Anda di halaman 1dari 19

15 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

UNIT 2
KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat:
1. Menjelaskan maksud kurikuum
2. Menghuraikan maksud pembelajaran sains
3. Menganalisis keperluan kurikulum sains sekolah rendah yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia
4. Mengenalpasti persamaan kandungan kurikulum sains sekolah rendah Malaysia
dengan luar negara
5. Mereka bentuk rancangan pengajaran sains sekolah rendah

PENGENALAN
Sains berkaitan dengan pembinaan pengetahuan yang muncul dari usaha manusia untuk hidup.
Manusia mencari pengetahuan baru sejajar dengan kepentingan dengan kehidupannya.
Anugerah Allah pencipta manusia memberi akal fikiran kepada manusia untuk memikirkan
bahawa kehidupan mereka dibumi ini wajar diteruskan sebaik mungkin. Dengan kewajaran
meneruskan kehidupan tersebut maka tiada jalan lain yang difikirkan oleh manusia adalah
menyediakan segala keperluan yang sesuai dengan kehendak mereka. Fikiran ini di bentuk
berasaskan kepada pemikiran sains.
Pemikiran sains atau usaha membina pengetahuan sains terbina dari dari kaedah iaitu secara
belajar dengan alam dan menerusi pengajaran langsung. Dengan itu kursus ini mengutamakan
pembentukan pengetahuan sains dari sumber pengajaran langsung . Pengajaran langsung
bermaksud pengajaran yang terbina berasaskan pembentukan kurikulum dan menerusi aktiviti
persekolahan formal seperti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah.

16 Kurikulum Sains Sekolah Rendah
ISI KANDUNGAN
Pengajaran dan pembelajaran sains
Kajian alam yang mencetuskan idea kepada manusia membentuk ilmu yang dikenali sains.
Sains bidang mengenai kefahaman tentang hukum dan konsep tertentu yang mempunyai
aturan dan hubung kait tertentu. Dengan ini menjadikan sains adalah satu yang kompleks.
Keadaan ini menimbulkan usaha para guru atau penyelidik pendidikan sains untuk menjadi
pengajaran sains mudah dan menarik dalam penyampaian kefahaman konsep mengenai sains
kepada pelajar. Dengan itu pengajaran sains melibatkan pengajaran guru, pembelajaran pelajar
dan kurikulum sains.
Pengajaran adalah aktiviti penyampaian ilmu yang menjadi tugas para guru. Guru terlatih
mempunyai kemahiran professional yang berupaya mengintegrasikan pengetahuan dan
kemahiran sains dengan kaedah pengajaran. Dua perkara penting di sini adalah penguasaan
ilmu sains dan kaedah pengajaran.


Apakah yang dimaksud dengan pengajaran guru?
Apakah yang dimaksud dengan pembelajaran murid?
Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran sains?

Pembelajaran akan memberi makna kepada pelajar sekira dijalankan secara aktif. Dalam hal ini
peranan pelajar hendaklah diaktifkan dalam aktiviti pengajaran dan pemelajaran. Teori
kontruktivisme amat menekan kepada pembinaan pengetahuan menerusi peranan individu
khususnya pelajar dalam membina makna kepada pengetahuan baru secara penglibatan aktif.
Satu prinsip yang kerap diberi penekanan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan
latar,pengalaman tertantu yang perlu dikaitkan dengan pembinaan pengetahuan baru. Mereka
bukan umpama tin kosong yang perlu diisi dengan pengetahuan. Pengalaman bermakna
kepada pelajar memerlukan perancangan yang teliti supaya dapat melibatkan pelajar secara
aktif.

17 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

Apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh melibatkan pelajar secara
aktif? Senaraikan sekurangnya tiga aktiviti tersebut.











Apakah yang dimaksud dengan kurikulum?


Kurikulum Sains Sekolah Rendah


Bagi tujuan perbincangan maka di bawah subtopik ini dipaparkan sebahagian petikan dari
dokumen Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6
yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia pada
tahun 2003. Bahan ini boleh diakses di
http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=190&Itemid=
Namun begitu bermula tahun 2010 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula
dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Anda
hendaklah mendapatkan dokumen ini. Namun sebahagian petikannya dipaparkan kepada anda.




18 Kurikulum Sains Sekolah Rendah




Apakah matlamat kurikulum Sains sekolah rendah?

Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan
teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru,murid
mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian untuk
mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya sains
dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif,
bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam.

Apakah objektif kurikulum sains sekolah rendah?

Kurikulum Sains untuk sekolah rendah membolehkan murid:
1. Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan
pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian.
2. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka
memahami diri sendiri serta alam sekeliling.
3. Menguasai kemahiran berfikir dan strategi berfikir melalui pembelajaran berfikrah.
4. Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif
melalui pendekatan inkuiri penemuan.
5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan
sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan
mengkonsepsikan.

19 Kurikulum Sains Sekolah Rendah
6. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.
7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni .
8. Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi.
9. Menghargai sumbangan dalam sains dan teknologi untuk pembangunan negara dan
kesejahteraan manusia sejagat.
10. Menyedari saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semula jadi
untuk kebeterusan hidup.
11. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia
berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai
kesejahteraan hidup manusia sejagat.

Apakah kemahiran-kemahiran nilai yang ingin diterapkan menerusi kurikulum ini?
Merujuk dokumen kurikulum tersebut, kemahiran yang ingin diterapkan adalah kemahiran
saintifik dan kemahiran berfikir. Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian
masalah. Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir adalah diutamakan dan digunakan dalam
proses inkuiri dan menyelesaikan masalah.
Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti
mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan, projek merupakan aktiviti
yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses
sains dan kemahiran manipulatif.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Proses Sains?

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid mempersoalkan sesuatu
dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran
yang mudah kepada yang kompleks. Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi
seperti yang berikut:



Kemahiran Proses
Sains
Penerangan

20 Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan,pendengaran, sentuhan, rasa atau
bauuntuk mengumpulkan maklumat tentangobjek dan fenomena.
Mengelaskan Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada
kumpulan masing-masing berdasarkan criteria tertentu seperti ciri
atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan cirri atau sifat
sepunya.
Mengukur dan
menggunakan
nombor

Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan
nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan
sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian
lebih jitu.
Membuat
inferens

Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar
atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu
peristiwa atau pemerhatian.
Meramal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan
pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data
yang boleh dipercayai.
Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat
atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf,
rajah atau model.
Menggunakan
perhubungan
ruang dan masa
Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk,
saiz,isi padu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa.
Mentafsirkan
Data
Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau
pola daripada data yang dikumpulkan
Mendefinisikan
secara operasi
Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan
perkara yang dilakukan dan diperhatikan.
Mengawal
pembolehubah

Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah
bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam
sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk
memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak
balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

Membuat
hipotesis

Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara
pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu

21 Kurikulum Sains Sekolah Rendah
perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk
membuktikan kesahihannya.


Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang
membolehkan murid melakukan perkara yang berikut:
a) Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
b) Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
c) Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
d) Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
e) Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.


Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Berfikir ?

Dokumen tersebut menyatakan bahawa berfikir merupakan proses menggerakkan minda
secara sedar untuk mencapahkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sedia ada pada
dirinya bagi membolehkannya memahami dan memberi makna kepada kehidupan
sekelilingnya. Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya
berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai dengan menekankan aktiviti pembelajaran
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancangkan wajar
mampu mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat
mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang
yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum
menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi tinggi,
berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta boleh mengubah suai idea
dan produk yang sedia ada. Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi
peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah melibatkan beberapa
kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat
akhir kepada proses berfikir.


22 Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Kemahiran Berfikir Kritis

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir
Kritis
Mencirikan Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur
sesuatu konsep atau objek.
Membandingkan
dan membezakan
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria
seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau
peristiwa.
Mengumpulkan
dan mengelaskan
Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena
kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria
tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah
berdasarkan ciri atau sifat sepunya.
Membuat urutan Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib
berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti
saiz, masa, bentuk atau bilangan.
Menyusun
mengikut
keutamaan
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib
berdasarkan kepentingan atau kesegeraan
Menganalisis

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada
bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep
atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
Mengesan
kecondongan

Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak
kepada atau menentang sesuatu.
Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi
kebaikan dan keburukan, berdasarkan buktiatau dalil yang
sah.
Membuat
kesimpulan

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang
berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan
sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan






23 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

Apakah perkaitan kemahiran proses sains dengan kemahiran berfikir?
Dalam dokumen tersebut menjelaskan bahawa kemahiran proses sains ialah kemahiran yang
diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara
bersistem. Kemahiran berfikir menggalakkan minda seseorang murid untuk berfikir secara
kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran
berfikir menjamin keupayaan pembelajaran yang lebih berkesan.
Jadual di bawah dipaparkan perkaitan di antara Kemahiran Proses Sains dengan Kemahiran
Berfikir yang boleh dijadikan panduan bertujuan memberi impak kepada pembelajaran.


Kemahiran Proses
Sains

Kemahiran
Berfikir

Memerhatikan Mencirikan
Membandingkan dan membezakan
Menghubungkaitkan

Mengelaskan Mencirikan
Membandingkan dan membezakan
Mengumpulkan dan mengelaskan

Mengukur dan
menggunakan
nombor

Menghubungkaitkan
Membandingkan dan membezakan

Membuat inferens Menghubungkaitkan
Kemahiran
Proses Sains
Kemahiran
Berfikir
Pembelajaran
Berkesan

24 Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Membandingkan dan membezakan
Menganalisis
Membuat inferens

Meramalkan Menghubungkaitkan
Membuat gambaran mental

Menggunakan
perhubungan ruang
dan masa

Membuat urutan
Menyusun mengikut keutamaan

Mentafsirkan data



Membandingkan dan membezakan
Menganalisis
Mengesan kecondongan
Membuat kesimpulan
Mengitlakkan
Menilai

Mendefinisi secara
operasi

Menghubungkaitkan
Menganalogikan
Membuat gambaran mental
Menganalisis

Mengawal
pembolehubah

Mencirikan
Membandingkan dan membezakan
Menghubungkaitkan
Menganalisis
Membuat hipotesis Mencirikan
Menghubungkaitkan
Membandingkan dan membezakan
Menjanakan idea
Membuat hipotesis
Meramalkan
Mensintesiskan

Mengeksperimen Semua kemahiran berfikir


Berkomunikasi
Semua kemahiran berfikir







25 Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang melibatkan
kemahiran-kemahiran tersebut?

Dokumen tersebut turut memberi gambaran bagaimana pelaksanaan kemahiran tersebut dalam
pengajaran dan pembelajaran. Guru akan meneliti kepada hasil pembelajaran sesuatu topik
dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian. Petikan berikut akan menjadi panduan.

Pengajaran dan Pembelajaran yang berteraskan
Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik

Merujuk dokumen kurikulum tersebut telah menjelaskan bahawa kurikulum sains ini
menekankan pembelajaran berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam
kurikulum ini, hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara mengintegrasikan
pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan
kemahiran saintifik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan
penguasaan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping penerapan
nilai murnidan sikap saintifik. Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran yang memberteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran
saintifik serta penerangannya.




Contoh 1:

Hasil Pembelajaran Kemahiran Berfikir
Membandingkan dan membezakan
haiwan berdasarkan cirri
Membandingkan dan membezakan

Penerangan: Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan tentang
kepelbagaian, persamaan dan perbezaan ciri haiwan dipelajari melalui aktiviti membandingkan
dan membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan membezakan adalah sama
penting dengan pengetahuan tentang ciri haiwan.


26 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

Contoh 2:

Hasil Pembelajaran Kemahiran Proses
Sains
Mengawal pemboleh ubah untuk
mengkaji faktor yang menyebabkan
pengaratan.

Mengawal pemboleh ubah


Penerangan: Sebelum hasil pembelajaran ini, murid telah membuat membuat pemerhatian,
membuat inferens, membuat hipotesis dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan
pengaratan. Untuk
mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan ini, murid perlu berpandukan hipotesis yang
telah dibuat, menentukan apakah pemboleh ubah yang terlibat, pemboleh ubah mana yang
perlu dimanipulasikan dan pemboleh ubah mana yang perlu diukur. Contohnya pemboleh ubah
yang perlu dimanipulasikan adalah kehadiran air manakala pemboleh ubah bergerak balas
adalah karat yang diperhatikan.

Kandungan kurikulum sains sekolah rendah

Anda diminta menyemak dokumen tersebut. Modul ini perlu dibaca bersama dengan kurikulum
sains sekolah rendah yang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah. Kandungan pengetahuan
mata pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun 4, 5 dan 6 dalam lima tema seperti berikut:

Menyiasat Alam Kehidupan
Menyiasat Alam Fizikal
Menyiasat Alam Bahan
Menyiasat Bumi dan Alam Semesta
Menyiasat Dunia Teknologi


Bandingkan dengan kurikulum sains sekolah rendah luar negara

Anda wajar membuat perbandingan kurikulum negara kita dengan luar negara. Saya percaya
boleh melakunya dengan menggunakan Internet. Namun sebagai contoh bandingkan dengan
mencari persamaan kurikulum dari UK yang boleh diakses di laman:

27 Kurikulum Sains Sekolah Rendah
http://www.cie.org.uk/docs/qualifications/cipp/primarycheckpoint/Primary%20Science%20Curric
ulum%20Framework.pdf. Sebahagiannya dipetik sebagaimana di bawah:









28 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

Contoh kedua kuriklum sains sekolah rendah adalah boleh dirujuk di
http://www.ncca.ie/uploadedfiles/curriculum/intro_eng.pdf Sebahagian petikannya dipaparkan di
bawah:



Sediakan satu rancangan pengajaran sains sekolah rendah.

Lihat contoh di bawah sebagai panduan penghasilan RPH.

Mata Pelajaran : Sains
Tingkatan : 6H

29 Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Bilangan Murid : 40/40 orang
Tarikh : 14 September 2011
Masa : 7.45 8.45 Pagi (60 minit)
Tajuk : Pelangi
Isi Kandungan : i) Fenomena Sains
Pembentukan Pelangi
Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mengetahui secara umum tentang fenomena pelangi
Objektif : Mengajar berkenaan fenomena pembentukan pelangi
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar diharap dapat:
1) Menyatakkan kombinasi spektrum cahaya
2) Menyatakan proses pembentukan pelangi
3) Menentukan posisi yang tepat untuk mengamati pelangi


Kaedah : Menerang, mencatat, perbincangan dan nyayian
Nilai : Mencintai alam sejagat, bertanggungjawab, kagum ciptaan tuhan
ABM : Buku rujukan, laptop, LCD, bahan internet, kertas mahjong, pen marker


L
A
N
G
K
A
H
/

M
A
S
A


I
S
I

K
A
N
D
U
N
G
A
N


AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

C
A
T
A
T
A
N


SET INDUKSI
(5 minit)
Guru menayangkan video selama 5
minit.
Pelajar melihat tayangan video yang
dipaparkan oleh guru.
Guru menyoal pelajar berkenaan
dengan video yang ditayangkan
ABM:
Video
http://youtu.be/rZ
sdQy2PrpA

Laptop

30 Kurikulum Sains Sekolah Rendah
iaitu:
Soalan
- Apakah yang anda faham
berkenaan dengan fenomena yang
ditayangkan sebentar tadi?

Pelajar menjawab berdasarkan
pengetahuan masing-masing.

Guru mengaitkan jawapan pelajar
dengan pengajaran pada hari ini.

Kemahiran proses
sains
Memerhati

Kemahiran Berfikir

Mencirikan
Membandingkan dan
membezakan
Menghubungkaitkan

LANGKAH 1
(5 minit)
Pengenalan
spektrum
Cahaya
Guru menayangkan slide spektrum
cahaya.
Guru menerangkan kepada pelajar
spektrum cahaya terdiri daripada 7
warna iaitu merah,jingga, kuning,
hijau, biru, nila dan ungu

Pelajar mendengar penerangan
guru.
ABM:
Tayangan slide
http://en.wikipedia
.org/wiki/Rainbow


Kemahiran:
Memahami

Kaedah:
Menerang

LANGKAH 2
(35 minit)
Proses
pembentuka
n pelangi
Guru membawa murid-murid ke
padang sekolah untuk membuat
simulasi pembentukan pelangi.
Murid dibahagi kepada 4 kumpulan
dan diberi senarai arahan aktiviti
untuk memancutkan air mengikut
posisi yang diminta oleh guru.
Kumpulan A
-matahari berada di sisi kiri,
murid pancut air di
bahagian tengah.
Kumpulan B
-matahari berada di sisi
kanan,
murid pancut air di bahagian
ABM:
Kertas arahan
aktiviti
Water hose

Kaedah:
Menerang
Perbincangan

Kemahiran:
Konstruktivism
Memahami

31 Kurikulum Sains Sekolah Rendah
tengah.
Kumpulan C
-matahari berada di
belakang,
murid pancut air ke
hadapan.
Kumpulan D
-matahari berada di depan,
murid pancut air
menghadap cahaya
matahari.
Murid diminta untuk memerhatikan
dan mencatat kejadian yang berlaku
semasa dan selepas pancutan air.

Murid berbincang dalam kumpulan
berkenaan topik yang ditugaskan.
Guru mengarahkan wakil dari setiap
kumpulan untuk membentangkan
hasil kerja kumpulan masing-masing.
Wakil pelajar tampil ke hadapan
untuk membentangkan hasil
perbincangan kumpulan masing-
masing.
Mencatat
Mengumpul
maklumat
Kerjasama antara
ahli
Membuat inferen
Pembentangan
LANGKAH 3
(10 minit)
Posisi
pengamatan
terbaik
pelangi

Guru membawa murid balik ke
kelas dan menayangkan slide yang
menunjukkan proses pembentukan
pelangi untuk aktiviti pengukuhan.

Wakil murid diminta untuk
menerangkan hasil dapatan
daripada pemerhatian aktiviti
kumpulan berdasarkan
pemahaman daripada slide yang
telah ditayangkan

ABM:
Laptop

Kaedah:
Memerhati
Soal jawab
Kemahiran:
Mengumpul
maklumat

32 Kurikulum Sains Sekolah Rendah
PENUTUP
(5minit)
Rumusan dan
penerapan
nilai

Guru merumuskan topik pelajaran
mengulang semula topik yang telah
dipelajari hari ini secara ringkas.
Murid diminta menyanyikan lagu
Pelangi bersama-sama, untuk
menerapkan nilai bersama bahawa
kagum dengan ciptaan tuhan.
http://youtu.be/D--bdPhOJlg



ABM:
Laptop
Internet

Kaedah:
Nyanyian
RPH ini diubahsuai dari kerja kursus pelajar KRN 1013, Ee dan Pang .

Refleksi:



PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah yang dimaksud kurikulum ?
2. Huraikan maksud pembelajaran sains
3. Jelaskan kemahiran yang diperlukan dalam pembelajaran kurikulum sains
sekolah rendah
4. Dengan bantuan internet, beri ulasan anda mengenai persamaan dan perbezaan
kurikulum sains sekolah rendah Malaysia dengan kurikulum sains mana-mana
negara lain.
5. Sediakan rancangan pengajaran sains bagi satu topik untuk tempoh 40 minit.


33 Kurikulum Sains Sekolah Rendah

Anda mungkin juga menyukai