Anda di halaman 1dari 2

BACALAH - 10 TIPS HEBAT KELUARGA BAHAGIA

1. CIUMAN - Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman.


Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan
kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai
oleh pasangan anda.
2. CINCIN PERKAHWINAN - Pakailah cincin perkahwinan anda
setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda
setiap kali melihat cincin tersebut.
3. MAKAN MALAM ATAU BERCUTI - Rancangkan makan malam
atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda,
sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi
hubungan anda suami isteri.
4. PERUBAHAN - Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga
pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini
kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak,
masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu
menerima dengan positif perubahan tersebut.
5. ADAB - Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda
harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah
dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.
6. LEMAH-LEMBUT DAN BERBUDI BAHASA - Bagi kaum isteri,
berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam
percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan
suami anda rasa disayangi.
7. HADIAH - Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-
hari pentingnya, seperti hari lahirnya, hari ulangtahun perkahwinan
dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari
bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa
mengingati hari tersebut.
8. SENYUM - Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada
salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari,
bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.
9. SENTUHAN - Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda
kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan
sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti
pasangan anda akan memahaminya.
10. IMPIAN - Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka
yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum
tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia
dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti
ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini,
semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam
rumahtangga anda. Selamat mencuba!!

Anda mungkin juga menyukai