Anda di halaman 1dari 1

Nama: Yau Seen Yee (29173)

Refleksi BIG Fasa 4


Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Pertama sekali, saya bersyukur kerana
BIG fasa ke-4 ini dijalankan dengan begitu berjaya. Dalam BIG kali ini, unit kami N3
bersama-sama dengan unit N2 dan N1 pergi ke kampung Chui Chak untuk menjalankan
program anak angkat. Saya memang amat menghargai peluang yang sangat berharga
ini kerana dapat membuka mata saya terhadap kehidupan di kampung.
Saya amat bernasib baik kerana keluarga angkat saya memiliki ladang-ladang
buah-buahan. Pada awal-awal pagi, saya bersama-sama 2 orang kawan serumah pun
mengikuti keluarga angkat pergi bekerja di ladang. Inilah pertama kali saya bekerja di
ladang dan pengalaman ini sangat seronok. Melaui program ini, saya juga belajar
menyesuaikan diri di sesuatu tempat yang tidak dikenali. Saya yakin bahawa apa-apa
pengalaman yang telah saya timba akan membantu saya lebih senang untuk
menyesuaikan diri di tempat mengajar pada masa hadapan.
Selain itu, saya juga bersama-sama rakan-rakan sekelas saya menjalankan
aktiviti gotong-royong di gelanggang bola keranjang dalam kampung Chui Chak. Kita
bersatu padu untuk membersihkan kawasan itu dan saling membantu apabila sesiapa
sahaja memerlukan bantuan. Oleh sebab kita selesai mengemas awal, kita pun pergi ke
SJK(C) Chui Chak untuk membantu kawan-kawan yang diberi tanggungjawab melukis
mural. Secara langsung, kita telah mempelajari nilai bersatu teguh bercerai roboh. Sikap
saling bantu ini juga penting bagi pekerjaan kita sebagai guru pada masa hadapan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IPG
kerana menganjur program yang amat bermakna ini. Saya juga ingin menerima kasih
tutor saya iaitu encik Yu Chee Han kerana beliau sanggup menghabiskan masa untuk
datang ke kampung Chui Chak untuk memberi bimbingan dan menjalankan sesi
perbincangan pada hari terakhir. Saya yakin bahawa apa-apa pengalaman dan
pengajaran yang saya dapat hari ini dapat membantu saya untuk menghadapi segala
cabaran yang akan saya hadapi pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai