Anda di halaman 1dari 22

KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM

SEM 1/2010

TAJUK : AHL UL KITAB


PENSYARAH : USTAZ ABDUL JAMIR BIN MD SAAD

DISEDIAKAN OLEH
NAMA : SYAKIRAH BINTI AZAMI
KELAS : M10E
NO I/C : 921209-14-6788
Isi Kandungan

Isi Mukasurat

1. Pengenalan 1
2. Siapakah Ahli Kitab 2
3. Agama Yahudi 3
4. Agama Nasrani 6
5. Agama Islam 10
6. Kitab-kitab Suci Yahudi, Kristian, Islam 12
7. Muhammad SAW dan Isa AS dalam agama Yahudi, Kristian dan Islam 14
8. Kesimpulan 16
9. Rujukan 17
10. Lampiran 18
Pengenalan
Pembikinan folio untuk tajuk ini bukanlah sesuatu yang mudah. Secara
amnya, Ahlul Kitab merupakan tajuk umum yang dipelajari dalam silibus Tingkatan 4
dan 5. Tetapi sejarah sebenar di sebalik setiap agama Yahudi, Kristian dan Islam
sebenarnya amat mendalam dan kompleks. Ianya menyentuh sensitiviti, logik akal dan
kebenaran ketiga-tiga agama tersebut sendiri.
Apa yang saya maksudkan di sini ialah ilmu perbandingan agama bukanlah
sesuatu yang boleh difahami dari permukaan sahaja. Pengetahuan melalui kajian yang
mendalam amatlah penting bagi mengelakkan kesilapan fakta mahupun sumber.
Kesilapan yang kecil boleh mengakibatkan perselisihan faham dan pertikaian yang
amat dasyat. Oleh itu, usaha para sejarawan dan ilmuwan wajar dipuji dalam
mewujudkan pemahaman yang jitu yang seterusnya membawa kepada keyakinan dan
keimanan kepada agama yang benar.
Sudah menjadi minat saya untuk mengkaji sejarah-sejarah agama Islam,
Kristian dan Yahudi. Saya mengucapkan ibu saya, Martinelli binti Hashim yang begitu
banyak menceritakan kisah-kisah agama sejak saya bersekolah rendah lagi. Ibu saya
telah mendidik saya bahawa mengamalkan sesuatu ajaran dengan taqlid adalah
sesuatu yang amat ditegah dalam Islam. Sebagai orang Islam, kita dituntut mendalami
ilmu sepanjang hayat. Ilmu Fardhu Ain menjadi kewajipan manakala ilmu Kifayah
amatlah digalakkan untuk menuntutnya. Oleh itu, saya merasakan ilmu perbandingan
agama ini sebagai ilmu yang meliputi kedua-dua ilmu tersebut di mana apabila saya
mempelajari sejarah Islam itu sendiri insyaAllah telah mengukuhkan keyakinan saya
apabila melakukan ibadah seharian.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang lain yang
membantu saya mencari sumber buku untuk dibaca di Perpustakaan UIAM, Gombak.
Pertolongan andalah yang memungkinkan saya menyiapkan folio ini dalam masa yang
dikira singkat.
Saya juga mengharapkan folio ini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat
dan bermakna kepada sesiapa yang membacanya insyaAllah. Wallahu’alam.
Siapakah Ahl Ul Kitab?
Agama Yahudi, Kristian dan Islam ialah agama kitabi atau “agama samawi” iaitu
agama langit yang berdasarkan wahyu yang dikirimkan kepada para Nabi.

Hakikatnya dalam Islam, agama Yahudi dan Nasrani(Kristian) kedua-duanya


bersumber dari wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Musa AS dan Nabi Isa
AS. Ini berdasarkan firman Allah;

٤ َ‫ين ُي ۡؤ ِم ُنون‬
( ) َ ‫ه ۡم ُيوقِ ُنونَ َوٱلَّ ِذ‬ ِ َ ‫ك َوبِٱأۡل‬
ُ ‫خ َر ِة‬ َ ِ‫َق ۡبل‬
‫ل ِمن‬ ِ ‫ك َو َمٓا ُأ‬
َ ‫نز‬ َ ‫ل إِلَ ۡي‬ ِ ‫مٓا ُأ‬
َ ‫نز‬ َ ِ‫ب‬
“Dan orang-orang yang beriman terhadap Kitab yang diturunkan kepadamu
(wahai Muhammad, yakin Al-Quran) dan Kitab yang diturunkan sebelum kamu (Taurat,
Zabur dan Injil), dan mereka yakin terhadap hari kiamat.”

