua-dua tangan ke tepi, supaya keseimbangan
badannya dapat dikekalkan. Bukan begitu sahaja, permainan ini juga bertujuan untuk
melatih tindak balas mereka. Misalnya, apabila mereka mengesan bahawa ketua menyanyi
perkataan "kerusi", mereka perlu mencari kerusi yang berisi nombor yang betul dan duduk
dengan segera supaya mereka masih boleh bermain dalam pusingan yang seterusnya.
Permainan "Kerusi Muzik Versi X" ini juga melibatkan kecerdasan logikal-
matematik yang mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan dan nombor.
Maksudnya, murid yang memiliki kecerdasan logikal-matematik berupaya untuk
menyelesaikan masalah matematik. Untuk menguji sama ada mereka menguasai
kecerdasan ini atau tidak, permainan "Kerusi Muzik Versi X" adalah sesuai untuk dijalankan.
Sebelum ketua mula menyanyi, dia akan mengemukakan soalan Matematik kepada setiap
kumpulan yang terdiri daripada seorang pemimpin dan buta. Selepas permainan bermula,
setiap kumpulan perlu menyelesaikan soalan ini secepat mungkin supaya mereka mampu
menentukan kerusi yang mana satu boleh diduduk dan yang mana tidak boleh. Dengan ini,
kecerdasan logikal-matematik murid boleh dilatih secara menyeronokkan melalui permainan
ini, selain melalui pengajaran dalam kelas atau latihan yang membosankan sahaja.
Deduksinya, terdapat pelbagai aktiviti atau permainan yang mampu dilaksanakan
oleh guru untuk mengembangkan kecerdasan pelbagai di kalangan murid. Permainan
"Kerusi Muzik Versi X" merupakan salah satu contoh yang terbaik. Permainan ini boleh
membantu murid untuk menemui kecerdasan atau kelebihan sendiri. Dengan ini, keyakinan
diri mereka dapat ditingkatkan. Janganlah guru hanya mengajar secara lisan dalam kelas,
kadang-kala, mainlah permainan yang bermanfaat kepada murid!

Anda mungkin juga menyukai