Anda di halaman 1dari 1

Tutorial M15: Perkumuhan Tumbuhan Soalan: Menunjuk cara transpirasi yang berlaku kepada tumbuhan yang ditanam dalam

pot. Transpirasi tumbuhan ialah pengewapan air daripada permukaan daun melalui stoma. Transpirasi dapat membantu tumbuhan untuk menghilangkan haba. Berikut adalah cara menunjukkan bahawa transpirasi berlaku dalam tumbuhan yang ditanam dalam pot:

Penerangan: Satu tumbuhan dalam pot diletakkan di dalam satu balang. Selepas beberapa jam, titisan air mula dijumpai pada permukaan dalam balang. Hal ini menunjukkan pergerakan air dari tanah ke dalam akar tumbuhan tersebut, seterusnya air itu bergerak ke bahagian daun dan mengewap ke dalam atmosfera.

Semasa air bergerak dalam xylem ke arah daun, pergerakan ini adalah bertentangan dengan graviti. Daya tarikan graviti ini diatasi dengan mekanisma pelekatan dan pelekitan (cohesion & adhesion). Daya yang menggerakkan air dari bawah ke atas dikenali sebagai daya tarikan transpirasi (transpirational pull).

Rajah 1: Pergerakan air semasa transpirasi

Anda mungkin juga menyukai