Anda di halaman 1dari 6

1

THE BUTCHERS WIFE



Novel ini telah dihasilkan oleh oleh Li Ang (nama sebenar Shih Shu-tuan) Penulis ini telah dilahirkan
pada April 7, 1952, di Lukang, Taiwan. Beliau merupakan penulis yang berjiwa feminis . Setelah
menerima ijzazah falsafah, di Chinese Culture University, dia mencebur diri dalam bidang drama dengan
mengikutinya di University of Oregon.

Karya-karya beliau banyak berlatarkan Lukang, yang merupakan daerah kelahirannya. Kebanyakan
karya beliau berunsurkan feminis dan The Butcher's Wife (1983, tr. 1986) merupakan novel beliau yang
terkenal. Selain memperkatakan isu wanita, karyanya banyak mengkritik budaya dan tradisi china. The
Butchers Wife turut memperkatakan hal ini. Ia turut mengkritik tradisi dan kepercayaan China serta
keganasan ke atas wanita (termasuk seksual).

Novel ini dihasilkan daripada peristiwa yang pernah berlaku dalam tahun 1930-an di Shanghai, China.
Seorang wanita telah membunuh suaminya dan dia dikecam oleh semua orang. Mereka menuduhnya
sanggup membunuh suami kerana ada lelaki lain dalam hidupnya.
Di China, pembunuhan ke atas suami selalunya dihubungkan dengan isteri mempunyai kekasih. Namun
peristiwa di Shanghai ini merupakan kes unik. Dia membunuh suaminya kerana sudah tidak tahan
dengan sikap suami yang selalu menderanya. Wanita ini cuba melepaskan diri daripada belenggu
sengsara dengan membunuh pemangsa. Biarpun kemudian dihukum, namun jiwanya puas.
Dendamnya berbalas.
2

Peristiwa yang berlaku di Shanghai ini memberi inspirasi kepada Li Ang. Dia telah menjadi peristiwa ini
sebagai isu dalam novelnya. Meskipun begitu dia tidak menjadikan Shanghai sebagai latar ceritanya
kerana dia tidak begitu mahir dengan wilayah tersebut. Ai Ling telah menjadikan tempat kelahirannya,
Lukang sebagai latar. Hanya isu pembunuhan dan keganasan rumah tangga dijadikan isu dengan
merujuk kisah benar. Gambaran keseluruhan novel adalah merupakan rekaan dan imaginasi pengarang.
Li Ang merupakan seorang feminis, justeru apa sahaja yang melibatkan wanita, khususnya
penganiayaan terhadap wanita akan turut menyentuh nuraninya.
Menampilkan kesengsaraan isteri yang berasaskan peristiwa benar. Derita isteri yang
diperkosa suami bukan imaginasi pengarang semata-mata. Suami merogol isteri, mendera dan
menghukum dengan kejam sering berlaku ke atas mana-mana wanita yang bergelar isteri,
namun tidak diketengahkan secara terbuka demi maruah suami dan keluarga
Isteri sekadar menyimpan perasaan benci, dendam, sakit hati dan terpaksa menanggungnya
sendirian. Mereka menjadi takut apabila berada dengan suami di rumah. Mereka takut untuk
mengadu kepada keluarga atau orang lain kerana bimbang dilabelkan dengan imej negative. Li
Ang menyedari kesulitan yang dihadapi wanita dan cuba mengungkap hal ini melalui The
Butchers Wife.
Novel yang dihasilkan di atas peristiwa benar ini cuba menyedarkan isteri yang mejadi mangsa
dera bahawa dia tidak keseorangan mengalami keperitan sedemikian. Wanita perlu bertindak
demi maruah dan harga diri walaupun masyarakat mengecam. Mereka mengecam kerana tidak
mengalami nasib sedemikian. Berdiam diri tidak akan menyelesaikan masalah kerana ia hanya
mengundang dendam dan berakhir dengan trajidi.
Novel ini memaparkan kisah ngeri yang berlaku dalam rumahtangga Lin Shin dan Jiangshui. Ia
memaparkan kisah keganasan suami dan ketidak upayaan isteri dalam menghadpi tindakan si
suami. Watak utmanya, Lin Shin telah didera dan disiksa sepanjang hidup bersama suaminya.
Lin Shi merupakan watak yang berhadapan dengan nasib malang semasa kecil lagi. Dia menjadi
anak yatim setelah bapanya meninggal dunia. Dia dan ibunya terpaksa tinggal di bekas dewan
3

selepas rumah milik mereka diduduki oleh saudara mendiang bapanya. Kemiskinan
menyebabkan Lin Shin dan ibunya terpaksa bekerja kais pagi makan pagi.


Mengisahkan watak utamanya, Lin Shi yang hidup sengsara setelah bapanya meninggal.
Rumah yang didiami mereka telah diduduki oleh bapa saudaranya. Dia dan ibunya telah dihalau
keluar. Mereka terpaksa menumpang teduh di dewan usang. Orang ramai terpaksa
membenarkan mereka berteduh di sini kerana menyedari ibu Lin Shi adalah orang yang
menjaga maruah diri. Siangnya Lin Shi dan ibunya bekerja apa sahaja untuk sesuap nasi.
Suatu hari Lin Shi melihat seorang tentera memasuki tempat perlindungan mereka. Dia telah
memberitahu bapa saudaranya. Mereka kemudian mendatangi tempat itu dan mendapati tentera
dan ibunya tersebut sedang mengadakan hubungan intim. Tentera dan ibunya telah dihukum
oleh orang-orang kampung. Mereka tidak menerima alasan ibu Li Shin yang mengatakan dia
terpaksa melakukannya kerana sudah beberapa hari tidak makan. Tentera itu telah memberinya
makanan.
Lin Shi waktu itu berusia 13 tahun. Itulah kali terakhir dia melihat wajah ibunya. Bermacam-
macam versi disampaikan kepadanya.
Ibunya dan tentera tersebut telah mati direndam di dalam sungai.
Ibunya telah mengikuti tentera
Lin Shi kemudian dibenarkan tinggal bersama dengan bapa saudaranya.
Dia telah dijadikan hamba suruhan; menjaga isteri bapa saudaranya yang sakit dan melakukan
apa sahaja.
Lin Shin kemudian dikahwinkan dengan Chan Jiangshui, tukang sembelih khinzir yang tinggal
tidak jauh dari kampung mereka.
4

Dikatakan bapa saudaranya sengaja mengawinkannya dengan lelaki ini kerana ada muslihat
tertentu.
Apa yang diceritakan oleh orang kampung ialah setiap dua minggu Jiangshui akan menghantar
daging ke rumah orang tua tersebut.
Justeru itu Lin Shin dikatakan hanya bernilai beberapa kilo daging sahaja.
Perkahwinan Li Shin terlalu ringkas. Dia dihantar ke rumah suaminya dan didapati hanya
beberapa orang sahaja yang hadir.
Rumah suaminya sangat kecil.
Apa yang diharapkan oleh Li Shin tidak menjadi. Dia bagaikan tidak penting. Dia tidak mendapat
apa-apa layanan istimewa. Malah dia tidur dengan perut yang amat lapar.
Meskipun begitu suaminya tidak suka dia berbaik-baik dengan jirannya. Ada kalanya dia dipukul
hanya kerana larangnya tidak diikuti.
Li Shin hidup dalam sengsara. Dia amat takut jika suaminya berada di rumah. Dia sama ada
akan dirogol ataupun didera. Kedua-duanya menyakitkan dan seringkali dia menjerit kesakitan.
Suatu hari Li Shin menemui kain sutera dalam rumahnya. Dia telah ke rumah Mak Cik Wang
untuk menempah baju. Namun langkahnya terhenti apa dia mendengar namanya disebut-sebut.
Dia dapati di rumah Mak Cik Wang terdapat beberapa orang jiran sedang berkumpul.
Alangkah terkejutnya apabia mendengar Mak Cik Wang memperburuk-burukkan. Mak Cik Wang
yang dianggap sebagai mak ciknya telah menuduhnya sebagai perempuan yang kuat nafsu. Dia
amat kecewa kerana dia sebenarnya amat sengsara.
Dia merasakan maruahnya hancur. Jiran-jirannya tidak tahu. Dia menjerit kerana tidak tahan
sakit; bukannya seronok.
5

Dia pulang ke rumahnya penuh kesal. Dia sedih sekali. Dia malu. Dia merasakan hidup ini amat
sengsara. Semua orang tidak mempedulikannya. Dia tidak ada kawan. Dia hanya ada
kesedihan dan ketakutan.
Dia cuba mengelak dari berjumpa dengan semua orang. Dia akan mencuci pakaian sewaktu
orang tidak ada; waktu tengah hari. Dia terpaksa menahan kesakitan apabila terpaksa berjalan
di atas batu yang panas. Baru dia faham mengapa mereka suka membasuh di waktu pagi.
Namun demi maruah, dia terpaksa menanggungnya.
Mulai dari saat itu juga dia tidak lagi menjerit bila diperkosa oleh suaminya. Dia cuba menahan
kesakitan dengan menggigit bibirnya. Seringkali bibirnya berdarah. Ini menghairankan suaminya.
Li Shin dipukul kerana itu. Namun Li Shin tetap tidak menjerit.
Lin Shin telah membeli anak ayam. Duit ini diperoleh semasa suaminya menaburkan duit di
lantai setelah pulang dalam keadaan mabuk.
Ini telah mengisikan masa luang yang ada dan dapat mengurangkan kesedihan hatinya.
Dia seronok berada bersama-sama anak ayamnya.
Berbagai usaha dilakukan oleh suaminya bagi mendengar jeritan sengsara Li Shin. Antaranya
ialah tidak membenarnya makan. Namun Li Shin agak cerdik. Dia terlebih dahulu makan sebaik
sahaja selesai memasak walaupun dalam keadaan panas.
Dia juga menyimpan makanan di tempat yang tersembunyi. Namun tindakan ini tidak lama.
Apabila mendapat tahu tindakan Li Shin, suaminya menderanya dan taktik lain digunakan untuk
terus menyiksa.
Dia hanya membawa balik makanan secukupnya untuk dimasak. Lin Shin tidak dibenarkan
makan. Ini memaksa Lin Shin makan apa sahaja, termasuklah hidangan menghalau hantu.
Setelah tidak tahan, dia keluar rumah dan memohon pekerjaan di mana sahaja. Perlakuan ini
menaikan kemarahan suaminya. Dia tidak mahu orang mengetahui hal sebenar. Dia tidak mahu
6

dikenali sebagai suami yang tidak bertanggungjawab. Dia tidak mahu dikenali sebagai suami
yang tidak ada wang sehingga memaksa isterinya mencari pekerjaan. Dia berazam akan
menghukum Li Shin di atas sikap yang menjatuhkan maruahnya.
Jiangshui tahu kelemahan isterinya. Li Shin tidak boleh melihat binatang dianyai. Dia menyiksa
anak-anak ayam Li Shin. Isterinya begitu sengsara melihat peristiwa ini. Dia merayu, namun
suaminya meneruskan perbuatannya.
Keesokann harinya dia memaksa isterinya ke tempat penyembelihan.
Dia memaksa Li Shin melihat dia membunuh haiwan dengan kejam. Dia ingin menyiksa jiwa
isterinya kerana tidak memberi kepuasan kepadanya. Dia ingin mendengar jeritan pilu Li Shin
semasa diperkosa atau didera. Dia memaksa Li Shin memegang usus khinzir. Li Shin hanya
menerima lambakan usus itu dan mula menjerit hysteria apabila menyedari ianya adalah organ
dalaman haiwan. Dia sudah tidak berdaya lagi dan akhirnya dihantar pulang.
Setelah pulih Li Shin keluar dan cuba mendapat barangan untuk melakukan penyembahan. Dia
merasakan dia perlu berdoa dan meminta pertolongan kepada roh ibunya. . Fikirannya tidak lagi
tenang setelah melihat bagaimana haiwan itu menggelupur kesakitan setelah disembelih.
Suaminya pulang ketika dia sedang melakukan penyembahan. Perbuatannya itu tidak disenangi
suaminya yang baru pulang. Seperti selalu, Li Shin ditarik ke bilik tidur.
Jiwanya yang kacau memberi impak kepada dirinya. Seperti selalu suaminya akan tertidur
setelah memperkosanya. Kesakitannya hilang setelah dia mendapati pisau daging ada di
sebelah suaminya. Dia masih ingat bagaimana haiwan itu disembelih dan dipotong-potong
dagingnya. Hal yang sama dilakukan kepada suaminya. Suaminya disembelih dan dipotong-
potong. Li Shin tanpa sedar telah membunuh suaminya dengan kejam.
Novel ini berakhir dengan Mak Cik Ah- Wang yang kecoh menceritakan betapa tidak
bertanggungjawabnya Li Shin membunuh suami yang memberinya makan secukupnya, tempat
tinggal. Diceritakan juga bahawa Jiangshui adalah suami yang bertanggungjawab. Malah
dituduh bahawa Li Shin mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Anda mungkin juga menyukai