Anda di halaman 1dari 3

NAMA: ERIC SIAH JUN FENG

NO.IC: 940904-01-6989

REFLEKSI PBS
Salam sejahtera. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) buat kali
pertama amat saya hargai dan suatu pengalaman yang amat menyeronokkan
berkat kerjasama yang diberikan kepada saya oleh pihak pentadbir serta
semua warga pendidik SJK(C) Chong Hwa 2 Kluang, Johor.
Pengajaran yang saya peroleh daripada pengalaman berasaskan
sekolah ialah saya dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya
sekolah. Budaya di IPG tidak sama dengan budaya di sekolah. Lain padang
lain belalang, begitulah perumpamaan yang membawa maksud setiap tempat
itu mempunyai budaya kerja masing-masing. Sebagai guru pelatih, saya
harus menyesuaikan diri dengan budaya sekolah termasuk keadaan, tempat,
cara berinteraksi dengan guru-guru lama serta keseluruhan warga pendidik di
sekolah tersebut. Saya selalu cuba untuk mewujudkan budaya mesra supaya
kehadiran saya disenangi oleh semua pihak, khususnya pihak pengurusan
sekolah. Hal ini akan mengelakkan daripada wujudnya suasana tegang akibat
sikap saya yang tidak profesional dan masih terbawa-bawa perwatakan
sebagai pelajar ketika berada di IPG.
Selain itu, saya dapat menghayati kerjaya seorang guru. Sebagai guru
pelatih, saya menyedari bahawa kerjaya keguruan merupakan satu bidang
profesion

yang

istimewa

dan

unik

kerana

proses

pengajaran

dan

pembelajaran bukan hanya berlaku di bilik darjah malah di luar bilik darjah
tanpa mengambil kira masa, tempat dan bidang tugas. Pengurusan jadual
waktu, pengurusan bilik darjah, pengurusan pendaftaran, pengurusan
peperiksaan, pengurusan kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan
dengan bilik darjah, murid dan sekolah merupakan ruang lingkup tugas guru
yang sudah diamalkan sejak dahulu lagi. Oleh itu sebagai guru pelatih, saya
seharusnya sedar akan tanggungjawab ini tanpa banyak persoalan serta
bertindak secara proaktif berlandaskan peraturan yang sedia ada.
Saya juga dapat membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru
dan kakitangan sekolah. Semasa saya berbincang dengan mereka tentang
isu atau perkara yang berkaitan di sekolah, saya akan senyum dan bergaul
mesra dengan mereka. Sikap begini amat menyenangkan hati mereka dan

NAMA: ERIC SIAH JUN FENG


tidak

hairanlah

saya

dapat

NO.IC: 940904-01-6989
kerjasama

sepenuhnya

bahkan

dapat

mengeratkan hubungan yang baik dengan mereka. Kemahiran ini amat


berguna kepada seseorang guru supaya mereka dapat menyelesaikan
masalah dengan lebih berkesan.
Selain itu, saya pula dapat membina sikap positif terhadap profesion
keguruan. Melalui PBS ini, saya sedar bahawa seseorang guru yang cekap
perlulah mempunyai komitmen terhadap pekerjaan serta berdedikasi dalam
menyampaikan pengetahuan serta dilengkapi dengan pelbagai kemahiran.
Seseorang guru dikatakan profesional apabila beliau cekap menggunakan
strategi dalam menguruskan pekerjaan dan pengajarannya. Sebagai guru
pelatih, saya sedia berkorban masa dan tenaga dalam melaksanaan tugas,
sentiasa menunjukkan tanggungjawab dan iltizam yang tinggi, bekerja
dengan bersungguh-sungguh serta menyediakan persediaan mengajar yang
kemas dan teratur supaya martabat profesion keguruan dipandang tinggi.
Sifat profesional ini akan mewujudkan saya sebagai guru yang berkesan pada
masa hadapan.
Justeru, saya juga dapat

memperoleh pengetahuan tentang

pengurusan sekolah. Pengurusan sekolah yang baik akan meningkatkan taraf


pengajaran dan pembelajaran. Pihak pentadbiran sekolah yang terdiri
daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sekolah memainkan peranan
yang penting bagi mewujudkan pengurusan sekolah yang berkesan. Mereka
perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dalam bidang hakikinya
masing-masing dengan bersungguh-sungguh.
Saya dapat juga memahami cara pentadbir mengurus dan strategi
pembelajaran dan pengajaran seorang guru. Sebagai guru pelatih, saya akan
melaksanakan strategi dan aktiviti yang sesuai, bertepatan dan mengambil
kira semua aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk unsur-unsur ICT.
Biasanya, guru mendedahkan sesuatu kepada murid bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan
murid mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi.
Salah satu pengalaman yang saya peroleh ialah seorang guru
berkesan haruslah mempunyai kepimpinan dalam bilik darjah. Kepimpinan

NAMA: ERIC SIAH JUN FENG

NO.IC: 940904-01-6989

dalam bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana guru menggunakan
kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan cara berkomunikasi
dengan murid dengan berkesan. Kepimpinan guru dalam bilik darjah
memerlukan tanggungjawab guru untuk mewujudkan suasana iklim bilik
darjah yang kondusif untuk menyampaikan proses pembelajaran dan
pengajaran secara berkesan kepada murid. Bagi mewujudkan budaya bilik
darjah yang efektif, guru-guru perlu mampu membangkitkan minat murid
untuk sentiasa seronok, ceria dan tidak mempunyai tekanan dalam menuntut
ilmu. Corak dan suasana interaksi ini lazimnya boleh dicapai dengan
mengambilkira tiga faktor yang mempengaruhi bilik darjah iaitu faktor fizikal,
faktor sosial dan faktor emosi. Selain itu, cara penyampaian dan stail
kepimpinan guru dalam bilik darjah merupakan aspek utama bagi
menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan. Perkara ini termasuklah
suara guru yang sesuai, lantang dan jelas menyampaikan pengajaran. Di
samping itu, sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan oleh
seorang

guru

akan

membawa

kepada

kecemerlangan

murid.

Cara

kepimpinan guru yang demokratik yang menekankan kerjasama, berinisiatif


dan penggunaan pujian juga mampu membimbing murid ke arah nilai positf.
Contoh kepemimpinan guru dapat dilihat melalui keadaan seperti ketika
suasana kelas sedang bising, dan apabila guru mengangkat tangan semua
murid yang bising dalam kelas menjadi senyap dan kembali fokus kepada
pengajaran guru.
Di samping itu, saya sedar bahawa guru harus kreatif dan inovatif
dalam penyampaiannya. Guru harus bijak memainkan peranannya dalam
pelbagai keadaan untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada
pembelajaran. Pendidik yang berdaya kreatif dapat mengintegrasikan atau
menggabungjalinkan pelbagai bahan, kaedah dan teknik dalam penyampaian.
Penciptaan,

pengubahsuaian

dan

penghasilan

bahan

serta

corak

pembelajaran menjadikan ia lebih inovatif serta mampu melibatkan murid


lebih aktif dalam setiap aktiviti yang diadakan.
Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah telah memberi
pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga kepada saya dan saya
akan mengaplikasikannya apabila saya menjadi seorang guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai