Anda di halaman 1dari 41

PISMP SEM 6

SCE3112
Pengurusan Makmal dan Sumber
Sains
Kandungan Kursus
Bil Topik
1 Pengurusan Makmal Sains
2 Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia
3 Peraturan dan Keselamatan Makmal
4 Teknik Asas Makmal I - II
5 Pengawetan Spesimen Biologi I-II
6 Sumber P&P Sains I -IV
7 Penyediaan dan pengubahsuaian sumber terpilih

1 Pengurusan Makmal Sains
Struktur organisasi AJK pengurusan Makmal
Sains
Peranan dan tanggungjawab kakitangan
makmal sains
Belanjawan, pesanan dan pembayaran
Penyimpanan stok
Prosedur pelupusan
Perancangan dan rekabentuk makmal sains
Makmal Sains dan Bilik Sains
Makmal bilik khas untuk p&p sains Peringkat
sek. Men, maktab dan univ.
Mpy bilik persediaan dan stor.

Bilik sains- bilik mudah alih utk akt sains sek
ren.
Bilik sains bergerak troli, peralatan dan
bahan sains.
Struktur dan Ornganisasi

Guru Besar
PK Petang PK Ko Kum PK HEM PK Akademik
Ketua Bidang
Sains
Guru Sains
Kakitangan
Makmal
Peranan dan Tanggungjawab
Setiap jawatan mpy tugasnya sendiri
Rujuk m/s 40 50 PKMSS
Pembantu Makmal mpy tugas harian dan
tugas cuti sek



Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan
Matematik


a. Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem
bekalan elektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-
ciri keselamatan.
b. Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan
bersih dan selamat digunakan.
c. Merancang dan menyediakan :
i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan
ii. Peraturan keselamatan
iii. Latihan kecemasan dan kebakaran
iv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan
v. Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh
penggunaannya
d. Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains
mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.
e. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan
makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi.
Tugas dan tanggungjawab Ketua
Bidang Sains dan Matematik
f. Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-kurangnya
enam bulan sekali.
g. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan
mengikut peraturan yang ditetapkan.
h. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan
pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.
i. Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains mengikut
Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa.
j. Menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan yang baru
diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya.
k. Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali Sains
(PEKA Sains).
l. Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.
m. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf
yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.
n. Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal sains dijalankan mengikut
jadual yang ditetapkan.
o. Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya menepati
ciri-ciri keselamatan.
p. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.


Tugas dan Tanggungjawab Ketua
Panitia Sains
4.2.1
Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains
adalah seperti berikut :

a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan
peralatan dan bahan sains.
b. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari
segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.
c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk
tujuan hapus kira dan pelupusan.
d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan
manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.

Tugas dan Tanggungjawab Ketua
Panitia Sains
e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan
bilik sains seperti berikut :
i. Pesanan peralatan dan bahan sains

ii. Stok makmal sains

iii. Pinjaman atau pemindahan peralatan
dan bahan sains
v. Kerosakan dan kehilangan

v. Penyelenggaraan dan pemeriksaan

vi. Kemalangan

Tugas dan Tanggungjawab Ketua
Panitia Sains
Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen
dengan sempurna.
g. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains,
sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan
kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri
keselamatan.
h. Memastikan peraturan keselamatan makmal
dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua
pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains.
i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja
kakitangan makmal dan bilik sains.
Tugas dan Tanggungjawab Ketua
Panitia Sains
j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa
bersih, ceria dan selamat.
k. Memberi bimbingan profesional kepada guru-
guru dalam panitianya dan kakitangan makmal dan bilik
sains.
l. Membantu merancang anggaran perbelanjaan
tahunan bagi panitianya.
m. Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan
makmal dan bilik sains.
n. Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan
bilik sains.
o. Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains
serta peralatan dan bahan sains di bawah jagaannya.

Tugas dan Tanggungjawab Ketua
Panitia Sains
p. Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik
sains.
q. Merancang dan melaksanakan program perkembangan
staf untuk guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains
berkaitan dengan :

i. Pengurusan makmal dan
bilik sains

ii. Pengendalian dan
penyelenggaraan peralatan



Tugas dan Tanggungjawab Ketua
Panitia Sains
Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik,
radioaktif dan bahan berbahaya yang lain
r. Membantu merancang dan melaksanakan
arahan dan peraturan yang berkaitan dengan makmal
dan bilik sains.
s. Membantu merancang dan melaksanakan
penyemakan stok tahunan.
t. Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.
u. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh
Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

4.3 Guru Sains

a. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan
bilik sains.
b. Melaksanakan PEKA Sains.
c. Memastikan murid mematuhi dan
mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan bilik
sains.
d. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa
bersih, ceria dan selamat.
e. Mengenal pasti keperluan peralatan dan
bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali
serta mengisi borang atau buku pesanan untuk
tindakan kakitangan makmal dan bilik sains.

4.3 Guru Sains
f. Mengawasi penggunaan peralatan dan
bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat,
jimat dan mematuhi langkah keselamatan.
g. Membantu Ketua Bidang Sains dan
Matematik atau Ketua Panitia merekod, menyemak
dan mengemas kini stok.
h. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai
dan bahan sains.
i. Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke
semasa.

Pembantu Makmal

4.4.3.1 Tugas Harian

a. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains
sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila
sesi pembelajaran makmal berakhir.
b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam
keadaan bersih.
c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.
d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru
sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.
e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja
amali dijalankan.
f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan
untuk kerja amali.
g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan
peralatan dan bahan sains.
Pembantu Makmal
h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku
sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.
i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan
sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai
kerja amali.
j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip
gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.
k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal
sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu
murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.
Pembantu Makmal
m. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang
terakhir pada setiap hari :

i. Membersih bekas dan sisa
bahan sains yang telah digunakan

ii. Menutup bekalan gas, air dan elektrik


iii. Menutup tingkap, mengunci pintu bilik
persediaan dan pintu makmal sains

iv. Menyimpan kunci bilik makmal sains
mengikut arahan pengetua

n. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang
kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua
Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.


Pembantu Makmal
o. Membantu mengendalikan sistem
maklumat makmal sains seperti
mengemaskini stok dan sebagainya.
p. Mencuci peralatan sains yang kotor.
q. Membantu membuat pesanan untuk
pembelian dan menerima bahan-bahan serta
radas daripada pihak pembekal.
r. Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

Belanjawan, pesanan & pembayaran
Surat Pekeliling Kew. Bil. 5 Tahun 2002
Pemberian Bantuan Per Kapitan (PCG) utk Sek
PCG mata pelajaran teras membeli peralatan
dan bahan sains
Rujuk m/s 51-57 PKMSS
Bangaimana peralatan diperoleh ?
Pembekalan Pusat
Pembelian
i. Kontrak pusat
ii. Pembelian Terus
Terdapat radas dan bahan yang berbahaya
dan berharga yang perlu disimpan dengan
selamat di dalam almari atau kabinet yang
terkunci
http://makmal.9f.com/tugasktgn.html

SUMBER KEWANGAN

Kementerian Pelajaran Malaysia
memperuntukkan wang kepada semua
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bagi
mata-mata pelajaran Sains Teras dan Elektif
(Kimia, Fizik, Biologi, Sains Tambahan),
sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat
Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002
Pemberian Bantuan Per Kapita (PCG) Untuk
Sekolah, KP. 1573/17/Jld. 14 (4) bertarikh 16
Oktober 2002.
Pemberian Bantuan Per Kapita
(Per Capita Grant, PCG)
Pemberian PCG adalah merupakan bantuan
kewangan di bawah peruntukan belanja
mengurus Kementerian Pelajaran kepada
setiap murid sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan (KPM, 2005).
Pemberian PCG merangkumi PCG prasekolah,
PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata
pelajaran
Pemberian Bantuan Per Kapita
(Per Capita Grant, PCG)
Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002
menyatakan bahawa tuntutan atau pemberian
PCG ditetapkan sekali setahun berasaskan
bilangan murid pada 1 Oktober tahun
sebelumnya
borang tuntutan hendaklah diserahkan oleh
pihak sekolah kepada PTJ masing-masing
selewat-lewatnya pada 30 November tahun
sebelumnya.

Kadar Bantuan PCG Bagi Sekolah
Sumber kewangan bagi belanja mengurus bilik
sains dan makmal sains boleh diperolehi
daripada PCG bagi Mata pelajaran Teras (MP
Teras).
PCG ini hendaklah digunakan untuk membeli
peralatan dan bahan sains bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 5.1: Kadar Bantuan PCG Mata pelajaran Teras (MP Teras)
Bagi Sekolah Rendah Harian/ Sekolah Rendah Sukan Mengikut
Surat Pekeliling Kewangan Bil 5, 2006, bertarikh 31 Julai 2006.





JENIS
BANTUAN
KADAR PCG SETAHUN
PCG MP
TERAS

101- 150 murid 151 - 500 murid 501 1000
murid
1001 murid dan
ke atas
RM 2,100 +
RM16.00 seorang
murid melebihi
100 orang
RM 2,900 +
RM8.00 seorang
murid melebihi
150 orang
RM5,700 +
RM10.00
seorang murid
melebihi 500
orang
RM 10, 700 +
RM9.00 seorang
murid melebihi
1000 orang

Contoh 1: Pengiraan Tuntutan PCG Sains Bagi
Sekolah Rendah Harian Biasa/ Sekolah Rendah
Sukan.
SK Taman Rasah Jaya mempunyai bilangan murid
seramai 700 orang. Tuntutan PCG bagi Mata
Pelajaran Teras adalah seperti berikut: Asas
Pengiraan PCG
Jumlah PCG MP Teras
500 murid pertama = RM5,700.00
200 murid berikutnya x RM10.00 = M2,000.00
RM7,700.00 Jumlah Tuntutan PCG Sains =
40% x [60% x RM 7,700.00] = RM 1,848.00





Perbelanjaan Yang Dibenarkan
Menggunakan Bantuan PCG
a. Membeli peralatan dan bahan Sains untuk
penilaian amali.
b. Mengganti peralatan dan bahan Sains yang
rosak, pecah atau hilang.
c. Menambah bilangan peralatan dan bahan
Sains.
d. Membeli peralatan baru termasuk bahan
bantu mengajar.



e. Memperbaiki dan menyelenggara
peralatan.
Selain itu, PCG juga boleh digunakan untuk
perbelanjaan berikut:
a. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis
guna (termasuk kertas Braille) bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran.
b. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia,
perisian, video tape dan lain-lain yang
bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.



c. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti
taman sains, taman herba dan lain-lain yang
boleh memberi pengukuhan kepada program
pengajaran dan pembelajaran.
d. Program berunsurkan pendidikan yang boleh
memberikan pengukuhan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa
cuti persekolahan atau hari persekolahan.
e. Perolehan harta modal (Sila Rujuk Bab 6).
PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN
PEMBELIAN

Had Nilai Pembelian


Cara
Perolehan


Pembekal

i. Sehingga
RM10,000.00 setahun
bagi setiap jenis item.

Pembelian
Terus

Mana-mana pembekal/syarikat sama ada berdaftar
atau tidak berdaftar.

ii. Melebihi
RM10,000.00 hingga
RM50,000.00 setahun
setiap jenis Item
Pembelian
Terus

Pembekal/syarikat bumiputra di dalam daerah
berkenaan yang berdaftar dengan Kementerian
Kewangan dalam bidang yang berkaitan. Sekiranya
kekurangan pembekal/syarikat bumiputra yang
berdaftar di kawasan setempat. Pegawai Pengawal/
Ketua PTJ diberi kuasa menguruskan pembelian
daripada mana pembekal/syarikat bumiputra di
daerah berdekatan yang diketahui sentiasa
menawarkan harga yang berpatutan.


Pembelian Terus Had perolehan mengikut Perkeliling Perbendaharaan.
iii. Melebihi RM50,000.00
hingga RM100,000.00
setahun bagi setiap jenis
item
Sebut Harga

Lima (5) syarikat/pembekal
bertaraf bumiputra yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan.


iv. Melebihi RM100,000.00
hingga RM500,000.00
setahun bagi setiap jenis
item.
Sebut Harga Lima (5) Syarikat yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan
dalam kod bidang yang berkaitan.
Terbuka kepada syarikat bertaraf
Bumiputera dan Bukan
Bumiputera.

Carta Alir Pembelian Bahan/
Peralatan Makmal Sains
Bab 6 ms 65 Buku Pengurusan Makmal Sains
BAB 7 PENYELENGGARAAN STOK
Penyediaan daftar stok peralatan dan bahan
sains perlu mempunyai butiran yang lengkap
dan sistematik bagi tujuan:
memudahkan penyemakan.
menyelaras cara merekod.
mengesan dan mengawal pergerakan.
memudahkan perancangan perolehan.
mengemaskinikan rekod peralatan yang
pecah, rosak atau hilang.

semua peralatan dan bahan sains yang diterima atau
dikeluarkan hendaklah didaftar dan direkodkan
berdasarkan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
seperti yang terkandung dalam Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dengan
menggunakan borang yang berikut:
Daftar Harta Modal (KEW.PA-2)
Daftar Inventori (KEW.PA-3)
Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4)
Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5)
Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori
(KEW.PA-6)
Senarai Aset (KEW.PA-7)

Pelabelan Aset

Semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabel,
mengecat, emboss bagi menunjukkan tanda Hak Kerajaan Malaysia
(HKM) dan nama Kementerian/ Jabatan berkenaan di tempat yang
mudah dilihat dan sesuai pada aset berkenaan.
Setiap aset hendaklah ditanda dengan nombor siri pendaftaran.
i. Kod Kementerian Berasaskan sistem fail yang
dikeluarkan oleh Unit Permodenan
Tadbiran dan Perancangan (MAMPU)

ii. Kod Jabatan/Bahagian
iii. Kod Kumpulan Aset sama ada:
Harta Modal
(H)
(I)
iv. Tahun Pembelian
v. Nombor Siri Diwujudkan secara berturutan
Harta Modal : KPM/SMKT A153/H/09/01
Inventori : KPM/SMKT A153/I/09/01-12
Harta Modal : KPM/SMKT A153/H/09/01
Inventori : KPM/SMKT A153/I/09/01-12
Petunjuk:
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysi
SMKT - SMK Tambun
A153 - A = Negeri Perak, 153 = Kod Sekolah Harian
H - Harta Modal
I - nventori
09 - Tahun Pembelian
01 - Nombor Siri
01-12 - Nombor Siri 1 hingga 12

Anda mungkin juga menyukai