Anda di halaman 1dari 1

SK Pengkalan Lahat

terbaik 2014
>>Muka 21
SERDANG, 30 November Ketua Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia,
Datuk Mukhriz telah mengumumkan kekosongan pekerjaan dalam seluruh
Malaysia. Kekosongan pekerjaan pada tahun ini mampu menampung 10
ribu graduan baharu di Malaysia. Selain pencapaian akademik yang baik,
Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia menetapkan beberapa kriteria lain
dalam memilih pekerja baharu.

Ciri-ciri pekerja yang dicari ialah seseorang yang tekun bekerja.
Mereka juga mestilah sentiasa berusa untuk berjaya dalam pekerjaan
serta sentiasa memajukan diri masing-masing bagi meningkatkan
produktiviti. Seseorang pekerja itu perlulah melakukan sesuatu
pekerjaan dengan hati yang mulia dan ikhlas. Pekerjaan yang dilakukan itu
bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mengharapkan pujian daripada orang
lain sahaja.

Selain itu, seseorang pekerja itu hendaklah sanggup melakukan
pekerjaan itu secara berkumpulan kerana kerjasama itu mampu
memberikan hasil yang lebih baik. Semasa bekerja kita akan saling
membantu dan bertolak ansur antara satu sama lain. Pekerja itu haruslah
berkerja bersungguh tanpa mengharapkan belas kasihan orang lain.
Pekerjaan yang kita usahakan sendiri lebih mulia daripada meminta-minta
kepada orang lain.

Menurut Dr. Mukhriz lagi, seseorang yang ingin membuat pemohonan
boleh pergi terus ke pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau
mengisi borang secara atas talian. Pemohon yang layak akan ditemu duga
dan jika layak mereka akan diterima bekerja.

Anda mungkin juga menyukai