Surah Al-Baqarah, 2:4

Berdasarkan pandangan seorang penulis buku agama dan penulis blog terkenal,
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, terdapat dua pendapat mengenai gelaran Ahli Kitab
pada hari ini;

1) AHLI KITAB WUJUD HARI INI

Ia adalah pandangan kumpulan majoriti ulama semasa termasuk Al-Qaradawi, Al-Buti,


Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lain-lain menyatakan bahawa mereka di anggap ahli kitab
selagi mana mereka percaya kepada Allah SWT. 

2) STATUS AHLI KITAB HARI INI DIPERTIKAI

Manakala kumpulan minoriti menolak pandangan di atas. Menurut mereka , untuk


digelar ahli kitab , sesorang Yahudi dan Nasrani (Rristian) itu mestilah berpegang teguh
dengan ajaran agama samawi masing-masing. Tetapi, jika mereka berpegang dengan
ajaran palsu hari ini di campur pula dengan tidak mengendahkan hal ehwal hukum
agama mereka, mereka tidaklah layak di gelar Ahli Kitab lagi.

Agama Yahudi

Istilah Yahudi berasal daripada perkataan Arab hada – yahudu – haudan yang
bererti taba – yatubu – tauban – taubatan yang bermaksud bertaubat atau orang yang
bertaubat. Terdapat pendapat lain yang mengatakan isitilah yahudi berasal dari nama
salah seorang putera Nabi Yaakub, iaitu Yahuda, putera keempat daripada 12 orang
bersaudara.

Yahudi dan Israel digunakan secara universal tetapi agama Yahudi dan agama
Israel adalah berbeza. Agama Israel ialah agama Yahudi lama yang berasal daripada
Nabi Musa AS dan belum mengalami perubahan. Agama Yahudi pula ialah agama
Israel yang telah mengalami perubahan dengan wujudnya kitab Talmud yang
menggantikan kitab Taurat yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa AS.

Perkembangan agama Yahudi

Pada awalnya, bangsa Israel atau orang Yahudi beriman kepada Allah dan
menurut ajaran Nabi Musa. Namun kelama-lamaan, pengaruh-pengaruh keagamaan
Yahudi terhadap syariat Musa semakin dipengaruhi unsur-unsur kekafiran dan makin
dikotori oleh tokok-tambah daripada para ulama Yahudi sendiri. Sebagaimana firman
Allah;

‫ن‬ َ ‫ادو ْا ٱلَّ ِذ‬


َ ‫ين ِ ّم‬ ُ ‫ه‬َ َ‫ح ِرّفُون‬
َ ‫م ُي‬ َ ‫ه َعن ۡٱل‬
َ ِ‫كل‬ ِ ‫ض ِع‬
ِ ‫ۦ َّم َوا‬
“Sebahagian di antara orang Yahudi ada orang-orang yang telah mengubah
perkataan-perkataan daripada tempatnya.”

Surah An Nisa’, ayat 46


Kerosakan yang paling hebat diderita oleh agama Yahudi ialah ketika bangsa
Yahudi pecah menjadi dua negara dan dibuang dan dihalau. Selepas pembuangan
tersebut, penyelewengan agama Yahudi semakin jelasan. Teguran-teguran daripada
para utusan Allah selepas Nabi Musa (Ilyas, Ilyasa, Danil dan lain-lain) tidak
diendahkan. Para ulama Yahudi sendiri mengaku menambah hukum-hukum mereka
sendiri ke dalam kitab Taurat.

Sepuluh Amar Tuhan

Nabi Musa menerima wahyu Allah yang pertama di Gunung Sinai. Di sinilah Nabi
Musa dan segenap pengikutnya membuat perjanjian antara bangsa Israel dengan Allah
yang dinamkan Sepuluh Amar Tuhan atau Ten Commandements.

1. Tiada Tuhan melainkan Allah.


2. Jangan menyembah berhala.
3. Jangan menyebut Allah dengan sia-sia.
4. Hendaklah mensucikan hari Sabtu.
5. Hendaklah menghormati ibu bapa.
6. Jangan membunuh.
7. Jangan berzina.
8. Jangan mencuri.
9. Jangan bersaksi palsu.
10. Jangan mengingini isteri orang.

Sejarah Keturunan Israel

Sebelum Masihi

2000 – 1300 Zaman Ibrahim, Ishak, Yaakub, Yusuf dan keturunannya.

1300 – 1200 Nabi Musa tinggal di Semenanjung Sinai.

1200 – 1028 Yusak, pengganti Nabi Musa merebut tanah Kanaan (Palestin)

Bangsa Israel lupa perjanjian dengan Tuhan.


1028 – 1013 Raja Thalut (Saul) menjadi pemimpin.

1013 – 973 Nabi Daud menjadi pemimpin.

Bangsa Israel dipandang tinggi dan berada di puncak kejayaan.

973 – 586 Nabi Sulaiman menjadi pemimpin dan kerajaan berpecah dua di
bawah kedua puteranya iaiyu kerajaan Israil di wilayah Galilia dan
kerjaan Judea di wilayah Jerusalem.

586 – 63 Bangsa Israel di era kemusnahan.

Kerajaan Israel dan Judea ditakluk Sargon, Nebukhadnezar,


Babilonia, Cyrus the Great dari Persia, dinasti Achaemenids,
Makedonia, Ptolema, Seleucids, kerajaan Makkabi.

63 Bangsa Isreael di bawah taklukan imperium Rom.

Selepas Masihi

65 – 75 Pemberontakan Yahudi di Palestin apabila panglima Titus


menghancurkan Bait Allah di dataran Zion dan menghalau Yahudi
keluar dari Palestin (Great Dispora)

137 Pemberontakan Bar-Kocheba di Palestin selepas orang Yahudi


beransur-ansur kembali lalu dihalau semula oleh pihak imperium
Rom.

636 – 1916 Palestin di bawah kekuasaan Islam.

1916 – 1948 Palestin di bawah kekuasaan Inggeris.

!948 – sekarang Pembentukan negara Israel.

Upacara-upacara agama

1. Korban ; korban pengampunan dan korban kebaktian tanda syukur.


2. Penyucian ; air suci yang dibuat daripada campuran abu lembu muda merah.
3. Bersunat ; dilakukan pada hari kelapan selepas kelahiran.
4. Nazar ; wajib memenuhi nazar.
5. Dosa dan solat ; berdoa dan bersolat tiga hari sekali pada 9 pagi, 12 tengahari
dan 5 petang. Berdoa dengan cara mengangkat kedua belah tangan ke langit.
6. Puasa – pada hari Pengampunan Besar, hari kesepuluh dalam bulan ketujuh.

Agama Nasrani

Agama Nasrani juga disebut sebagai agama Kristian atau agama Masihi. Istilah
Nasrani berasal dari nama kota Nazaret, dalam bahasa Arab disebut Nashirah, sebuah
kota di sebelah utara Palestin. Nabi Isa AS berasal di kota Nazaret, oleh itu ajaran dan
pengikutnya digelar Nasrani. Secara keseluruhannya, agama Nasrani telah mempunyai
penganut yang amat ramai walaupun mereka berpecah kepada banyak gereja yang
menganggap masing-masing membawa agama yang berdiri sendiri. Antara gereja yang
terbesar ialah Katolik Roma, Katolik Ortodoks, dan Katolik Anglikan. Gereja-gereja kecil
pula ialah Advent Hari Ketujuh, Pantekosta, Mormon dan lain-lain yang melebihi lima
ratus gereja.

Rasul agama Nasrani

Isa alMasih atau disebut Yesus Kristus dianggap pembangun agama Nasrani.
Nabi Isa AS lahir pada 6 SM dan ibunya bernama Maryam atau disebut Maria di kota
Bethlehem, daerah Jerusalem di Palestin. Menurut sejarahwan, Nabi Isa membesar
sebagai pemuda yang cerdas dan terpelihara pergaulannya serta berakhlak mulia.
Pada usia 12 tahun, Nabi Isa bersoal-jawab dengan ulama Yunani mengnai soal-soal
Taurat dan Ketuhanan. Nabi Isa dibesarkan di Nazaret dan sejak 6 tahun, seperti
kanak-kanak Israel yang lain, Nabi Isa memasuki perguruan Taurat. Kerana
kecerdasannya, Nabi Isa dapat memahami hukum Taurat lebih cepat daripada kanak-
kanak lain.

Nabi Isa semakin berani mencabar para ulama Yahudi yang dianggap sudah
banyak menyeleweng ajaran Taurat yang sebenar. Selama tiga tahun, beliau disalibkan
dan kemudian dibuang dari Palestin. Selama kenabiannya, ajaran Nabi Isa dapat
disimpulkan kepada dua hal yang paling penting. Yang pertama, ulama Yahudi
hendaklah kembali kepada syariat Taurat yang sejati, dan jangan membuat hukum baru
seperti yang disebutkan dalam kitab Talmud. Kedua, nabi harapan yang ditunggu
beratus tahun oleh umat Yahudi, yang akan membawa Kerajaan Allah di muka bumi
bukanlah beliau sendiri tetapi akan segera datang selepas kedatangannya dan
kewafatanya.

12 Murid Nabi Isa (Twelve Apostles)

Di antara pengikut Nabi Isa, ada yang diangkat menjadi murid-muridnya dan
ditugaskan untuk menyebarkan aharannya serta menguatkan kembali hukum Taurat
yang asli. Beliau memilih 12 orang murid iaitu Petrus, Andrias, Yakub bin Zabdi, Yahya
bin Zabdi, Filipus, Bartomolomius, Thomas, Yakub bin Alpius, Tadius, Simon Kanani
dan Yudas Iskariot. Di antara murid-murid Nabi Isa ini (dalam Al Quran disebut
hawariyun), dua daripada mereka dianggap sebagai penulis Injil iaitu Matius dan Yahya
bin Zabdi. Seorang lagi murid yang bernama Yudas Iskariot dianggap sebagai
pengkhianat kerana bekerjasama dengan pihak musuh dalam usaha menangkap Isa
dan menyalibkannya.

Paulus

Selain 12 orang murid Nabi Isa yang dianggap para rasul Nasrani, terdapat
seorang rasul Nasrani yang bukan murid Nabi Isa, malahan tidak pernah berjumpa Nabi
Isa dan tidak mendegar langsung huraian Nabi Isa seperti murid-muridnya yang lain.
Rasul itu ialah Paulus atau nama asalnya saul yang mengaku dirinya murid Nabi Isa
setelah tiga tahun menghilangkan diri dari Palestin. Dia merupakan pengikut fanatik
agama Yahudi dan menjadi musuh ketat pengikut-pengikut Nabi Isa. Dia mengatakan
bahawa dia telah bertemu dengan Nabi Isa ketika mengejar pengikut Nabi Isa di
Damsyik untuk diseksa. Di luar kota Damsyik, tiba-tiba dia melihat cahaya memancar
terang dari langit dan dia terdengar suara Isa berseru kepadanya supaya menjadi
pengikut Isa. Selepas itu, kedudukan Paulus lebih dimuliakan daripada kedudukan rasul
rasul Isa yang lain. Ini terbukti apabila 14 suratnya didaftar menjadi isi Perjanjian Baru.
Kitab Kisah Para Rasul juga dianggap seperti kitab Paulus. Pengaruh Paulus menjadi
begitu besar sehingga timbul tuduhan bahawa agama Nasrani sekarang ini lebih tepat
jika disebut sebagai Paulinisme.

Ajaran Paulus

Para ulama Barat bersepakat bahawa terdapat beberapa ajaran Paulus


menyalahi ajaran Jesus (Nabi Isa) tetapi masih dipegang teguh dalam agama Nasrani,
iaitu;

1. Dalam khutbahnya, Nabi Isa selalu menekankan kedatangan Kerajaan Allah;


sedangkan Paulus menitikberatkan kepulangan Nabi Isa sendiri.
2. Nabi Isa tidak pernah membincangkan dosa warisan; sedangkan Paulus
mengajarkan adanya dosa warisan itu.
3. Nabi Isa mengajarkan pengampunan dari Tuhan atas dasar penyesalan dan
taubat yang bersungguh-sungguh dengan adanya sifat Maha Pengampun Tuhan
itu sendiri; tetapi Paulus mengatakan pengampunan Tuhan itu adalah daripada
penyaliban diri Nabi Isa.
4. Nabi Isa tetap mengakui bahawa hukum Taurat masih wajib bagi pengikutnya;
tetapi menurut Paulus, hukum Taurat telah digantikan dengan iman ketika
penyaliban Nabi Isa untuk menebus dosa manusia.
5. Nabi Isa mewajibkan pengikutnya meneruskan hukum Ibrahim untuk bersunat;
sedangkan Paulus tidak mewajibkannya.
6. Nabi Isa menyangkal dan menolak dirinya untuk dipertuhankan di samping
Tuhan yang Maha Esa; tetapi Paulus mengangkat Isa sebagai Tuhan dan
menganggap dirinya sebagai penjelmaan Christ.

Triniti

Penganut Kristian mempercayai Tuhan Esa mempunyai keesaan dalam


kesatuan yang dipanggil Triniti. Esa tetapi tiga, tiga tetapi Esa,

1. Tuhan Bapa (God Father)


2. Tuhan Anak (God Son)
3. Roh Kudus (Holy Ghost)
Sesiapa sahaja penganut Kristian yang menolak Triniti akan dipenjarakan,
dianiayai, dan murtad daripada agama Nasrani. Sekarang Triniti Kristian telah
diperkembangkan sebagai Imam Kristian 12 atau Kredo Kristian yang Dua Belas.

1. Percaya kepada Tuhan Bapa yang Maha Kuasa yang mejadikan langit
dan bumi.
2. Percaya kepada Jesus Christ, puteraNya yang tunggal, sebagai Tuhan.
3. Percaya bahawa Jesus dilahirkan oleh Maria yang masih perawan kerana
Roh Suci.
4. Percaya bahawa Jesus menderita di zaman Pilatus, disalib sehingga
wafat, dan dikuburkan dalam gelap.
5. Percaya bahawa Jesus bangkit dari kubur pada hari ketiga.
6. Percaya bahawa setelah Jesus bangkit, Jesus naik ke syurga dan duduk
di sebelah kanan Tuhan Bapa yang Maha Kuasa.
7. Percaya bahawa Jesus akan dating kembali untuk mengadili orang hidup
dan orang mati.
8. Percaya kepada Roh Suci.
9. Percaya kepada kumpulan Kristian sebagai Himpunan Orang-orang Suci.
10. Percaya dosa-dosa penganut Kristian diampunkan.
11. Percaya adanya kebangkitan manusia selepas mati.
12. Percaya adanya kehidupan kekal.

Upacara Ibadat Kristian (Sakramen)


1. Sakramen Pembaptisan (Baptism)
2. Sakramen Penjamuan Suci (Eucharist)
3. Sakramen Perkahwinan (Marriage)
4. Sakramen Penebusan Dosa (Absolution atau Penance)
5. Sakramen Pengangkatan Imam (Holy Orders)
6. Sakramen Pengukuhan (Confirmation)
7. Sakramen Perminyakan (Unction atau Anointing)

Mazhab-mazhab Kristian yang Terkenal pada hari ini


1. Mazhab Katolik; dinamakan Gereja Katolik atau Gereja Barat dan
tersebar luas di Itali, Perancis, Sepanyol, Portugal dan lain-lain.
2. Mazhab Ortodiks; dinamakan Gereja Rom Ortodoks atau Gereja
Timur dan berpengaruh di Rusia, Balkan dan Greek.
3. Mazhab Protestan; muncul di Jerman pada 1529 di bawah pimpinan
paderi bangsa Jerman bernama Martin Luther.
Agama Islam
Islam dari segi istilah bermaksud salam – silm – taslim – sullam yang
bereerti selamat, damai, berserah dan tangga. Secara keseluruhannya Islam
bermaksud penyerahan diri hanya kepada Allah semata-mata. Oleh itu agama Islam
ialah satu agama yang mengandungi peraturan-peraturan hidup manusia, rohani dan
jasman, dunia dan akhirat, diturunkan Allah SWT melalui pesuruhNya, Nabi Muhammad
SAW kepada seluruh manusia untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Sebagaimana firman Allah SWT;

ُ ‫خلَ ۡق‬
(٥٦)‫ت َو َما‬ َّ ِ‫نس ۡٱلج‬
َ ‫ن‬ َ ِ ‫ن إِاَّل َوٱإۡل‬
ِ ‫لِيَ ۡع ُب ُدو‬
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu kecuali untuk menyembah kepadaKu.”
Surah Zariyat, 51:56
Tujuan agama Islam

1. Memimpin manusia kepada keesaan mutlak iaitu mentauhidkan Allah dan


memerangi sebarang penyekutuan Allah (Tauhid)
2. Mengatur soal ibadah, hukum-hukum dan menyusun masyarakat serta negara
(Fikh)
3. Membentuk kesopanan manusia ke arah budi pekerti mulia (Akhlak)
4. Membersih jiwa manusia daripada segala kekotoran (Tasawwuf)

Perkembangan agama Islam

Agama Islam disebarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda dilahirkan


pada 12 Rabiulawal tahun 52 sebelum Hijrah, bersamaan 20 April tahun 571 Masihi.
Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muthalib dan ibunya bernama Siti Aminah binti
Wahab. Keduanya daripada keturunan Bani Quraisy iaitu golongan bangsawan di
Mekah, keturunan Nabi Ismail, putera sulung Nabi Ibrahim. Ayahnya, Abdullah
meninggal dunia ketika baginda berumur 7 bulan dalam kandungan dan ibunya, Aminah
meninggal dunia ketika baginda berumur 6 tahun. Kemudian baginda diasuh datuknya,
Abdul Muthalib sehingga berumur 8 tahun. Setelah datuknya meninggal dunia, baginda
diasuh oleh bapa saudaranya, Abu Thalib sehingga baginda dewasa. Ketika berumur
25 tauhun, baginda berkahwin dengan Siti Khadijah, isteri pertamanya.

Nabi Muhammad sejak kecil sehingga dewasa terkenal sebagai seorang


yang cerdas, jujur, sangat dipercayai, dan sopan-santun sehingga diberi gelaran Al
Amin. Pada umur 40 tahun, baginda menerima wahyu pertama daripada Allah ketika
baginda berkhalwat di Gua Hira’. Wahyu pertama ialah Surah Al-Alaq, ayat 1-5.

Sejak itu, selama 23 tahun Nabi Muhammad diberikan wahyu oleh Allah
dengan pengantaraan Malaikat Jibril dan selama itulah baginda menjalankan
tanggungjawab sebagai rasul dan nabi segenap manusia.

Rukun Iman

1. Percaya kepada Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam.


2. Percaya kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi yang diutus Allah.
3. Percaya kepada Malaikat-malaikat.
4. Percaya kepada Hari Akhirat, hari pembalasan bagi segala amal perbuatan.
5. Percaya kepada Kitab-kitab Suci yang diturunkan Allah.
6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar.

Rukun Islam

1. Mengucap dua kalimah syahadah.


2. Menunaikan solat lima waktu sehari.
3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
4. Mengeluarkan zakat.
5. Menunaikan haji bagi yang berkemampuan.

Dasar-dasar agama Islam


1. Al Quranul Karim; kitab suci yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad.
2. Hadith Nabi (Assunah); perbuatan, perkataan, pengakuan Rasulullah.
3. Ijma’; perbincangan para mujtahid mengenai sesuatu hukum agama.
4. Qias; persesuaian hukum baru yang diambil daripada hukum lama.
Kitab-kitab agama Yahudi, Kristian dan Islam

Meskipun pada asalnya mereka berpegang kepada kitab Taurat, Zabur dan Injil, pada
hari ini mereka berpegang kepada kitab-kitab yang sudah diubah oleh mereka sendiri.

Yahudi - Biblia
Lima buah kitab yang dianggap sebagai kitab Nabi Musa (dalam Kristian, disebut
Perjanjian Lama atau Old Testament) yang menjadi pegangan orang Yahudi;
1. Kitab Kejadian (Genesis)
2. Kitab Keluaran (Exodus)
3. Kitab Orang Lewi atau Perkhabaran (Leviticus)
4. Kitab Bilangan (Numbers)
5. Kitab Ulangan (Deuteronomy)

Sebenarnya kitab Perjanjian Lama ini ialah gabungan kitab Taurat yang
diturunkan kepada Nabi Musa dan kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud.
Namun sejarawan bersepakat bahawa kitab-kitab ini bukanlah ditulis oleh Nabi Musa
sendiri kerana kelima-lima kitab ini ditulis selepas beberapa tahun selepas Nabi Musa,
iaitu kira-kira kurus kelapan atau ketujuh sebelum Masihi. Dalam tempoh yang begitu
panjang, besar kemungkinan kitab-kitab itu bercampur dengan unsur-unsur asing yang
mungkin benar dan tidak benar.

Kristian – Holy Bible

Kitab suci Kristian terbahagi kepada Perjanjian Lama (Old Testament) dan Perjanjian
Baru (New Testament), masing-masing terdiri daripada 39 kitab dan 27 kitab dan surat.
Terdapat sejarah penyusunan kitab-kitab Injil yang empat iaitu Matius, Markus, Lukas
dan Yahya yang tidak jelas, malahan timbul pertentangan pendapat ulama Nasrani ni
Barat iaitu;

1. Eichhorn menyatakan bahawa tiga Injil pertama iaitu Matius, Markus dan
Lukas berasal dari satu sumber sahaja, lalu masing-masing menyusunnya
mengikut pemahaman sendiri. Sebab itu ketiga Injil tersebut lebih banyak
persamaan berbanding Injil Yahya.
2. Strauz berpendapat dalam bukunya Leben Yesus bahawa cerita-cerita Injil itu
bersumber daripada dongeng-dongeng yang dibuat oleh Nasrani kuno.
3. Bruno Bauer berpendapat bahawa Injil-injil itu asalnya pendapat dan
sangkaan daripada Markus yang kemudian digunakan oleh Lukas dan Matius
dengan tafsiran mereka sendiri.

Islam – Al Quran

Al Quran ialah kitab suci agama Islam yang isi keseluruhannya merupakan
wahyu Allah yang diterima oleh Nabi Muhammad selama 23 tahun. Tiga belas tahun di
Mekah dan sepuluh tahun di Madinah (Makiyyah dan Madaniyyah).

Isi Al-Quran terdiri daripada 114 ayat yang panjangnya berbeza-beza. Ayat-
ayat Al Quran tidak diturunkan sekaligus sebaliknya beransur-ansur mengikut keperluan
umat ketika itu. Walaupun keadaan pada zaman Nabi dan sekarang berbeza, tetapi isi
ayat-ayat itu mengandungi pengertian umum yang meliputi pengertian sepanjang masa,
sehingga dapat disesuaikan di semua tempat dan masa.

Ayat-ayat Al Quran yang umum itu pula ditafsirkan oleh ahli tafsir dan
penakwil yang berbeza mazhab di dunia Islam. Dari situlah wujudnya pelbagai
pendapat Imam Mazhab dalam hukum fikh. Namun begitu, segala persoalan
masyarakat sebenarnya dapat diselesaikan oleh ayat-ayat Al-Quran sendiri.

Hukum-hukum Al-Quran pada dasarnya terbahagi kepada dua;

1. Hukum yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhan seperti solat,


puasa, zakat dan lain-lain.
2. Hukum yang mengatur hubungan antara manusia seperti muamalat,
perkahwinan, warisan dan lain-lain.

Nabi Muhammad SAW & Nabi Isa AS dalam Yahudi, Kristian dan Islam

Nabi Muhammad SAW

Menurut sejarah, orang-orang Yahudi dan Kristian di sekitar zaman kelahiran Nabi
Muhammad SAW masih menunggu kedatangan seorang Nabi;

 Ketika baginda berumur 12 tahun, baginda dibawa oleh Abu Thalib ikut berniaga
ni negeri Syam. Dalam perjalanan mereka, mereka bertemu dengan seorang
pendeta Kristian yang bernama Bahiera. Dia melihat tanda-tanda kenabian pada
Nabi Muhammad seperti baginda sentiasa dilindungi sekumpulan awan. Dia
memberitahu Abu Thalib terdapat keadaan luar biasa pada anak itu dan
berharap anak itu dapat dipelihara dengan baik.
 Nabi Muhammad pernah mengutus surat kepada Negus, raja Ethiopia untuk
mengajaknya memeluk Islam. Ketika surat itu diterimanya, dia berkata: “Aku
menjadi saksi kepasa Allah bahawa sesungguhnya dialah Nabi yang ditunggu-
tunggu Ahli Kitab.” Dalam penerangannya, dia mengakui bahawa Nabi
Muhammad adalah Nabi yang ditunggu-tunggu Yahudi dan Kristian.
 Pada musim Haji kesebelas, orang-orang Yahudi di sekeliling kota Madinah
ketika itu mengatakan bahwa seorang Nabi akan datang pada masa itu. Selepas
mereka berjumpa dan mendengar ucapan baginda, mereka mengatakan:
“Sebenarnya inilah Nabi yang selalu disebut-sebut oleh orang itu. Maka,
janganlah mereka mendahului kamu mengikutinya.” Mereka lalu memeluk Islam.

Sememangnya sehingga hari ini, orang-orang Yahudi menunggu seorang


Messias, iaitu Musa kedua yang akan mengeluarkan mereka daripada penderitaan.
Bagi umat Islam, Messias itu ialah Nabi Muhammad SAW.
Manakala bagi penganut Kristian, Nabi Musa dan Nabi Isa sendiri mengakui
kedatangan Nabi Muhammad seperti yang tertulis dalam Kitab Ulangan, Injil Barnaba
dan Injil Yahya.
Namun, disebabkan keegoan dan kesesatan mereka sendiri, orang Yahudi dan
Kristian tidak mahu mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai utusan terakhir Allah.
Nabi Isa AS
Persoalan bagi siapa Nabi Isa atau Jesus Christ dalam agama Yahudi,
Kristian dan Islam adalah saling berkaitan. Menurut sejarah, Nabi Isa yang lahir di
Palestin merupakan pemuda yang bijak membahaskan perbezaan agama kitabi iaitu
Yahudi, Kristian dan Islam. Ketika itu, para ulama Yahudi sudah menyelewengkan kitab
Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa. Kesannya, orang-orang Yahudi sudah
terpesong daripada hukum Taurat yang sebenar. Nabi Isa berani mengkritik kelakuan
ulama Yahudi yang memutarbelitkan isi kandungan sebenar dan menjual hukum Taurat
untuk keuntungan. Dalam kegiatan dakwahnya, masih terdapat pengikut Nabi Musa
yang masih berpegang kepada ajaran sebenar Taurat dan terdapat di antara mereka
diangkat menjadi murid Nabi Isa (Twelve Apostles).
Seorang pemuda bernama Paulus yang fanatik agama Yahudi telah
mencemburui Nabi Isa mempunyai ramai pengikut. Selepas Nabi Isa didakwa telah
disalib, Paulus mengaku dirinya jelmaan Christ dan mula menyebarkan ajaran sendiri
yang bertentangan dengan ajaran Nabi Isa. Ini diakui sendiri oleh murid-murid Nabi Isa.
Paulus mengangkat Nabi Isa sebagai Tuhan, dan bukannya Nabi. Penyelewengan ini
berterusan sehingga hari ini yang menganggap Nabi Isa atau Jesus sebagai anak
Tuhan yang tunggal dan juga Tuhan.
Manakala menurut agama Islam, kita diwajibkan beriman kepada Rasul dan
Nabi dan Nabi Isa merupakan utusan Allah yang menyampaikan ajaran Allah yang
benar seperti Rasul-rasul dan Nabi-nabi yang lain. Baginda merupakan hamba Allah,
bukan anak Allah. Baginda diutus untuk Bani Israel bagi membawa mereka ke jalan
yang lurus untuk menyembah Allah yang Esa.
Sebagaimana firman Allah;
‫يق َكانَ َو َق ۡد لَك ُۡم ُي ۡؤ ِم ُنو ْا أَن‬ ٌ ۬ ‫م ُعونَ ِ ّم ۡن ُه ۡم َف ِر‬
َ ‫س‬
ۡ َ‫ي‬
َ‫م ُعون‬ َ ‫ط‬ۡ ‫۞ أَ َف َت‬
(٧٥)‫م‬
َّ ‫ُث‬ َ ‫ه ۡم َع َقلُو ُه َما بَ ۡع ِد ِم ۢن فُونَه ُۥي‬
ّ‫ح ِر‬ ُ َ‫يَ ۡعل‬
ُ ‫مونَ َو‬
َ ‫ڪلَ ٰـ‬
‫م‬ ِ َّ‫ٱلل‬
َ ‫ه‬
“Apakah kamu mengharapkan sangat mereka percaya akan kamu sedangkan di antara
mereka ada segolongan yang mendengar firman Allah kemudian diubah-ubahkannya
setelah dapat difahaminya dan mereka mengetahui.”
Surah Al Baqarah, ayat 75
Kesimpulan
Apa yang dapat saya simpulkan setelah membaca dan memahami beberapa buah buku
perbandingan agama Yahudi, Kristian dan Islam ialah Islam ialah agama yang sebenar.

‌ۗ ‫ن‬
َّ ِ‫ين إ‬
َ ‫د‬ِّ ‫عن َد ٱل‬ ِ َّ‫م‌ ٱلل‬
ِ ‫ه‬ ۡ ِ ‫ٱإۡل‬
ُ ‫سلَ ٰـ‬
“Sesungguhnya agama di sisi Allah, ialah agama Islam.”
Surah Al Imran, ayat 19

Soal ketuhanan ialah sesuatu yang abstrak. Adalah fitrah seorang manusia
untuk hidup bertuhan. Manusia memerlukan panduan untuk menjalani kehidupan ini.
Oleh itu, Allah SWT mengutus rasul-rasulNya untuk memimpin manusia yang telah
sesat di dalam gelap kejahilan ke arah kebenaran. Namun sedihnya, terdapat dua
golongan yang sengaja membuat penyelewangan dalam agama Tuhan iaitu Yahudi dan
Nasrani.
Kerana kesesatan dan penyelewengan tersebutlah kitab-kitab Allah iaitu
Taurat, Zabur dan Injil kini hilang keasliannya. Orang-orang Yahudi telah menulis dan
menyusun kitab-kitab sendiri yang mengandungi kekarutan dan khurafat lalu dikatakan
mereka bahawa itu merupakan wahyu Tuhan. Orang-orang Kristian juga membuat
penyelwengan dalam soal ketuhanan dan agama sehingga agama tauhid yang dibawa
oleh Nabi Isa telah bertukar menjadi agama syirik.
Maka, hanya kitab suci Islam Al Quranul Karim yang masih terpelihara
kesuciannya sehingga hari ini. Maka agama Islam ialah agama yang paling benar.

(٢) ‫ك‬ ُ ‫ب‌ اَل ۡٱلڪِ َت ٰـ‬


َ ِ‫ب ذَٲل‬ ‌ِۛ ‫ه ۬ ًدى فِي‬
َ ۛ ‫ه َر ۡي‬ ُ ‫ين‬ ُ ‫لِ ّ ۡل‬
َ ‫م َّت ِق‬
“Kitab itu (Al Quran) tidak diragukan menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.”
Surah Al Baqarah, ayat 2

Tepuk dada, tanyalah iman. Wallahu’alam.

Rujukan

 Al Quranul Kareem
 Prof. Drs. K.H. Hasbullah Bakhry, “Ilmu Perbandingan Agama”, Penerbit Widjaya
Jakarta.
 H.M. Arsyad Thalib Lubis, “Perbandingan agama Kristen dan Islam”, Cetakan
Pertama 1982, Penerbit Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur.
 Muhammad Fauzi Awang, “Ugama-ugama Dunia”, Cetakan Kedua 1971,
Penerbit Kelantan.
 Joesoef Sou’yb, “Agama-agama Besar di Dunia”, Cetakan Pertama 1983,
Penerbit Pustaka Alhusna.
 http://www.zaharuddin.net/content/view/241/91/ JAWAPAN UST ZAHARUDDIN
Lampiran

Jesus Christ yang didakwa disalib oleh penganut Kristian.


Kitab Talmud Kitab Bible Al Quranul Kareem
Penganut Yahudi

Penganut Kristian

Penganut Islam

Anda mungkin juga menyukai