Anda di halaman 1dari 31

KOMPETENSI

KECERDASAN EMOSI
(TUGASAN INDIVIDU)

NAMA

KARTHIK A/L CHANTARAN

NO. K / P

870722 -08- 5691

UNIT

PPISMP SEMESTER 3 (UNIT SEJARAH)

PENSYARAH

Pn.MAZNAH BINTI MADU

PENGENALAN KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI


Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa. Manusia dicipta
sempurna dan yang membezakannya dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi
ini adalah pengurniaan

akal dan fikiran yang baik. Melalui akal fikiran inilah,

berkembangnya emosi manusia seiring dengan peredaran masa.


Perasaan dan emosi seperti sedih ,ketawa ,takut mencorakkan warna
kehidupan ,membentuk sikap dan personaliti seseorang. Perkataan ini berasal
daripada perkataan Greek emovere yang bermaksud untuk keluar. Maka untuk
itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan
seseorang.Tetapi ada teori mengatakan bahawa perkataan emosi sebenarnya
berasal daripada bahasa Perancis, motion, dari mouvoir yang bermaksud
kegembiraan iaitu dari bahasa Latin emovere.
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, emosi dapat ditakrifkan sebagai suatu
perasaan atau jiwa yang kuat.
Menurut Oxford English Dictionary pula, emosi bermaksud setiap pergerakan
atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu; setiap keadaan mental yang hebat atau
meluap-luap.
Secara umumnya emosi bermaksud perasaan. Manusia merupakan antara
hidupan yang memiliki emosi yang sangat kompleks dan halus. Emosi juga adalah
adaptasi evolusi, kerana meningkatkan kemampuan organisma untuk mengalami
dan mengevolusi lingkungannya dan kemudian menambah kemungkinan hidup dan
beriproduksi.
Manakala kecerdasan pula didefinisikan menurut Kamus Dewan edisi ketiga
sebagai kesempurnaan akal untuk berfikir, memahami, mengerti dan seumpamanya.
Dari segi kontekstual, dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan emosi
merupakan sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau
serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan
seterusnya memanfaatkan maklumat sebagai panduan pemikiran dan tindakan
orang itu.

Kompetensi Kecerdasan Emosi ialah kebolehan untuk mengecam perasaan


diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus
emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik. Kemahiran ini
amat penting dan perlu dipraktikkan oleh setiap guru dalam proses mendidik muridmurid dan anak-anak di rumah serta dalam kehidupan seharian.
Tambahan pula, kesedaran kendiri melibatkan kepercayaan dan keyakinan
pada diri sendiri. Induvidu yang sentiasa dalam keadaan sedar akan jenis-jenis
emosinya mampu mengawal dan mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini.
Oleh itu, setiap guru mestilah mempelajari dan mendalami kemahiran ini demi
keharmonian masa depan.
Secara umumnya, Kompetensi Kecerdasan Emosi atau secara singkatannya
disebut sebagai KKE ditakrifkan sebagai Kebolehan untuk mengawal diri sendiri
dan orang lain dari segi perasaan dan emosi diri sendiri dan dalam usaha
membina hubungan dengan orang lain.
Tetapi, takrifan ini berubah atau berlainan daripada yang dinyatakan dalam
Kamus Dewan mahupun Kamus Oxford jika dibandingkan dengan takrifan yang
diberikan oleh para ahli falsafah atau pemikir yang mengkaji tentang kompetensi
kecerdasan emosi.
Mengikut

Goleman (1997)

Kompetensi Kecerdasan Emosi

adalah

kemampuan memotivasi diri , membina ketahanan dalaman sehingga mampu


mengatur jiwa dan kepuasan diri semasa menghadapi cabaran dalam hidup
seharian.Beliau juga menyatakan bahawa Kecerdasan Emosi atau dalam Bahasa
Inggeris disebut sebagai Emotional Quotient (EQ) adalah prasyarat untuk
keberkesanan Daya Tangkapan (IQ). Maksudnya ,IQ kita tidak akan berfungsi
dengan baik sekiranya bahagian otak kita rosak daripada kecacatan emosi.
Manakala, Steiner (1997) menjelaskan Kecerdasan Emosi adalah suatu
kemampuan yang dapat mengerti emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui
bagaimana emosi diri sendiri terekspresikan untuk meningkatkan maksimal etis
sebagai kekuatan pribadi.

Definisi yang diberikan oleh Mayer dan Solovey (Goleman, 1999; Davies,
Stankov, dan Roberts, 1998) pula mengungkapkan Kecerdasan Emosi sebagai
kemampuan untuk memantau dan mengendalikan perasaan sendiri dan orang lain,
dan menggunakan perasaan-perasaan itu untuk memadu pikiran dan tindakan.
Berbeza dengan pendapat sebelumnya, Patton (1998) mengemukakan
Kecerdasan Emosi sebagai kemampuan untuk mengetahui emosi secara efektif
guna mencapai tujuan, dan membangun hubungan yang produktif dan dapat meraih
keberhasilan.
Sementara itu, Bar-On (2000) menyebutkan bahwa kecerdasan emosi adalah
suatu rangkaian emosi, pengetahuan emosi dan kemampuan-kemampuan yang
mempengaruhi kemampuan keseluruhan individu untuk mengatasi masalah tuntutan
lingkungan secara efektif.
Menurut

Young

(1996)

pula

Kecerdasan

emosi

didefinisikan

juga

sebagai sejenis kecerdasan sosialyang melibatkan kemahiran untuk memantau


serta membuat diskriminasi diantara emosi sendiri atau emosi orang lain dan
seterusnya, manfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan
orang itu.
Secara

kesimpulannya,

kita

boleh

memahami

bahawa

Kompetensi

Kecerdasan Emosi adalah elemen yang amat penting dalam kehidupan harian kita
dan segala aktiviti harian kita secara keseluruhanya bergantung kepada kematangan
kita dalam mengawal emosi kita dan membuat keputusan yang betul serta yang
tepat tanpa mengalami konflik atau dilemma dalam membuat keputusan.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (KKE)


1.0 EMOSI POSITIF

EMOSI
EMOSI
POSITIF
POSITIF

DIHARGAI
DIHARGAI

OPTIMISTIK
OPTIMISTIK

GEMBIRA
GEMBIRA

RASA
RASABANGGA
BANGGA
SABAR
SABAR

BERILMU
BERILMU

JUJUR
JUJUR
RAJAH 1.0 : CONTOH-CONTOH EMOSI POSITIF

2.0 EMOSI NEGATIF

EMOSI
EMOSI
NEGATIF
NEGATIF
KEPAHITAN
KEPAHITAN

KETAKUTAN
KETAKUTAN
BERSANGKA
BERSANGKABURUK
BURUK

KERAGUAN
KERAGUAN

KEBENCIAN
KEBENCIAN
CEMAS
CEMAS

IRI
IRIHATI
HATI

RAJAH 2.0 : CONTOH-CONTOH EMOSI NEGATIF

3.0 KOMPONEN KECERGASAN EMOSI


Kompetensi kecergasan emosi boleh diklasifikasikan dalam dua komponen
yang utama, iaitu Komponen Kompetensi Personal dan Komponen Kompetensi
Sosial.
3.1 KOMPONEN KOMPETENSI PERSONAL
Sebagaimana yang kita ketahui, Kompetensi Personal merangkumi
dua komponen utama, iaitu Komponen Kesedaran Emosi Kendiri dan Komponen
Pengurusan Emosi Kendiri.
a. Komponen Kesedaran Emosi Kendiri terbahagi kepada 5 komponen kecil iaitu:
Kompetensi Kesedaran
Emosi Kendiri

Kesedaran Emosi Kendiri

Kesedaran Ketepatan Kendiri

Keyakinan Kendiri

Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Kompetensi Emosi


Kendiri
Sedar emosi dan mengenal cirri dan kesannya.
Sedar emosi diri yang dikaitkan dengan
perasaan, pemikiran, tindak balas, tingkah laku
dan pertuturan.
Sedar bagaimana emosinya mempengaruhi
personaliti dan tingkah lakunya.
Sedar ciri emosinya adalah berkait rapat
dengan ciri sahsiahnya.

Berani mempertahankan hakikat yang benar.


Berupaya membuat keputusan tepat.
Mempunyai kemahiran berfikir.

Mempunyai tahap kesedaran yang


tinggi terhadap nilai dan matlamat hidup.
Sedar kekuatan dan kelemahan diri.
Bersikap hati terbuka.
Berkeyakinan, berketerampilan.
Sering menggunakan pemikiran reflektif untuk
menambahbaik prestasi diri.
Memiliki penghargaan kendiri positif.
Sering riang, gembira dan optimistik.
Keceriaan dan optimistik.

Penghormatan Kendiri
Kesejahteraan Kendiri

b. Komponen Pengurusan Emosi Kendiri terbahagi kepada 8 komponen kecil iaitu:

Kompetensi Pengurusan
Emosi Kendiri
Kawalan emosi kendiri

Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Kompetensi Pengurusan


Emosi Kendiri

Dapat mengawal emosi dan perasaan


yang distruktif.
Tenang menghadapi tekanan.
Boleh membuat keputusan yang wajar dalam
situasi tekanan.

Kebolehsuaian

Mempunyai ciri fleksibel.


Boleh menangani perubahan.
Boleh adaptasi dengan keadaan yang sering
berubah.

Kebolehpercayaan

Ada nilai jujur, amanah dan bertanggungjawab.


Menepati janji.
Bertindak mengikut peraturan.

Ketekunan

Ada sifat berdedikasi.


Keseronokkan dan kekusyukkan bekerja.
Membuat kerja dengan bersungguh-sungguh.

Inovatif

Kerap menggunakan pemikiran secara kritis dan


kreatif.
Berani dan gemar mencuba perkara baru.
Tidak takut pada kegagalan.

Optimistik

Mempunyai konsep kendiri positif.


Mempunyai konsep penghargaan kendiri yang
tinggi.
Melihat halangan sebagai cabaran

Inisiatif

Bersikap dan berfikiran positif


Mempunyai bakat memimpin.
Bersedia merebut peluang yang akan datang.

Berorentasikan pencapaian

Motivasi intrinsik kuat.


Mengamal pembelajaran sepanjang hajat.
Kebolehan dalam melaksanakan tugas dengan
sempurna.

3.1 Komponen Kompetensi Sosial


Seperti Kompetensi Personal, Kompetensi Sosial juga terbahagi kepada dua
komponen utama iaitu Komponen Kesedaran Sosial dan Komponen Kemahiran
Sosial.

a. Komponen Kesedaran Sosial:


Empati
Ditakrifkan sebagai kebolehan membayang dan menghayati emosi perasaan
orang lain (kemahiran asas manusia).Orang yang menguasai kemahiran ini dapat
mewujudkan suasana harmoni dalam interaksi sosial.Berupaya membaca emosi
orang lain, sering menumpu perhatian mendengar, prihatin dan memahami perasaan
dan keperluan orang lain.
Mengembangkan Orang Lain
Bermaksud rela dan berupaya membantu dan berupaya membantu dan
menggalakkan meningkatkan prestasi mereka.
Kesedaran Organisasi
Bererti kecekapan membaca arus emosi ahli-ahli dalam organisasi yang
terlibat.Peka terhadap arus emosi ahli-ahli yang mempengaruhi operasi organisasi,
dapat mengesan dengan tepat hubungan asas dan kuasa antara ahli-ahli dalam
organisasi, mengesan dengan tepat jaringan-jaringan sosial dan mesra antara ahliahli organisasi.
Berorentasi Perkhidmatan
Bermakna kecekapan mengenali, menjangka dan memenuhi hasrat dan
keperluan orang lain, sama ada keluarga, sahabat, masyarakat atau negara.

Melayani kepelbagaian
Bererti keupayaan melayani kepelbagaian orang tanpa mengira keturunan,
jantina, kedudukan, status ekonomi-sosial, agama.Individu yang mempunyai
kompetensi ini, biasanya menghormati orang daripada pelbagai latar belakang,
bergaul mesra dengan pelbagai ragam manusia, fleksibel dan keadilan.

b. Komponen Kemahiran Sosial:

Komunikasi
Boleh diertikan sebagai satu proses penyampaian atau pertukaran maklumat
di antara dua individu, atau antara seorang individu dengan sekumpulan orang
(interaksi sosial dalam kalangan orang melalui aktiviti pemindahan mesej secara
lisan).Orang yang mempunyai kemahiran ini, biasanya berupaya bertutur atau
menulis dengan jelas dan tepat, mahir dalam menggunakan bahasa badan (body
language), cekap menjalin hubungan mesra dan berkepimpinan.

Pengaruh
Bererti menggunakan teknik yang berkesan untuk mendapat penerimaan,
kepercayaan dan keyakinan orang lain.Individu yang mempunyai pengaruh,
biasanya memiliki kemahiran berkomunikasi dan kemahiran memimpin, cekap
membuat persembahan dengan kemampuan

menarik perhatian orang lain dan

boleh memberi demonstrasi dengan berkesan dan berorentasikan pencapaian.

Pemangkin Perubahan
Merupakan katalis sesuatu jenis unsur yang berupaya mempercepatkan
proses atau urusan. Maka, kemahiran pemangkin perubahan bererti keupayaan
menggerak dan

mempercepat proses perubahan.Individu yang

mempunyai

kemahiran pemangkin perubahan biasanya peka akan keperluan untuk berubah,


sanggup menjadi agen perubahan dan mempunyai kemahiran inovasi.

Pengurusan Konflik
Konflik merupakan salah satu kehidupan dalam organisasi, dan kerap kali
berlaku dalam individu sendiri, antara individu, individu dengan kumpulan dan
kumpulan dengan kumpulan.Kemahiran ini bermaksud kemahiran berunding untuk
menyelesaikan perselisihan dalam kumpulan sosial.Orang yang mempunyai
kemahiran ini, biasanya mempunyai cirri diplomasi, boleh memikir secara kritis dan
logikal, mahir memudahcara, bertolak ansur serta berupaya membaca situasi
penyelesaian yang memuaskan.

Membina Hubungan
Merujuk kepada kemahiran komunikasi interpersonal dalam aktiviti sosial.
Berkait rapat dengan populariti atau kualiti disanjungi, kepimpinan dan kecergasan
interpersonal.

Kepimpinan Beraspirasi
Bererti kemahiran memimpin yang memberi inspirasi kepada ahli-ahli dalam
organisasinya.Terdiri daripada orang berpengalaman, berilmu pengetahuan dan
berkemahiran, mempunyai sikap proaktif dan nilai peribadi yang murni.

Kerja Berpasukan dan Berkolaberasi


Bererti kemahiran yang menyatu-padukan tenaga-tenaga pekerja sebagai
satu unit yang erat dan bekerjasama mencapai matlamat yang dipersetujui.Individu
yang

mempunyai

kemahiran

ini

biasanya,

berupaya

memimpin,

cekap

berkomunikasi dan mahir menjalin hubungan interpersonal.

KEPENTINGAN KECERDASAN EMOSI


Kepentingan kecerdasan emosi boleh dibahagikan kepada kepentingan dari
aspek sosial, pendidikan serta kepimpinan. Goleman ( 1995, 1998 ) mengatakan
bahawa kecerdasan emosi mampu membawa kepada kejayaan sama ada di rumah,
sekolah atau pun tempat kerja.
Dari aspek sosial, kecerdasan emosi penting bagi membolehkan hubungan
sosial di antara seseorang individu dengan individu yang lain boleh berlaku dengan
baik. Memiliki kecerdasan emosi yang tinggi membantu individu untuk mengawal
emosinya serta membantu mengurus perasaan negatif yang menghalangnya
daripada menjalinkan persahabatan dengan orang lain.
Kecerdasan emosi juga amat penting dalam aspek kepimpinan. Menurut
Gardner dan Stough ( 1983 ), kecerdasan emosi memainkan peranan penting
bukan sahaja dalam proses penglibatan bahkan juga dalam proses kepimpinan.

Menurut George pula, kecerdasan emosi dapat mengembangkan matlamat kolektif,


penerapan

idea

dalam

pemikiran

secara

perlahan-lahan,

pembinaan

dan

peningkatan keyakinan dan semangat kerjasama.


Melalui pendapat daripada beberapa orang tokoh, dapat dibuktikan bahawa
kecerdasan emosi penting dalam aspek kepimpinan. Sebagai contoh, seorang
pengurus di tempat kerja perlu memiliki ciri kepimpinan yang boleh membantunya
mengawal pekerja di bawahnya. Dengan memiliki kecerdasan emosi yang tinggi,
pengurus tersebut akan tahu bagaimana untuk mengurus dan mengawal
perasaannya dan juga orang lain yang bekerja bersamanya di samping memberikan
dorongan positif ke arah mewujudkan satu perhubungan yang mampu membawa
kepada kejayaan dalam mencapai matlamat pekerjaan.
Selain itu, dengan adanya kecerdasan emosi, pengurus tersebut tahu untuk
mengawal emosinya dan tidak membawa masalah peribadinya ke tempat kerja dan
tidak melepaskan kemarahannya kepada orang bawahannya.
Dari aspek pendidikan pula, kecerdasan emosi merupakan salah satu perkara
yang penting dalam mencapai kejayaan. Dengan memiliki kemampuan untuk
mengawal emosi, apabila seorang pelajar mengalami kegagalan dalam pelajaran,
dia akan mampu mengawal keadaan dirinya secara positif dengan memotivasikan
dirinya sendiri serta menganalisis kelemahan dirinya sendiri.
Selain itu, apabila pelajar memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, dia akan
mampu untuk mengasingkan masalah peribadi yang dihadapinya denga pelajaran.
Ini kerana, melalui apa yang dapat dilihat pada masa kini, terdapat pelajar yang
memiliki masalah keluarga sehingga masalah tersebut mempengaruhi pelajarannya
sehingga membawa kepada kegagalan. Dengan memiliki kecerdasan emosi, ia
dapat membantu pelajar tersebut untuk mengawal emosinya serta pelajarannya
tidak terpengaruh dengan masalah yang dihadapi.
Sebagai

kesimpulan,

kecerdasan

emosi

penting

dari

aspek

sosial,

kepimpinan serta pendidikan. Ia penting bagi membantu seseorang individu


mencapai kejayaan serta memperbaiki hubungannya dengan orang lain.

SOALAN 1 :
KENALPASTI PUNCA PERMASALAHAN PELAJAR DALAM ARTIKEL PILIHAN
ANDA
Buli, itulah isu yang sentiasa kita dengar sama ada dari berita ataupun surat
khabar. Gejala buli boleh didefinisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan
seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya
yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh
dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa
dan menjadi-jadi.
Hal

ini

telah

mencapai

satu

tahap

yang

amat

merimaskan

dan

membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan,


masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin
meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah
dan institut pengajian tinggi awam semakin. Contohnya dalam kajian yang pernah
penulis lakukan ke atas 2,600 orang pelajar dari 26 sekolah menengah dari dua
buah negeri, didapati mereka yang melaporkan terlibat dengan kegiatan membuli
(fizikal dan psikologi) adalah tinggi.
Kes ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya
para ibu bapa. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa kematian pelajar Mohd
Hadzrin Mohamad setelah koma lapan hari akibat dibelasah sekumpulan remaja
berhampiran sekolah di Cheras gara-gara berebut kekasih, meninggal dunia pada
21 Februari 2009.Menurut Profesor Olweus dari Bergen University, Norway iaitu
pelopor dalam kajian buli di dunia, sekiranya kes buli berlaku dalam lingkungan 1015 peratus ia dianggap serius.
Banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya gejala buli ini bah kata
pepatah melayu Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang. Antaranya
ialah pengaruh rakan sebaya. Terdapat pembuli yang mengikut jejak rakan mereka
supaya mereka tidak berasa tersisih dan merasakan diri mereka masih tergolong
dalam kumpulan itu walaupun mereka tidak ingin mencederakan orang lain dengan
membuli.

Ini adalah kerana mereka takut mereka akan disisihkan sekiranya mereka
tidak mengikut perlakuan rakan mereka.Selain itu, terdapat juga pembuli yang
pernah menjadi mangsa buli. Ini adalah kerana mereka masih tidak dapat
melepaskan diri daripada trauma terdahulu yang menyebabkan mereka menjadi
pembuli. Mereka cuba melepaskan ketakutan dan keseksaan yang dialami terdahulu
kepada mangsa mereka. Akan tetapi, pada masa yang sama mereka juga akan
terkenang masa lampau mereka yang menyakitkan.
Ini akan menyebabkan mereka berasa lebih menderita. Keadaan inilah yang
menyebabkan mereka menjadi lebih agresif dan seterusnya menyebabkan mangsa
buli mereka mengalami kecederaan yang lebih serius.Keinginan untuk mendapat
perhatian orang juga merupakan salah satu faktor penyebab berlakunya kejadian
buli.
Mereka ingin melakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian orang lain
terutamanya ibu bapa mereka yang selalu sibuk bekerja. Mereka kurang mendapat
kasih sayang daripada keluarga dan ini akan menyebabkan mereka berasa
kesunyian dan ingin mendapat kasih sayang daripada rakan-rakan dan guru mereka.
Akan tetapi, mereka tidak mengetahui cara yang betul untuk meluahkan perasaan
mereka.
Selain itu, terdapat pembuli yang menghadapi masalah dalam keluarga
mereka seperti pergaduhan ibu bapa dan perceraian ibu bapa yang akan
menyebabkan mereka berasa tertekan dan tidak mengetahui cara yang betul untuk
meluahkannya. Ini adalah kerana mereka takut sekiranya kelemahan dan masalah
yang mereka hadapi diketahui orang lain akan menjatuhkan maruah dan ego
mereka terutamanya terhadap lelaki.
Selain itu, pengaruh daripada media massa yang berunsurkan
keganasan juga mendorong perbuatan buli. Orang ramai akan terdedah dengan
unsur yang negatif ini dan ada di antara mereka yang mengikut perlakuan tersebut.
Ini akan meningkatkan gejala buli di sekolah.

KEPENTINGAN KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI KEPADA


PELAJAR
Kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi kepada seseorang pelajar
bukan saja untuk memahami perasaan diri dan orang lain malah pentingnya
memanfaatkan emosi dan mengurus hubungan.
Dengan kompetensi kecerdasan emosi yang ada pada seseorang pelajar,
para pelajar ini berupaya menguruskan perasaan dan emosi negatif diri dengan
baik. Dia sedar emosi yang dirasakan dan sebabnya. Oleh itu, dia dapat mengawal
emosi marah, emosi kecewa, emosi tertekan dan emosi benci dalam dirinya. Bagi
pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi, apabila marah, maka dia boleh berfikir
secara rasional dalam masalah atau rintangan yang dihadapi dalam kehidupan
seharian. Dia boleh memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh
menjadikannya hilang akal seperti kata-kata dan perlakuan orang lain yang
menyinggungkan perasaan. Dengan itu, pelbagai masalah dapat diselesaikan
secara bermuafakat tanpa perasaan marah.
Pelajar yang berupaya menguruskan emosi kecewa dirinya akan sentiasa
berfikiran terbuka terhadap keputusan yang dicapai dan tidak melakukan perkara
yang bodoh. Dia tidak akan kecewa dan yakin terhadap perkara yang dilakukan
pada masa yang akan datang. Seseorang pelajar akan tenang dan positif semasa
tertekan. Dia akan berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan serta lebih
berkeyakinan terhadap diri sendiri dalam melakukan segala perkara.
Pelajar akan hidup dengan gembira dan senang hati tanpa tekanan. Masalah
sosial seperti vandalisme tidak akan berlaku jika emosi tertekan dapat dikawal
dengan baik. Emosi benci yang biasanya mendatangkan masalah sosial dan disiplin
sekolah tidak akan timbul kerana pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi dapat

menguruskan emosi benci dengan baik. Secara tidak langsung keharmonian antara
guru dan pelajar dapat diwujudkan.
Kompetensi kecerdasan emosi penting untuk menjadikan seseorang pelajar
mempunyai tingkah laku terkawal dan mematuhi disiplin. Para pelajar ini akan
bertanggungjawab atas prestasi diri. Dia mempunyai komitmen dan menunaikan
janji. Contohnya, dia akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran
seharian dan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru dengan baik serta
menyerahkan tugasan pada masa yang tepat.
Seseorang pelajar turut akan bersifat amanah dengan mengekalkan piawaian
kejujuran dan integriti. Secara tidak langsung, pelajar akan bertindak secara beretika
mengikut peraturan. Pelajar akan mementingkan masa dengan tidak berkeliaran di
kawasan sekolah, makan di kantin di luar waktu rehat serta datang lewat ke sekolah.

Pelajar juga akan mementingkan soal kekemasan diri seperti tidak berambut
panjang atau berfesyen rambut keterlaluan. Tingkah laku seperti ponteng dan lari
dari rumah juga tidak akan dilakukan oleh pelajar berkenaan. Seseorang pelajar
akan mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain
serta menunjukkan tingkah laku yang terkawal.
Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi
dengan pencapaian akademik pelajar. Seseorang pelajar dapat memperoleh
pencapaian akademik yang baik melalui dimensi pengawalan emosi, dimensi
kecerdasan emosi motivasi, dimensi kecerdasan emosi empati, dan dimensi
kecerdasan emosi kemahiran interpersonal.
Seseorang pelajar itu mempunyai keupayaan mengawal emosi dengan tidak
akan bertindak secara gopoh. Mereka lebih tabah dan tenang dalam menjalankan
tugasan.

Keupayaan

mengawal

emosi

membolehkan

pelajar

menghadapi

pembelajaran dengan lebih baik tanpa dipengaruhi unsur-unsur kerisauan, takut


gagal atau tidak yakin pada diri. Seseorang pelajar yang mempunyai kecerdasan
emosi motivasi pula akan mempunyai dorongan untuk berjaya. Dia akan sentiasa
berusaha menambahsuaikan atau memenuhi piawaian kecemerlangan. Dengan itu
dia akan lebih berkeyakinan dalam pembelajarannya dengan memberikan matlamat
untuk mencapai kecemerlangan akademik.
Bagi seseorang pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi empati, dia
mempunyai sensitif terhadap persekitaran dan boleh menyesuaikan diri dengan
perasaan seperti gembira, marah, sedih atau sakit hati. Para pelajar ini akan lebih
disenangi oleh rakan dan akan mewujudkan suasana gembira untuk menghadapi
pembelajaran yang secara tidak langsung meningkat pencapaian akademik.
Di samping itu, seseorang pelajar yang mempunyai kemahiran interpersonal
lebih pandai bersosial. Mereka tidak akan menghadapi kesukaran dalam
menjalinkan hubungan dengan rakan sebaya, selalu bertindak secara positif dan
akan membantu dalam pencapaian akademik yang baik.

Seseorang pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi mempunyai empati


dengan memahami emosi dan pandangan orang lain. Para pelajar ini ada
peningkatan kesedaran tetntang perasaan, kemahuan dan perihal orang lain. Dia
memahami rakan-rakannya serta mengesan emosi dan memahami pandangan
orang lain dan mengambil berat tentang masalah mereka. Contohnya, dia peka
kepada emosi orang lain dengan sentiasa bersedia mendengar, prihatin dan
memahami perspektif pandangan orang lain serta memahami keperluan orang lain
dengan memberikan bantuan.
Di

samping

itu,

seseorang

pelajar

itu

dapat

menwujudkan

dan

menguruskan hubungan yang baik dengan orang lain melalui kemahiran sosial

dalam kompetensi sosial. Kebolehan mengurus hubungan bertambah dalam daya


menganalisis dan memahami hubungan antara orang.
Dengan kecerdasan dalam kemahiran sosial, seseorang pelajar akan
menyampaikan mesej yang jelas, tepat dan menyakinkan. Contohnya, tingkah laku
seseorang pelajar yang sentiasa bertolakansur, bersedia mendengar dan mengalualukan perkongsian maklumat, memupuk komunikasi terbuka serta bersedia
menerima makluman mahupun baik atau buruk. Tingkah laku ini telah membantu
meningkatkan kebolehan menyampaikan mesej yang jelas, tepat dan menyakinkan.
Oleh itu, para pelajar dapat berinteraksi dengan rakannya secara lebih mesra
seterusnya memberikan peningkatan kerjasama, pertolongan dan perkongsian.
Secara tidak langsung, hubungan yang baik sesama rakan-rakan dapat terjalin dan
dikekalkan.
Seseorang pelajar juga akan dapat menyelesaikan konflik dan merunding
perselisihan dengan lebih baik. Contohnya, dia akan mengesan dan mengambil
tindakan yang bijak dengan timbang rasanya dipertingkatkan dalam penyelesaian
konflik dan perselisihan faham. Ini telah dapat membina hubungan mesra dengan
orang lain tanpa emosi yang tidak terkawal.
Secara

kesimpulanya,

penguasaan

kecerdasan

emosi

penting

bagi

seseorang pelajar untuk memahami emosi diri sendiri, mengurus emosi,


memanfaatkan emosi, membaca emosi dan mengurus hubungan.

CARA-CARA MENINGKATKAN
PENYUBURAN KOMPETENSI
KECERDASAN EMOSI

CARA-CARA MENINGKATKAN PENYUBURAN


KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI DALAM KALANGAN
PELAJAR
Pengurusan bilik darjah yang kondusif boleh mempengaruhi tahap
pembinaan Kompetensi Kecerdasan Emosi pelajar. Faktor-faktor seperti iklim bilik
darjah, rutin bilik darjah, disiplin bilik darjah dan organisasi bilik darjah akan
mempengaruhi tahap pembinaan Kompetensi Kecerdasan Emosi ini.
Sebagai bakal guru, kita harus sentiasa berusaha menyediakan iklim bilik
darjah yang ceria dalam kelas supaya pelajar seronok dan bekerja dalam keadaan
optimum yang mendorongkan pemikiran bernas dan kreatif. Iklim bilik darjah bererti
suasana dalam kelas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.
Oleh itu, kita harus mengelakkan keadaan kelas yang gelap dan sempit akan
menggangu suasana emosi dan fizikal pelajar.
Keadaan yang ceria dan kondusif mempengaruhi emosi dan minat serta
kecerdasan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi emosi
perasaan seperti marah, bersaing untuk sumber yang terhad, dengki, memfitnah dan
lain-lain akan dikurangkan sekiranya pelajar menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam suasana yang kondusif. Secara tidak langsung pelajar akan
berkembang dari segi sosial dan emosi dalam iklim bilik darjah yang positif dan
membina.
Guru juga harus mengaturkan rutin bilik darjah yang sistematik dengan
peraturan dan pensisteman untuk menjalankan sebarang aktiviti supaya dapat
menyemai perasaan tanggungjawab dan kerajinan. Contohnya, guru boleh
menyediakan satu jadual tugas kelas. Dengan demikian setiap pelajar diberikan
tanggungjawab serta kewibawaan untuk menjaga kebersihan kelas dan
mengendalikan kelas. Secara langsung dan tidak langsung KKE dapat dibina
melalui interaksi yang berlaku semasa menjalankan tugas. Pelajar juga dapat

memotivasikan diri untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada


pembelajaran hari itu melalui rutin bilik darjah yang teratur.
Sebagai guru, dia harus melahirkan pelajar yang berdisiplin kerana akan
individu yang berdisiplin mempunyai kompetensi personal seperti kesedaran emosi
kendiri, penghormatan kendiri, keyakinan diri dan kesedaran ketepatan kendiri.
Oleh itu, guru harus menyediakan disiplin bilik darjah yang baik dengan
menuediakan peraturan bilik darjah serta membantu pelajar mengikutnya.
Penyuburan Kompetensi Kecerdasan Emosi juga boleh ditingkatkan melalui
organisasi bilik darjah. Bilik darjah perlu diorganisasikan dengan teratur dari segi
pentadbirannya.

Perlantikan

pelajar

sebagai

ketua

kelas,

penolong

kelas,

setiausaha, bendahari, dan ahli-ahli jawatankuasa tentu akan memberi perasaan


tanggungjawab dan berorientasi gol. Pentadbiran kelas harus dianggap sebagai satu
persatuan di mana pelajar bekerja dalam suasana demokrasi. Tugas guru perlu lebih
kepada peranan fasilitator dan peranan pelajar perlu diutamakan supaya
kompetensi-kompetensi personal dan sosial dapat diperkembangkan.
Cara meningkatkan penyuburan Kompetensi Kecerdasan Emosi adalah guru
perlu memainkan peranan sebagai role model iaitu teladan yang terdekat untuk
pelajar dalam semua aspek. Guru sebagai role model adalah untuk mencerminkan
kompetensi kecerdasan emosi iaitu kompetensi personal dan sosial. Gaya cakap,
bertindak dan mengurus pengajaran dan pembelajaran semuanya diperhatikan oleh
pelajar dan mereka akan belajar atau ikutnya. Jadi adalah penting supaya guru
sentiasa menunjukkan subkompetensi seperti kawalan emosi, kebolehpercayaan,
ketekunan, optimis, motivasi kendiri dan lain-lain yang berkenaan dengan
kompetensi personal.
Ciri-ciri kompetensi sosial yang perlu juga ditunjukkan ialah empati,
membangunkan orang lain, melayani kepelbagaian, kepimpinan berinspirasi dan
membina perhubungan. Dalam kelas, terdapat pelbagai peluang untuk guru
menekankan nilai-nilai murni yang merupakan kompetensi personal dan sosial.
Contohnya, melayani kepelbagaian pelajar melalui layan saksama terhadap pelajar
lemah, miskin atau kurang upaya. Bahasa dan ayat yang digunakan haru
menunjukkan sikap adil, saksama dan mesra.
Selain itu, kaedah pengajaran yang sesuai juga boleh digunakan untuk
mempromosi nilai-nilai yang baik iaitu meningkatkan kompetensi personal dan sosial
pelajar. Guru boleh menggunakan teknik-teknik atau strategi pengajaran seperti

memberikan pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperatif. Pembelajaran


Kolaboratif dapat memberi peluang kepada pelajar supaya bercampur gaul dengan
rakan-rakan dalam kumpulan lain dengan bekerjasam antara sesama ahli kumpulan
untuk menyelesaikan satu masalah.
Dalam melakukan sesuatu tugasan, setiap kumpulan boleh berkolaborasi
supaya kongsi maklumat untuk mendapat isi kandungan yang lebih mantap. Dalam
proses mencari maklumat dan membincang serta menghujah dan meneliti isi-isi,
pelajar perlu berinteraksi sosial dan menggunakan kompetensi personal dan sosial
supaya tidak ada banyak konflik atau perselisihan faham hasil daripada kekasaran
dalam percakapan atau mudah tersinggung atau pemonopolasian oleh pelajar yang
dominan dan sebagainya.
Pemberian pembelajaran koperatif pula bertujuan untuk meningkatkan kerja
kumpulan dan berinteraksi sosial di antara ahli-ahlinya. Guru perlu mengambil
peluang untuk menyemai nilai-nilai dan kompetensi personal dan sosial di
kalangan pelajar semasa aktiviti pembelajaran koperatif dikendalikan. Contohnya,
guru boleh mendengar pertuturan pelajar dan menegur sebarang penyelewengan,
menyelesai masalah konflik jika timbul pada langkah serta penimbulan daya
kepimpinan mengikut keadaan perlu diakui dan diberi peluang untuk berkembang
lagi. Penglibatan diri dalam kemahiran interpersonal merangkumi kemahiran
membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik
antara ahli kumpulan. Oleh itu, pemberian pembelajaran koperatif merupakan
kaedah mengajar yang dapat menyemaikan kompetensi kecerdasan emosi.
Di samping itu, untuk meningkatkan penyuburan Kompetensi Kecerdasan
Emosi dalam kalangan pelajar, guru juga boleh mengadakan permainan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Permainan mempunyai banyak kebaikan dari segi
pedagogi untuk mengajar atau membelajar sesuatu. Ia memberi elemen
keseronokan dalam pembelajaran yang akan menjadikan pembelajaran atau
pengajaran lebih berkesan dan mudah diterima. Permainan biasanya melibatkan
interaksi antara dua atau lebih individu.
Kompetensi Kecerdasan Emosi memainkan peranan penting sekiranya
pelajar tidak pandai mengurus emosinya dan juga tidak mempunyai kemahiran
sosial yang sesuai, tentu akan mewujudkan banyak perselisihan faham dan
ketidakpuasan. Pelajar juga dapat tahu cara untuk menangani kegagalan atau
kemenangan serta perasaan empati atau budaya bekerja secara berpasukan.
Permainan seperti main peranan, permainan kad, kuiz atau aktiviti cergas lain

bukan sahaja dapat memperkembangkan minda tetapi juga boleh meningkatkan


kompetensi kecerdasan emosi.

Sebagai guru, dia harus bijak mengaplikasikan penggunaan bahan resos


atau bahan pengajaran yang nyata untuk mencungkil ciri-ciri emosi yang baik
daripada pelajar. Sebagai contoh, jika guru hendak mengajar tentang perasaan
empati, penggunaan gambar mangsa perang, gempa bumi atau sebarang
malapetaka dunia boleh mencapai tujuannya. Perbincangan tentang keadaan
mangsa akan melahirkan perasaan kasihan, empati dan kompetensi sosial lain
seperti berorientasikan perkhidmatan, kerja berpasukan atau membina perhubungan
dapat dipraktikkan melalui kerja sukarelawan.
Artikel atau tulisan yang menyentuh perasaan yang boleh lahirkan perasaan
seperti cinta, semangat patriotisme, sikap optimisme atau memotivasikan boleh
dimasukkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan secara tidak langsung,
guru boleh semaikan kompetensi personal di kalangan pelajar. Guru juga boleh
menyediakan bahan media audio-visual yang mempunyai kuasa tinggi untuk
menyentuh emosi individu. Contohnya, filem jenis jenaka atau tragedi atau berunsur
nilai keluarga semuanya mempengaruhi emosi penonton. Dengan menggunakan
bahan resos seperti ini pada masa-masa tertentu guru dapat melatih dan
menyedarkan pelajar tentang emosi dan kepentingan mengawal emosi serta
meningkatkan kompetensi kecerdasan sosial.

KESIMPULAN
Secara tuntasnya, pengurusan kendiri merupakan elemen terpenting dalam
Kompetensi Kecerdasan Emosi yang merangkumi aspek kawalan emosi kendiri,
kebolehpercayaan, mempunyai kesedaran, kebolehsuaian dan juga inovasi. Semua
ini perlu dipratik dalam diri setiap insan agar kecerdasan emosi akan sentiasa
berada di tahap yang baik.
Dalam aspek kerja berkumpulan,kepimpinan dan juga kesihatan juga
melibatkan pengurusan kendiri agar sesuatu itu tercapai matlamat dan juga motif
asal perlaksanaan.Ringkasnya, Kompetensi Kecerdasan Emosi boleh ditakrifkan
sebagai satu mekanisme atau keupayaan dalaman seseorang individu yang wujud
untuk mengurus dan mengawal perasaannya dan juga orang lain disamping
memberi dorongan positif ke arah mewujudkan satu perhubungan manusia yang
harmonis.
Memupuk konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi dalam kehidupan
merupakan usaha yang penting dalam menjamin keselesaan dan keharmonian
hidup

seseorang

individu.

Kompetensi

Kecerdasan

Emosi

seharusnya

dipraktikkan oleh setiap individu terutama dalam menghadapi cabaran dunia hari ini
yang penuh dengan ranjau danduri.Keadaan ini secara tidak langsung akan
meningkatkan keselesaan hidup dan menambah produktiviti hidup.
Fenomena ini nescaya akan membentuk satu suasana yang akan memberi
kepuasan hati dan kehidupan yang tenang. Konstruk pengurusan kendiri yang
terdapat dalam Model Kompetensi Kecerdasan Emosi juga menekankan
bagaimana untuk kita menguruskan diri dalam aspek Kompetensi Kecerdasan
Emosi yang lebih tumpukan pada aspek kepimpinan, kerja berkumpulan dan
pengurusan kesihatan kerana ketiga-tiga perkara ini selalu dilalui oleh manusia dan
kadang kala dipandang enteng oleh kita semua.
Pada masa yang sama, kita juga boleh mengkategorikan Kompetensi
Kecerdasan Emosi sebagai aset yang diwarisi daripada keturunan dan dipengaruhi

oleh budaya manusia. Setiap individu mempunyai kecerdasan emosi yang boleh
berubah. Kecerdasan emosi boleh dinilai berdasarkan inventori kompetensi
kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi bukan statik dan boleh ditingkatkan melalui
pembelajaran. Kecerdasan emosi sesuai digunakan untuk menguasai kemahiran
intrapersonal dan interpersonal termasuk kemahiran sosial. Kecerdasan emosi
berkaitan rapat dengan kemahiran belajar.
Cabaran dan desakan hidup pada zaman sekarang memerlukan tenaga
pengajar yang berkualiti tinggi agar mampu berhadapan dengan arus dan keperluan
kehidupan yang sangat mencabar. Pembentukan jati diri guru perlu diberikan
penekanan. Satu komponen dalam jati diri ialah pemupukan tahap Kecerdasan
Emosi dalam diri guru agar mereka mampu berhadapan dengan cabaran-cabaran
yang terlibat dalam profesion perguruan malah dalam kehidupan seharian.
Keupayaan Intelek (IQ) yang tinggi tidak menjamin kejayaan seseorang dalam
sesuatu bidang tertentu. Didapati bahawa tanpa kekuatan dalam Kecerdasan Emosi,
sesuatu individu tidak dapat membuat penilaian kendiri dengan baik supaya dia
dapat bertindak dan berfungsi dengan lebih berkesan dalam pelbagai situasi dan
cabaran yang dihadapinya.
Dengan

mempunyai

kefahaman

tentang

Kecerdasan

Emosi

dan

kepentingannya kepada seseorang individu khasnya seorang bakal guru. Dengan


kefahaman ini bakal guru dapat menangani masalah personaliti dan peribadi yang
timbul hasil daripada interaksi dengan orang lain. Kesan ini akan dilihat daripada
peningkatan dalam kemahiran inter dan intra personal yang dapat membolehkan
seseorang itu berfungsi sebagai ahli masyarakat yang berkesan. Seorang guru yang
ceria, penyayang dan riang akan menghasilkan pelajar yang ceria, penyayang dan
riang dan sebaliknya. Tahap pencapaian Kompetensi Kecerdasan Emosi guru
akan menentukan tahap pencapaian Kompetensi Kecerdasan Emosi di kalangan
pelajar melalui pengwujudan suasana bilik darjah yang menyokong perkembangan
emosi secara sihat. Seseorang guru yang berkesan dan berjaya adalah seorang
yang dapat menangani emosi negatifnya dengan cara yang sihat dan berkesan.
Kesimpulanya, sebagai seorang guru yang diamanahkan untuk membentuk
generasi yang berintelek adalah tanggungjawab kita untuk membentuk para pelajar
dengan nilai Kompetensi Kecerdasan Emosi yang tinggi serta boleh dipraktikan
dalam kehidupan harian mereka.

REFLEKSI
Selamat sejathera saya ucapkan sebagai pembuka kata refleksi tugasan
KompetensiKecerdasan Emosi saya. Saya, KARTHIK A/L CHANTARAN sangat
berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan.
Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak
memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Refleksi

selepas

menyelesaikan

sangat

menarik

kerana

saya

tidak

menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa
rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar
pada masanya.Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa
melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk
mengenai Kompetensi Kecerdasan Emosi.
Selepas itu, saya terpaksa pula mencari teks di dalam majalah yang berkaitan
dengan emosi untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu
memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham akan kehendak soalan tetapi
setelah di terangkan oleh pensyarah saya , saya akhirnya dapat membezakan
antara kedua-duanya. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai
sumber rujukan untuk diisi dalam esei saya.
Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini.
Nota-nota yang telah diberikan oleh pensyarah telah saya gunakan untuk
dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya. Petikan ilmiah saya telah perolehi
daripada perpustakaan dan telah saya cetak untuk memahami tajuk yang diberikan
di dalam soalan kompetensi kecerdasan emosi.
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa
dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah
diberikan telah berjaya

saya

siapkan tanpa berlengah. Akhirnya

tugasan

Kompetensi Kecerdasan Emosi yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya
untuk menyiapkan tugasan ini.

BIBLIOGRAFI
SUMBER RUJUKAN
A.J.Michael. Kompetensi Kecerdasan Emosi; Untuk Pelajar Kursus Persediaan
Program Ijazah Saujana Muda Pendidikan(PPISMP)
Haji Abdul Fatah Hasan. Pemikiran Keseluruhan Otak; Dalam Pengurusan
Pendidikan dan Kaitannya Dengan Jecerdasan Emosi (Emotional Intelligent-E.Q).
Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.
Mohd Azhar Abd. Hamid. Siri Pembangunan Diri. EQ; Panduan Meningkatkan
Kecerdasan Emosi. Pts Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mahmood Nazar Mohamed. Penghantar Psikologi, Satu Pengenalan Asas Kepada
Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Siti Hawa Munji. Marof Redzuan. Penghantar psikologi. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

RUJUKAN INTERNET
http://penulisan2u.blogsport.com/2008/07/cerpen-andai-mampu-ku-ubahsegalanya.html

Anda mungkin juga menyukai