Anda di halaman 1dari 7

STEPS MENDAFTAR SEBAGAI DOKTOR DI

MALAYSIA

UNTUK LEPASAN LUAR NEGARA


STEP 1:
Sediakan 5 Files: (setiap FILE akan diperincikan dibawah STEP 3 hingga STEP 7)
1-File SPA
2-File MMC (medic) or MDC (dentist)
3-File KKM
4-File Penaja
5-File Hospital
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


STEP 2:
Setiap FILE hendaklah mengandungi COMPULSARY ITEMS: ( KHAS UNTUK JUST GRADUAN. Negara lain saya tak
pasti)

i- Sekeping gambar berukuran Passport
ii- SALINAN FOTOSTAT of:
a- Jidariyeh/Ijazah (Yg Cop EMAS in Arabic)
b- Translation Jidariyeh/Ijazah in English
c- Musaddaqah/Certificate in Arabic
d- Translation of Musaddaqah/Certificate in English
e- Kashfu Alamat/Transcript result in Arabic
f- Translation of Kashfu Alamat/ Transcript result in English
g- Kad pengenalan (depan belakang)
h- Surat beranak
g- Sijil SPM (bukan transcript yg kecik warna putih tu)- jika hilang Sijil Asal SPM, dapatkan semula dari Kementerian
Pendidikan Malaysia di Parcel E, Putrajaya
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


STEP 3:

(1) FILE SPA:
1-Sediakan COMPULSARY ITEMS (STEP 2) yg dinyatakan di atas.
2-Sahkan SETIAP HELAIAN salinan tersebut dari Pegawai Kerajaan Golongan A (Eg: Doctor, Pengetua Sekolah, Guru
Penolong Kanan, Ketua Kampung, JKKK Kampung, Pesuruhjaya Sumpah, etc....).
3-Isi borang SPA8i online (ikut ARAHAN/PANDUAN PENGGUNA BORANG SPA8i yg ada di sini) :
http://imej.spa.gov.my/borangspa/Panduan_pengguna_borang_SPA8i.pdf
4-Print (2 COPIES) slip SPA (PAGE TERAKHIR SAHAJA) tanpa pengesahan seperti yg dinyatakan di Muka 42/45
dalam PANDUAN PENGGUNA BORANG SPA8i.
5-SATU copy slip SPA yg di print dimasukkan dlm FILE SPA utk kegunaan time interview nanti dan SATU
copy lagi utk kegunaan pihak penaja (STEP 6).
6-Call Pegawai SPA (Pn Azura/Miss Hidayah) yg incharge bahagian temuduga SPA utk pengesahan pendaftaran online
dan tarikh interview.
7-Sertakan surat MMC yg ASLI (STEP 4, point 7-9) dan 1 salinan tanpa perlu disahkan salinan surat MMC
tersebut.
8-Sattle urusan SPA (tak perlu pergi pun ke bangunan SPA kecuali time interview nanti je) dan bawa FILE SPA ni tyme
interview nanti.


Additional Info:
Contact: Puan Azura/ Miss Hidayah Telefon: 03-8885 6372/ 8885 6339, faks: 03:8888 5044
Email: norazura@spa.gov.my / zamzarina@spa.gov.my
Nombor sambungan lain untuk bahagian perubatan - 6137 / 6338

ALAMAT SPA:
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian pengambilan,
Aras 6, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520, Putrajaya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


STEP 4: (Step paling STRICT and IMPORTANT)

(2) FILE MMC:
1-Buat Money Order RM20 utk tujuan Yuran Pendaftaran MMC atas nama "Pendaftar Pengamal Perubatan"
2-Sediakan COMPULSARY ITEMS (STEP 2) yg dinyatakan di atas.
3-Sahkan SETIAP HELAIAN salinan tersebut dari Pegawai Kerajaan Golongan A (Eg: Doctor, Pengetua Sekolah, Guru
Penolong Kanan, Ketua Kampung, JKKK Kampung, Pesuruhjaya Sumpah, etc....).
4-PENTING: Utk MMC, WAJIB ikut GARIS PANDUAN PENGESAHAN DOKUMEN (baca especially 2 pages
terakhir dlm garis panduan ni), click sini:
http://mmc.gov.my/v1/docs/form/1.Sementara%20-%20kemaskini30032011.pdf
5-Download dan isi borang PERAKUAN PENDAFTARAN SEMENTARA pada link yg sama di atas or click sini skali
lagi:
http://mmc.gov.my/v1/docs/form/1.Sementara%20-%20kemaskini30032011.pdf
6-Dah sattle isi borang tersebut, bolehlah terus serahkan FILE MMC ni ke pejabat MMC di bangunan lama KKM sebelah
Masjid Negara.
7-Lepas serah FILE MMC kpd pegawai MMC nanti, tunggu sekejap dlm 30 minit utk dapatkan SURAT PENGESAHAN
PERMOHONAN SIJIL PENDAFTARAN SEMENTARA.
8-Check surat tersebut, make sure ejaan nama BETUL DAN ada dinyatakan bahawa "NO. PENDAFTARAN
SEMENTARA BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB SELEPAS 2 MINGGU DARI TARIKH PERMOHONAN
YANG DITERIMA LENGKAP". Kalau dalam surat tu ada tulis "permohonan masih tidak lengkap....bla..bla..bla..", so
contact pegawai MMC tu semula di no. talian yg ada dlm surat tersebut.
9-Fotostat 2 SALINAN surat tersebut (TAK PERLU PENGESAHAN SALINAN) utk digunakan pada STEP 5
dan STEP 7 nanti.
10-Sattle Urusan MMC dan boleh terus ke KKM di Purtajaya.


Additional Info:
1-Diingatkan sekali lagi, org yg tandatangan pada bahagian PERAKUAN PENGENALAN SAKSI dalam Borang 4
(Borang Permohonan Perakuan Pendaftaran Sementara) yg di download dan di isi pada link di atas tadi WAJIB
ORANG YG SAMA dengan yg SAHkan SETIAP COMPULSARY ITEMS (STEP 2) yg ada dlm FILE MMC!!!

2-Surat Pesuruhjaya sumpah (utk sesapa yg nama in ENGLISH beliau xsama ejaan dengan kad pengenalan ATAU
nama dalam sijil xde BIN/BINTI, senang cerita nama dalam sijil yg kita dapat dari JUST tak sama 100% dengan kad
pengenalan kita).

Contact MMC: 03-22628480/ 8481/ 8482, faks: 03-26938569/ 03-26912973

ALAMAT MMC:
Majlis Perubatan Malaysia (MMC),
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Blok B, Aras Bawah,
Jalan Cenderasari,
50590 Kuala LUmpur
( simpang sebelah Masjid Negara, specifically BETUL2 dekat dengan pintu masuk Sekolah Menengah
Kebangsaan (P) Methodist, Sebelah Klinik Kesihatan.) - Gunakan SYGIC / WAZE utk carian lebih tepat
dan senang
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


STEP 5:

(3) FILE KKM:
1-Sediakan COMPULSARY ITEMS (STEP 2) yg dinyatakan di atas.
2-Sahkan SETIAP HELAIAN salinan tersebut dari Pegawai Kerajaan Golongan A (Eg: Doctor, Pengetua Sekolah, Guru
Penolong Kanan, Ketua Kampung, JKKK Kampung, Pesuruhjaya Sumpah, etc....).
3-Download dan isi Borang Maklumat Diri (BMD) KKM, click sini:
http://moh.gov.my/forms/568
4-Sertakan salinan surat MMC (STEP 4, point 7-9) tanpa perlu disahkan salinan surat MMC tersebut.
5-Serahkan FILE KKM kepada pegawai KKM (Puan Aminah/ Puan Nurul).
6-Sattle urusan di KKM dan tunggu panggilan telefon utk INTERVIEW KKM dan Surat Panggilan INDUKSI KKM selepas
sebulan or lebih dari tarikh FILE KKM dihantar.


Additional Info:
1-Sertakan Salinan Surat NIKAH yg telah disahkan (utk menguatkan lagi alasan ingin mengikut pasanga bagi yg
dah berumahtangga).

2-Untuk yg belum berumahtangga dan berhasrat nak pilih hospital yg berhampiran dgn rumah anda, sertakan sekali
bukti sokongan (eg: Surat kesihatan yg parents x sihat, surat dari Jab. Kebajikan Masyarakat yg parent tinggal
sorang diri, surat perjanjian pertunangan, kad kenduri kawen bagi yg bertunang, etc...) or ape2 sahaja bukti sokongan.

3-Borang Maklumat Diri (BMD) ini juga boleh didapati di kaunter Bahagian Sumber Manusia KKM, so sesapa yg malas
nak download boleh amek and isi kat sana je, xperlu pada apa2 pengesahan borang BMD ini.

4-Untuk urusan Kursus Induksi, sila hubungi Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) di talian 03-88850600
sambungan 6174.

CONTACT: 03-88833888 (Puan Aminah/ Puan Nurul)

ALAMAT KKM:
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Bahagian Sumber Manusia,
Unit Pengurusan & Professional,
Aras 9, Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590, Putrajaya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -----------


STEP 6:

(4) FILE PENAJA:
1-Sediakan COMPULSARY ITEMS (STEP 2) yg dinyatakan di atas.
2-Sahkan SETIAP HELAIAN salinan tersebut dari Pegawai Kerajaan Golongan A (Eg: Doctor, Pengetua Sekolah, Guru
Penolong Kanan, Ketua Kampung, JKKK Kampung, Pesuruhjaya Sumpah, etc....).
3-SATU copy slip SPA yg diprint (STEP 3, point 5) tanpa pengesahan.
4-Isi borang Tamat Belajar/Lapor Diri dari Pihak Penaja (JPA, MARA, MINDEV, etc..), borang boleh didapati dari
kaunter pegawai penaja. Utk students JPA boleh click link ni:
http://www.jpa.gov.my/docs/blatihan/lapordiri2007.pdf


Additional Info:
Untuk student Tajaan MARA/JPA, tarikh akhir Lapor diri kpd pihak penaja adalah 6 Bulan dari tarikh tamat pengajian.

Kepada students tajaan MARA, adalah digalakkan utk Lapor diri kpd MARA selepas interview SPA/KKM
atau between interview and Induksi. Jika anda lapor diri awal (sebelum bulan Ogos), elaun saradiri utk bulan
Ogos automatically dibatalkan kerana nama anda dlm system komputer MARA akan diterminate dari menerima elaun
selepas anda melapor diri.Juga, PASTIkan anda dah settlekan smua bentuk claim dari MARA sebelum melapor diri eg:
Claim Tiket penerbangan, Claim Insuran, Claim Buku, Claim Elaun Praktikal (RM4140) utk posting selain di K.A.U.H yg
melebihi jarak 20 KM (berdasarkan Lampiran A, perjanjian MARA).


Alamat JPA:
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Tingkat 5, Blok C1, Parcel C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 W.P Putrajaya, Malaysia
Telefon: 603 - 8885 3000/4000Direct Call: 03-8885 3447 (Untuk urusan Bayaran Balik Biasiswa, Pinjaman, Tiket
Penerbangan & Insuran Kesihatan)

Alamat MARA:
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 3,
Ibu Pejabat MARA,
21 , Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-26132015/ 03-26132016 Faks: 03-26915854
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


STEP 7:

(5) FILE HOSPITAL:

1-Sediakan COMPULSARY ITEMS (STEP 2) yg dinyatakan di atas.
2-Sahkan SETIAP HELAIAN salinan tersebut dari Pegawai Kerajaan Golongan A (Eg: Doctor, Pengetua Sekolah, Guru
Penolong Kanan, Ketua Kampung, JKKK Kampung, Pesuruhjaya Sumpah, etc....).
3-Sertakan salinan surat MMC (STEP 4, point 7-9) tanpa perlu disahkan salinan surat MMC tersebut.
4-Serahkan FILE HOSPITAL kepada Pengarah Hospital semasa melapor diri di Hospital tempat anda bertugas.


Additional Info:

Senarai Hospital yg menyediakan Latihan Siswazah (Housmanship):
01. HOSPITAL TUANKU FAUZIAH, KANGAR
02. HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR
03. HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI
04. HOSPITAL KULIM, KEDAH
05. HOSPITAL PULAU PINANG
06. HOSPITAL SEBERANG JAYA
07. HOSPITAL TAIPING, PERAK
08. HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH
09. HOSPITAL TELUK INTAN
10. HOSPITAL SERI MANJUNG, PERAK
11. * HOSPITAL KUALA LUMPUR
12. * HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG
13. * HOSPITAL SELAYANG, SELANGOR
14. * HOSPITAL KAJANG, SELANGOR
15. * HOSPITAL SERDANG, SELANGOR
16. * HOSPITAL AMPANG, SELANGOR
17. * HOSPITAL SUNGAI BULOH, SELANGOR
18. HOSPITAL TUANKU JAAFAR, SEREMBAN
19. HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH, KUALA PILAH
20. HOSPITAL MELAKA
21. HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH, MUAR
22. HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU
23. HOSPITAL BATU PAHAT, JOHOR
24. HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR
25. HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN, KUANTAN
26. HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH. TEMERLOH
27. HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH, KUALA TERENGGANU
28. HOSPITAL KEMAMAN, TERENGGANU
29. HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, KOTA BHARU
30. HOSPITAL KUALA KRAI, KELANTAN
31. HOSPITAL TANAH MERAH, KELANTAN
32. HOSPITAL UMUM SARAWAK, KUCHING
33. HOSPITAL SIBU, SARAWAK
34. HOSPITAL MIRI, SARAWAK
35. HOSPITAL QUEEN ELIZABETH, KOTA KINABALU
36. HOSPITAL TAWAU, SABAH
37. HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN, SABAH
38. *PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PPUKM)
39. *PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)
40. ** HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HUSM)
41. * HOSPITAL PUTRAJAYA

* Semua Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di fasiliti yang bertanda (*) diwajibkan untuk
memohon penempatan baru di luar negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
setelah tamat latihan.
** PPS di HUSM boleh memohon penempatan di negeri Kelantan

=============================================================

## Ini pulak adalah cara cerita macam mana nak buat pendaftaran secara kurang
skema. By Syahmi.

Lapor Diri 2013

Lapor Diri dan Pendaftaran (settle everything dalam masa sehari)

A. Sediakan benda-benda asas untuk each MMC, KKM, JPA dan SPA (sama seperti yang dalam guide
senior2 lepas)
- gambar passport dan enam salinan dokumen yang disahkan dari Jordan
- certified copy of I/C, surat beranak, dan sijil SPM
- borang untuk setiap jabatan (borang MMC, Borang KKM, Borang JPA)
- korang akan pergi ke dua tempat sahaja --> KL untuk MMC, dan Putrajaya bagi KKM dan JPA
- apps Waze atau Sygic untuk mengelakkan sesat.


Step 1
Isi borang online SPA. sila daftar akaun, dan isi sampai habis. at the end korang akan dapat slip SPA. Print
slip ni untuk kegunaan akan datang (di JPA dan interview SPA). Step SPA hanya di sini sahaja, dan akan
disambung once korang dipanggil ke interview.


Step 2
1. Buat Money Order. (google sendiri macam mana nak buat. ni benda basic)
2. Checklist dokumen asas, dan tambahan borang Fitness For Practice MMC (kuatkuasa dari 1 April
2013). Google dan download sendiri. Kalau tak tahu, minta je dekat pejabat MMC, diorang akan kasi.
3. Pejabat MMC dekat KL, bertentangan dengan pejabat POS Besar, simpang sebelah Masjid Negara.
Pintu depan tulis Kementerian Kesihatan Malaysia. Gate tu sebelah Klinik Kesihatan . Pergi ke Blok B,
Ground Floor dan masuk ke bilik yang tertulis Kaunter Pendaftaran dan Pertanyaan. Urusan anda hanya
bersama akak yang jaga kaunter sahaja. Pejabat buka jam 8.30 pagi. Submit 8.30 pagi, dan sijil sementara
boleh diambil (sekiranya by hand) before lunch. Kitorang dapat pkul 12 tgh.
4. Untuk yang rushing, boleh minta MMC pos kan je ke rumah atau wakilkan orang lain (make sure wakil
tu ada surat mewakilkan diri korang. buat sendiri). ada dalam borang MMC untuk part ni, just tick je
pilihan korang.
5. Dekat step ni korang akan dapat satu sijil pendaftaran sementara yang ada nombor siri. Sijil ni perlu
difotokopi dan dilampirkan bersama borang KKM nanti.
6. Borang MMC dan dokumen2 nya memang strict, so follow je step yang dah ada senior kita buatkan.
xyah complicate sangat fikir dalam2. ikut step dan guide, insyAllah settle.


Step 3
1. Sila ke Putrajaya. Kalau MMC siap before lunch, korang akan smpai Putrajaya time lunch. So lunch lah
dulu sebab office bukak pkul 2.
2. Korang pergi ke Presint 1. KKM di Kompleks E dan JPA di Kompleks C.
3. Untuk KKM, di kompleks E7, aras 9. Korang just serahkan semua benda asas tadi bersama salinan sijil
MMC (xperlu disahkan). Dalam borang KKM tu, ada tempat posting. Make sure korang isi je penuh-penuh
even dengan nama hospital yang sama. Klu korang tinggalkan kosong, means korang tak kisah dihantar ke
mana-mana tempat. Simple je kat sini. Check semula senarai hospital sebab ada hospital baru dan hospital
yang digugurkan dari senarai posting housemen.
4. Masalah utama di sini adalah parking. Parking awam sangat jauh dan kalau hujan, memang problem.


Step 4
1. Lepas KKM, boleh pergi ke JPA. JPA terletak di C1, aras 5. Korang just submit benda-benda yang
dikehendaki oleh JPA sahaja (rujuk borang JPA yang korang download, ada senarai checklist).
2. Untuk JPA, korang ada urusan claim-claim. Ada satu borang claim. Korang xyah pening kepala, borang-
borang ni even borang JPA tu ada tersedia di kaunter. Segala apa yang nak diclaim perlu dilampirkan bukti
dan terjemahan dengan pengesahan. Tapi, dapat ke tak itu bergantung kepada JPA.
3. JPA perlukan akaun bank korang ye. Just berikan je pengesahan akaun (Maybank boleh minta kat
branch diorang. BSN or RHB, fotostate buku bank part ada nama, no akaun dan alamat tu). Mana-mana
bank dalam Mesia diterima, bukan sekadar CIMB sahaja ya.


Step 5
Pulang dengan rasa bahagia, gembira dan lega sambil menghabiskan cuti sebelum dipanggil interview
dan induksi.


.
.
.


** Untuk bahagian tunggu Interview ni, pengalaman saya sendiri pulak berbeza sikit dengan orang
lain. Kawan-kawan saya yang lain boleh kata hampir semuanya akan menerima panggilan dari SPA
dalam seminggu dua untuk tarikh interview. Jadi mereka menunggu je la.

Tapi saya tidak.

Dua hari selepas saya send borang SPA, saya call sendiri SPA untuk pengesahan online. Juga terus
on the spot, saya ditanya nak book terus atau tidak interview. So, saya memang takde tunggu
panggilan dah la. Book on the spot, bulan mana yang saya nak interview - dah macam book flight
pulak. =p

However pada time saya, cik yang menjawab panggilan saya masih berbaik hati utk book-kan dulu
tarikh saya walaupun saya tak hantar lagi borang MMC waktu tu (dia perlukan nombor MMC utk
interview sebenarnya). So, alhamdulillah even saya takde lagi nombor MMC, dia still book kan
dengan syarat lepas tu pergi buat MMC cepat

Dan ada kawan saya, kurang bernasib baik sebab nak book tapi tak dapat sebab tak ada lagi
nombor MMC. So, ikut nasib jugak la. Lagi parah bila nak book, tapi dah takde kekosongan. Sobs.
Terpaksa tunggu bulan seterusnya. tsk3...

Anda mungkin juga menyukai