Anda di halaman 1dari 34

NOTA PJ suaian

PENDIDIKAN JASMANI KHAS


(Special Physical Education)
Kandungan :
Pendidikan Jasmani Khas
Program Pendidikan Jasmani

















Pendidikan Jasmani Khas
Bidang khusus dalam pendidikan jasmani yang bermatlamat menyediakan keperluan
pendidikan jasmani kepada populasi berkeperluan khas (populasi Istimewa)
Program Pendidikan Jasmani
Merupakan program pendidikan yang berobjektifkan perkembangan kognitif, afektif
dan psikomotor. Aspek penumpuan utama di dalam program pendidikan jasmani ini
ialah dari sudut psikomotor di mana ianya melibatkan fizikal, motor , kecergasan dan
permainan.
Fizikal
Lebih menumpukan aspek perihal struktur anatomi individu, di mana ianya
mengemukakan dua perbincangan iaitu aspek postur statik (keseimbangan) dan
juga postur yang dinamik (pergerakan). Kawalan postur adalah merupakan asas
yang perlu di bina bagi membolehkan individu berkapasiti mengalami sekuen
perkembangan motor berdasarkan umur perkembangan dan mempelajari kemahiran
motor yang lebih kompleks.
Motor
Menumpukan kepada aspek perihal kualiti pergerakan individu di mana perlakuan
adalah mencapai tahap berkemahiran. Aspek ini adalah melibatkan beberapa faktor
yang asas seperti:
o Imej tubuh
o Kawalan objek
o Orientasi spatial (ruang)
o Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor
o Perkembangan kemahiran
o Kecergasan
Menumpukan kepada aspek perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan.
Dimana ianya melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan,
dayatahan kardiovaskular dan otot, kepantasan dan kelajuan. Di dalam
pendidikan jasmani khas aspek ini difokuskan selepas tahap minimum aspek fizikal
dan motor mampu dicapai
Permainan
Merupakan platform untuk individu mengaplikasi aspek fizikal, motor kecergasan.
Ianya melibatkan integrasi semua komponen psikomotor dalam konteks sosial.
Secara tradisinya, aktiviti permainan ini melibatkan aktiviti-aktiviti sukan rekreasi
selain daripada menyediakan peluang pencapaian sosial warga populasi khas

Renungan :
Tiap-tiap bertambah ilmuku, akan bertambahlah keinsafan bhawa terlalu banyak
yang aku tidak tahu
(Imam Syafie)




KOMPONEN-KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI KHAS
Kandungan :
Pendidikan Jasmani Suaian ( Adapted Physical Education )
Pendidikan Jasmani Perkembangan ( Development Physical Education )
Pendidikan Jasmani Pemulihan ( Remedial Physical Education )
Keselanjaran Penempatan Program Pendidikan Jasmani
Penilaian Keupayaan Motor

Pendidikan Jasmani Suaian ( Adapted Physical Education )
Modifikasi kepada aktiviti pendidikan jasmani tradisional bertujuan untuk
menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program
pendidikan jasmani dengan selamat, berjaya serta mencapai kepuasan. Prinsip
utama dalam modifikasi aktiviti adalah supaya pengubahsuaian aktiviti mengambil
kira potensi individu untuk melakukan aktiviti tersebut.
Pendidikan Jasmani Perkembangan ( Development Physical Education )
Program pendidikan jasmani progresif atau program latihan kemahiran motor kasar,
bertujuan untuk meningkatkan keupayaan motor individu ke tahap yang hampir atau
sama dengan tahap kemampuan pendidikan jasmani rakan sebaya (populasi
normal). Objektif utama program ini adalah untuk merapatkan (jika mungkin) jurang
umur perkembangan (keupayaan) dan umur kronologi (hayat).
Pendidikan Jasmani Pemulihan ( Remedial Physical Education )
Program pendidikan jasmani yang berobjektifan pembetulan atau pemulihan bagi kes
luar biasa yang dialami dari segi fungsi fisiologi, postur dan mekanikal. Fokus
utamanya adalah kepada populasi lencongan fizikal seperti contoh Kyphosis (boleh
beradaptasi melakukan pergerakan dengan struktur tertentu), Scoliosis, Obesiti
dan Atrofi otot. Matlamat utama pendidikan jasmani pemulihan ini adalah untuk
membolehkan populasi ini dapat diserapkan ke dalam proses pendidikan jasmani
biasa.


Keselanjaran Penempatan Program Pendidikan Jasmani
Menunjukkan hirarki keselanjaran kedudukan penempatan yang sesuai bagi individu
populasi khas bagi memudahkan mereka ditempatkan di tempat yang sesuai. Rajah
menunjukkan keselanjaran penempatan program pendidikan jasmani khusus
populasi khas.

Tahap 1 Tahap Berasingan


1. Institusi Khas
Program dijalankan dalam satu tempat khas (sama populasi)


2. Program Bersendirian Khas
Ditempatkan di rumah tetapi di bawah kawalan pakar bersama keluarga


3. Program Berasingan di Sekolah Khas



Tahap 2 Tahap Integrasi Persekitaran

4. Program Khas Sepenuh Masa

Diletakkan di sekolah biasa

5. Program Khas Separuh Masa
Separuh masa atau sepenuh masa di kelas biasa


6. Penempatan dalam kelas biasa
(normal) di bawah pengawasan individu terlatih


7. Kelas normal yang dilalui oleh semua kanak-kanak



J asma & French ( 1994 )





Penilaian Keupayaan Motor
Proses pelaksanaan penempatan program pendidikan jasmani bagi populasi khas
adalah bergantung kepada proses penilaian keupayaan motor populasi tertentu di
mana ianya melibatkan :
o Proses pengumpulan data berdasarkan ujian dan rekod.
o Proses interprestasi dapatan melalui proses analisi
o Proses membuat keputusan berdasarkan dapatan yang diperolehi
Di dalam perlaksanaan proses penilaian program keupayaan motor pendidikan
jasmani khas ini, seharusnya berlandaskan 4 tujuan spesiik yang utama iaitu :
o Penapisan dan rujukan (screening and rerence)
o Diagnosis dan penempatan (dianogsis and replacement)
o Klasifikasi sukan ( sport clasification)

Penapisan dan rujukan (screening and jrerence)
Proses ini adalah biasa digunakan oleh guru pendidikan jasmani program biasa bagi
menentukan mana-mana kumpulan pelajar yang memerlukan pengujian lanjut.
Sewaktu proses penapisan, pilihan aktiviti mesti disesuaikan dengan matlamat dan
objektif kokurikulum pendidikan jasmani normal. Di antara stesen aktiviti yang
popular untuk proses ini adalah :
o Imbangan
o Kemahiran mengawal bola (drible)
o Koordinasi bilateral
o Kawalan motor visual
o Kemahiran berbasikal
o Sukan dan permainan

Diagnosis dan penempatan (Dianogsis and placement)
Proses penilaian ini adalah bersifat individu yang intensif dan dikendalikan oleh
mereka yang terlatih. Dalam program program pendidikan jasmani khas, penilaian
diagnosis bertujuan untuk menentukan penempatan khas yang sesuai bagi
membolehkan individu yang terlibat mengikuti programPendidikan jasmani yang
dirangka. Untuk itu 2 model telah digunakan sebagai panduan untuk penilaian :
Model IEP (Individual Education Program)
Model Rei (Regular Educational intiative)

Model Rei (Regular Educational Intiative)

Model ini digunakan untuk mengenalpasti kumpulan pelajar yang memerlukan
bantuan atau program Pendidikan Khas (tambahan). Ia biasanya digunakan kepada
kumpulan pelajar yang mengalami masalah kesihatan yang kronik, masalah berat
badan serta masalah persepsi motor.

Pengajaran Dan Kemajuan Pelajar (Intuition And Student Progress)

Merupakan proses penilaian yang dijalankan selepas selesai urusan penempatan.
Proses ini dipandu oleh matlamat (JERI- Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual)
dan objektif (P&P-pengajaran dan pembelajaran) spesifik pengajaran yang
dilakukan. Ia juga merupakan bentuk penilaian yang berterusan.

Klasifikasi Sukan (Sport Classification)

Merupakan proses penilaian bagi membezakan dan menentukan sesuatu klasifikasi
keupayaan dengan berdasarkan struktur kesihatan (medical condition) serta kapasiti
untuk berfungsi (fungtional capacity)

Renungan :
Ilmu pengetahuan bukan ciptaan manusia, tetapi rahsia takdir tuhan yang
dipinjamkan kepada manusia. Oleh itu, manusia tidak harus berlaku sombong
dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, malah sepatutnya bersyukur.
(HAMKA)




BATERI PENGUKURAN KEUPAYAAN MOTOR POPULASI KHAS
Kandungan :
Bateri Ujian Fizikal

Bateri Ujian Fizikal
Perkembangan penggunaan bateri ujian ini amat popular di dalam program
pendidikan jasmani khas dan ianya bermula sejak tahun lima puluh lagi.
50 an Ujian Kecergasan Kraus Weber
60 an Ujian Kecergasan AAHPER
70 an Ujian kecekapan Motor bruiniks Oseretsky
80 an Ujian Kemahiran Motor Ulrich (Kemahiran Motor Kasar) dan Inventori
kemahran Motor Warden dan Bruniks
90 an Sistem Pemprograman Penilaian dan Pentafsiran Bricker


Renungan
Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhiratnya kerana
dunianya dan tidak meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, dan tidak boleh
bersusah payah hanya kerana manusia (bukan kerana Allah).
(Maksud Hadis riwayat Al-Khatib)






PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN JASMANI KHAS
Kandungan :
Pendekatan Kategori
Pendekatan Tanpa Kategori
Situasi situasi istimewa (keadaan luar biasa) Exeptional.
Terminologi terminologi yang menggambarkan keadaan ketidakupayaan.

Perlaksaan Program Pendidikan jasmani Khas
Perlaksanaan program pendidikan jasmani khas ini menggunakan 2 pendekatan
yang utama iaitu pendekatan kategori dan pendekatan tanpa ketegori.

Pendekatan Kategori

Perlaksanaan program pendidikan jasmani khas adalah menerusi kategori
berdasarkan label spesifik individu populasi khas. Ianya khusus kepada keupayaan
spesifik yang akan dilalui. Pendekatan ketegori ini amat berkesan dalam urusan
pentadbiran dan tujuan pembiayaan program, selain daripada menumpukan kepada
ketidakupayaan spesifik.

Pendekatan Tanpa Ketegori
Perlaksaan program pendidikan jasmani khas adalah menerusi tahap keupayaan
individu untuk berfungsi dan tidak berdasarkan ketegori ketidakupayaan spesifik.
Pendekatan tanpa kategori ini adalah lebih kepada tahap keupayaan motor dan
pengkhususannya adalah lebih bersifat umum dan ini membolehkan interaksi yang
lebih luas. Pendekatan ini juga dianggap berkesan didalam bidang. pendidikan
kerana dapat meminimumkan stigma (tanggapan yang negative kepada populasi ini
dari populasi umum) dan persepsi stereotaip (tanggapan kepada fizikal populasi dari
populasi umum.

Exceptional

Merupakan keadaan di mana individu mempamer sifat terpesong yang signifikasi
daripada populasi normal dalam aspek-aspek perkembangan fizikal , mental , emosi
,dan sosial . Terdapat 2 keadaan utama iaitu ketidakupayaan (disability) dan terlebih
upaya(giftedness). Fokus utama untuk pendidikan jasmani khas ialah terhadap
ketidakupayaan (disability).

Terminologi-terminologi yang menggambarkan keadaan ketidakupayaan

Cacat ( Impairment)
Individu yang mengalami kehilangan fungsi yang eksplisit. Contohnya kecacatan
verbal , ketidakupayaan pembelajaran , sindrom down ,celebral paisy , dan kudung
(amputee)

Tidak upaya( disabled)
Individu yang mengalami keadaan tidak upaya mempunyaikecacatan yang
menghadkan kemampuan masing- masing untuk melaksankan aktivitispesifik.

Handicap
Individu handicap mengalami kecacatan dan ketidakupayaan yang menjejaskan
emosi dan kemampuan sosial. (tidak semua orang yang cacat atau tidak upaya
adalah handicap).

Renungan :
Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah dan ilmu
yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada kepada tingkah laku dan
anggotanya
(Saidina Ali Abi Talib)

PENDEKATAN TRADISI PENDIDIKAN JASMANI KHAS : PENDEKATAN
KATEGORI
Pengelasan Populasi Khas Dalam Pendekatan Kategori
Autism (development disorder)
Cacat visual
Cacat audio visual
Cacat pendengaran atau pekak
Rencat mental
Kecacatan neurologi
Trauma otak
Cacat fisiologi/patologi

Kategori-ketegori ketidakupayaan

Autism (development disorder)
Ketidakupayaan aspek perkembangan kerana keluarbiasaan(disorder)yang berlaku
di peringkat awal perkembangan otak(pada cerebellum) . Keadaan autism ini
menjejaskan kepada mekanisme penerimaan input sensori oleh deria .Keadaan ini
mengakibatkan masalah penerimaan input sensori oleh deria . Keadaan ini juga
boleh mengakibatkan masalah komunikasi, interaksi sosial dan perkembangan
tingkah laku dan pernah dirujuk sebagai sindrom Kanner (Kanner ,1943)
Ciri-ciri utama
Perlakuan aktiviti yang berulang
Pergerakkan-pergerakkan sterotaip
Kesukaran beradaptasi dengan perubahan dalam persekitaran serta rutin hidup
Adakalanya memberi respon unik terhadap pengalaman sensori
Mempamerkan sifat kelainan (indifferented)
Menyatakan keperluan dengan menggunakan pergerakan orang dewasa
Ciri-ciri ekolatik (mengulangi kata-kata atau percakapan yang didengar)
Ketawa berseorangan kebiasaannnya dengan tidak mempunyai tujuan tertentu
Tidak akan bersemuka (no eyes contact) sekiranya terlibat dengan perbualan
Keterlibatan dengan rakan sebaya atau aktiviti sosial hanya sekiranya didesak
atau dipandu oleh orang dewasa
Pada kebiasaannya tidak akan bergaul dengan kanak-kanak yang lain
Ada kebolehan unik bagi sesuatu perkara biasanya perkara-perkara yang tidak
melibatkan kefahaman sosial
Tidak berupaya menerima kelainan dalam kehidupan sterotaip
Tidak berlaku interaksi dua hala (one side interaction only)
Boleh bercerita mengenai sesuatu perkara spesifik dengan berulang-ulang
Mempamerkan tingkahlaku luarbiasa (tidak mengambil peduli noral tingkahlaku
biasa)
Kekurangan dari segi keupayaan kreativiti untuk bermain

Maklumat tambahan mengenai Autism
Secara global kadar autism adalah 1 : 10000
1 -5 % mampu menjalani kehidupan normal dan berdikari
15 % mempamerkan peningkatan ketika remaja
25 % boleh berinteraksi tetapi dengan pengawasan rapi
55 % kekal "dependent" sepenuhnya
Kadar autism adalah tinggi di kalangan lelaki
Pengawalan kelakuan individu Autism boleh dilakukan dalam jangka masa
pendek dengan penggunaan dadah (Nelterexone) dan pengawalan dalam jangka
masa panjang (phychological intervention)

Kaedah dianogsis Autism
mulanya tentukan tahap keupayaan kognitif individu (secara lisan dan bukan
lisan)
tentukan tahap keupayaan berbahasa (languange disabilities)
pertimbangkan samada tingkahlaku kanak-kanak sesuai dengan tahap umur
kronologi, umur mental dan umur bahasa
jika dapatannya negatif, pertimbangkan masalah spesifik dalam keahiran sosial,
bermain dan keupayaan berkomunikasi
kenalpasti masalah "medical specific" jika ada
pertimbangkan lain-lain tekstur "psikososial" yang relevan
borang ICD - 10 DSM adalah alat diagnosis yang kerap digunakan oleh "American
Psikiatric Assosiation" (Diagnosis Statistic Manual)

Cacat Visual
Kecatatan adalah terhadap sistem visual, samada kongenital (sebelum kelahiran)
atau acquired (selepas kelahiran). Identifikasi klinikal adalah, penglihatan terhad
(20/70 - 20/200 dengan penggunaan carta snellen) dan buta (10% daripada
penglihatan normal).
Buta
Travel Motion
Sistem ambient tidak berupaya untuk mengesan dan dikatakan sebagai primitive
kerana tidak dapat mengesan pergerakan.

Persepsi Cahaya
Tidak berupaya memokuskan maklumat (advance system).

Total Blindness
Keperluan pendidikan adalah khusus kepada populasi yang buta dalam konteks
kririkal.

Cacat Audio Visual
Kombinasi kecacatan terhadap kedua-dua sistem audio dan visual yang
mengakibatkan masalah komunikasi, perkembangan, dan pendidikan yang kronik.
Keperluan pendidikan yang amat khusus. Keseluruhan pembelajaran adalah melalui
saluran haptic. Mod komunikasi bagi populasi ini ialah melalui braile mengunakan
deria rasa atau sentuhan dan body braille.



Cacat pendengaran atau pekak

Kekurangan upaya individu untuk menerima maklumat audio. Ia berkemungkinan
boleh merupakan kes sementara dan juga kekal. Keadaan sebegini boleh
menjejaskan keupayaan menjalani pendidikan normal. Kes pekak ini ialah kes yang
kronik dimana masalah pendengaran tidak dapat diatasi walaupun dengan bantuan
alat. Populasi ini selalunya akan berinteraksi dengan menggunakan bahasa isyarat
dan gerak bibir.

Rencat mental
Merupakan kes tahap fungsi intelek dibawah tahap normal, akibat keluarbiasaan
perkembangan, kes wujud akibat kecacatan yang dialami pada usia kritikal (umur
perkembangan atau tumbesaran = 0 6 tahun). Dalam keadaan biasa, semua deria
akan berfungsi.Secara normal,cuma keupayaan untuk menjalani proses
pembelajaran normal yang terjejas. Keadaan ini selalunya melibatkan kes kes
kongenital dan kes acquired. Contohny Sindrom Down. AAMR ( American
Association of Mentally Retarded ) mendefinasikan rencat mental sebagai limitasi
yang wujud pada fungsi biologi, tidak focus kepada perbezaan IQ ( Intelektual Quality
). Menefasi keadaan rencat mental adalah sebelum individu mencapai umur 18
tahun.

Penyebab Rencat Mental
Kongenital ( keluarbiasaan kromosom dan keluarbiasaan metabolism )
Penyakit atau tabiat ibu semasa mengandung seperti alcoholic
Acquired ( Penyakit saraf, keracunan, persekitaran seperti keluarga ) serta
komplikasi ketika kelahiran ( seperti kelahiran songsang).






Kecacatan Neurologi
Kes kecacatan yang berlaku terhadap fungsi system saraf yang melibatkan kes
kongenital atau acquired. Ketidakupayaan adalah dalam konteks kegagalan system
saraf pusat untuk berhubung dengan sistem periferi ditahap normal, jadi ianya
menjejaskan proses perkembangan dan interaksi social ( bergantung kepada kes
kes tertentu). Ianya melibatkan kes yang esktrim seperti cerebral palsy hingga k ekes
yang ringan seperti epilepsy ( sawan babi).

Spectrum dalam kes celebral palsy
Spastik kerosakan pada korteks motor. Keadaan CP yang paling ringan. IQ
berada dalam keadaan baik.
Ataxic CP yang rosak dibahagian cerebellum.
Dyskinesia CP yang paling serius. Kerosakan di nukleus basal ( Basal Ganglia)
dan Rigidity muscle tone yang serius.


Truma Otak
Kes kes yang acquired sahaja dan merujuk kepada kecederaan otak yang
diperolehi. Melibatkan kehilangan beberapa fungsi motor spesifik ( seperti Apraksia,
Sindrom Parkinson, Alzheomer dan barah ). Kategori ini tidak melibatkan kecacatan
otak yang kongenital.
Parkinson Akibat daripada kerosakkan tisu otak dan kekurangan dopamine di
gangleus basal.
Apraksia Pergerakan yang tidak dapat mengikut kehendak otak. Contohnya
mandi dulu baru buka baju.





Cacat Fisiologi / Patalogi
Terminology kecacatan yang merujuk kepada limitasi keupayaan fizikal akibat
daripada kecacatan fisiologi ( Asthma dan Epilapsy ) dan juga kecacatan patologi (
Diabetes, Hemophilia, dan trauma jantung). Keadaan ini merupakan limitasi yang
menjejaskan keupayaan untuk menjalani program fizikal yang normal.
Fisiologi Sistem daam tubuh
Patologi Sistem dalam fisiologi
Trauma jantung Kes kes kongenital


Renungan :
Jangan putus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas. Kadang kadang seorang
yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seorang yang cerdas
tapi malas.
(Hamka)











Pendekatan Pedagogi Pendidikan Jasmani Khas : Pendekatan Tanpa Kategori
Kandungan :
Pendekatan Tanpa Kategori
Label berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Geddes, 1978
Label ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas. Stein,1980
Label ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan normal. Kerajaan
Persekutuan AS, 1984
Pengubahsuaian Sikap Terhadap Situasi Ketidakupayaan ( Adjustment to
disability)
Pengubahsuaian Sikap di peringkat keluarga
Pengubahsuaian sikap di peringkat sekolah
Beberapa prinsip yang perlu diikuti mengenai proses penyesuaian
Konsep perkembangan ( Development Concept)
Konsep Individu ( individual Concept )
Konsep Fungsi (Fungsional Concept )

Pendekatan Tanpa Kategori
Pendekatan pendidikan yang bertujuan mengurangkan focus terhadap kategori (
label) tradisional dengan kronotasi negatif yang mengiringi sesuatu label. Ianya
mengemukakan sistem label alternative.
Menurut :
Label berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Di mana ia melibatkan keupayaan
motor, ujian kemahiran dan pengetahuan tentang bateri ujian. Geddes, 1978
Label ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas dan dijelaskan dengan
lebih umum. Contohnya CP sebagai satu kumpulan. Stein, 1980
Label ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan normal. Ianya melibatkan
pencapaian individu / motor dan sekuen perkembangan motor. Kerajaan
Persekutuan AS, 1984



Label berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Geddes, 1978
Keadaan dimana kes kurang / ketidakupayaan psikomotor digolongkan kepada tahap
tahap seperti ringan (mild), sederhana (moderate), serius( severe) dan
teruk(profound). Di antara ujian ujian yang dijalankan ialah Ujian Bruniks
Oseretsky dan Ujian Motor Kasar Ulrich. Kanak kanak dalam kes kes yang ringan
dilihat sebagai mempunyai keupayaan untuk berfungsi secara lebih baik berbanding
kanak kanak kes serius dan teruk. Pendekatan seumpama ini adalah dianggap
menggalakkan proses pembelajaran dan keupayaan untuk berfungsi jika dilihat dari
perspektif perkembangan yang meliputi keseluruhan domain kognitif, afektif dan
psikomotor.

Label ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas. Stein,1980
Keadaan dimana kes kurang upaya digolongkan mengikut bagaimana sensori,
integrasi dan respon motor terjejas. Individu yang terjejas fungsi fungsi penglihatan
atau pendengaran digolongkan dalam ketidakupayaan dari segi SENSORI (cacat
visual). Individu yang mengalami masalah pembelajaran ( learning disability)
digolongkan dalam ketidakupayaan INTEGRASI (Rencat Akal). Individu yang
mengalami masalah fizikal dan neurologi pula digolongkan dalam ketidakupayaan
respon MOTOR (Kecacatan Neurologi).

Label ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan normal. Kerajaan
Perseketuan AS, 1984
Sistem yang memfokuskan kepada keupayaan berfungsi individu (bukan label
spesifik) untuk menjalani program Pendidikan Khas. Semua kes kurang upaya atau
tidak upaya digolongkan sebagai ketidakupayaan perkembangan (development
disability). Isu pokok yang utama dalam pendekatan tanpa kategori ini adalah
penilaian seseorang individu berdasarkan tahap fungsi biologi / motor dan bukan dari
segi kategori ketidakupayaan yang spesifik.






Pendekatan Tanpa Kategori
Prinsip am perlaksanaan program khas menerusi pendekatan tanpa kategori
Jansma & French, 1994










Pengubahsuaian Sikap Terhadap Situasi Ketidakupayaan (adjustment to
disability)
Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan situasi
ketidakupayaan populasi khas melibatkan interaksi kompleks iaitu di antara pihak
keluarga dan juga sekolah.







Pengubahsuaian sikap di peringkat keluarga
Keluarga merupakan faktor major dalam menentukan kejayaan proses penyesuaian.
Keluarga juga perlu menerima situasi atau limitasi yang wujud apabila salah seorang
daripada ahli keluarga mereka merupakan kalangan populasi khas. Di antara faktor-
faktor yang perlu dielakkan ialah :
Pengasingan (isolation)
Tolakkan (rejection)
Sifat terlalu bergantung harap (dependence)
Sifat kasihan dan simpati
Sindrom melindungi (overprotection)
Pengubahsuaian sikap di peringkat Sekolah

Guru merupakan faktor major bagi kejayaan proses penyesuaian di sekolah
(terutamanya penempatan di sekolah am). Perkara pokok ialah untuk melenyapkan
kecenderungan xenophobia (kegelisahan pada situasi biasa). Di antara faktor yang
perlu dielakkan oleh pihak sekolah ialah dengan tidak melakukan perbandingan






antara populasi yang lain (samada normal atau khas). Manakala faktor-faktor yang
perlu diambil dan diberi perhatian ialah :
Memokuskan kepada keupayaan yang sedia ada pada populasi terbabit.
Konsisten dalam pengurusan tingkahlaku Konsep ganjaran dan dendaan yang
sama dengan populasi yang lain.
Indoktrinasi (pemupukan kefahaman pemikiran) mengenai kesamaan peluang
(equal oppurtunity).

Beberapa prinsip yang perlu diikuti mengenai proses penyesuaian

Tidak wujudnya reaksi am terhadap penyesuaian kepada situasi ketidakupayaan
(tiada 2 individu populasi khas yang serupa) sebagaimana individu yang normal.
Kesukaran untuk penyesuaian mempunyai kolerasi tinggi dengan jenis
ketidakupayaan.
Ketidakupayaan nyata dari segi fizikal akan mengalami proses penyesuaian lebih
sukar berbanding ketidakupayaan implisit (seperti kes masalah pembelajaran).
Proses penyesuaian melibatkan keseluruhan aspek tentang individu (bukan
terhadap ketidakupayaan semata-mata).
Label mewujudkan Self - Fulfilling Prophecy (jangkaan awal) yang negatif. Situasi
sebegini boleh mengakibatkan jangkaan yang rendah terhadap pencapaian prestasi
yang mampu dihasilkan oleh individu populasi khas.

Konsep perkembangan (Development Concept)

Fokus utama adalah terhadap perkembangan fizikal yang seiring dengan umur
kronologi. Masalah utama di dalam pengendalian populasi khas ialah Umur
Perkembangan (UP) tidak sama dengan Umur Kronologi (UK). Pendekatan
perkembangan yang dikemukakan ialah pengajaran kemahiran matang secara
individu bukan pencapaian individu.




Kaedah Pendekatan Perkembangan
Pengkelasan kemahiran fizikal dalam satu keselanjaran perkembangan
(development continuum). Kemahiran fizikal boleh diperluaskan kepada bidang
seperti kecergasan, kemahiran motor asas, akuatik serta aktiviti individu dan
berkumpulan.
Kecergasan

Perkembangan kekuatan

Keselanjaran perkembangan bagi aspek kekuatan otot bolrh dibina berdasarkan
keupayaan menghadapi rintangan progresif seperti berikut :






Tahap Pasif
Guru menggerakkan murid mengikut julat pergerakan yang mampu dihasilkan.
Tahap murid adalah bergantung sepenuhnya kepada guru.
Tahap Bantuan
Murid berada di tahap separa bergantung, bantuan guru masih perlu tetapi sudah
berupaya menggerakkan beberapa sendi dengan sendiri.
Tahap Aktif
Murid mampu mencapai julat pergerakan yang lengkap di mana hamper bebas
daripada bantuan guru. Pada tahap ini murid sudah mencapai kekuatan dan
fleksibiliti yang sesuai dengan umur kronologi (UK).
Tahap Rintangan
Permulaan kemampuan manipulasi daya.


Aktiviti Individu dan Kumpulan

Fokus kepada keperluan kanak-kanak untuk terlibat dalam aktiviti permainan. Kanak-
kanak populasi khas boleh diidentifikasikan menerusi jenis serta tahap permainan
yang diceburi. Sekiranya kedua-dua ini dilewatkan berdasarkan persepsi sterotaip,
kanak-kanak berkemungkinan mengalami ketidakupayaan pada jangka masa yang
lebih lama. (Jika keupayaan individu lebih tinggi).





Konsep Individu (Individualization Concept)
Konsep yang memfokuskan kepada kaedah penyampaian (instruction), dalam
program pendidikan jasmani khas negara maju, proses pendidikan adalah
berteraskan penyampaian yang memberi penekanan keperluan keindividualan.
Kemahiran penyampaian berlandaskan konsep individu adalah dipupuk menerusi
aplikasi konsep-konsep perkembangan dan fungsi dalam pelaksanaan program
pendidikan jasmani khas. Pada dasarnya, konsep pendidikan yang dikemukakan
adalah berpusatkan kepada murid atau pelajar.
Konsep pendidikan adadlah berpusatkan keperluan murid. Secara amnya, aplikasi
konsep ini melibatkan beberapa angkubah seperti :
Penglibatan lebih daripada seorang guru dalam sesuatu pengajaran.
Penilaian melalui one-to me, kumpulan kecil atau kumpulan yang besar.
Isi pengajaran yang berbeza mengikut spesifik murid
Pertimbangan paling kritikal adalah dari segi kefahaman mengenai perlunya wujud
hirarki dalam tahap penyampaian (dalam proses pengajaran).
Hirarki Penyampaian :
Tindakan
Susulan
------------------------------
Peringkat memantau kemajuan dan
pencapaian kemahiran motor.
Penilaian ------------------------------
Peringkat mengukur keberkesanan
program bantuan yang diaplikasikan.
Pengajaran ------------------------------
Peringkat mengaplikasikan program
bantuan( interversion)
Perancangan ------------------------------
Peringkat membentuk objektif
pendidikan jangka masa panjang,
jangka masa pendek serta modul
pengajaran harian.
Pentafsiran ------------------------------ Peringkat interpretasi tahap
keupayaan motor semasa.
Pengujian ------------------------------
Peringkat mengumpul data mengenai
prestasi semasa.
Pengurusan
Tingkah laku
------------------------------
Peringkat memfokus kepada
memahami tingkah laku murid.

Dalam konsep ini adalah bersifat tertutup (closed-loop). Apabila satu objektif
pengajaran tercapai dan berdasarkan proses penilaian dan tindakan susulan,
keseluruhan proses diulangi bagi tujuan mencapai objektif yang berteraskan yang
lebih bersifat panjang.
Antara perkara yang utama perlu difahami oleh pendidik ialah:
Pengajaran sebenar hanya berlaku selepas tahap perancangan.
Pengajaran berkesan hanya berlaku sekiranya guru berpengetahuan memecah
sesuatu kemahiran kepada komponen yang releven.
Konsep Fungsi ( Fungsional Concept)
Strategi pengajaran atau kokurikulum yang diaplikasikan bagi kanak-kanak dimana
perkembangan motor individu berada pada tahap yang amat rendah berbanding
rakan sebaya. Konsep ini hanya diambil kira sekiranya jurang di antara UP dengan
UK adalah terlalu jauh dalam konteks perbandingan dengan norma.
4 Aspek Penting Dalam mengaplikasikan Konsep Fungsi
Program yang hendak dijalankan adalah berasaskan komuniti
o Memfokuskan terhadap kemahiran-kemahiran motor yang kritikal dalam konteks
interaksi social, di mana kemahiran yang membolehkan individu yang terlibat
berinteraksi dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya berlari, berjalan dan
melompat.
o Meminimumkan Visibility (melenyapkan ketidakupayaan dengan aktiviti-aktiviti yang
sama terhadap ansur maju berbeza) terhadap ketidakupayaan yang dialami oleh
individu yang terlibat dalam program pembelajaran.
o Kesesuaian aktiviti yang perlu dijalankan dengan peringkat umur individu. Kesilapan
yang sering dilakukan semasa aplikasi. Contohnya menggunakan situasi seumpama
ini boleh merendahkan konsep murid terlibat (Aktiviti stereotaip)
o Kebebasan untuk memilih, dalam konteks pembangunan kemahiran yang dirasakan
perlu dikuasai.

Renungan:
Orang belajar sedikit daripada kejayaan, tetapi belajar banyak daripada kegagalan
(Peribahasa Arab)
Perkembangan Motor
Kandungan:
Perubahan dalam aspek prestasi motor fozikal
Prinsip Cephalo-Caudal
Prinsip Proksimo- Distal
Tingkat Pencapaian Perkembangan Mengikut Sekuen
Klasfikasi Pergerakkan Voluntari mengikut Tahap Perkembangan
Perkembangan Peringkat Keupayaan Manual
Sekuen Perkembangan Populasi normal berdasarkan Tahap Pencapaian
Motor (Milestone)

Perkembangan Motor
Bidang yang mengkaji perubahan perubahan dari segi keupayaan kawalan dan
prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat (lahir sehingga kematian).














Dalam Pendidikan Jasmani Khas, pengetahuan mengenai perkembangan motor
kritikal kerana ianya :
Menyediakan maklumat mengenai keadaan dan urutan perkembangan kemahiran
motor asas yang normal, hasil daripada kematangan biologi dan interaksi
persekitaran.
Memberi insight mengenai kewujudan factor- factor perbezaan individu dari segi
kadar perkembangan dan pembetukan kemahiran motor spesifik.
Lencongan daripada perkembangan kemahiran normal bagi populasi individu
berkeperluan khas.
Dari Segi Praktikal, Pengetahuan Mengenai Perkembagan Motor Membolehkan



Penilaian / pengukuran normative bagi membantu proses mengenalpasti
(scereening). Contohnya kes-kes seperti kecacatan neurologi dan motor dan kes-kes
bakat / kebolehan luar biasa. Di mana ianya akan dapat menentukan kesediaan
untuk menerima cabaran baru (dalam konteks pengalaman pembelajaran).
Menonjolkan kepentingan praktis dan latihan serta amalan aktiviti fizikal dalam
proses perolehan da pengekalan prestasi motor.

Perubahan Dalam Aspek Prestasi Motor Fizikal
Perkembangan signifikan dari segi kawalan motor voluntary untuk dua tahun
pertama adalah mengikut dua prisip am iaitu prinsip Cephalo- Caudal
(perkembangan berteraskan trend kepala kebawah head down) dan prinsip
Proximo Distal(perkembangan berteraskan trend aksis tubuh keluar)
Prisnsip Cephalo Caudal
Kawalan Motor paling awal berlaku pada kawasan otot leher diikuti oleh kawalan
pada bahagian badan( trunk), kawasan otot lengan dan bahagian kaki
Focus perkembangan yang utama oleh system biologi
Prinsip Proksimo Distal
Kawalan yang dicpai pada otot-otot yang merentasi bahagian trunk (axis)
seterusnya kawalan dicapai pada bahagian otot yang mengawal anggota
(appendicular)

Kedua-dua Perkembangan Diiringi Oleh Perubahan Yang Dialami Dari Segi Ton
Otot




Tingkat Pencapaian Perkembangan Mengikut Sekuen
Kebebasan bergerak hanya boleh dicapai menerusi tingkat- tingkat pencapaian
seperti :
Kawalan postur (kawalan posisi tubuh)
Keupayaan pergerakan (lokomotor) dalam persekitaran.



Keupayaan kawalan manual - kemampuan mencapai, mengenggam, manipulasi
objek dengan menggunakan tangan
Klasfikasi Pergerakan Voluntari Mengikut Tahap Perkembangan
Pergerakan Rudimen
Pergerakan yang berkembang atau terbias daripada lanjutan gerak balas yang
primitive. Pergerakan reflex ini mula terbina 5 bulan prenatal dan berlanjutan
sehingga 2 tahun.
Pergerakan asas (fundamental)
Pergerakan bagi kemahiran generic yang mula berkembang 12 bulan pascanatal
sehingga sehingga 7 tahun, dengan kinematic lakuan yang belum matang.
Pergerakan Kompleks
Biasanya merujuk kepada kemahiran aktiviti fizikal dan minda yang terbia pada umur
7 tahun.



Tingkat Pencapaian
3 Peringkat Major Perkembangan Kawalan Postur
Kawalan kepala (2 hingga 3 bulan)
Duduk bebas (kurang daripada 7 bulan)
Berdiri bebas (kurang daripada 11 bulan)

Perkembangan Peringkat Keupayaan Manual
Keupayaan manual (genggam & capai) yang matang biasanya dicapai di akhir tahun
pertama. Kemahiran ini akan terus mengalami perkembangan tingkat pencapaian
kemampuan manipulasi objek (menggunakan tangan) bermula pada usia 3 hingga 4
bulan yang pertama.
SEKUAN PERKEMBANGAN POPULASI NORMAL TAHAP PENCAPAIAN
MOTOR
(MILESTONE)
(PENGUKUR TAHAP PENCAPAIAN MOTOR KHAS)

Usia(Bulan) Perkembangan Motor
3
Duduk bebas dengan kepala tegak(erect) tetapi postur badan
cenderung jatuh kehadapan, kestabilan postur masih belum mencapai
sepenuhnya berkeupayaan mengawal berat badan seketika apabila
menerima sokongan
4
Duduk bebas dengan bahagian kepala tegak dan kehadapan,
beransur ke peringkat badan mengalami fasa rolling over iaitu aksi
hayunan ke hadapan dan ke belakang
5
Mampu menyokong berat badan di atas tangan ( posisi quadripedal )
tanpa dibantu bahagian dada
6 Keupayaan mengguling dicapai ( daripada belakang ke abdominal )
7 Mampu mengekal kedudukan tegak
12
Keupayaan untuk berjalan di permukaan yang tidak sama rata,
berjalan ke hadapan ke belakang dicapai
18
Berkeupayaan berjalan tanpa kerap terjatuh, menaiki tingkat dengan
sebelah tangan disokong. Keupayaan kekuatan otot. Mampu duduk
sendiri di atas kerusi kecil dan mampu membaling objek.
21
Mampu untuk turun tingkat dengan sebelah tangan disokong, bermain
sambil berada dalam posisi squat. Berkeupayaan menendang objek
( bola besar )
24
Keupayaan berlari dengan stabil di capai ( tetapi belum berkeupayaan
dalam aspek kelajuan larian ). Pola kinematic ( peringkat biologi )
30
Berkeupayaan untuk berjalan secara tip toe jengket selepas
menyaksikan demonstrasi
33
Mampu terjun dari platform yang rendah
36
Keupayaan menaiki tingkat dengan kinematic kaki bersilang.
Pencapaian kinematic lakuan matang. Kemampuan untuk melompat
dan mendarat dengan stabil. Kemampuan mengayuh basikal roda tiga
(koordinasi )
48
Berupaya melompat sambil berlari. Mampu melakukan aksi skipping
dengan satu kaki dihadapan. Mampu mengimbangi badan di atas satu
kaki, berupaya berjalan di atas papan imbangan rendah dan mampu
membuat balingan overarm.
54
Mampu melompat dengan sebelah kaki
60
Keupayaan menangkap dicapai. System Visual advance matang.
Kematangan system visual advance ( primary kortikal visual ) kurang


Renungan :
Nerakalah bagi orang yang tidak mengetahui ( jahil ) dan nerakalah bagi orang yang
mengetahui kemudian tidak mengamalkanya.
( Maksud Hadis Riwayat Abu Naim )









PERKEMBANGAN MOTOR DAN TINGKAT PENCAPAIAN (PRESTASI) MOTOR
KANDUNGAN :
TINGKAT PENCAPAIAN MOTOR POPULASI KHAS
TEMPOH KRITIKAL DALAM TINGKAT PENCAPAIAN MOTOR
KISAH JOHNNY DAN JIMMY (MC GRAW,1935)
PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MOTOR ASAS
KEMAHIRAN LOKOMOTOR ( TEKNIK DAN KINEMATIK)
UMUR DAN TAHAP PERKEMBANGAN KEMAHIRAN LOKOMOTOR
PERUBAHAN KEUPAYAAN MOTOR DI PERINGKAT TUA

TINGKAT PENCAPAIAN MOTOR POPULASI KHAS
Biasanya lewat dalam mencapai tingkat pencapaian
Populasi SINDROME DOWN hanya mencapai tingkat pencapaian berjalan
tanpa sokongan selepas 24 bulan ( 12 bulan lebih lewat daripada populasi normal)
Tingkat pencapaian motor (motor millestone) boleh berfungsi sebagai petunjuk
awal kepada masalah dari segi potensi pergerakan ketika dewasa dan kemungkinan
masalah neurologi (kogenital)
TEMPOH KRITIKAL DALAM TINGKAT PENCAPAIAN MOTOR
Persoalan samada wujud tempoh spesifik di mana individu mungkin terlebih
sensitif terhadap proses perolehan kemahiran motor isu pokok samada tempoh
perkembangan normal boleh diubah melalui manipulatif persekitaran.
KISAH JOHNNY DAN JIMMMY (McGraw, 1935)
Mereka berdua merupakan kembar seuri.
Pada usia 21 hari, mereka dipisahkan di mana Johnny merupakan individu yang
bebas bermain dan berinteraksi dengan persekitaran manakala Jimmy pula
berkebanyakkan masanya dihabiskan berada dalam cot dan hanya sedikit
permainan.
Pada usia 22 bulan, ujian berbasikal diadakan kepada mereka berdua. Hasilnya,
Johnny yang mendapat pendedahan ketika 11 bulan dapat menguasai kemahiran
tersebut ketika usia 19 bulan manakala Jimmy pula yang mendapat pendedahan
ketika umur 22 bulan baru berjaya menguasai kemahiran.
Dalam hamper kebanyakkan kemahiran motor asas dan rudiment, Johny dapat
menguasai Jimmy. Jimmy hanya mampu bersaing dalam beberapa kemahiran motor
sekunder tetapi prestasi motor beliau secara keseluruhannya adalah lebih rendah
(dari segi kualiti lakuan)

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MOTOR ASAS

PERINGKAT USIA
(TAHUN)
PEROLEHAN KEMAHIRAN MOTOR
0 hingga 2
Kawalan postur, lokomotor dan kemahiran manual
asas
2 hingga 7
Kemahiran kemahiran asas lokomotor dan bukan
lokomotor, kemahiran fudemantal yang membentuk
asas kepada kemahiran motor spesifik pada
peringkat lanjut

KEMAHIRAN LOMOTOR (TEKNIK DAN KIMEMATIK)

UMUR DAN TAHAP PERKEMBANGAN KEMAHIRAN LOKOMOTOR

PERINGKAT USIA
(TAHUN)
PEROLEHAN KEMAHIRAN BUKAN MOTOR
2
Corak pergerakkan kemahiran asas dicapai
peningkatan kemahiran dari aspek penghasilan daya
dan manipulasi daya
12 Mencapai corak balingan yang matang

MASALAH ATAU KELEMAHAN BIASA
Pergerakkan kaki ke hadapan berada di bahagian yang sama dengan tangan
yang membaling
Aksi hayunan tangan ke belakang agak tersekat
Kegagalan untuk rotasi bahagian pinggul ketika balingan dilakukan
Koordinasi lengan badan yang agak lemah
Ketidakupayaan untuk melepaskan bola pada trajektori yang dikehendaki
Kehilangan imbangan ketika membaling

Aplikasi Praktika lMaklumat Mengenai Tahap Perkembangan Motor
Maklumat yang diperolehi mengenai umur dan tahap perkembangan kemahiran
fundamental atau rudimen memberi kelebihan dari segi :
Penyediaan kaedah pemantauan terhadap perkembangan motor kanak-kanak
yang lebih objektif terutama bagi kes clumsy.
Sebagai panduankepada guru mengenai ansur maju pencapaian yang
selanjutnya, sebagai tapak bagi proses mempercepatkan perolehan keakhiran motor
spesifik.
Penilaian pencapaian kemahiran motor sebagai petunjuk kepada kesediaan
kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam aktiviti diri dalam aktiviti fizikal yang lebih
berstruktur.
Perubahan Keupayaan Motor di PeringkatTua
Perubahan dari segi kawalan postur
Hilang upaya untuk mengekalkan stabiliti dinamik
Keupayaan visual yang semakin berkurangan
Perubahan pada corak gait (langkah berjalan)
Peringkat keperluan ubat-ubatan
Perubahan kepada corak berjalan
Perbandingan dengan populasi dewasa dan muda menunjukkan warga tua
kurang mengangkat kaki ketika berjalan, berjalan pada kadar perlahan, langkah
berjalan yang pendek, julat pergerakkan yang berkurangan dan posisi kaki yang
mencapah ketika berjalan.












Renungan :
Daripada Abu HamzahAnas b. Malik r.a.pembantuRasulullahs.a.w. katanya : Tidak
beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa
yang dia kasih untuk dirinya sendiri.
(Diriwayatkan oleh Bukhari Dan Muslim)











Perkembangan Dan Tingkat Pencapaian Dari Aspek Neurofisiologi
Kandungan :
Regulasi Genetic
Proses Myelinasi (Myelination)
System Persepsi
Kecekapan Membuat Keputusan

Perkembangan Dan Perubahan Dari Aspek Neurofisiologi
Perkembangan sistem saraf dipengaruhi oleh interaksi kompleks faktor seperti :
v Kebakaan (genetic)
v Prenatal Pembentukan sel saraf (neuron)
v Pascanatal Percambahan dan insulasi akson (penyelaputan)
v Persekitaran
Mepengaruhi perkembangan semasa tempoh kritikal perkembangan system saraf
bermula dari lahir hingga 12 bulan.
Regulasi Genetik
Ketika lahir, berat otak adalah 300 hingga 350 gram (25% berat matang),
apabola bayi mencapai umur 6 bulan ia meningkat kepada 50% berat matang, 2
hingga 2 tahun 6 bulan (75% berat matang) dan 6 tahun (100% berat matang).
Semua neuron yang ada dalam sistem saraf pusat sudah wujud ketika lahir.
Pertambahan mass otak di peringkat awal adalah hasil daripada peningkatan saiz
serta proses percambahan sel neuron, pertumbuhan sel glial dan proses myelinasi.
Kadar pertumbuhan berbeza mengikut kawasan di system saraf pusat. Kawalan awal
di scapula, spinal cord dan serebrum.




Otak
Kortek serebral menjadi nyata selepas 8 minggu kelahiran, di mana terbentuk
dua hemisfera serebral. Terdapat 10(17) neuron dalam korteks serebral. Selepas
dua bulan pascanatal merupakan percambahan otot-otot most kritikal.

Spinal Cord
Kecil dan pendek ketika lahir, kematangan daripada proses myelinasi secara
perkembangan Caphalo-Caudal.

Laluan Piramidal
Mengalami myelinasi dan berfungsi selepas 4 hingga 5 bulan serentak
dengan tanda-tanda awal berlakunya kawalan motor secara voluntary. Ia juga
merupakan laluan yang menghubungkan korteks serebral ke spinal cord sahaja.
Selain merupakan laluan motor peringkat rendah.
Laluan Extrapiramidal
Merupakan laluan yang lebih kompleks, bertanggungjawab terhadap lakuan
voluntary yang kompleks dan ia juga merupakan laluan peringkat tinggi.
Proses Myelinasi (Myelination)
Merupakan proses penyalutan akson dan dendrite sel saraf (neuron) dengan
lapisan myelin. Peningkatan fungsi neuron (myelin) adalah dari segi kelajuan
konduksi impuls saraf, keupayaan aktivasi neuron (firing) dan rintangan terhadap
kelesuan. Proses myelinasi neuron sensori dan motor bermula ketika umur
mencapai 5 hingga 6 bulan pada pranatal dan proses lengkap dalam masa 6 bulan
cystic fibrosis. Kehilangan sel neuron berlaku pada penghidap multiple sclerosis dan
cystic fibrosis. Kehilangan sel neuron berlaku secara progresif sepanjang hayat (
pada kadar 1000 sel sehari). Pada umur 65 hingga 70 tahun, 20% daripada
jumlah neuron yang ada ketika lahir hilang tetapi pertumbuhan sel glial meningkat
mengikut umur.


System Persepsi
Perkembangan system persepsi adalah berdasarkan 3 prinsip:
Prinsip 1
Kematangan kemahiran persepsi akan terus mengalami peningkatan walaupun
struktur sistem sensori dan reseptor mencapai kematangan lebih awal. Sistem visual
mencapai kematangan struktur pada bulan 1 hingga 4 pascanatal tetapi akuiti visual
terus berkembang (mencapai tahap dewasa) pada umur 10 hingga 12 tahun. Sistem
kinestatik sudah berfungsi ketika perinatal tetapi peningkatan keupayaan jangkaan
kinestatik melewati umur 8 tahun.
Prinsip 2
Semakin kompleks jangkaan persepsi yang perlu dilakukan, semakin lama bagi
kanak-kanak yang sedang berkembang untuk mencapai tahap keupayaan dewasa.
Bagi sistem visual, kematangan akuiti dinamik lebih lewat daripada akuiti statik.
Jangkaan persepsi visual yang mudah seperti membanding saiz, warna, kelajuan
dan sebagainya meningkat lebih awal berbanding keupayaan persepsi yang lebih
kompleks seperti antisipasi pergerakan. Peningkatan keupayaan jangkaan kinestatik
adalah selaras dengan jangkaan persepsi visual.
Prinsip 3
Integrasi berbagai maklumat sensori seperti integrasi kinestatik visual berlaku
serentak dengan kematangan sistem-sistem sensori yang terlibat. Bagi lakuan
mudah seperti identifikasi saiz atau kinametik lakuan, kematangan integrasi
kinestatik visual adalah sekitar umur 8 tahun. Kanak-kanak sudah mampu identifikasi
bentuk melalui deria kinestatik. Peningkatan lakuan kompleks seperti menangkap
bola mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai kematangan.
Kecekapan Membuat Keputusan
Masa reaksi adalah petunjuk kepada keupayaan ini. Kematangan pencapaian adalah
seiiring dengan peningkatan kemampuan persepsi, iaitu kelambatan kanak-kanak
membuat keputusan berbanding orang dewasa ini merupakan faktor tumpuan
selektif.
Renungan :
Orang yang mengajar dan orang yang belajar kedudukannya berserikat dalam
kebaikan dan tidak ada kebaikan pada sekalian.
Perkembangan Dan Perubahan Dari Aspek Pemprosesan Maklumat
Kandungan :
Perubahan Terhadap Sistem Efektor
Perubahan Terhadap Sistem Refleks
Perubahan Terhadap Sistem Visual
Perubahan Terhadap Sistem Kinestatik
Perubahan Terhadap Sistem Vestibular

Perubahan Terhadap Sistem Efektor
Perkembangan Sistem Otot
Dalam konteks perkembangan motor, jumlah sel otot atau neuron yang telah lengkap
ketika perinatal. Peningkatan dalam segala aspek berdasarkan perubahan yang
berlaku pada saiz fiber. Semasa proses kematangan, fiber otot menjadi lebar dan
panjang (hasil daripada peningkatan jumlah dan saiz unit kontraktil dalam fiber otot
myofibril). Contohnya, Atropi adalah akibat daripada ketuaan kesan daripada
kehilangan fungsi sistem saraf yang mengaktivasi sistem efektor.
Spindel Otot
Kehilangan fungsi sistem saraf eferen yang berinovasi dengan
sistem otot.
Sistem Saraf
Sensori
Kehilangan fungsi eferen 1 dan eferen 2 (neuron sensori)
Inovasi Proses perhubungan sistem saraf dengan strutur (tisu)
Sinaps Saraf dengan saraf

Perkembangan Sistem Refleks
Refleks Primitif
Refleks untuk survival ketika peringkat total defence. Ianya wujud ketika perinatal.
Refleks Postur Dan Lokomotor
Ianya merupakan refleks yang berorentasi dengan persekitaran dan wujud dalam
lingkungan 2 bulan pascanatal.
Refleks Voluntari
Refleks dalam kawalan peringkat refleks tertinggi. Ianya wujud 4 hingga 5 bulan
pascanatal selain daripada kapasiti pemprosesan maklumat diperingkat tinggi.
Refleks Primitif (Involuntari)
Semua refleks asas yang berfungsi secara kolektif bagi tujuan kolektif bagi tujuan
survival. Fungsi dan pengaruh terhadap pergerakan yang dilakukan oleh bayi amat
kuat di peringkat perinatal sehingga 2 bulan. Pengaruh menjadi terencat atau lupus
apabila tiba bulan ke 3 hingga 4 pascanatal, serentak dengan kematangan korteks
serebral yang bertujuan untuk menyesuaikan keadaan kawalan daripada involuntari
ke voluntari. Pengaruh refleks primitif yang berlanjutan adalah petanda masalah
neurologi.
Refleks Postur Dan Lokomotor (Voluntari)
Wujud serentak dengan perkembangan awal kawalan postur. Ia berfungsi untuk
kawalan orentasi kepala dan badan yang relatif kepada graviti. Refleks ini akan
wujud pada 2 bulan pascanatal dan lenyap selepas 12 bulan. Diganti secara
progresif dengan refleks voluntari. Sebagai contoh refleks berjalan dan berenang
sudah wujud selepas perinatal, diganti dengan berjalan dan berenang voluntari 4
hingga 5 bulan pascanatal. Fungsi utama refleks ini adalah untuk menyediakan
sistem saraf dan laluan laluan aferan bagi kemunculan kemahiran voluntari
fundamental.
Refleks Voluntari
Kewujudan refleks voluntari adalah petanda bagi permulaan perkembangan
keupayaan memproses maklumat dan membuat keputusan (bergantung kepada
tahap perkembangan). Proses asas pemprosesan maklumat ialah proses persepsi,
proses membuat keputusan, proses organisasi pergerakkan dan penghasilan aksi.
Kesan daripada perkembangan dan ketuaan terhadap proses ini adalah dari segi
kelajuan proses maklumat, kecekapan dan sophistication dari segi kaedah
maklumat dapat diproses.





Perubahan sistem visual
Struktur mata mengalami sebahagian besar semasa prenatal. Saiz ketika lahir ialah
50 % daripada saiz matang. Retina suah berkembang ketika lahir dan proses
menyelinasi saraf optic lengkap 1 hingga 4 bulan selepas pascanatal. Laluan saraf
visual ke mid brain dan korteks visual sudah berfungsi ketika lahir.
Struktur Retina
Sel Rod - berkembang dahulu dan sensitive terhadap cahaya
Sel Kon - warna
Sel Reseptor - akan menerima cahaya dahulu
Sel Ganglion - berhubung dengan sistem saraf pusat sahaja. (jenis W orentasi
tubuh kepada persekitaran dan merupakan fungsi asas dan primitiff, jenis X
ketajaman visual dan jenis Y analisis bentuk-bentuk kasar)
Laluan Visual Di CNS (Sistem Saraf Pusat)
Di Mid Brain
Laluan visual yang primitive. Berfungsi sebagai kawalan imbangan, aliran optic dan
reflex vestibule akular. Perkembangan lebih awal adalah pada sistem SC.
Lateral Geniculate Necleus
Laluan visual yang berlebihan. Berfungsi sebagai pemfokusan dan akuiti (ketajaman)
visual. Fungsi ini amat lemah ketika lahir. Kematangan dicapai pada usia 10 tahun
bagi objek pegun dan 12 tahun bagi objek dinamik.

Peningkatan Sistem Visual
Peningkatan akuiti visual pada peringkat lanjut adalah hasil daripada keupayaan
untuk mengubahsuai kanta (proses akomodasi) dan juga daripada peningkatan
proses perbezaan sel neuron (cell differentiation) pada retina dan laluan ke korteks
visual. Kematangan sistem visual adalah pada kadar sesuai bagi penerimaan
maklumat visual yang perlu untuk membantu proses pergerakan (bagi kelahiran
normal visual)


Kehilangan Sistem Visual
Umur kronologi adalah faktor utama yang melibatkan penurunan keupayaan atau
kehilangupayaan sistem visual daripada kemampuan asal. Pengurangan keupayaan
boleh menjejaskan kemampuan motor. Antara sebabnya ialah keupayaan akomodasi
(hypermetropia), kurang sensitive pada silau dan kontras dan bidang visual yang
semakin kecil.

Perubahan Terhadap Sistem Kinestatik
Reseptor kinestetik mengalami perkembangan paling awal dan sudah berfungsi
ketika lahir kerana sistem ini penting dalam refleks awal.
Manakala reseptor kutanus (cutaneous) pada mulut berfungsi bila 7 hingga 8
minggu pascanatal, pada tapak tangan berfungsi 12 hingga 13 minggu pascanatal
dan pada sistem otot major berkembang 4 hingga 6 bulan pascanatal (reseptor
sendi, spindle otot dan argon golgi tendon).
Di fiber otot rangka pula, pada spindle otot yang berada dalam otot rangka amat
sensitive terhadap ketegangan atau regangan. Manakala di golgi tendon amat
sensitive terhadap tekanan.

Perubahan Terhadap Sistem Vestibular
Pembentukan alat vestibular lengkap dalam 2 hingga 3 bulan pascanatal. Ia
berfungsi secara refleks selepas tempoh ini. Sistem kinestetik dan vestibular
berkembang awal untuk menyokong aktiviti bagi bayi sehingga sistem visual matang.
Dokumentasi mengenai kesan umur ke atas ke dua-dua sistem ini tidak
menunjukkan perubahan yang menarik.


Renungan
Jangan takut menghadapi kegagalan kerana dengan kegagalan kita beroleh
pengetahuan tentang kelemahan dan kekuatan diri kita. Namun apa yang ditakuti
ialah kegagalan bagi kedua dalam

Anda mungkin juga menyukai