Anda di halaman 1dari 30

1

KOLEJ MARA BANTING


Bukit Changgang, 42700, Banting, Selangor Darul Ehsan.



FOLIO PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
SEM 1
SISTEM SOSIAL MENURUT ISLAM
(USTAZ ABDUL JAMIR MD. SAAD)
2

ALYA AMEERA BINTI AZIZUL
920515-14-5340
M10E




No.





MUKA SURAT


1.


PENDAHULUAN


3-8


2.


GOLONGAN GHURABA


9-13


3.


IKHTILAT


14-20


4.


KEJATUHAN NILAI-NILAI MORAL


21-26


5.


PENUTUP


27-28

3





PENDAHULUAN
Pernahkah kita terfikir di zaman manakah kita ketika ini? Adakah pada zaman
kebangkitan Islam? Atau pada pertengahannya mahupun pada zaman kejatuhannya? Ketahuilah,
bahawa soalan inilah yang sebenarnya patut menghantui benak pemikiran kita pada waktu ini
dan bukannya persoalan tentang artis-artis sini dan situ yang menjalinkan skandal terbaru
mahupun gosip-gosip liar tentang Datin ini dan Datuk itu. Apa yang dapat kita lihat pada saban
hari, maksiat dan kemungkaran yang berlaku dalam kalangan umat Islam semakin berleluasa,
sehinggakan orang yang tidak pernah membuat maksiat diejek dan dihina kerana menjadi terlalu
baik.
Adakah menjauhi maksiat itu dianggap menjadi terlalu baik? Bukankah itu satu
tanggungjawab kita sebagai seorang hamba? Cuba renung-renungkan kembali, apakah janji kita
kepadaNya pada saat pertama Allah tiupkan ruh ke dalam jasad yang hina ini? Kini, Islam yang
dahulunya dipandang gah kerana pernah muncul sebagai kuasa terbesar yang menguasai dunia
tidak lagi disanjungi dan dipandang tinggi oleh masyarakat yang beragama lain. Apa yang
berlaku muslimin dan muslimat? Tiada siapa yang mampu merungkai persoalan ini melainkan
kita. Ya, kita, generasi penyambung zaman kegemilangan Khurafa Al-Rasyidin.
Apa yang sebenarnya berlaku kepada kita? Adakah dunia ini terlalu indah sehinggakan
kita terlalu leka untuk kembali kepada Pencipta kita? Adakah nikmat yang Allah pinjamkan ini
terlalu mengasyikkan sehinggakan kita rasa kita mampu hidup tanpaNya? Tergoda sangatkah
kita dengan harta dan pangkat sehinggakan kita lupa asal usul kita yang rupa-rupanya datang dari
setitis air mani yang hina? Adakah kerana kita takut untuk digelar sebagai seorang yang pengecut
oleh masyarakat yang beragama lain hanya kerana menjadi terlalu baik dan ego terhadap
santapan-santapan yang nikmat di dunia sehinggakan kita buat endah tak endah dengan jaminan
syurga Allah di akhirat nanti? Tepuk dada, tanyalah iman.
4

SISTEM SOSIAL MENURUT ISLAM pada masa kini dan perbezaannya berbanding
zaman khalifah telah menjadi pilihan saya sebagai tajuk folio agama untuk Semester Satu ini
adalah kerana perasaan inkuiri yang semakin menebal tentang apa yang sebenarnya yang kita
perlu lakukan bagi memenuhi tuntutan untuk bersosial dalam Islam. Sungguh, saya juga
mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi tentang apekah skop-skop utama yang ditekankan
dalam sistem sosial semasa zaman kegemilang khurafa Al-Rashidin dan zaman-zaman
seterusnya seperti zaman Bani Umaiyyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah sehinggakan mereka
mampu untuk muncul sebagai satu kuasa yang hebat yang pernah menguasai dua pertiga dunia.
Jikalau kita lihat secara imbas, umat Islam yang hidup di zaman Bani Abbasiyah begitu hebat
sistem pendidikannya dan penguasaan teknologi ibarat berada di hujung ibu jari mereka.
Misalnya, Ibnu Sina yang mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit
Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kemasyhuran Ibnu Sina
melangkaui wilayah dan negara Islam sekali lagi terbukti apabila bukunya, Al Qanun fi al-Tibb
telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam Bahasa Inggeris
dengan judul Precepts of Medicine
1
dan masih dijadikan rujukan sehingga sekarang .
Bagaimanakah mereka mampu untuk menjadi seorang cendekiawan yang unggul dan
dalam masa yang sama mereka juga mampu untuk menjadikan perbatasan sosial mereka tetap
kukuh dan sejajar menurut konsep Islam? Sedangkan kita? Contohnya, sering kali menjadikan
alasan membuat study group terutamanya antara nisa dan rijal atas tujuan untuk menuntut ilmu
walaupun pelbagai lagi alternatif yang efektif dan wajar yang boleh dilakukan untuk mencari
ilmu. Adakah kita semua yakin, bahawa study group itu hanya berkisar tentang ilmu dan
sesuatu yang ilmiah sahaja? Berkesan sangatkah study group itu sehinggakan dengan cara itu
sahaja mampu lahirnya ramai Ibnu Sina yang kedua di antara kita? Masih adakah lagi Al-
Khawarizmi versi dunia moden era globalisasi? Sekali lagi, tepuklah dada, tanyalah minda.
Sesungguhnya, Allah s.w.t menciptakan akal untuk manusia supaya kita berfikir.
Wahai kaum Muslimin dan Muslimat! Demikianlah secebis kisah bagaimana
bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, umat yang pernah satu
ketika dulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke setiap penjuru alam. Dari sesuatu benda
kecil yang dipandang remeh, perkara itu semakin membiak dan menjatuhkan maruah umat kita

1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Sina
5

sendiri. Tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa Sistem Pemerintahan Khilafah yang
telah diamalkan oleh umat Islam semenjak zaman Khalifah Rasyidah hinggalah ke zaman
Uthmaniyyah, telah menjaga dan melindungi umat Islam. Apa yang telah dilakukan oleh para
Khulafa Rasyidah dan diteruskan oleh pengganti-pengganti mereka ini telah terpahat dalam
sejarah Islam dan telah memenuhi ribuan lembaran kitab yang masih dijadikan rujukan sehingga
sekarang. Walaubagaimanapun, perlu kita ketahui bahawa apa yang telah terpahat itu bukan atas
dasar nama sejarah semata-mata, tetapi ia adalah sebuah kewajiban yang telah ditunaikan oleh
para pendahulu kita, yang juga merupakan kewajiban yang sama yang telah diletakkan oleh
Allah s.w.t ke atas kita untuk melakukannya dan ingatlah, umat Islam itu hanya akan meraih
kemuliaan dengan mematuhi perintah dan larangan Allah.
2


Cuba kita lihat di dada-dada akhbar semakin banyak kes rogol, kes zina dan pelbagai lagi
kes yang berkaitan sosial berlaku dalam umat kita sendiri. Jika dahulu masyarakat melemparkan
pandangan yang amat hina kepada umat Islam yang bekerja sebagai pembantu mempromosikan
arak di pasar-pasaraya, namun kini, kaki botol yang minum arak secara terang-terangan di
hadapan masyarakat awam hanya dipandang sebelah mata. Betullah kata orang, zaman kita
seakan-akan menyamai zaman jahiliyah kerana kes-kes pembuangan bayi juga turut berleluasa
dari masa ke masa disebabkan zina. Sesungguhnya, ketahuilah bahawa zina itu datangnya sendiri
dari sesuatu faktor yang sangat kecil, iaitu ikhtilat yang tidak dijaga. Maka, dengan itu, janganlah
kita fikir bahawa sesuatu yang sekecil zarah itu tidak perlu kita ambil kira, kerana pada
kebiasaannya yang kecil itulah yang membawa kepada perkara yang lebih utama dan boleh
merosakkan sesuatu kaum itu sendiri.

Namun begitu, Allah memulakan dan mengakhirkan penciptaan alam ini dengan cara dan
masa yang dikehendakiNYA. Kita sebagai makhluk yang telah menduduki sebahagian kecil alam
ini hendaknya menyedari tentang hakikat ini, lalu merenung segala hikmah dan pengajaran yang
terungkap disebalik segala kejadian agar dapat bertindak tepat dan sejajar dengan kehendak
Allah s.w.t.


2
http://islamic.xtgem.com/ibnuisafiles/list/2009/Januari/khilafah/1/khilafah10.htm
6

Oleh karena itu senantiasa ada peringatan dari Rasulullah SAW untuk umatnya agar
menyadari di zaman apa dia berada dan bagaimana dia harus bertindak demi menyelamatkan
Iman dan Islamnya.

Rasulullah SAW bersabda :
"Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana
yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman
khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu
sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman
pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah
mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan
penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku
pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian"
[H.R. Imam Ahmad, Bazzar dan Attabrani dari Abu Huzaifah Al-Yamani]
Hadith diatas jelas menunjukkan bahwa Umat Rasulullah SAW akan menempuh 4 zaman
secara bergilir-gilir sebelum berlakunya hari kiamat iaitu:
1. Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat
2. Zaman Khulafaurrasyidin dan rahmat
3. Zaman pemerintahan yang menggigit (kerajaan-kerajaan Islam)
4. Zaman fitnah (kerosakan) dan kegelapan
5. Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang berjalan diatas cara hidup zaman kenabian
yakni zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa.
3

Zaman Fitnah atau Zaman Kerosakan
Zaman ini dimulakan dengan jatuhnya kekhalifahan Islam terakhir, iaitu kekhalifahan
Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924 dan masih berterusan sehinggalah ke hari ini.

3
http://kawansejati.ee.itb.ac.id/book/export/html/16105
7

Zaman ini merupakan zaman kerosakan dan kegelapan. Pada zaman ini umat Islam
berada di dalam kehinaan yang berpanjangan, yang merupakan akibat dari kelalaian dan sikap
mereka sendiri yang mendapat kemurkaan Allah. Beberapa ciri-ciri zaman fitnah ini adalah :
1. Negara Islam satu persatu mulai jatuh dan dijajah oleh orang kafir.
2. Akidah umat Islam pada saat itu sangat rapuh, ada diantaranya Islam di waktu pagi dan
kafir di waktu petang
3. Ibadah sangat lemah, solat, puasa dan membaca Al-Qur'an tidak lagi diamalkan secara
bersungguh-sungguh atau tidak diamalkan sama sekali.
4. Ukhuwah sesama Islam sangat lemah sehingga terjadi peperangan dan pembunuhan
sesama umat Islam.
5. Penyakit cinta dunia dan takut mati sangat tebal dalam hati umat Islam. (wahan)
6. Kemungkaran yang terjadi dalam masyarakat Islam hampir tidak ada bezanya dengan
apa yang terjadi dalam kalangan masyarakat yang bukan Islam.
7. Wanita-wanita Islam telah dicabut rasa malunya dengan bertingkah laku tidak
senonoh, menampakkan aurat di depan umum, menari dan menyanyi tanpa menjaga
harga diri.
8. Umat Islam terhina di seluruh aspek kehidupan. Politik, ekonomi, pendidikan,
pengobatan, pertanian, dan lain-lain, sehinggakan umat Islam terpaksa bergantung
pada sistem kufur.
9. Sedikit demi sedikit cara hidup umat Islam telah mengikuti cara hidup orang-orang
Yahudi dan Nasrani.
4

Namun begitu, masih adanya suatu golongan pada waktu zaman kegelapan ini yang
sentiasa bersungguh-sungguh dan bersemangat membantu umat Islam untuk keluar dari lembah
kehinaan ini walaupun mendapat tentangan yang hebat. Inilah dia, golongan-golongan yang
lemah tetapi mempunyai keyakinan dan keimanan yang kuat dan kukuh serta perjuangan yang
padu.
Rasulullah SAW pernah bersabda :

4
http://kawansejati.ee.itb.ac.id/book/export/html/16105
8

"Senantiasa ada di kalangan umatku satu thoifah yang akan menzahirkan kebenaran dan tidak dapat
dibinasakan oleh orang-orang yang tidak suka disisi mereka sampailah hari kiamat"
Seperti yang kita ketahui, bukanlah suatu kerja yang mudah untuk menghidupkan suasana
Islam di tengah-tengah zaman fitnah yang mana berlakunya kegelapan dan kerosakan di mana-
mana sahaja dan mereka ini senantiasa diuji dan ditentang dengan berbagai-bagai macam fitnah
dan ancaman. Tepat sekali sabda Rasulullah yang mengatakan bahawa Islam akan kembali asing.
Namun walaupun begitu, Islam akan kembali kuat dan memusnahkan segala bentuk
kekufuran sebagaimana Rasulullah dulu berjaya melakukannya yakni dengan jalan berdakwah
dan mendidik hati manusia. Inilah langkah-langkah awal menuju zaman Imam Mahdi dan Nabi
Isa yang merupakan peringkat akhir zaman yang yang menandakan bahawa kita semua bakal
menghadapi hari kiamat seperti mana yang telah dijanjikan Allah sejak dahulu lagi.
5
















5
http://kawansejati.ee.itb.ac.id/book/export/html/16105
9



GOLONGAN GHURABA
Benarlah kata orang, dunia semakin hari semakin terbalik kepada 360 darjah.
Pengamalan dan penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian lebih dianggap sebagai
budaya daripada kefahaman kita sendiri tentang kewajiban dan sebab Allah menurunkan perintah
untuk membuat sesuatu itu. Cuba kita saksikan, betapa ramainya wanita Islam atau nisa yang
bertudung, tetapi kelihatan seakan-akan tidak bertudung. Sedihnya pakaian yang membaluti
tubuh mereka mengatakan bahawa tiada fungsinya untuk bertudung. Ramai juga yang saya lihat
bertudung, tetapi sayangnya tudung yang melitup kepala itu tidak mampu menyembunyikan
kerendahan akhlak mereka terutamanya remaja-remaja perempuan yang sudah berani untuk
mencabar masyarakat dengan perangai-perangai yang saya kira tidak pernah dipraktiskan semasa
zaman khalifah. Untuk apa kita bertudung? Mungkin bagi mereka ini bertudung hanya kerana
ahli keluarga yang lain bertudung, dan mungkin sekolah mewajibkan pemakaian tudung dan
mungkin alasan yang paling teruk dari itu ialah bapa dan ibu seorang ustaz ataupun ustazah.
Bukankah kefahaman tentang agama itu lebih penting?

Ramai juga yang menyatakan bahawa sukar untuk membawa dan menyesuaikan Islam
yang sebenar di dalam kehidupan hari ini. Islam mula dipandang serong, malah dijauhi. Ini
adalah kerana, apabila kita cuba untuk mengambil Islam secara separuh-separuh tanpa
menyeluruh, kita diibaratkan seperti melawan arus.
Ibarat kita sedang mendaki gunung, sedang ramai pula yang bergerak turun. Kelihatan
pelik, asing.
6

Bila tidak ada teman wanita, dianggap tidak macho. Yang wanitanya pun sama dua kali
lima, segan bila tiada teman lelaki, takut dikatakan tidak laku. Rasa teramat pelik apabila ada

6
http://ms.langitilahi.com/?s=ghuraba%27
10

yang tergamak melabelkan status gay dan lesbian kepada mereka yang tidak berminat untuk
memburu pasangan semata-mata untuk hiburan duniawi. Bila yang penagih cuba untuk berubah
ke arah kebaikan, dikatakan hipokrit dan menunjuk-nunjuk. Bila dinasihati, mula digelar ustaz
dan ustazah. Apakah ustaz dan ustazah sahaja yang Allah amanahkan untuk menyampaikan
dakwah?
Bila difikir-fikirkan, kadangkala perkara-perkara sebeginilah yang menjadikan penerapan
nilai-nilai Islam dalam kehidupan sedikit terjejas dan terbantut. Dan, kadangkala perkara-perkara
seperti ini jugalah yang menyebabkan kita rasa terbeban dan berasa sedikit keberatan untuk
mengamalkan Islam secara menyeluruh. Ini belum lagi ditambah dengan dugaan, godaan dan
hawa nafsu yang begitu kuat untuk bersama-sama dan turut serta dengan mereka yang di atas ini
untuk terus menjadikan Islam semakin dipandang serong.
Inilah yang dinamakan ghuraba.
Namun ini situasi mereka yang bahagia, walaupun kebahagiaan itu bukan datang dari
manusia sekelilingnya. Dan, mereka yakin mudarat dari manusia itu sendiri tidak akan dapat
untuk dibawa ke mana-mana sejajar dengan hadith Rasulullah sekiranya mereka itu berkumpul
untuk memberikan mudarat kepadamu, maka mereka itu tidak akan mampu memudaratkan kamu walau dengan
apa pun kecuali dengan apa yang telah ditetapkanNya ke atas kamu Hadith riwayat Tirmidzi, hadith ke 19 di
dalam hadith 40 An-Nawawi.
7


KEBAHAGIAAN YANG TERTINGGI
Sabda Rasulullah:
Islam itu datang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana mulanya ia, maka
beruntunglah orang-orang yang asing (ketika keasingan Islam yang kedua itu)
Hadith riwayat Muslim.
8


7
http://ms.langitilahi.com/?s=ghuraba%27
8
http://ms.langitilahi.com/?s=ghuraba%27
11

An-Nawawi rahimahullah menukil keterangan al-Harawi bahawa makna orang-orang
yang asing adalah: orang-orang yang berhijrah meninggalkan negeri/daerah mereka karena
kecintaan mereka kepada Allah s.w.t (Syarh Muslim, 1/235).
Ada yang bertanya, Siapakah yang dimaksud dengan orang-orang asing?. Beliau
menjawab, Iaitu orang-orang yang memisahkan diri dari kabilah-kabilah [mereka]. (HR.
Ibnu Majah [3978] dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam Shahih wa Dhaif Sunan Ibni Majah
[8/488] namun tanpa tambahan ada yang bertanya, dan seterusnya, as-Syamilah).
Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dari Abdullah bin Amr bin al-Ash
radhiyallahuanhu, dia mengatakan; Suatu hari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam berbicara
dan ketika itu kami berada di sisi beliau, Beruntunglah orang-orang yang asing. Kemudian
ada yang menanyakan, Siapakah yang dimaksud orang-orang yang asing itu wahai
Rasulullah?. Maka beliau menjawab, Orang-orang salih yang hidup di tengah-tengah
orang-orang yang jelek lagi banyak [jumlahnya]. Orang yang mendurhakai mereka lebih
banyak daripada orang yang menaati mereka. (HR. Ahmad 6362 [13/400], disahihkan al-
Albani dalam Shahih w a Dhaif al-Jami 7368 [3/443] as-Syamilah).
Tambahan, Imam at-Tirmidzi membawakan hadith dari Anas bin Malik
radhiyallahuanhu, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Akan datang suatu
masa ketika itu orang yang tetap bersabar di antara mereka di atas ajaran agamanya
bagaikan orang yang sedang menggenggam bara api. (HR. Tirmidzi [2260] disahihkan al-
Albani dalam Shahih wa Dhais Sunan at-Tirmidzi [5/260], as-Shahihah no 957. as-Syamilah).
9


KEUNTUNGAN YANG TERTINGGI
Berdasarkan hadith di atas juga, Rasulullah s.w.t telah menggunakan perkataan Tuuba
dan bukannya Basyara yang membawa maksud kegembiraan kerana, Tuuba, merujuk kepada
keuntungan yang paling tinggi.

9
http://abu0mushlih.wordpress.com/2009/01/17/orang-orang-yang-asing/
12

Apakah yang dimaksudkan dengan keuntungan yang tertinggi? Sudah tentu, tidak lain
dan tidak bukan iaitu syurga Allah yang kekal abadi.

Firman Allah;


(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-
taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik
dalam Syurga Adn . Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu
pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang
menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. Surah As-Saff ayat 12-13.
10


Tidak dinafikan, memang sukar untuk menolak sesuatu perkara yang sangat menarik,
tetapi tidak mendapat redhaNya. Wahai saudara, ingatlah dan ketahuilah bahawa bukannya
senang untuk kita mendapat keuntungan yang tertinggi jika kita sendiri tidak sanggup berkorban
untuk tidak melayan kerenah nafsu amarah kita. Saya ambil satu analogi yang cukup ringkas,
contohnya dalam sistem barter, adakah kamu sanggup untuk menukarkan satu peti emas kamu

10
http://abu0mushlih.wordpress.com/2009/01/17/orang-orang-yang-asing/

13

kepada satu peti kapas milik orang lain? Jawapannya , sudah tentu tidak. Maka, janganlah kita
semudah-mudahnya fikir dan ingat Allah sungguh senang untuk menghadiahkan kamu
syurgaNya jika kamu tidak sedikit pun mahu berkorban untukNya sedangkan kamu sudah
maklum bahawa perkara yang kamu lakukan itu sudah terang lagi bersuluh pasti akan memakan
diri kamu sendiri.
Jadinya, marilah kita berusaha bersama-sama menjadi golongan ghuraba, walaupun
seluruh dunia membenci dan berkomplot merosakkan kita, namun kita tetap tenang dan bahagia
jiwanya, merdeka hatinya, kerana kita perlu percaya bahawa ada yang menjaga kita.
Akhir kata, benarlah keperitan itu sendiri ialah mahar dan bayaran untuk syurga. Tiada
yang mudah untuk mendapatkan sesuatu yang paling tinggi nilainya, jadikan sabar sebagai
penyelesaiannya. Jangan lakukan sesuatu kebaikan untuk menunjuk-nunjuk tetapi, kita
menghidupkan dan membumikan nilai-nilai Islam yang izzah di dalam kehidupan hanya kerana
untuk mencapai redha Allah Ar-Rahim kerana,

Sesungguhnya agama (yang di redhai) di sisi Allah hanyalah Islam Ali Imran ayat 19.
14


Celupan Allah, dan siapakah yang lebih baik daripada Allah akan acuannya? Al-Baqarah ayat 138

IKHTILAT
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang
lain yakni mencampurkannya.
Dari segi syara, ikhtilat bererti percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan
mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di
satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan
bertegur sapa.
11

Ikhtilat sering kali dipandang remeh oleh remaja-remaja masa kini. Masalah ikhtilat yang
semakin bermaharajalela seakan-akan terkubur lalu lenyap tanpa ada seorang pun diantara kita
yang mampu membuka mulut untuk bersuara. Kerana apa? Adakah kerana kita takut untuk
digelar sebagai seorang yang kuno dan tidak mengikut trend semasa? Adakah kerana kita takut
dipulau dan diasingkan? Jikalau ya jawapannya, maka rugilah kita kerana sesungguhnya Allah
telah menjanjikan kebahagiaan kepada golongan ghuraba, iaitu golongan yang terasing.
Kalau kita perasan, sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga menuntut ilmu dengan isteri
Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW. Bagaimana kah cara mereka menuntut
ilmu dengan isteri Rasulullah SAW?

11
http://kufahukm.blogspot.com/2010/07/ikhtilat-itu-halal.html
15

Isteri Rasulullah SAW akan berada di belakang tabir, kemudian menyampaikan ilmu.
Nampak? Wahai perempuan, anda dengan isteri Rasulullah SAW, siapakah yang lebih
tinggi imannya? Wahai lelaki, siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan sahabat
Rasulullah SAW? Sedangkan mereka yang telah dijanjikan syurga ini pun masih lagi bertabir,
menjaga pandangan, menjaga ikhtilat, bagaimanakah kita?
12

Penting sangatkah menjaga ikhtilat dan bagaimanakah masalah ikhtilat ini sendiri telah
menyumbang ke arah kehancuran ummah?
Pertamanya, IA, SANGAT PENTING. Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas
apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW,
bahawa syaitan pasti menjadi orang yang ketiga di antara seorang lelaki dan perempuan yang
berdua-duaan.
Islam juga menyeru kita agar menjaga pandangan. Maksud menjaga di sini ialah
mengawal dan menundukkan pandangan terutamanya An-nisa, tidakkah kamu ketahui bahawa
pandangan seorang perempuan merupakan satu panahan mata syaitan?
Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama)
kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

12
http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/
16


Firman Allah s.w.t: Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan
mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang
yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka. An-Nur ayat 31
13

Jangan ingat hanya manusia sahaja yang mendiami alam ini. Haiwan, tumbuh-tumbuhan
juga merupakan sebahagian daripada makhluk Allah. Malah, syaitan yang dijadikan daripada api
itu juga pada asalnya merupakan makhluk Allah yang sungguh mulia tetapi malangnya telah
dicampak ke dunia dengan kemurkaan Allah atas sikapnya yang ingkar kepada Penciptanya.
Ketelanjuran dalam tidak menjaga ikhtilat boleh menyeru ke arah sesuatu yang lebih mungkar,
iaitu zina. Dan, malangnya syaitan juga turut membantu manusia dengan berbisik-bisik kepada
mereka supaya leka dan tidak hairan tentang masalah ikhtilat lalu kemudiannya menyeru
manusia untuk berzina dengan cara yang paling halus. Ya, memang benar, semua yang dijadikan
di dunia ini adalah berpasang-pasangan untuk melengkapi antara satu sama lain. Tetapi, haruslah
kita sisipkan ke dalam hati dan berikan peringatan kepada minda bahawa maksud berpasang-
pasangan di sini adalah satu hubungan yang halal dan mendapat keredaan Allah. Redhakah
Allah kepada kita yang bercinta?
Allah s.w.t berfirman;

13
http://cebisankenangankirana.blogspot.com/2009/12/buat-sahabatku.html
17


Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang
buruk Al-Israa ayat 32.
Kalau kita perhatikan, ayat larangan mendekati zina terletak di tengah-tengah Surah Al-
Israa. Bukan di hadapan, bukan di belakang. Itu ayat melarang. Satu teguran, pesanan daripada
ALLAH SWT untuk menyatakan buruknya zina itu.

Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka dan memelihara
kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang
mereka kerjakan An-Nur ayat 30.
14

SESUATU UNTUK KITA PERHATIKAN DAN TAHU.
Cuba perhatikan:
1) Surah Al-Israa ayat 15
- Allah berfirman bahawa Dan janganlah kamu dekati
(dekati dalam bahasa arab: Taqrobu)

2) Surah An-Nur ayat 30

14
http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/
18

- Allah berfirman bahawa Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
kerjakan (kerjakan dalam ayat ini: Ma Yasnauun)

3) Surah An-Nur ayat 31 dan 32
- Allah berfirman bahawa Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka
menjaga pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu
lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
kerjakan Surah An-Nur ayat 30.

Kemudian ALLAH SWT berfirman lagi: Dan katakanlah kepada para perempuan
yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluan
mereka Surah An-nur ayat 31.
Persoalan dan jawapan:
1) Mengapakah Allah menggunakan perkataan dekati dan bukannya jangan melakukan?
Ini adalah kerana Allah tahu bahawa manusia bijak mencipta alasan walhal pada
hakikatnya mereka tidak mahu mengaku kesilapan mereka. Seandainya Allah
menggunakan perkataan jangan melakukan sudah pasti ramai yang mengendahkan
perihal ikhtilat kerana seseorang yang tidak menjaga ikhtilat tidak bermaksud bahawa
dia telah berzina . Sudah pasti ramai lelaki dan perempuan yang berdua-duaan serta
bergurau-senda tetapi mereka mengaku bahawa mereka tidak berzina. Ya, memang
mereka tidak berzina secara terus terang tetapi mereka berada di dalam landasan ke arah
zina.

2) Perkataan ma yasnauun telah Allah gunakan dan bukannya ma yafaluun walaupun
kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama iaitu apa yang mereka kerjakan.
Tahukah kamu bahawa Yafaluun bermaksud benda yang dibuat tanpa sedikit-sedikit
dan secara terus. Contohnya, seperti perbuatan menikam, kita terus menghunus pisau ke
arah seseorang dan kesannya terus dapat dilihat dan dirasai. Manakala yasnauun
bermaksud sesuatu yang dilakukan sedikit-sedikit sehingga akhirnya mencapai
matlamat. Contohnya, seperti ulang kaji pelajaran. Perlu dilakukan secara berulang kali
19

untuk kita lihat kesannya. Maka, mengapa Allah gunakan Yasnauun dalam konteks
menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan? Ini adalah kerana, Allah ingin
memberitahu kita bahawa perkara-perkara yang kita lakukan untuk menghampiri zina
selalunya dilakukan secara perlahan-lahan dan sedikit-sedikit tetapi kesannya amatlah
besar.

3) Mengapakah Allah telah menyebut lelaki dahulu dalam ayat yang ke-31 tetapi pada ayat
yang ke-32 Allah telah menyebut perempuan pada permulaannya? Saksikanlah, betapa
indahnya susunan ayat-ayat cinta dari Allah kepada hamba-hambanya. Dalam ayat yang
ke-31 Allah telah menyebut lelaki pada awalnya kerana hakikatnya, lelaki lebih lemah
dan mudah tertewas apabila berhadapan dengan hawa nafsu. Manakala penggunaan
perkataan perempuan pada awal ayat yang seterusnya adalah kerana hakikatnya,
perempuanlah yang selalunya pencetus kepada zina itu sendiri lebih-lebih lagi mereka
telah Allah jadikan lebih istimewa dengan rupa paras yang indah dan cantik serta
perlakuan yang manja dan lemah-lembut.
Justeru, sekiranya kita benar-benar memahami maksud yang tersurat di dalam ayat-ayat
Allah, nescaya kita dapat menangkap apa yang sebenarnya Allah benar-benar ingin sampaikan
kepada kita. Merujuk kepada surah An-Nur ayat yang ke-31 dan 32, Allah s.w.t sememangnya
ingin memberitahu kepada kita secara halus lumrah kejadian Adam dan Hawa. Walaupun
umumnya kita ketahui bahawa Adam diciptakan bersama 9 akal dan 1 nafsu, tetapi 1 nafsu itu
sebenarnya jauh lebih besar dan menandingi 9 nafsu yang ada pada kaum Hawa. Bagi yang
Hawa pula, jadikan kelembutan itu bukan satu kelemahan. Gunakanlah keistimewaan-
keistimewaan yang telah Allah hiaskan dan hadiahkan kepada kita untuk membangunkan jiwa
umat Islam melalui dakwah, bukannya membangunkan keghairahan seorang insan yang bergelar
Adam. Ingatlah, sebaik-baik perhiasan di dunia ialah wanita solehah.
Wahai saudara seIslamku! Bangkitlah kita selepas tersedarnya kita daripada kekurangan
yang ada pada diri. Jangan sesekali meletakkan kesalahan ini pada Allah, malah kita sepatutnya
menjadikan kelemahan itu sendiri sebagai satu kelebihan. Janganlah kita mudah terpedaya
dengan janji-janji indah syaitan laknatullah kerana ia memang membahagiakan di dunia, tetapi
kelak mendapat azab yang keras di akhirat sana. Ketahuilah sendiri bahawa bertapa zalimnya
20

syaitan-syaitan ini kerana mereka juga tidak akan sesekali membela kita di Mahsyar sana seperti
mana anggota-anggota tubuh kita lakukan. Malah, mereka sendiri akan mengaku di hadapan
Allah bahawa mereka sendiri adalah pendusta dan penyesat kepada kaum manusia.
Firman Allah s.w.t;

Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan: Sesungguhnya ALLAH telah
menjanjikan kepadamu janji yanng benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku
menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu (aku tidak memaksamu) melainkan
aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu
mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu
pun tidak akan dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu
menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan
mendapat siksaan yang pedih Surah Ibrahim ayat 22
15

Sebagai penutup, menjaga ikhtilat datangnya daripada inisiatif diri kita sendiri. Maruah
dan kesucian kita juga terutamanya Hawa, terletak pada bagaimana kita menguruskan masalah
ikhtilat dalam kehidupan.
Ayuh wahai saudara dan saudari! Berkejarlah dan berusahalah kita untuk kembali
menjadi umat yang gemilang. Wahai kaum muslimin, kembalikan pahlawan-pahlawan kami
semasa zaman khalifah yang terdahulu! Sesungguhnya, kami amat rindu akan ketegasan Umar

15
http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/
21

Al-Khatab, kami sangat dambakan kebijaksaan Ali bin Abi Talib, dan kami sangat memerlukan
keberanian Sultan Muhammad Al-Fateh!








KERUNTUHAN NILAI-NILAI
MORAL
Entah ke berapa kali masyarakat dikejutkan dengan berita penemuan mayat bayi dalam
plastik sampah, di dalam longkang, di kawasan perkuburan dan yang lebih dasyat di dalam atau
kawasan persekitaran masjid. Apa, mereka fikir membuang bayi di masjid dosanya lebih kurang
berbanding jika membuang di tempat lain? Tidak, janganlah kita cuba bermimpi. Kalau
direnungi balik secara mendalam, betapa maha sucinya sifat Allah sebagai Ar-Rahim yang
sentiasa menjaga makhluk yang bernama manusia ini kerana walau di mana dan dalam apa cara
sekalipun cara kematian seseorang itu, ia pasti akan ditemui oleh manusia yang lain untuk
diuruskan jenazahnya. Lihatlah, seperti kes baru-baru ini, Allahyarhamah Datuk Sosilawati dan
tiga lagi mangsa pembunuhan kejam seorang peguam yang hilang secara tiba-tiba. Namun,
lihatlah bertapa maha baiknya Allah S.W.T kerana telah membantu pihak berkuasa yang terlibat
untuk menyingkap segala kekeliruan fakta yang mana akhirnya kes ini hampir mendapat
penyelesaiannya apabila kesemua mangsa dikhabarkan telah disembelih dan dibakar dengan
kejam.
22

Berbalik semula pada kisah buang dan bunuh bayi ini, sebenarnya umat manusia secara
sedar atau tidak sudah mula kembali ke zaman Jahilliyah. Apa yang sebenarnya dimaksudkan
dengan Jahiliyyah ni? Merujuk kepada satu blog, istilah Jahiliyyah diterangkan seperti berikut:
Dari segi bahasa, jahiliyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala
dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini
ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang
mundur dari segi akhlak dan sosial. Pada zaman Jahiliyah, nilai kepercayaan dan moral orang
Arab adalah amat rendah kerana tiada seorang nabi yang diutuskan untuk memberi petunjuk dan
tiada satu kepercayaan agama yang dapat membawa kepada kesejahteraan manusia di dunia dan
akhirat.
Malah ada yang sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup demi menjaga maruah
mereka. Kaum wanita pada ketika itu dianggap seperti barangan dagangan dan mempunyai taraf
yang cukup rendah.
Sudah banyak persamaan yang kita telah temui pernah dilakukan di zaman Jahiliyyah di
perlakukan semula di zaman yang dikatakan moden dan bertamadun ini. Mungkin juga lebih
dasyat dari zaman Jahiliyyah kerana semakin banyak peristiwa yang aneh lagi kejam saya rasa
anda semua pernah didedahkan melalui media massa dan internet untuk membuktikan
kejahiliyyahan masyarakat kita.
16

Berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi
dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka
tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada 83 kes berkenaan, 79 membabitkan kes
pembuangan bayi yang baru dilahirkan. Manakala empat kes pembuangan janin.
17

Contohnya, dalam isu kes pembuangan bayi, sekurang-kurangnya masyarakat Jahiliyyah
hanya menanam dan membunuh anak perempuan mereka kerana gusar akan membawa
kecelakaan kepada keluarga, tetapi di zaman kita? Tidak kira jantina, semuanya menjadi mangsa
pembuangan sungguhpun bayi yang dilahirkan itu sempurna pada zahirnya. Mereka juga bukan

16
http://myjazmanie.com/2009/selamat-kembali-ke-zaman-jahiliyah/
17
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buangbayigejalajahiliahmoden/Article/index_html
23

ditanam, tetapi dilempar, dicampak seperti sampah yang tidak memberi apa-apa manfaat, malah
lebih hina daripada itu.
Pada zaman arus kemajuan modenisasi ini juga kita dapat lihat betapa dasyat dan
teruknya kejatuhan akhlak dalam kalangan masyarakat itu sendiri terutamanya golongan belia
yang bakal menerajui pucuk kepimpinan negara kelak. Mereka yang telah berzina lalu telah
menghasilkan benih tanpa ikatan yang sah di sisi Islam kebanyakannya telah mengambil jalan
mudah dengan menggugurkan benih yang telah dikandung. Tidakkah mereka terfikir bahawa
berzina itu merupakan dosa yang pertama, manakala menggugurkan itu menjadi dosa yang
kedua? Itulah dia manusia zaman globalisasi, tergamak membunuh zuriat sendiri demi membela
maruah di mata masyarakat, tetapi hina di mata Allah s.w.t. Siapa kita untuk mencabul hak Allah
dalam mencabut roh seorang manusia? Ada pula sesetengahnya di antara kita yang mengambil
keputusan untuk menggugurkan kandungan atas sebab-sebab remeh, contohnya seperti
membebankan dan meningkatkan kos sara hidup. Tidakkah mereka ketahui bahawa anak itu
sendiri rezeki dan rahmat dari Allah? Renung-renungkanlah firmanNya ;
Allah SWT berfirman,

"Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka karena kebodohan lagi tidak
mengetahui, dan mereka mengharamkan apa yang telah Allah rizkikan kepada mereka dengan semata-mata
mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk,"
Al-An'aam ayat 140.
24


"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan member rizki
kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar,"
Al-Israa' ayat 31.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud r.a, ia berkata, aku bertanya,"Ya Rasulullah, dosa apakah
yang paling besar?" Beliau menjawab, "Iaitu engkau menyekutukan Allah sementara Dia-lah
yang telah menciptakanmu." Aku kembali berkata, "Kemudian apalagi?" Beliau menjawab,
"Engkau membunuh anakmu karena engkau takut ia makan bersamamu." Aku katakan, "Lantas
apalagi?" Beliau menjawab, "Engkau menzinahi isteri tetanggamu sendiri." Kemudian turunlah
ayat yang membenarkan sabda Nabi saw,

Dan orang-orang yang tidak beribadah kepada ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa
yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yagn
melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat pembalasan dosanya," Al-Furqaan ayat 68
18

Manusia memang pandai membuat sesuatu keputusan yang memberikan kenikmatan dan
kepentingan kepada diri mereka sendiri, namun tidak pandai untuk bertanggungjawab atas kesan
kepada perbuatan itu. Adakah ini memang suatu hakikat kejadian seorang manusia yang Allah
ciptakan?

18
http://alislamu.com/content/view/2809/67/
25

Sudah pasti jawapannya, tidak.
Ketahuilah wahai saudara, bahawa manusia dan tanggungjawab tidak mampu untuk
dipisahkan sepertimana air yang dicencang takkan putus. Bermula daripada tanggungjawab yang
paling utama iaitu tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada Tuhannya sehinggalah kepada
tanggungjawab sebagai seorang saudara seIslam. Sesungguhnya, salah satu aspek bagi
menentukan sama ada seseorang itu berjaya mahupun tidak, tentukanlah dan ukurilah melalui
cara bagaimana seseorang itu melaksanakan tanggungjawabnya di dunia.
Ada juga sebahagian daripada kita yang berkata bahawa semua kesalahan-kesalahan
yang pernah berlaku dalam kehidupan ini merupakan takdir suratan Illahi. Betulkah? Tidak,
jawapannya. Setiap Muslim tidak akan dibebani dengan tanggungjawab orang lain dan
Allah berfirman lagi, "Setiap jiwa adalah barang gadai bagi apa yang ia kerjakan.
19

Terimalah hakikat bahawa seorang Muslim tidak boleh menganggap sesuatu yang tidak
baik itu berlaku hanya disebabkan oleh takdir, sedangkan kesalahan yang dilakukan itu berpunca
daripada diri kita sendiri yang bertindak menurut nafsu semata-mata. Tanggungjawab tetap
tanggungjawab, yang mana wajib kita jalankan. Mulai dari hal yang sangat kecil sampai yang
paling besar. Firman Allah;


19
http://riohode.blogspot.com/2010/05/manusia-dan-tanggung-jawab.html
26


"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasannya). Dan
barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasannya) pula"
Al Zalzalah ayat 7-8.
20

Kesimpulannya, masyarakat saban hari sudah berjinak-jinak untuk meniru cara hidup
masyarakat jahilliyah malah lebih teruk daripada itu. Nilai-nilai Islam yang izzah tidak lagi
dihayati sepenuhnya dalam kehidupan dan pegangan agama mereka semakin lemah dan longgar.
Sifat kasih dan sayang terhadap sesama manusia juga semakin pudar manakala sikap
mementingkan diri semakin merajai diri, seterusnya menyumbang kepada ketandusan akhlak
yang mulia dalam kalangan umat. Akhir kata, sedarilah, walaupun pada zahirnya kita boleh
dikatakan cemerlang dan hebat dalam menguasai ilmu dunia, tetapi hakikatnya pemikiran dan
tindak-tanduk akhlak kita tetap hina seperti mereka yang hidup di zaman jahilliyah. Perkara-
perkara sebegini seharusnya tidak dipandang enteng dan hanya perlu menutup sebelah mata
kerana merekalah yang kita semua impikan untuk kembalikan kegemilangan zaman khalifah
yang pernah muncul suatu ketika dahulu. Siapa mereka?
Golongan belia yang masih mampu menegakkan panji-panji Islam dalam diri mereka.







20
http://riohode.blogspot.com/2010/05/manusia-dan-tanggung-jawab.html
27













PENUTUP
Sebagai penutup, pertamanya, jutaan terima kasih ingin saya ucapkan terutamanya
kepada pensyarah pendidikan agama Islam kelas M10E, iaitu Ustaz Abdul Jamir Md Saad kerana
telah memberikan peluang dan masa kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun tajuk
yang dipilih ini agak sukar tetapi saya bersyukur kerana melalui tugasan ini, serba sedikit dapat
membuka minda serta meningkatkan pengetahuan saya mengenai sistem sosial menurut Islam.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu bapa, kaum keluarga dan para sahabat
yang membantu dalam penyiapan kerja kursus ini sama ada secara langsung ataupun tidak.
Semoga jasa dan pengorbanan kalian akan dibalas dengan keredhaan Allah s.w.t. yang tiada
tolok bandingnya.
Kesimpulannya, apa yang dapat konklusikan apabila siapnya kerja kursus ini ialah ketiga-
tiga isi-isi kecil di bawah tajuk sosial yang telah saya pilih (golongan ghuraba, ikhtilat,
keruntuhan nilai-nilai moral) ini saling berkait antara satu sama lain. Cuba perhatikan dan
28

renung-renungkan, apabila kita takut untuk menjadi golongan ghuraba, maka kita akan mula
terlibat dengan sesuatu perkara yang sudah biasa dan tidak lagi asing dalam masyarakat pada hari
ini walaupun pada hakikatnya perkara itu bertentangan arus dengan fitrah kita seperti tiada
kesedaran dalam menjaga ikhtilat. Apabila terjerebaknya kita ke arah perkara-perkara seperti itu,
maka kemudiannya terjadilah sesuatu yang jauh lebih dasyat seperti zina. Kesan kepada zina
akhirnya telah melahirkan seorang individu yang tandus akhlaknya serta cerminan kepada kaum
yang wujud semasa zaman Jahilliyah di mana mereka cuba untuk membunuh janin hasil
pekerjaan terkutuk mereka semata-mata untuk menutup aib diri sendiri.



Sesungguhnya, teruskanlah usaha kita untuk menghidupkan suasana Islam di tengah-
tengah zaman kegelapan ini. Walaupun kita dipandang hina di sisi manusia, tetapi Allah sentiasa
memuliakan dan mengangkat darjat kita sebagai hambaNya, insyaAllah. Bangkitlah wahai adam
dan hawa! Tegakkan semula syiar Islam di Bumi Allah ini. Janganlah lelaki memandang
wanita, kaum yang lemah. Golongan yang menyediakan makanan semta-mata serta dianggap
hanya sebagai orang yang melahirkan zuriat semata-mata. Marilah kita juga menjadi seperti
wanita-wanita di zaman Rasulullah. Seorang wanita yang cekal, tabah serta sabar. Contohnya,
kita boleh lihat bagaimana Ummu Hakim Bintu Al-Harith bin Hisyam berjaya mengislamkan
suaminya Ikrimah bin Abi Jahal serta kekuatan iman Sumaiyyah Ummu Ammar, wanita pertama
yang syahid didalam Islam kerana dibunuh oleh Abu Jahal.
21

Maka dengan ini, marilah kita juga semua bangkit untuk tidak menjadikan masalah
ikhtilat sebagai suatu masalah yang membelengu diri kita kerana ikhtilat itu sendiri ialah
pencetus kepada zina, dan kemungkinan orang yang takut untuk menjadikan masalah ikhtilat itu
sebagai sesuatu yang sensitif ialah orang yang masih belum tahu kemanisan menjadi golongan

21
Buku Api Kebangkitan Islam & Cabaran Abad Ke-21 oleh Fathi Yakan
Malu menjadi
golongan
ghuraba
Tidak
menjaga
batasan
Ikhtilat
Keruntuhan
nilai-nilai
moral
29

ghuraba. Islam agama yang paling sempurna. Paling lengkap, dan tiada keraguan terhadapnya.
Ia datang dari Allah, seorang Tuhan dan bukannya manusia.
22










RUJUKAN
1) Al-Quran Digital

22
http://abu0mushlih.wordpress.com/2009/01/17/orang-orang-yang-asing/

30


2) Buku Api Kebangkitan Islam & Cabaran Abad Ke-21
Penulis : Fathi Yakan
Penterjemah : Ibnu Ghazali
Terbitan : Jasmin Interprise

3) Artikel dan rujukan blog
i) http://riohode.blogspot.com/
ii) http://alislamu.com/content/view/2809/67/
iii) http://myjazmanie.com/
iv) http://cebisankenangankirana.blogspot.com/
v) http://kufahukm.blogspot.com/
vi) http://kawansejati.ee.itb.ac.id/book/export/html/16105
vii) http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama
viii) http://ms.langitilahi.com/
ix) http://islamic.xtgem.com/ibnuisafiles/list/2009/Januari/khilafah/1/khilafah10
.htm

Anda mungkin juga menyukai