Anda di halaman 1dari 2

NAMA: ERIC SIAH JUN FENG NO.

IC: 940904-01-6989

REFLEKSI INDIVIDU

Salam sejahtera, keberkatannya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus


yang diberikan oleh pensyarah saya, Encik Ridzwan Bin Mahmad. Melalui tugasan
projek ini, saya lebih memahami dan mendalami tentang Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Saya berpendapat bahawa penambahbaikan yang perlu difokuskan sekiranya


FPK perlu dikemaskini ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi
sosial dan peluang di antara kaum. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan
yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina
lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan
penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai
murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama
tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan
kemakmuran.

Penambahabaikan yang seterusnya ialah menghasilkan rakyat yang progresif,


mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara
produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk
membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat ini dapat dicapai dengan
pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu seperti yang termaktub dalam FPK.

Salah satu penambahbaikan yang perlu difokuskan ialah pendidikan suatu


usaha berterusan. Proses pendidikan berlangsung berterusan dalam diri seseorang
kerana manusia perlu menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan.
Perkembangan ini telah membawa pelbagai perubahan yang mencabar seperti
perkembangan k-ekonomi dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam
menangani perubahan dalam pembangunan yang pesat ini, peningkatan dan
pengurusan pengetahuan diri dengan kemahiran dan pengetahuan terkini terus
diberi penekanan. Justeru, pendidikan sepanjang hayat adalah selaras dengan
hasrat FPK.

Selain itu, konsep FPK juga menekankan fokus kepada mengembangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Sejak lahir individu memiliki
pelbagai keupayaan, bakat dan potensi. Keupayaan dan bakat ini boleh
dikembangkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti.
Oleh itu usaha perlu dijalankan bagi mencungkil, memupuk, memperkembang dan
NAMA: ERIC SIAH JUN FENG NO.IC: 940904-01-6989

meningkatkan bakat serta keupayaan tersebut. Pendidikan memainkan peranan


yang penting dalam memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum juga diberikan penekanan agar
dapat membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, serta
mempunyai akhlak yang mulia dan sempurna. Setiap potensi boleh berkembang ke
tahap cemerlang jika diberikan peluang yang secukupnya.

Akhirnya, penambahbaikan yang perlu difokuskan ialah membentuk insan


yang seimbang dan harmonis supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara.
Insan yang seimbang dan harmonis terbentuk apabila mereka berilmu pengetahuan,
mempunyai akhlak yang mulia, menjadi tenaga mahir, berpegang kepada Tuhan,
tenteram serta rasional fikiran dan jiwanya, sihat dan cergas fizikalnya di samping
mempunyai kematangan dari segi emosi dan sosial. Kesimbangan pada diri
seseorang insan turut mencakupi aspek potensi dirinya yang seharusnya telah
diperkembangkan secara menyeluruh dan optimum sama ada dari aspek intelek,
jasmani, emosi, sosial dan rohani. Individu berkenaan juga perlu sentiasa berusaha
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi serta melaksanakan tanggungjawab
sebagai anggot masyarakat yang berguna demi kemajuan dan kemakmuran diri,
keluarga, bangsa, dan negara.

Kesimpulannya, saya telah berusaha untuk menyiapkan tugasan ini dengan


baik dan saya berharap usaha gigih saya akan diberikan ganjaran yang setimpal
oleh pensyarah saya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai