Anda di halaman 1dari 1

PENGETAHUAN BARU

Minggu : PERTAMA dan KEDUA


Sepanjang minggu pertama praktikum saya di S.K. Mang, terdapat banyak ilmu
pengetahuan baru yang diperolehi hasil daripada pembacaan dan perbincangan
bersama rakan guru pelatih dan guru pembimbing beserta juga pemerhatian saya.
Minggu pertama saya telah mulakan sesi suai kenal di sekolah tersebut.Semasa
sampai di sekolah tersebut perkara yang pertama sekali saya buat ialah dengan
menyesuaikan diri dengan bertegur sapa dengan pengawal bertanyakan dimana
pejabat sekolah.Selain itu, pengetahuan dari aspek interaksi dengan guru dan
kakitangan sekolah ialah saya haruslah menyapa dan memberi salam terlebih dahulu
kepada mereka sebagai tanda menghormati guru dan kaki tangan yang berkhidmat di
situ.
Banyak pengetahuan baru saya perolehi melalui perbincangan dengan guru
pembimbing selain pemerhatian saya sendiri.Daripada pemerhatian saya, saya dapat
mengenali kelemahan dan kekuatan saya dalam mengendalikan aspek perancangan
pengajaran sehinggalah aspek perlaksanaan dan refleksi.Pengetahuan baru seperti
cara yang terbaik perlu saya cari dan laksanakan untuk mengawal kelas dan juga
kawalan displin murid membantu saya untuk saya lebih bersedia dalam menghadapi
situasi sebenar di dalam kelas.
Komitmen yang tinggi serta tugas sebagai seorang guru harus dilaksanakan
dengan baik oleh setiap guru.Seorang guru harus rajin dan mempunyai sifat sentiasa
ingin membantu untuk mendidik murid menjadikan mereka insan yang berjaya.Justeru,
pengalaman yang saya tempuhi ini, sedikit sebanyak mengajar saya erti hidup sebagai
seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai