Anda di halaman 1dari 36

ISLAM DAN ILMU

PERBANDINGAN AGAMA
DEFINISI PERBANDINGAN AGAMA
• PERBANDINGAN AGAMA – MERUJUK KPD “TO
DESCRIBE AS SIMILAR OR EQUAL”
• PERBANDINGAN – PROSES PENELITIAN
BERKAITAN ISU, PEMIKIRAN ATAU BAHAN,
TAHAP PERSAMAAN ATAU PERBEZAAN
BERKAITAN BAHAN, SUBJEK.
PELBAGAI DEFINISI
• “…that branch of the study of religions
concerned with thw systematic comparison of
the doctrines and practices of the world’s
religions.”
• “…branch of study which by scientific and
historical methods investigates the religions of
the world and their mutual relations.”
DEFINISI SARJANA MUSLIM
• “…ilmu yang mengkaji tradisi agama-agama,
asal usul, perkembangannya dari sudut
pengikut dan sistem kepercayaan serta
perbezaan dan persamaan…membanding,
mengkalisifikasi dan response.”
(Abdullah Jawad, Ilm al-Milal wa Manhij al ulama’I Fihi)
ILMU PERBANDINGAN AGAMA
• ILMU MENGKAJI BERKAITAN:
i.doktrin/prinsip kepercayaan
ii.kisah-kisah (mitos)
iii.Etika
iv.Upacara ibadat
v. Sosio budaya –pemikiran, system kepercayaan,
tindakan
vi. Penglaman kerohanian
(Myrtle Langley, 1981)
PENDEKATAN
• PENDEKATAN FILOLOGI
• PENDEKATAN ANTROPOLOGI
• PENDEKATAN PSIKOLOGI
• PENDEKATAN SOSIOLOGI
• PENDEKATAN SEJARAH
(lebih pada pendekatan Barat spt E.B Taylor, E.
Durkheim, Max Muller)
PENDEKATAN TERKINI
• PENDEKATAN EKSKLUSIF – membandingkan
pengalaman beragama, kritikan (apologetik)
• PENDEKATAN INKLUSIF – pendeketan samarata
– mirip Liberalism; mencari persamaan hingga
melenyapkan prinsip asal; kecenderungan
pendokong liberal dan free thinkers
• PENDEKATAN FENOMENOLOGI – tekan aspek
objektif
PENDEKATAN FENOMENOLOGI
• ADA EMPAT PENDEKATAN/CIRI:
i)Pendekatan fungsionalism
ii)Pendekatan Struktural – tumpuan pada
skima;prinsip;hirarki;upacara
iii)Social sanction (batasan agama/aspek
penguatkuasaan) – upacara
iv)Operasi – seluruh kehidupan dikawal nilai
agama
KELOMPOK AGAMA
• DIBAHAGI KPD 3:
I) AGAMA WAHYU (YAHUDI/KRISTIAN/ISLAM)
II) AGAMA BUKAN WAHYU
(HIDUISME/BUDDHA/TAO/KONFUSIUS/SIKH)
III) PEMUJAAN NENEK MOYANG / ROH
(ANIMISME/SHINTO)
ISLAM DAN KAJIAN AGAMA
• KEIMANAN BUKAN PAKSAAN
“tiada paksaan untuk (masuk) agama (Islam),
sesungguhnya telah jelas jalan yang benar
daripada jalan yang sesat” (al-Baqarah:2:256)
• AKUI KEWUJUDAN AGAMA LAIN
• HIDAYAH DARI ALLAH
• AKUI SUMBER AGAMA (YAHUDI/NASRANI)
SEJARAH PERBANDINGAN AGAMA DALAM
ISLAM
• PENGKAJI BARAT SEPERTI FRANZ ROSENTHAL, SHARPE (KAMAR ONIAH
2003) DAN ADAM MEZ (SHALABI 1997) MEMPERAKUI - SARJANA MUSLIM
PERINTIS ILMU KAJIAN AGAMA-AGAMA ATAU RELIGIONSWISSENSCHAFT
(IBN HAZM 1996; SHALABI 1997; NURIZ 2011).
• BERASASKAN NAS-NAS DALAM AL-QUR’AN DAN AL-SUNNAH
• AL-QUR'AN MEMBINCANGKAN TENTANG AGAMA-AGAMA SAMA ADA
AGAMA SAMAWI ATAU AGAMA WADHACI (SHALABI 1997: 27-30).
• BERDASARKAN CATATAN AL-SUNNAH, RASULULLAH S.A.W. TELAH
BERDAKWAH KEPADA KAUM MUSYRIKIN DAN AHLI KITAB (I.I. YAHUDI DAN
NASRANI) DENGAN PENDEKATAN DIALOG DAN DISKUSI SEBAGAIMANA
YANG DINYATAKAN OLEH PARA MUFASIR - SEBAB TURUNNYA AYAT-AYAT
SURAH AL-KAFIRUN, BAHAGIAN AWAL AYAT DARI SURAH ALI IMRAN DAN
AYAT KE 47 DARI SURAH AL-NISA’.
PENGIKTIRAFAN SARJANA BARAT TERHADAP
MUSLIM
• Rosenthal, “…the comparative study of
religion has been rightly acclaimed as one of
the great contributions of Muslim civilization
to mankind’s intellectual progress.”
(Bruce B. Lawrence,1976. Shahrastani on the Indian Religions, Paris:
Mouton & co, p.5)
TEMA
• AGAMA TUMPUAN UTAMA PARA SARJANA
MUSLIM - AGAMA KRISTIAN.
• MENURUT PERBAHASAN AL-QURAN, AGAMA
KRISTIAN ADALAH KELOMPOK KETIGA
TERBESAR DAN PALING BANYAK DIBICARAKAN
AL-QUR’AN SELEPAS KELOMPOK MUSYRIKIN
(I.I. ORANG MENYEKUTUKAN ALLAH S.W.T.)
DAN YAHUDI.
TEMA
• MENURUT MUHAMMAD ABDULLAH AL-
SHARQAWI (AL-JAHIZ 1991: 16-19), AGAMA
KRISTIAN LEBIH MENJADI TUMPUAN KERANA:
(I) MEREKA BERJIRAN DAN BERSOSIAL SERTA
HIDUP BERSAMA-SAMA MASYARAKAT ISLAM
(II) SIKAP MESRA DAN KASIH SAYANG
MASYARAKAT KRISTIAN TERHADAP MASYARAKAT
ISLAM MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SOSIAL
SEMASA MEREKA. (surah al-Ma’idah 5:82)
SARJANA MUSLIM DALAM PERBANDINGAN
AGAMA
• Awal abad ke-8 M kemunculan sarjana muslim
yang menghasilkan karya PA spt al-
Tabari(d.923CE), al-Masudi(d.956CE), al-Amiri
(d.992CE), al-Biruni(d.1050 CE), alShahrastani
(d.1153CE)
TOKOH MUSLIM
• Al-Tabari mengkaji agama Parsi (Tarikh al-
Umam wa al-Muluk, 2005)
• Al Masudi – Yahudi, Kristia dan agama-agama
di India (al-Tanbih wa al-Ishraf, 1993)
TOKOH DAN KARYA SARJANA MUSLIM
• Ilmuan Muslim mendahului Barat
• Antara karya:
-Al-Jahiz (m.255H) – fi al-Radd ‘Ala al-Nasara
-Al-Nawbakhti (m.302H) – al-Ara wa al-Diyanat
-Abu al-Hasan al-Ash’ari (m. 330H) – Maqalat al-Islamiyyin
-AL-Masudi (m 364H) – al Adyan
-Al-Qadi Abdul Jabbar ( m 415H) – al-Mughni
-Al-Musbihi (m 420H) – Dark al-Bughyah Fi Wasf al-Adyan
wa ‘Ibadah
KARYA SARJANA MUSLIM
-Al-Baghdadi (m 429H) – al-Farq Bayna al-Firaq
-Abu Raihan al-Biruni (m 440H) – Tahqiq ma Lil Hind Min Maqulah
Ma’qulah fi al-’Aql Am Mardhulah
-Ibn Hazm (m 456H/ 1064 M) – al-Fasl fi al-Milal wa Ahwa wa al-Nihal
-Abu Muzaffar al-Isfarayani (m 471H) – al-Tabshir fi al-Din wa Tamyiz
al-Firqah al-Najiyah ‘Anil Firaq al-Halikan
-al-Sharastani (m 548H/ 1153M) – al-Milal wa al-Nihal
-Ibn Taymiyyah (m 607H/1317 M) – al-Jawab al-Sahih Li man Baddala
Din al-Masih
-Abu Hamid al-Ghazali (m 503H/ 1111 M) – al-Radda al-Jamil li-
IIahiyah ‘Isa bi Sarih al-Injil
KARYA MUSLIM SEMASA
• al-Faruqi
i.Islam and other Faiths (1998)
ii.Trilogue of Abrahamic Faiths (1991)
iii.al-Tawhid: Its Implication for Thought and Life
(1992)
iv.Christian Ethics: A Historical and Systematic
Analysis of Its Dominace Ideas (1967)
PENDEKATAN ABU HAMID AL-GHAZALI

• karyanya al-Rad al-Jamil li Ilahiyyah 'Isa bi


Sarih al-Injil.
