Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI BIG FASA II

MUHAMMAD ZAFIK IKHWAN BIN ZAMRI (124771)


TESL 4
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T, dengan limpah dan kurnianya saya bersama-sama tiga
puluh satu ahli kelas saya dan seorang guru pembimbing iaitu tutor kelas saya, telah berjaya mengikuti
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2. Program BIG ini telah berlangsung pada 14 September 2012, hari
Jumaat bertempat di Turtle and Marine Ecosystem Centre (TUMEC), Rantau Abang, Dungun,
Terengganu. Program BIG ini adalah program yang bertujuan untuk mendedahkan guru pelatih dengan
domain pembangunan diri insan guru yang seimbang. Penekanan yang diberikan melalui program BIG ini
adalah untuk membangunkan insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan
akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat
pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti dan amanah serta kreatif dan inovatif.
Dalam BIG Fasa 2 kali ini, saya bersama-sama dengan ahli guru pelatih yang lain telah sebulat suara
untuk memilih melakukan khidmat masyarakat. Aktiviti kemasyarakatan yang kami pilih adalah,
membersihkan kawasan pantai berdekatan (TUMEC) dan aktiviti melepaskan anak penyu bersama
masyarakat kampung berdekatan dengan kerjasama pihak (TUMEC). Kami telah memulakan perjalanan
ke Rantau Abang pada pukul 2.30 petang, dimana kami terlebih dahulu diminta berkumpul di wakaf bas
bagi mamastikan peralatan yang hendak dibawa mencukupi selain memastikan semua peserta hadir.
Kami tiba di Rantau Abang kira-kira pukul 4.30 petang dan kami terlebih dahulu menunaikan solat Asar
di masjid yang berdekatan.
Setelah selesai menunaikan solat Asar, Ajk Aktiviti membuat satu taklimat ringkas tentang perjalanan
aktiviti kami dan tepat pukul 5.00 petang, kami memulakan aktiviti membersih pantai. Dalam aktiviti ini,
kami telah dibekalkan satu plastik sampah setiap seorang dan kami memulakan aktiviti mengutip
sampah di persisiran pantai sehingga pukul 6.30 petang. Objektif utama kami melakukan aktiviti
tersebut adalah bagi memastikan guru pelatih memahami konsep nilai dan etika keguruan. Selain itu,
dengan melakukan aktiviti ini juga, secara tidak langsung dapat membina pemikiran positif dan motivasi
kendiri terhadap kerjaya keguruan dikalangan guru. Disamping itu, melalui aktiviti ini juga, ini akan dapat
memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab dikalangan guru pelatih.
Setelah berjaya melakukan aktiviti pertama, kami membersihkan diri dan melakukan aktiviti kendiri
sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid berdekatan. Setelah menunaikan solat
Maghrib, kami bekumpul dan diberi taklimat ringkas mengenai pergerakan
REFLEKSI BIG FASA II
MUHAMMAD ZAFIK IKHWAN BIN ZAMRI (124771)
TESL 4
kami ke (TUMEC) oleh pengerusi program. Kami telah memulakan lawatan kami ke (TUMEC) dan kami
disambut oleh salah seorang pegawai yang bertugas di pusat tersebut. Kami telah diberi taklimat ringkas
oleh pegawai tersebut sebelum beliau memberi peluang kepada kami untuk melihat dan melawat
kawasan sekeliling. Dalam pusat tersebut, terdapat pelbagai hidupan laut yang terancam dan ada yang
telah diawetkan. Saya amat beruntung kerana melaui program seperti ini, saya dapat melihat dengan
lebih dekat lagi mengenai haiwan yang semakin pupus ini. Setelah itu, kami telah diminta untuk ke
dewan sebelah atas untuk mendengar ucapan dan sedikit taklimat oleh pegawai (TUMEC).
Setelah tamat taklimat yang disampaikan oleh pegawai (TUMEC), kami telah menerima satu kejutan
dimana, pihak (TUMEC) telah berjanji untuk memberikan setiap guru pelatih seekor anak penyu untuk
aktiviti pelepasan anak penyu. Kami kemudiannya telah dibawa ke satu kawasan dimana pihak (TUMEC)
terlebih dahulu mengadakan satu majlis bersama mayarakat kampung dan kami telah dipelawa
menghadiri majlis tersebut dan sekaligus bersama-sama masyarakat kampung untuk melepaskan anak
penyu. Seperti yang telah dijanjikan, setiap guru pelatih menerima seekor anak penyu untuk dilepaskan.
Ini merupakan kali pertama saya memegang seekor anak penyu dan kami telah melepaskan anak penyu
secara serentak. Melalui aktiviti ini, saya telah mendapat maklumat yang baru tentang penyu yang
terdapat di Malaysia. Selain itu juga, aktiviti ini juga telah memberi kesedaran tentang kepupusan penyu
dan memberi kesedaran tentang kepentingan untuk menjaga dan memelihara penyu dikalangan guru
pelatih dan masyarakat. Aktiviti ini sekaligus dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk lebih
menyanyangi makhluk ciptaan Allah S.W.T yang cantik ini sekaligus mengelakkan kepupusan makhluk
tersebut.
Setelah tamat aktiviti tersebut, kami bergegas pulang ke IPG disebabkan waktu yang telah lewat malam.
Secara keseluruhannya, program BIG kali ini memberi makna yang mendalam dan telah memberi banyak
pengalaman baru bagi saya seorang guru. Melalui program BIG kali ini juga, banyak kebaikan yang telah
saya dan rakan-rakan yang lain telah peroleh dan semua kebaikan yang kami peroleh akan kami gunakan
dengan sebaiknya dalam menjadi seorang guru yang seimbang dari pelbagai sudut.

Anda mungkin juga menyukai