Anda di halaman 1dari 29

PROGRAM BESTARI CELIK

TEKNOLOGI
( Pro-BESTEK )
SM TEKNIK TAWAU
1999 2006

Ke Arah Sekolah Teknik Bestari

KANDUNGAN
PROGRAM BESTARI CELIK TEKNOLOGI (ICT)

MATLAMAT PRO-BESTEK

INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI SMTT

PERISIAN

10

PERALATAN ASAS YANG SEDIA ADA

11

MAKMAL KOMPUTER

12

PENYELENGGARAAN & PENAMBAHBAIKAN

13

MODUS OPERANDUS PRO-BESTEK

13

STATUS PELAKSANAAN PRO-BESTEK (1992 2002)

15

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

22

PERKEMBANGAN STAF BERTERUSAN DALAM ICT

24

PERMUAFAKATAN DALAM MENJAYAKAN PRO-BESTEK

26

RANCANGAN PRO-BESTEK UNTUK TAHUN 2003 2006

27

KESIMPULAN

29

PROGRAM BESTARI CELIK TEKNOLOGI (ICT) SM TEKNIK TAWAU

Pendahuluan

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah asas kepada kehidupan masyarakat
abad ke-21. Dunia kini telah beralih dari era pertanian ke era perindustrian hingga ke era
teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam Pelan Induk Kementerian Pendidikan
Malaysia semua sekolah di Malaysia akan menjadi sekolah bestari menjelang 2010.
Justeru itu, SM Teknik Tawau telah mengambil inisiatif kendiri untuk menjadikan
masyarakat sekolah celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan tujuan
mencapai matlamat Wawasan 2020. Satu pelan tindakan teras yang dipanggil Program
Bestari Celik Teknologi SM Teknik Tawau (seterusnya dipanggil Pro-BESTEK) telah
dirancangkan dan mula diusahakan dari pengurusan sekolah pada 1999 berasaskan
konsep Sekolah Bestari, salah satu daripada tujuh agenda utama menjelang tahun 2020
selari dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC).
konsep sekolah bestari atau smart school,

Dengan pengenalan

Pro-BESTEK bertujuan untuk

mempertingkatkan pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran supaya dapat


merangsangkan proses pemikiran, memupuk nilai-nilai murni pelajar dan juga
mempertingkatkan kefasihan bahasa di kalangan pelajar dengan menggunakan teknologi
multimedia sebagai alat yang utama. Oleh demikian, Bahan Pengajaran-Pembelajaran,
Sistem Penilaian, Sistem Pengurusan Sekolah, Infrastruktur Teknologi, Sistem
Integrasi dan Perkhidmatan Sokongan memainkan peranan yang penting dalam ProBESTEK. Untuk menjayakan program tersebut, infrastruktur teknologi dan peruntukan
yang mencukupi amat diperlukan. Justeru itu, Pro-BESTEK hanya dapat dilaksanakan
mengikut peringkat berdasarkan kemampuan sekolah.

MATLAMAT PRO-BESTEK

Pro-BESTEK bertujuan untuk melengkapkan warga SMTT dengan kemahiran ICT


supaya warganya boleh

memperoleh dan menilai maklumat;

menguruskan dan mengekalkan maklumat;

menginterpretasikan dan berkomunikasi dengan maklumat yang ada ;

menggunakan komputer untuk mengakses, memproses maklumat dan

menyampaikan maklumat dengan kreatif, inovatif, bermakna dan berkesan .

Selaras dengan objektif yang tersebut, Pro-BESTEK juga menerap dan menggunakan
teknologi dalam aspek-aspek yang berikut:

pengurusan sekolah

pengurusan kewangan

perkembangan sumber manusia

pengurusan pengajaran dan pembelajaran di semua bidang kurikulum

pengurusan ko-kurikulum

Hasrat SMTT menjadi sebuah sekolah teknik bestari telah memberi minat dan motivasi
untuk Unit ICT melaksanakan Pro-BESTEK mengikut peringkat seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.

(1999 2006)
Konsep (Sekolah Bestari )

1999

Perancangan Pro-BESTEK
Komponen-komponen ICT
Persediaan Infrustruktur Teknologi

Persediaan dan Perkembangan Staf dalam


ICT
Pelaksanaan Pro-BESTEK peringkat
demi peringkat

Okt.1999
Siaran Digital
dimulakan

Penyelengaraan dan penambahbaikan


berterusan

Berterusan

Penilaian dan dokumentasi berterusan

Berterusan

Rajah 1: PERINGKAT-PERINGKAT PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN


Pro-BESTEK

Pihak sekolah sedang mengambil inisiatif, kreativiti dan komitmen untuk mencapai
matlamat Pro-BESTEK. Setakat ini, pihak sekolah telah menentukan kaedah tersendiri
untuk mencapai matlamat program tersebut mengikut tahap kemampuan sekolah dari segi
kemudahan.

INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI SMTT

Infrastruktur yang telah diwujudkan di SMTT merangkumi satu intranet yang terdiri
dari tiga (3) rangkaian setempat seperti di Rajah 2, 3, 4, dan 5, iaitu

rangkaian setempat di pejabat ICT

rangkaian setempat Pusat Sumber Sekolah dan

rangkaian setempat bilik-bilik pentadbiran

HUB INDUK
ICT

HUB
PENTABIRAN

HUB PSS

RAJAH 2: TOPOLOGI INTRANET


6

Pelayan (Server)

Siaran Digital
HUB ICT

PC

PC

PC

PC

PC

PC

PC

PC

PC

PC

PC

PC

PC

PC

RAJAH 3: TOPOLOGI RANGKAIAN DI PEJABAT ICT

HUB ICT

HUB PSS

PSS 1

PSS 5

PSS 2

PSS 6

PSS 3

PSS 7

PSS 4

PSS 8

RAJAH 4: Topologi Rangkaian Pusat Sumber (PSS)

HUB ICT
HUB PENTADBIRAN

Setiausaha
Peperiksaan

BILIK GURU
KANAN

BILIK GURU

BILIK GURU

BILIK GURU

BILIK GURU

BILIK GURU

BILIK GURU

PEJABAT
HEP

PEJABAT AM

P.K.
PENTADBIRAN

PENGETUA

RAJAH 5: TOPOLOGI RANGKAIAN PENTADBIRAN

Rangkaian ini dikelolakan dengan mudah dan murah kerana ianya menggunakan
kemudahan yang sedia ada iaitu Perisian Sistem Operasi dalam Windows 98 dan
Windows XP. Cara ini adalah kos efektif kerana ia tidak perlu pengisian khas.
Rangkaian ini dapat dirangkaikan dengan topologi bintang (star topology) dan
sebarang penambahan terminal dapat dilakukan dengan mudah sementara sebarang
kerosakan dapat dikesan dan dibaikpulih dengan mudah.

Dalam jangka masa panjang, matlamat Pro-BESTEK ialah perkongsian sumbersumber yang telah dirangkaikan di seluruh kawasan sekolah seperti bengkelbengkel dan asrama. Rangkaian komputer ke tempat-tempat tersebut akan direka
dan dirangkaikan dengan teknologi tanpa wire (Wireless networking) memandangkan
penggunaan kabel berjenis UTP tidak lagi sesuai. Perkongsian perisian seperti
internet, e-mel, pangkalan data dan folder fail dapat digunakan dengan sempurna
dan pengurusan sumber dapat dioptimumkan.

PERISIAN

Perolehan perisian aplikasi dipilih secara professional untuk menyokong keperluan


kurikulum dan pengurusan serta pentadbiran sekolah. Perisian-periasan yang sedang
digunakan di sekolah adalah seperti berikut:

Microsoft Office untuk kegunaan pentadbiran & persembahan

Microsoft Internet Explorer untuk akses internet

Outlook Express sebagai program mel elektronik

Microsoft Access untuk pengurusan pangkalan data sekolah teknik bestari

Microsoft Frontpage sebagai alat penggubalan tapak Web dan

Macromedia Authorware sebagai alat pengarangan perisian multimedia

10

PERALATAN ASAS YANG SEDIA ADA

Jenis

Tempat

Peralatan

Bilangan

Status
Network

Komputer

Bk. Pengetua

Ya

Komputer

Pengetua

Ya

Komputer

Pen. Pentadbiran

Ya

Komputer

Pejabat Am

Ya (1)

Komputer

Pejabat Kewangam

Komputer

Bilik Guru

Ya (6)

Komputer

Bilik Ketua Bidang

Ya

Komputer

S.U. Peperiksaan

Ya

Komputer

HEM

Ya

Komputer

Ko-kurikulum

Komputer

Guru Kanan Disiplin

Komputer

Pejabat Asrama

Komputer

Ketua warden

Komputer

Siaran Digital

Ya

Komputer

PSS

Ya (6)

Komputer

ICT

60

Ya (20)

Komputer

EMIS

Komputer

KOPERASI

BB / AUTO

RF

ABM/ELK

ENK / KFL

AKK

Komputer

Koperasi

Komputer

Mak. PKJ (T)

Komputer

Luk. Geo (VoK)

Komputer

SPBT

Komputer

Setor sekolah

Komputer
(Bengkel)

11

Catatan

15 sewa

Jenis

Tempat

Peralatan

Bilangan

Komputer

SMART CARD

Komputer

Mak. Kimia

Komputer

Penyelaras SKM

komputer

Grorich 1

ICT

Grorich 1

CD-RW

ICT

Pengimbas

ICT

Multimedia
Projektor
Multimedia
Projektor

Status
Network

Catatan

MAKMAL KOMPUTER

SMTT telah dilengkapkan dengan 1 buah Makmal Komputer untuk kegunaan bidang
kejuruteraan (Program AUTOCAD) dan Kursus Pengurusan Perniagaan (bagi mata
pelajaran Asas Pemprosesan Maklumat). Selain daripada itu, program Celik
Komputer yang telah dimulakan semenjak bulan Julai 1999 telah dipakejkan di mana
pelajar

didedahkan

perisian

pemprosesan

perkataan dengan percuma sehingga hujung


tahun 2001. Pada tahun 2002 satu pakej
terbuka

yang

pemprosesan

mengandungi

perkataan

dan

perisian

persembahan

maklumat dijalankan. Para pelajar telah berjaya


mengikuti pakej dan telah dianugerahakn sijil
penyertaan oleh Unit ICT SMTT. Oleh itu, makmal komputer telah digunakan
secara optimum.

Untuk mejaga kebersihan, keselesaaan dan keceriaan makmal,

seorang staf sokongan ditugaskan di makmal komputer pada masa persekolahan. Dengan
itu, kemudahan ICT digunakan dengan baik dan teratur oleh guru dan pelajar.

12

PENYELENGGARAAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Senarai inventori dan harta modal yang lengkap telah disediakan untuk
mendokumentasikan semua perkakasan dan periferal di SMTT. Tanggungjawab ini
termasuk sistem sokongan untuk membaiki, menyelenggara dan membekal
perkhidmatan ICT adalah terletak pada Jawatan kuasa Unit ICT sekolah. Guru-guru
dan staf sokongan yang telah menghadiri Kursus Penyelenggaraan Komputer yang
dianjurkan oleh Jabatan

Pendidikan

Teknikal dipertanggungjawabkan untuk

membaikpulih komputer.

Reviu untuk tujuan penambahbaikan, sistem ICT di sekolah telah dilaksanakan secara
berterusan oleh JK Unit ICT dan sejauh mana yang boleh, perkakasan dapat diganti
sebelum ia menjadi usang. Pro-BESTEK dinilai dan dimantau oleh JK Unit ICT secara
berterusan dengan tujuan menambahbaikan program ICT ke arah sekolah teknik bestari.

MODUS OPERANDUS Pro-BESTEK

Untuk menjayakan Pro-BESTEK yang bermutu tinggi perlulah kerjasama berpasukan


yang mahir dalam ICT. Oleh itu, Jawatan kuasa Unit ICT dengan visi Warga SMTT
ICT LITERATE dan misi BERSAMA KITA BERKONGSI telah ditubuhkan yang
terdiri daripada guru-guru yang beropsyen dalam ICT atau guru-guru dan staf sokongan
yang telah menghadiri latihan dalaman atau kursus yang dianjurkan oleh Jabatan
Pendidikan Teknikal. Kemahiran ICT asas yang telah dikuasai oleh ahli-ahli Unit ICT
merangkumi:

1. pengoperasian komputer
2. kemahiran pemprosesan data
3. kemudahan e-mel
4. alat pemetaan konsep dan alat brainstorming

13

5. kemahiran mencari maklumat dari Internet


6. alat perekaan multimedia;
7. penggunaan perekaan laman Web dan
8. penyelenggaraan komputer

Setiap ahli diberi tanggungjawab untuk menggerakkan Pro-BESTEK seperti yang


ditunjukkan dalam carta organisasi Unit ICT (Rajah 6).

Penasihat
(Pn. Mary Yap Kain Ching)
Pengerusi
(En. Yee Wai Chiong)
Naib Pengerusi
(En. Mazelan Hassan)
Setiausaha
(En. Herdiansah Abd Karim)

Laman Web & Kiosk


Maklumat
(Cik Lim Siew Khing)

Inventori & Stok


( En. Yee Wai Chiong)

Siaran Digital
(En. Heah Chee Seng)

Penyelenggaraan

Keceriaan
(Pn. Noriah Ab. Ghani)

Multimedia & Grafik


(En. Arif Yulyanto Sunarto,
Tg. Ahzam Tg Idris)

Penyelenggaraan
Perpustakaan
(En. Mohamad Yamalang,
En. Zamri Awa)

Penyelenggaraan ICT
(En. Sairin Mohd.)
(En. Mazelan Hassan)

RAJAH 6 : JAWATANKUASA UNIT ICT


14

Makmal (AutoCAD)
(En. M Ruzi ) &
(En. Irmy Daud)

PSS
(Pn. Anita Abd. Razak)

STATUS PELAKSANAAN Pro-BESTEK (1999-2002)

Perkembangan Terkini Dalam Pengurusan Sekolah

Kegunaan ICT telah diusahakan dalam pengurusan sekolah semenjak 1999. Pengurusan
dan pentadbiran sekolah yang merupakan otak sekolah dikomputerankan dan perisian
pengurusan membantu sekolah berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Kini
komponen ICT yang telah direka di SMTT merangkumi :

1. Siaran Digital (1999)


2. Intranet (2001-2002) merangkumi :
Rangkaian Makmal ICT;
Rangkaian Pusat Sumber (Elektronik Pusat Sumber ) dan
Rangkaian Pentadbiran .
3. Kiosk Maklumat (2001)
4. Laman Web (2002)
5. Bilik Mesyuarat Multimedia (2002)
6. Shareware (2002)
7. Internet (2002)

SIARAN DIGITAL SMTT


Komponen ICT ini diperintiskan pada bulan Oktober 1999
selaras dengan era ICT. Sehubung itu, seorang guru ICT
telah dihantar ke Maktab Perguruan Keningau pada
September 1999 untuk mengkaji kesesuaian pelaksanaanya
di sekolah ini. Impian pengetua telah direalisasikan atas
kerjasama Unit ICT dan seorang guru elektronik dapat mengoptimumkan penggunaan
peralatan yang sedia ada di sekolah. Siaran Digital sejajar dengan perkembangan sekolah
terkini berasaskan usaha SMTT ke arah menjadi sebuah sekolah (teknik) bestari dan ia
ditayangkan setiap hari di depan Pejabat Am sekolah dengan fungsi sebagai satu

15

information board dimana visi dan misi sekolah, aktiviti sekolah, perkembangan dan
kejayaan sekolah terkini, prestasi pencapaian pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum disiarkan secara berterusan kepada warga SMTT, pelawat-pelawat dan
ibubapa. Kemudahan ini sentiasa menarik minat dan perhatian semua pihak kerana
maklumat sekolah disampaikan dalam bentuk multimedia yang menarik dan
menyeronokkan.

Seorang ahli Unit ICT bertanggungjawab

dalam updating

the

schools information dengan gambargambar setiap hari persekolahan. Peristiwa yang


disiarkan oleh Siaran Digital SMTT termasuklah Lawatan Kerja daripada pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia, Lawatan Benchmarking dari sekolah-sekolah lain
dan juga aktiviti-aktiviti sekolah yang telah berlangsung. Ini juga merupakan satu bentuk
dokumentasi elektronik untuk sekolah selaras dengan era maklumat.

INTRANET

Pada awal tahun 2001 satu rangkaian komputer setempat (LAN) telah diwujudkan di
Makmal ICT dengan 16 buah komputer termasuk sebuah pelayan dan Siaran Digital.
Selaras dengan rancangan sekolah untuk menambahkan kemudahan di Makmal ICT serta
meningkatkan sistem pentadbiran sekolah ke arah sekolah bestari, dua (2) lagi LAN
diwujudkan untuk Pusat Sumber Sekolah dan bilik-bilik pentadbiran agar guru-guru
dan staf sokongan boleh menggunakan ICT untuk mempertingkatkan lagi produktiviti,
efisiensi dan komunikasi sekolah serta melicinkan jentera pentadbiran sekolah lagi.
Rangkaian komputer pentadbiran terkini meliputi Bilik Pengetua, Bilik Penolong
Kanan (Pentadbiran), Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Bilik Ketua Pembantu Tadbir,
Pejabat Am, Bilik Ketua-ketua Bidang dan Bilik Setiausaha Peperiksaan. Dengan
rangkaian tersebut Pengetua dapat berkongsi maklumat dan berkomunikasi dengan unitunit yang tersebut dengan mudah dan efektif. Pengetua boleh menghantar mel eletronik
secara individu atau dalam kumpulan dengan mengurangkan penggunaan kertas (a step
closer to paperless administration). Intranet juga boleh bertindak sebagai telefon.
Pengetua dan guru-guru boleh berkomunikasi di antara satu dengan lain dengan menaip
pada skrin komputer dalam perbincangan ikhtisas atau semasa menyelesaikan masalah.

16

Penghasilan Intranet antara ketiga-tiga rangkaian ini telah disusuli dengan pelbagai
latihan dalaman seperti yang berikut:

1Pengerusi Bilik Guru telah diberikan latihan untuk melaksanakan rangkaian


setempat (LAN) dan cara mendapatkan data atau maklumat dari komputerkomputer yang telah dirangkaikan pada hujung tahun 2001. Ini telah
memudahkan guru-guru di Bilik Guru melakukan tugas harian mereka pada
bila-bila masa dengan tidak terikat pada hanya satu komputer yang digunakan
sebelum ini.

2Memberikan kerjasama kepada Pusat Sumber Sekolah dalam on-line self


access. Staf sokongan dan AJK Pusat Sumber Sekolah serta beberapa kelas
pelajar telah diberi pendedahan pada awal tahun 2002.

3Pada awal tahun 2002, AJK Peperiksaan dan Penilaian, Setiausaha


Peperiksaan dan guru-guru tingkatan telah diberi latihan dalaman untuk
memproses markah mata pelajaran dan membuat analisa secara
elektronik dengan mudah dan menghasilkan keputusan ujian serta
peperiksaan bercetak dengan kemudahan mailmerge.

4Semua staf yang bertugas di bilik-bilik yang telah dirangkaikan diberi


pendedahan penggunaan intranet termasuk Pengetua. Latihan pengelolaan
Internet untuk Ketua Pembantu Tadbir dan seorang kerani telah diberi
pada pertengahan tahun 2002.

5Kursus dalaman Intel Teach to the Future


telah dilaksanakan dengan jayanya untuk
seramai 60 orang guru dari September
Oktober 2002.

Pada tahun 2003,

17

konsep

train the trainer akan digunakan di mana guru-guru yang telah didedahkan
dalam program Intel - Teach To The Future akan memberi pendedahan
kepada guru-guru yang belum dilatih. Dengan multiplier effect bilangan
guru yang mahir dalam ICT untuk p & p akan bertambah. Guru yang dapat
pendedahan program Intel tahun ini diharap akan memulakan p & p mereka
dengan mengaplikasikan program tersebut pada tahun 2003.

PUSAT SUMBER ELEKTRONIK DAN INTERNET

Pusat Sumber Sekolah mendapat


wajah baru pada akhir tahun 2001
apabila

dilengkapkan

dengan

komputer dan perisian elektronik


untuk memudahkan peminjaman dan
pemulangan

buku

oleh

pelajar.

Perkhidmatan Internet dipasang di


Pusat Sumber Sekolah

pada tahun

2002 di mana pelajar dan guru dapat


mengakses serta mencari maklumat
dengan mudah
ditentukan oleh AJK Pusat Sumber Sekolah.
pelajar

pada masa yang

Dengan sokongan dari pihak PIBG semua

dikenakan membayar RM10.00 pada tahun 2003 supaya mereka dapat

menggunakan kemudahan Internet di Pusat Sumber Sekolah bila-bila masa waktu pejabat
selepas p & p dengan kawalan dari seorang staf sokongan yang ditugaskan di Pusat
Sumber Sekolah.

18

KIOSK MAKLUMAT SMTT

Salah satu inovasi yang diusahakan oleh Unit ICT


pada pertengahan tahun 2001 adalah Kiosk
Maklumat SMTT.

Komponen ini memperkenal

SMTT kepada para pengkunjung tentang kursus


yang

ditawarkan

dalam

aliran

teknikal,

vokasional dan SKM

dengan menunjukkan

kemudahankemudahan

sekolah,

peristiwa

khas,

kejayaan

keunikan sekolah

panorama,

sekolah

serta

bila SMTT mengadakan

program OUTREACH pada hujung tahun untuk pelajar PMR dari sekolah-sekolah
akademik. Perisian Kiosk Maklumat juga sentiasa ditayangkan untuk parade SMTT
dalam taklimat pentadbir sekolah di Bilik Mesyuarat Grorich (1) pada masa lawatan ke
sekolah dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Teknikal,
Jabatan Pendidikan Sabah dan pihak masyarakat sekitar dan di luar Tawau. Kiosk
Maklumat juga merupakan satu bentuk dokumentasi elektronik di sekolah. Seperti
Siaran Digital SMTT, seorang guru di Unit ICT juga ditugaskan khas untuk sentiasa
mengemaskinikan maklumat sekolah dalam kiosk dan ini boleh diperolehi dalam bentuk
cakera padat (CD) atas permintaan kepada pihak yang berminat.

LAMAN WEB SEKOLAH


Laman web sekolah telah dihasilkan pada September 2001
oleh beberapa orang adik pelajar dengan bimbingan dari guru
ICT. Laman Web ini bertujuan untuk memasarkan SMTT
kepada orang ramai secara maya. Pihak yang berminat boleh
melayari

Laman

http://www.sabah.edu.my/mtm018.wcdd.

19

Web

SMTT

melalui

alamat

BILIK MESYUARAT MULTIMEDIA

Pada Jun 2002 satu usaha peningkatan Bilik


Mesyuarat
dengan

Grorich
skrin

telah

bermotor,

dilengkapkan
projektor

multimedia dan komputer. Kini bilik tersebut


dapat

digunakan

aktiviti seperti
latihan dalaman,

dengan canggih

dalam

sesi perkembangan staf,


pembentangan kertas,

taklimat pentadbir sekolah kepada pelawat dan lain-lain. Semua pembentangan dapat
dilaksanakan secara persembahan elektronik.

Atas sistem permuafakatan, bilik

mesyuarat multimedia ini juga sentiasa digunakan oleh pihak Pejabat Pendidikan
Bahagian dan Daerah atas urusan rasmi.

SHAREWARE

Sebuah Shareware bagi mata pelajaran Asas Pemprosesan Maklumat (APM) telah
dihasilkan oleh seorang guru dengan tujuan memperkenalkan topik-topik tertentu
berasaskan sukatan berkenaan. Shareware ini membolehkan pelajar mengulangkaji
topik pelajaran secara bebas melalui Internet. Tambahan pula juga merupakan satu
usaha untuk berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain secara maya. Laman Web ini
juga telah dihasilkan pada hujung tahun 2002 dan boleh diakses melalui alamat berikut:
http://www.sabah.edu.my/mtc017.wcdd.

20

INTERNET

Dengan kemudahan Internet, SMTT akan mengaplikasikan kegunaan Internet dalam p


& p melalui beberapa aktiviti seperti komunikasi melalui penerbitan elektronik,
forum dan pendebatan umum, jaring persahabatan serta main peranan dan
simulasi di dalam kelas secara maya. Kemudahan tersebut membawa kebanyakkan
faedah kepada guru-guru yang mengikut Program Pendidikan Jarak Jauh. Guru dan
pelajar boleh mengakses kepada perpustakaan nasional dan dunia serta percetakan
bukannya kepada indeks melalui satu topik tetapi kepada bahagian buku dengan ilustrasi
tertentu dengan memudahkan kefahaman berkaitan topik yang tertentu. Dengan Internet,
aktiviti penyelidikan serta penyelesaian masalah juga boleh diusahakan di mana
pembelajaran kolaboratif dapat dijalankan dengan penghasilan interaksi dan komunikasi
di antara orang perseorangan. Guru dan pelajar digalakkan menggunakan kemudahan ini
untuk membuat rujukan selain daripada bergantung kepada buku teks sahaja.

Semua komponen ICT tersebut yang telah dan akan direka dalam pengurusan sekolah
berusaha memastikan sumber dan proses sekolah dapat diurus dengan lebih cekap dan
berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan pembelajaran.

21

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perkembangan Terkini Dalam Pengajaran & Pembelajaran

Pada masa ini, penggunaan ICT dalam p & p di SMTT hanya dijalankan dalam
kursus-kursus Kejuruteraan, Pengurusan Perniagaan, Matematik dan Sains secara
kontekstual di sekolah ini. Penggunaan multimedia belum dilaksanakan untuk mata
pelajaran yang lain. Walau bagainmanapun, dalam Pro-BESTEK, pedagogi ke arah
sekolah teknik bestari di SMTT akan bermula pada tahun 2003 dengan program Intel Teach To the Future. Seramai 60 orang guru yang telah mengikuti program tersebut
akan menggunakan hasil kerja mereka yang telah diusahakan sepanjang bulan Ogos
Oktober 2002 dalam p & p mereka.

Guru-guru yang belum didedahkan kursus

sedemikian pada tahun 2002 akan diberi latihan dalaman anjuran Unit ICT dan JK
Perkembangan Staf SMTT pada awal tahun 2003.

Objektif integrasi ICT dalam p & p adalah seperti berikut:

Membantu pelajar menjadi cekap mengakses, menilai dan menggunakan maklumat;

Membolehkan pelajar belajar secara kendiri;

Meningkatkan kuantiti dan kualiti pemikiran dan penulisan pelajar;

Membolehkan pelajar menyelesaikan masalah yang kompleks;

Memupuk nilai kesenian dalam diri pelajar;

Memberi peluang pelajar buat kerja-kerja yang bermakna dan menyeronokkan;

Membolehkan pelajar mendapat kurikulum secara mendalam dan menyeluruh;

Menyedarkan pelajar secara global dan menggunakan sumber-sumber di luar bilik


darjah;

Meningkatkan tahap keselesaan pelajar menggunakan peralatan teknologi dan

Membantu sekolah meningkatkan kecekapan, produktiviti dan komunikasi.

22

Penggunaan teknologi akan membantu strategi p & p di sekolah ini dalam aktiviti yang
berikut:

Pembelajaran akses kendiri;

Pentaksiran kendiri;

Penerokaan;

Projek dan pembentangan secara power point;

Pemerhatian dan aplikasi;

Penyelidikan;

Penyelesaian masalah dan

Komunikasi (perbincangan).

SMTT berharap pelajar di sini akan menjadi berliterasi teknologi sepanjang hayat mereka
dengan menggunakan teknologi maklumat secara inovatif dan kreatif agar mereka sedia
menghadapi cabaran Zaman Maklumat .

Selain daripada menggunakan ICT dalam p & p, teknologi juga digunakan untuk
membantu guru-guru menjalankan tugas-tugas seperti penyimpanan rekod dan
pentaksiran pelajar. Pentaksiran bestari akan direka untuk memberi maklum balas yang
tepat tentang kesediaan, kemajuan, pencapaian dan sikap pelajar dalam peningkatan
perkembangan holistik di kalangan pelajar.

23

PERKEMBANGAN STAF BERTERUSAN DALAM ICT

Perkembangan staf secara berterusan merupakan suatu


komponen utama dalam Pro-BESTEK kerana kejayaan ICT
dalam p & p bergantung kepada kepakaran dan sikap guru
terhadap program ini. Justeru itu adalah sangat penting guru
sentiasa diberi pendedahan kepada penggunaan perisian
(software) tertentu dan kemahiran menggunakan peralatan
sokongan (hardware) dalam penghasilan bahan multimedia yang berkualiti

bagi

tujuan meningkatkan proses p & p. Mereka juga perlu pandai memilih pendekatan yang
bersesuaian kepada kumpulan sasaran, dari segi pro dan kontra, teknik persembahan
kepada kumpulan sasaran yang berlainan dari segi umur dan tahap perlu dipertimbangkan
bagi menjamin kualiti p & p. Mereka juga hendaklah merancang siri pembangunan untuk
kaedah dan strategi dari aspek penilaian serta membina bahan-bahan penilaian kendiri
pelajar. Adalah penting guru boleh membezakan perisian multimedia yang pelbagai
serta memilih perisian yang bersesuaian berdasarkan keperluan tertentu.

Pihak sekolah akan memohon kepada Jabatan Pendidikan Teknikal agar dapat
menghantar beberapa orang guru menghadiri kurus Multimedia Learning Materials
Development. Objektif objektif kursus yang dicadangkan meliputi :

Membiasakan guru kepada penggunaan peralatan komputer multimedia dalam


proses p & p;

Merancang dan mengambil kira accessibility dalam merekabentuk bahan


multimedia;

Mengenal pasti keadah/teknik penilaian kendiri dan metodologi dalam sistem p


& p yang berasaskan multimedia;

Membiasakan guru dengan pelbagai perisian multimedia, teknik penulisan skrip,


penghasilan papan cerita, penggunaan peralatan multimedia dan teknik produksi
video;

24

Memahami serta mengaplikasi proses produksi dan penghasilan kandungan


bahan multimedia dan

Peka terhadap peluang dan perkembangan teknologi yang berasaskan laman


Web dan cakera padat (CD/CD-ROM).

Kursus tersebut berusuaha mengembangkan kemahiran dan konsep yang membolehkan


guru-guru menjadi celik teknologi dalam p & p supaya mereka:
Mahir dan berani menggunakan pelbagai teknologi dalam core business ;
Mengajar secara bermakna, kreatif dan berkesan;
Meningkatkan motivasi kendiri melalui pengajaran yang menyeronokan dan
mencabar;
Menggunakan pelbagai teknologi untuk mengakses maklumat sebagai ilmu
tambahan selain daripada bergantung terhadap buku teks sahaja;
Menggunakan pelbagai teknologi untuk menjalankan penilaian, analisa serta
kajian yang berkaitan dengan kesan p & p dan
Menggunakan pelbagai teknologi untuk perkembangan peribadi dan profesional
secara berterusan (Continuing personal and professional development).

Juga akan dicadangkan kepada Jabatan Pendidikan Teknikal adalah mengadakan satu
lawatan belajar ke sebuah sekolah bestari perintis di Kuala Lumpur pada tahun 2003
dengan tujuan mendapat panduan serta memerhati proses pembestarian p & p dan
penilaian di bilik darjah khasnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains di tingkatan 4 dan 5. Usaha guru-guru dalam
menghasilkan perisian untuk digunapakai sama selain daripada mendapat perisian kursus
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia akan diiktirafkan selaku sebagai Guru
Inovatif dalam Oscar Night SMTT .

25

PERMUAFAKATAN DALAM MENJAYAKAN PELAKSANAAN Pro-BESTEK

Kejayaan Pro-Bestek banyak bergantung kepada permuafakatan di semua peringkat.


Selain daripada Jabatan Pendidikan Teknikal dan warga SMTT, pihak ibubapa serta
komuniti Tawau sebagai pihak yang berkepentingan memainkan peranan yang berkesan
dalam menjayakan Pro-BESTEK. Sistem Permuafakatan antara SMTT dan
masyarakat Tawau adalah satu usahasama yang menyokong pelaksanaan Pro-BESTEK.
Bantuan utama dalam menderma komputer kepada SMTT adalah berikut:

Senarai Penderma Komputer


Bil
1

Nama

Bil. Unit

Tahun

10

1994

1997

2001

Datuk Michael Lim


Mantan Y.B. P165 Sri Tanjung,
Tawau

Y.B. Datuk Dr. Patawari bin Patawi

Y.B. Datuk Hj. Ab. Ghaffur B. Hj.


Salleh

Tuan Hj. Syed Abbas b. Habib Ali

2001

Sys Gen Computer Centre

15

2001

Eastern Book Store

2001

Y.B. Senator Charlie Chang

2001

Sys Gen Computer Centre

15

2002

26

RANCANGAN Pro-BESTEK UNTUK TAHUN 2003 - 2006

Pada tahun 2003 2006, tumpuan akan diberikan kepada aspek-aspek yang berikut :

Infrastruktur Teknologi

Makmal komputer untuk kursus Perdagangan akan dilengkapkan dengan


sebanyak 35 buah komputer serta hawa dingin di Blok Vokasional;

Bangunan di Blok Vokasional akan dilengkapkan dengan pelayan (server), router,


HUB serta perisian yang sesuai khasnya dalam bilik Penyelaras Vokasional,
Penyelaras ERT dan Penyelaras SKM;

Pejabat Asrama akan dirangkaikan dengan pejabat pentadbiran sekolah;

Sebuah bilik komputer akan dilengkapkan dengan 10 komputer untuk kegunaan


pelajar asrama;

Rangkaian (network)

atas persetujuan T7 akan diwujudkan untuk berkongsi

bahan p & p, tenaga kepakaran dan infrastruktur yang dapat digunasama melalui
laman Web, e-mel atau Persidangan video.

Perkembangan staf

Mempelbagaikan kaedah, memberi pendedahan


dan kemahiran tentang penggunaan ICT kepada
pengajar dan staf sokongan;

Menggalakan penghasilan perisian kursus untuk


digunasama dan

Mengadakan sesi perkembangan staf dalam ICT


secara berterusan.

27

Pengajaran dan Pembelajaran

Menggunakan peralatan yang menjurus kepada pembelajaran smart learning


seperti active board, smart board, LCD, dan sebagainya;

Penggunaan bahan multimedia dalam menerangkan perkara yang abstrak dan


kompleks dan

Mengadakan pertandingan atau aktiviti sokongan dengan menggunakan ICT


projek kelas, pembentangan dengan power point.

P & P akan dilaksanakan dalam konteks berikut :


Tutorial
Pembelajaran akses kendiri
Penerokaan
Projek individu dan kumpulan
Aplikasi
Komunikasi dan penyelesaian masalah

28

KESIMPULAN

Memang tidak dinafikan bahawa pelaksanaan Pro-BESTEK adalah mencabar, tetapi


warga SMTT telah membuat pilihan (the choice) untuk ke arah membestarikan sekolah
kami. Warga SMTT menawarkan diri sebagai perintis sekolah teknik bestari jika ada
perancangan dari Jabatan Pendidikan Teknikal memandangkan minat sekolah serta
infrastruktur teknologi dan kemudahan fizikal sekolah telah diwujudkan. Diharapkan
impak penggunaan ICT dalam pengurusan sekolah dan p & p semoga SMTT boleh
menjadi:

A school that delivers education in a dramatically better way to significantly enhance


the achievement of the goals of the National Philosophy of Education, utilising
technology as the selected and effective tools and practices accompanied by the
necessary organisational support and continuous professional development.

(Dipetik dari Smart School Conceptual Blueprint Draft ,


Mei 1997 dalam Siti Hawa (1997))

SMTT BOLEH !

Disediakan Oleh:
Pn. Mary Yap Kain Ching ASDK, ADK
Pengetua Kanan SMTT

En. Yee Wai Chiong


Ketua Unit ICT, SMTT

29

Anda mungkin juga menyukai