Anda di halaman 1dari 3

NAMA: ERIC SIAH JUN FENG

NO.IC: 940904-01-6989
REFLEKSI INDIVIDU

Salam sejahtera. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) buat kali keempat


amat saya hargai dan suatu pengalaman yang amat menyeronokkan berkat
kerjasama yang diberikan kepada saya oleh pihak pentadbir serta semua warga
pendidik SK Canossian Convent(M) Kluang, Johor.
Pengajaran yang saya peroleh daripada pengalaman berasaskan sekolah
ialah saya dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. Budaya
di IPG tidak sama dengan budaya di sekolah. Lain padang lain belalang, begitulah
perumpamaan yang membawa maksud setiap tempat itu mempunyai budaya kerja
masing-masing. Sebagai guru pelatih, saya harus menyesuaikan diri dengan budaya
sekolah termasuk keadaan, tempat, cara berinteraksi dengan guru-guru lama serta
keseluruhan warga pendidik di sekolah tersebut. Saya selalu cuba untuk
mewujudkan budaya mesra supaya kehadiran saya disenangi oleh semua pihak,
khususnya pihak pengurusan sekolah. Hal ini akan mengelakkan daripada wujudnya
suasana tegang akibat sikap saya yang tidak profesional dan masih terbawa-bawa
perwatakan sebagai pelajar ketika berada di IPG.
Selain itu, saya dapat menghayati kerjaya seorang guru. Sebagai guru
pelatih, saya menyedari bahawa kerjaya keguruan merupakan satu bidang profesion
yang istimewa dan unik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya
berlaku di bilik darjah malah di luar bilik darjah tanpa mengambil kira masa, tempat
dan bidang tugas. Pengurusan jadual waktu, pengurusan bilik darjah, pengurusan
pendaftaran, pengurusan peperiksaan, pengurusan kokurikulum dan sebagainya
yang berkaitan dengan bilik darjah, murid dan sekolah merupakan ruang lingkup
tugas guru yang sudah diamalkan sejak dahulu lagi. Oleh itu sebagai guru pelatih,
saya seharusnya sedar akan tanggungjawab ini tanpa banyak persoalan serta
bertindak secara proaktif berlandaskan peraturan yang sedia ada.
Saya juga dapat membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan
kakitangan sekolah. Semasa saya berbincang dengan mereka tentang isu atau
perkara yang berkaitan di sekolah, saya akan senyum dan bergaul mesra dengan
mereka. Sikap begini amat menyenangkan hati mereka dan tidak hairanlah saya
dapat kerjasama sepenuhnya bahkan dapat mengeratkan hubungan yang baik
dengan mereka. Kemahiran ini amat berguna kepada seseorang guru supaya
mereka dapat menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.

NAMA: ERIC SIAH JUN FENG

NO.IC: 940904-01-6989

Selain itu, saya pula dapat membina sikap positif terhadap profesion
keguruan. Melalui PBS ini, saya sedar bahawa seseorang guru yang cekap perlulah
mempunyai komitmen terhadap pekerjaan serta berdedikasi dalam menyampaikan
pengetahuan serta dilengkapi dengan pelbagai kemahiran. Seseorang guru
dikatakan

profesional

apabila

beliau

cekap

menggunakan

strategi

dalam

menguruskan pekerjaan dan pengajarannya. Sebagai guru pelatih, saya sedia


berkorban masa dan tenaga dalam melaksanaan tugas, sentiasa menunjukkan
tanggungjawab dan iltizam yang tinggi, bekerja dengan bersungguh-sungguh serta
menyediakan persediaan mengajar yang kemas dan teratur supaya martabat
profesion keguruan dipandang tinggi. Sifat profesional ini akan mewujudkan saya
sebagai guru yang berkesan pada masa hadapan.
Justeru, saya juga dapat memperoleh pengetahuan tentang pengurusan
sekolah. Pengurusan sekolah yang baik akan meningkatkan taraf pengajaran dan
pembelajaran. Pihak pentadbiran sekolah yang terdiri daripada Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan sekolah memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan
pengurusan sekolah yang berkesan. Mereka perlu bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas dalam bidang hakikinya masing-masing dengan bersungguhsungguh.
Saya juga dapat memahami cara pentadbir mengurus dan strategi
pembelajaran dan pengajaran seorang guru. Sebagai guru pelatih, saya akan
melaksanakan strategi dan aktiviti yang sesuai, bertepatan dan mengambil kira
semua aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk unsur-unsur ICT. Biasanya,
guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan
sistem pendidikan yang berteraskan teknologi.
Salah satu pengalaman yang saya peroleh ialah seorang guru berkesan
haruslah mempunyai kepimpinan dalam bilik darjah. Kepimpinan dalam bilik darjah
merupakan satu set kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinannya untuk
mengurus dirinya sendiri dan cara berkomunikasi dengan pelajar dengan berkesan.
Kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan tanggungjawab guru untuk
mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif untuk menyampaikan proses
pembelajaran dan pengajaran secara berkesan kepada murid. Bagi mewujudkan
budaya bilik darjah yang efektif, guru-guru perlu mampu membangkitkan minat murid
untuk sentiasa seronok, ceria dan tidak mempunyai tekanan dalam menuntut ilmu.
Corak dan suasana interaksi ini lazimnya boleh dicapai dengan mengambilkira tiga

NAMA: ERIC SIAH JUN FENG

NO.IC: 940904-01-6989

faktor yang mempengaruhi bilik darjah iaitu faktor fizikal, faktor sosial dan faktor
emosi. Selain itu, cara penyampaian dan stail kepimpinan guru dalam bilik darjah
merupakan aspek utama bagi menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan.
Perkara ini termasuklah suara guru yang sesuai, lantang dan jelas menyampaikan
pengajaran. Di samping itu, sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan
oleh seorang guru akan membawa kepada kecemerlangan murid. Cara kepimpinan
guru yang demokratik yang menekankan kerjasama, berinisiatif dan penggunaan
pujian juga mampu membimbing murid ke arah nilai positf. Contoh kepemimpinan
guru dapat dilihat melalui keadaan seperti ketika suasana kelas sedang bising, dan
apabila guru mengangkat tangan semua murid yang bising dalam kelas menjadi
senyap dan kembali fokus kepada pengajaran guru.
Di samping itu, saya sedar bahawa guru harus kreatif dan inovatif dalam
penyampaiannya. Guru harus bijak memainkan peranannya dalam pelbagai keadaan
untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Pendidik
yang berdaya kreatif dapat mengintegrasikan atau menggabungjalinkan pelbagai
bahan, kaedah dan teknik dalam penyampaian. Penciptaan, pengubahsuaian dan
penghasilan bahan serta corak pembelajaran menjadikan ia lebih inovatif serta
mampu melibatkan murid lebih aktif dalam setiap aktiviti yang diadakan.
Kesimpulannya,

Pengalaman

Berasaskan

Sekolah

telah

memberi

pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga kepada saya dan saya akan
mengaplikasikannya apabila saya menjadi seorang guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai