Anda di halaman 1dari 1

Punca-punca utama yang membawa kepada gejala seks bebas ini ialah

pengaruh budaya barat. Remaja pada zaman ini berpendapat bahawa budaya
barat adalah lebih canggih dan lebih moden. Oleh itu,pengaruh budaya barat
yang berfikiran terbuka merupakan dorongan kepada remaja hari ini untuk
menjalin hubungan seks bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak
bermoral ini menyebabakan mereka melupakan diri dan didikan agama.
Dalam pada itu,faktor yang menyumbang kepada gejala keruntuhan
akhlak ini adalah dorongan dalaman dalam jiwa seseorang. Bagi seorang
remaja yang normal,dia akan mempunyai tarikan seksual terhadap jantina
yang bertentangan dan akan terdorong untuk menjalinkan hubungan seks.
Berdasarkan Berita Harian,laman web lucah yang mudah dilayari turut
menyebabkan pergaulan seks bebas meluas pada hari ini. Sebagai
contoh,seorang gadis yang bernama Chantelle yang tinggal di England,15
tahun telah didapati mengandungkan anak seorang remaja,Alfie yang
berumur 13 tahun. Mereka membuat perkara dengan terburu-buru tanpa
mengira akibat. Hal ini mudah menjelaskan seks bebas antara remaja bukan
sahaja menyebabkan masa depan mereka musnah,malah juga akan menjadi
buah mulut orang ramai serta menjatuhkan maruah diri dan keluarga masingmasing.
Selain itu,kegagalan golongan remaja dalam mengawal hawa nafsu dan
godaan juga merupakan salah satu punca. Dalam ajaran Islam,bagi mereka
yang tidak dapat menahan keinginan,Islam menggalakkan umatnya
menggunakan saluran lain seperti berkhawin atau berpuasa. Hubungan seks
bebas tanpa perlindungan membawa kepada peningkatan risiko pengguguran
di kalangan remaja yang masih mentah dan juga kes pembuangan bayi.
Firman Allah s.w.t:"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak
perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman,supaya
melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya semasa mereka
keluar,cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang
baik-baik,dengan itu mereka tidak diganggu,dan ingatilah Allah amat
mengasihani ". Al-Ahzab:Ayat 59
Seterusnya,institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh
menimbulkan gejala sosial ini. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik
anak-anaknya dari kecil. Sekiranya,ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap
pendidikan agama anak-anaknya,ia akan menjadi salah satu faktor punca
gejala sosial. Ibu bapa yang sibuk aktiviti harian kerja dan mengejar kerjaya
mereka,masa diluangkan untuk keluarga pasti terhad. Ini akan menyebabkan
anak-anaknya kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka
akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain
daripada itu,rumahtangga yang bermasalah seperti perceraian juga turut
mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Anda mungkin juga menyukai