Anda di halaman 1dari 1

Bab 4

2. SEJAUH MANAKAH GURU NOVIS MENANGANI PERINGKAT KEMANDIRIAN DIRI SECARA


BERKESAN BERDASARKAN TEORI KEPERIHATINAN FULLER.

Pada peringkat keprihatinan terhadap diri berdasarkan Teori Keprihatinan Fuller,


guru pada peringkat awal pengalaman pengajaran akan amat memberikan perhatian
terhadap kemampuan diri semasa menghadapi sesi pengajaran. Contohnya,
kemampuan diri dalam pengurusan bilik darjah, komen yang diberi oleh guru lain, sama
ada disukai oleh murid. Bagi guru luar bidang, mereka akan berasa bimbang dan kurang
yakin tentang kemampuan diri untuk mengajar subjek yang bukan bidang
pengkhususannya. Hal ini akan menyebabkan guru-guru ini perlu menghadapi cabaran
ini dengan menimbangkan tentang kelayakan akademik mereka sendiri supaya
melanjutkan pelajaran dalam bidang yang lain. Seorang guru yang berkualiti haruslah
mementingkan profesionalisme dan berusaha untuk mempertingkatkannya. Hal ini
demikian kerana, guru telah memainkan peranan yang amat penting dalam
pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru
mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan
sebelum dan semasa perkhidmatan. Guru perlulah sentiasa mengemaskini kemahiran
dan pengetahuan dalam aspek pengajaran dan berusaha untuk mengaplikasikan
kaedah-kaedah pengajaran dan pendidikan terkini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan program-
program pendidikan untuk mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi
berhadapan dengan cabaran yang semakin kompleks ini. Contohnya, open university,
twinning program, kursus sepenuh masa dan sebagainya. Dengan menghadiri kursus-
kursus tersebut, profesionalisme seseorang guru tersebut dalam sesuatu bidang akan
dipertingkatkan secara langsung.

Anda mungkin juga menyukai