Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Syukur Alhamdulillah akhirnya tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu dapat


disiapkan sepenuhnya mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Sepanjang proses
menyiapkan tugasan,banyak kekangan dan aral yang perlu dihadapi, namun
Alhamdulillah, semuanya dapat dihadapi dengan baik.

Saya telah menerima tugasan ini daripada pensyarah pada 19 Ogos 2010
dan soalan-soalan tugasan telah diedarkan kepada rakan sekelas.Pada masa yang
sama saya dan rakan-rakan juga diberi tugasan oleh pensyarah mata pelajaran
lain.Hal ini menyebabkan saya dan rakan-rakan terpaksa mengejar masa untuk
menyiapkan tugasan dalam masa yang singkat. Selain itu,tugasan ini juga
merupakan tugasan pertama kami kerana kami belum pernah menerima apa-apa
tugasan pada semester pertama ini di samping format dan bentuk tugasan belum
kami fahami semuanya. Namun,semua itu akan menjadi dorongan kepada kami
untuk menyiapkan tugasan dengan bersungguh-sungguh.

Saya dan beberapa rakan sekelas telah mencari dan mengumpulkan


maklumat di Pusat Sumber Al-Khindi pada setiap petang. Pelbagai maklumat yang
kami peroleh di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kami apabila
saling bantu membantu mengumpulkan maklumat. Selain itu, kami juga bertukar-

tukar maklumat yang diperoleh bagi memudahkan kerja kami. Dengan kemudahan
teknologi zaman sekarang,saya dapat mencari maklumat dengan lebih cepat.

Masa untuk menyiapkan tugasan begitu singkat.Justeru,saya perlu menyusun


jadual waktu agar tugasan ini dapat dilakukan pada waktu yang sesuai kerana kami
perlu menghadiri kuliah-kuliah ganti di sebelah petang dan malam di samping kuliah
wajib pada sebelah pagi. Alhamdulillah,dengan berpandukan jadual waktu,tugasan
ini ini dapat dilakukan dengan lebih lancar. Saya juga ada melakukan perbincangan
dengan rakan-rakan mengenai tugasan ini. Kami saling bertukar-tukar pandangan
dan maklumat yang kami peroleh. Hasilnya,tugas saya menjadi lebih mudah hasil
daripada perbincangan dengan rakan-rakan. Pada masa lapang, saya bersama
rakan-rakan akan menyiapkan bahan-bahan untuk pameran di samping mencari
maklumat tambahan untuk menjadikan pameran kami lebih menarik. Pelbagai
variasi maklumat yang cuba dihasilkan oleh kumpulan kami untuk dipamerkan
antaranya ialah dalam bentuk booklet, brosure, gambar-gambar dan lain-lain.

Hasil daripada pameran dan kerja yang dijalankan, saya dapat menghayati
dengan lebih mendalam tentang semangat patriotisme yang selama ini sudah wujud
dalam diri kita. Cuma kita sendiri yang tidak mahu menghayatinya. Melihat kepada
tajuk yang lebih kami fokuskan dalam pameran ini iaitu faktor-faktor kebangkitan
dan perjuangan rakyat Tanah Melayu pada masa itu untuk menetang penjajah begitu
bersungguh-sungguh demi mendapatkan kemerdekaan. Disebabkan oleh kuasa
British, kekejaman jepun, kehadiran MPAJA dan lain-lain telah menyebabkan hidup

orang Melayu pada ketika itu sengsara serta hak mereka digolok gadai. Perbagai
langkah yang dilakukan oleh para pembesar dan pejuang tempatan termasuk
menggadaikan nyawa demi mendapatkan kemerdekaan diri dan negara.

Kita sebagai pewaris bangsa dan peneraju negara seharusnya mengorak


langkah memartabatkan negara bangsa dan menjunjung semangat patriotisme yang
sudah lam tertanam dalam diri kita. Jangan biarkan jiwa kemerdekaan hilang begitu
sahaja ditelan dek zaman. Ingatlah jasa-jasa pejuang negara kita demi membentuk
sebuah kedaulatan negara kita.

Anda mungkin juga menyukai