Anda di halaman 1dari 1

Nama: CHUA CHUNG WEI

Unit: N3
Refleksi BIG Fasa 4
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IPG
kampus Ipoh atas peluang untuk melibatkan diri dalam program anak angkat di
kampung Chui Chak. Memang tidak boleh dinafikan bahawa BIG kali ini adalah
pengalaman yang paling seronok berbanding dengan BIG fasa sebelum ini. Saya juga
bersyukur kerana BIG fasa keempat ini dijalankan dengan begitu lancar dan berjaya.
Sepanjang BIG ini, saya telah mempelajari cara menyesuaikan diri dengan ahli
keluarga angkat dalam masa yang singkat. Pada awal-awal, saya kurang berkeyakinan
untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga angkat. Oleh kerana mereka sangat mesra
dan mudah didekati, lama-kelamaan saya pun jadi lebih erat dengan mereka.
Penyesuaian ini agak penting kerana kita akan dihantar ke mana-mana tempat untuk
mengajar pada masa hadapan.
Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana memberi peluang yang amat
berharga ini kepada saya. Sepanjang BIG, saya mengikuti ahli keluarga angkat saya
pergi bekerja di sawah padi, kebun sayur dan ladang-ladang buah-buahan. Sebelum ini,
saya langsung tidak pernah pergi ke tempat-tempat tersebut. Pengalaman kali ini
memang telah membuka mata saya terhadap kehidupan di luar bandar.
Selain itu, kita juga memberi sumbangan besar kepada sekolah rendah di
kampung Chui Chak, iaitu SJK(C) Chui Chak. Kita telah melukis gambar-gambar
kegemaran kanak-kanak pada dinding luar bilik darjah. Ketua kampung dan pihak
sekolah agak berpuas hati dengan kerja kita. Saya dan kawan serumah saya, Jai Hui
juga berkawan dengan kanak-kanak di kampung Chui Chak. Kanak-kanak di situ juga
sangat baik hati dan sanggup pinjam basikal kepada kami dua. Mereka berbasikal
bersama-sama kami dua di sekeliling kampung dan memperkenalkan lokasi-lokasi
dalam kampung kepada kami. Pengalaman ini agak seronok.
Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana diberi peluang yang tidak dapat
dinilaikan dengan wang. Saya berharap pengalaman kali ini dapat membantu saya lebih
senang menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan pada masa hadapan. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai