Anda di halaman 1dari 5

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam

sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini,era permodenan
menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat
untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam
sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu
kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara.Negara
kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf
negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk
masyarakat.Bak kata pepatahdi telan mati emak di luah mati bapa.

Antara punca-punca yang boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya pencemaran
alam sekitar ialah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi.Pencemaran ini terjadi
tanpa diduga oleh masyarakat.Ini kerana pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti
gunung berapi,ribut taufan,gempa bumi dan sebagainya.Pencemaran ini boleh mendatangkan
kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat.Sebagai contah apabila berlakunya letusan
gunung berapi,secara tidak sengaja iklim cuaca juga akan turut berubah menjadi jerebu
seterusnya akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena penyakit seperti
asma,batuk,paru-paru,penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya.Oleh itu,semua pihak
memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini.Mereka seharusnya tidak
mengamalkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Antara punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berada di tahap
yang kritikal adalah disebabkan tangan manusia sendiri.Pada kebiasaannya manusia sering kali
melakukan pencemaran alam sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak seperti
udara,air,tanah,bunyi dan radiasi.Kesan terhadap pencemaran alam sekitar sudahpun disebarkan
melalui media massa namun manusiadurjanayang tidak mencintai alam memandang enteng
terhadap permasalahan pencemaran alam sekitar.Sifat materialistik yang ada dalam masyarakat
pada hari ini juga sukar untuk kita mengurangi masalah pencemaran di atas muka bumi ini.Oleh
yang demikian pihak yang berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlulah membuat pemantauan
di sesuatu kawasan bagi menjaga alam sekitar ini bersama.Selain itu,semua golongan masyarakat
perlulah sedar akan kepentingan alam sekitar terhadap mereka.

Asap-asap kilang dan kenderaan boleh diwartakan sebagai punca-punca pencemaran
udara.Ini disebabkan oleh asap-asap hitam yang keluar dari kilang dan kenderaan boleh
mengakibatkan asap-asap tersebut terperangkap di ruang udara.Selain itu,terdapat juga gas-gas
yang beracun seperti gas monoksida yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan
tertutup.Sejenis lagi bahan yang boleh dihasilkan oleh kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu
sejenis bahan kimia yang sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak
terutama kanak-kanak.Selain itu,manusia juga turut menerima udara yang tidak segar untuk
menarik nafas.Ini menimbulkan ketidakselesaan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan
seharian.Dengan ini jelaslah bahawa pencemaran udara yang dilakukan oleh segelintir
masyarakat yang tidak bertanggungjawab amat memberi kesan terhadap seluruh
masyarakat.Oleh itu,kerajaan perlulah melakukan kempen dan memantau industri perkilangan
untuk mereka mendapat kefahaman yang hakiki tentang kepentingan udara kepada masyarakat.

Air merupakan komponen yang utama dalam kehidupan seharian namun masih ramai
lagi yangbutaterhadap kepentingan air tersebut.Antara pencemaran yang dilakukan terhadap
air ialah pembuangan sisa toksik,sampah sarap,barangan pepejal,dan sebagainya ke dalam
sungai-sungai yang berdekatan.Apabila pencemaran ini dilakukan terhadap sungai
tersebut,airnya akan bertukar warna menjadi warna cokelat ataupun merah hati.Selain
itu,pencemaran air laut pula seperti tumpahan minyak oleh kapal-kapal dagang.Sebagai contoh di
Selat Johor pelanggaran kapal di situ mengakibatkan minyak tertumpah.Kedua-dua punca di
atas akan mengakibatkan organisma laut terhapus iaitu mengurangkan habitat laut. Hal ini kerana
pencemaran ini menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurangkan
pembiakan makanan laut.Selain itu,habitat burung juga akan terancam.Oleh itu,pihak kerajaan
seperti penguatkasa undang-undang memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah
ini.Sebagai contoh,laluan kapal di selat johor terdapatnya pelanggaran sehingga menyebabkan
kapal tangki minyak tersebut bocor,laluan lain perlu disediakan bagi melicinkan pentadbiran
maritim dan juga mengelakkan kejadian sedemikian berulang.

Menurut peraturan pemerintah R1 NO150 tahun 2000 tenteng pengendalian kerosakan
tanah untuk produk bio massa, tanah merupakan satu komponen lapisan teratas kerak bumi yang
terdiri daripada bahan mineral dan bahan organik serta mempunyai sifat fizik,kimia dan
mempunyai kemampuan untuk memanjang kehidupan manusia dan makhluk hidup dan
sebagainya.Pembuangan sampah dan sisa-sisa industri perkilangan menyebabkan bau busuk di
sesuatu kawasan tertentu.Hal ini kerana terdapat reaksi kimia yang menghasilkan gas yang
tertentu.Penggunaan pestisida juga mematikan tanaman dan juga mikrooroganisma yang berguna
di dalam tanah,padahal kesuburan tanah bergantung kepada jumlah organisma di dalamnya.Oleh
itu,langkah seperti mengurangkan pengguanaan bahan sintetik dan pelbagai bahan kimia perlulah
dilakukan bagi mengatasi masalah ini.Selain itu,kita seharusnya menanamkan sikap merasa jijik
terhadap pencemaran yang boleh mengakibatkan rumah kita berbau busuk,kotor serta
berasap.Hal ini,haruslah diterapkan dalam diri setiap individu bagi sama-sama membenteras
pencemaran tanah yang semakin berleluasa ini.

Pencemaran bunyi dapat diertikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan dan boleh
memekakkan telinga dan boleh menganggu ketenteraman awam.Hal ini berlaku apabila
pengeluaran bunyi di tempat yang tidak sesuai.Sebagai contoh industri perkilangan besi
mengeluarkan bunyi bising di kawasan penempatan penduduk.Pencemaran bunyi bising
kebiasaannya melebihi 80 desibel(db).Aktiviti seperti kawasan pembinaan rumah,bunyi akan
dikeluarkan apabila cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat oleh pembinaan tanah yang
tinggi.Pencemaran ini juga menyebabkan orang awam tidak dapat melakukan sesuatu dan
berfikir dengan tenang.Kesannya,masyarakat setempat akan wujud pelbagai penyakit,gangguan
psikologi,menjejaskan produktiviti,hilang imbangan diri,pekak dan kehamilan seseorang.Oleh
itu,industri perkilangan haruslah ditempatkan pada jarak yang jauh dari kawasan penginapan
masyarakat agar dapat mengelakkan gangguan yang tersebut.Selain itu,majikan industri
perkilangan haruslah peka terhadap kebajikan masyarakat yang perlu diambil kira sebelum
beroperasi.Gangguan seperti ini akan menyebabkan masyarakat mengambil tindakan untuk
mendapatkan hak mereka.

Radiasi adalah salah satu sel-sel elektronik seperti bateri,computer,kalkulator,bahan-
bahan kimia yang telah diolah dan sebagainya.Pencemaran radiasi adalah disebabkan oleh debu
radioaktif akibat terjadinya ledakan reaktor-reaktor atom serta bom atom.Pencemaran radioaktif
seperti nuklear adalah sangat merbahaya dalam kehidupan sekelilingnya seperti radiasi
alpha,beta,dan gamma.Ini kerana pencemaran radiasi tersebut boleh menyebabkan sel-sel dalam
badan rosak.Selain itu,apabila sesebuah kawasan terkena bom atom tanah tidak boleh dijadikan
sebagai kawasan pertanian.Ini juga mengakibatkan satu sumber ekonomi dunia telah
lenyap.Terdapat pelbagai kesan terhadap masyarakat iaitu masyarakat akan mengalami pening
kepala,berat badan menurun,hilang selera makan,peningkatan denyutan nadi atau jantung dan
sebagainya.Oleh itu,pihak yang tertentu memainkan peranan yang penting dalam hal ini.Ini
kerana pencemaran radiasi tersebut meninggalkan kesan jangka yang panjang terhadap
masyarakat.

Bumi adalah satu-satunya yang boleh menghidupkan ekosistem dan organisma secara
bebas.Kita seharusnya menjaga alam kurniaan tuhan ini dengan sebaik mungkin.Sepatutnya kita
melahirkan sifat keprihatinan kita terhadap alam sekitar dengan mencintainya dan rasa hormat
atas sumbangan yang diberikan.Menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar,ini sudah cukup
menandakan kita bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada kita seterusnya
membolehkan kita semua untuk menghirup udara dan bekalan air yang bersih.Penglibatan
Jabatan alam sekitar dalam melaksanakan tanggungjawab hanya akan tercapai dengan kerjasama
dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar.Alam sekitar
yang bersih dan menarik mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui
pembangunan sains dan teknologi negara.

Anda mungkin juga menyukai