Anda di halaman 1dari 2

Adikku baru lahir

Adik adalah anugerah yang paling besar yang dikurniakan oleh Tuhan. Setiap
orang patut bersyukur kerana dikurniakan dengan adik sedangkan ramai orang yang
tidak mempunyai adik. Dengan itu, orang yang mempunyai adik haruslah berusaha
untuk membelanya dengan sebaik yang mungkin agar dia menjadi orang yang
berjaya pada masa akan datang.

Begitu juga dengan saya yang mempunyai seorang adik yang sangat comel.
Namanya diberi Jenson Roy yang dilahirkan pada 29 September 2016. Adik saya
sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapa saya. Walaupun, ibu bapa saya tidak ada
masa untuk menjaga saya, namun saya sangat mencintai adik saya.

Adik saya sangat comel, berambut pendek hitam dan kerinting. Matanya yang
bulat membolehkan dia menjadi tarikan orang ramai. Badannya yang gempal dan
bulat membolehkan dia kelihatan sangat comel dan disukai oleh semua orang. Dia
akan senyum tersengih-sengih sekiranya nama dia dipanggil. Saya suka memanggil
nama dia hanya untuk melihat senyuman yang manis itu.

Walaupun adik saya baru sahaja lahir, namun sebagai abang yang
bertanggungjawab kepada ibu dan juga bapa, saya akan menjalankan segala
perkara misalnya menjaga adik saya, membantu ibu untuk membersihkan rumah
bagi memastikan adik dapat dibesarkan dengan sebaik yang mungkin. Saya
mendoakan kesihatan dan keselamatan adik saya sentiasa dalam keadaan yang
baik dan sihat.

Anda mungkin juga menyukai