• SALAH SATU METOD kritikan al-Ghazali adalah
terhadap al-Manhaj al-Tafsiri atau metode
tafsiran
LATAR BELAKANG RINGKAS AL-GHAZALI
• DILAHIRKAN DI GHAZALAH IAITU SEBUAH KAMPUNG
YANG TERLETAK DI PINGGIR KOTA TUS BERHAMPIRAN
BANDAR MISHAD DI WILAYAH KHURASAN
• NAMA SEBENAR -MUHAMMAD BIN MUHAMMAD BIN
MUHAMMAD BIN AHMAD AL-GHAZALI AL-TUSI AL-
SHAFI’E.
• KUNYAH ATAU GELARAN BELIAU IALAH ABU HAMID
KERANA MEMPUNYAI ANAK LELAKI BERNAMA HAMID
YANG MENINGGAL KETIKA MASIH BAYI.
• DI BARAT DIKENALI ALGAZEL (Muhammad Hozien 2013).
• Al-Rad al-Jamil li Ilahiyyah 'Isa bi Sarih al-Injil -
dikenali dan dikesan dengan nama lain seperti
al-Rad al-Jamil ‘ala man Ghayyara al-Taurat
wa al-Injil dan al-Qawl al-Jamil fi al-Rad ‘ala
man Ghayyara al-Injil.
METOD AL-GHAZALI
• MENGKAJI SECARA MENDALAM
• MENGKRITIK SECARA FAKTA
KRITIKAN AL-GHAZALI TERHADAP
KETUHANAN JESUS
• berdasarkan enam nas Injil iaitu:
[i] John 10: 30-36: “Aku dan Bapa satu. Lalu orang-orang Yahudi di situ
memungut batu lagi untuk merejam Jesus (asal: Yesus). Tetapi Jesus
berkata kepada mereka: Banyak perbuatan baik sudah Aku lakukan untuk
kamu dengan kuasa Bapa-Ku. Perbuatan manakah yang menyebabkan
kamu mahu merejam Aku?. Orang Yahudi di situ menjawab: Kami mahu
merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu
mengkufuri Allah! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan
dirimu Allah!. Jesus berkata kepada mereka: Tidakkah tertulis di dalam
taurat kamu: Allah berfriman: 'Kamu Ilahi'? Kita tahu bahawa apa yang
tertulis di dalam alkitab berlaku selama-lamanya. Allah menyebut orang
menerima firman-Nya sebagai ilahi. Aku ini dipilih dan diutus oleh Bapa ke
dunia. Dapatkah kamu katakan Aku mengkufuri Allah kerana Aku mengaku
sebagai anak Allah?" (Alkitab Berita Baik 2001: 145-146);
KE-2
• [ii] John 17: 11: “Sekarang Aku datang
kepadamu. Aku tidak tinggal lagi di dunia,
tetapi mereka masih di dunia. Ya Bapa yang
suci, jagalah mereka dengan kekuasaan
nama-Mu, nama yang sudah Engkau berikan
kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu,
seperti Engkau dan Aku juga satu.” (Alkitab
Berita Baik 2001: 155-156);
KE-3
• John 17: 17-22: “Jadikanlah mereka milik-Mu yang khas
melalui firman-Mu yang benar; firman-Mu selalu benar. Aku
mengutus mereka ke dunia sebagaimana Engkau mengutus
Aku ke dunia. Bagi kepentingan mereka, Aku mengabdikan diri
kepada-Mu, supaya mereka mengabdikan diri kepada-Mu. Aku
berdoa bukan untuk mereka sahaja, tetapi juga untuk semua
orang yang percaya kepda-Ku melalui perkhabaran mereka. Ya
Bapa, Aku berdoa supaya mereka semua menjadi satu,
sebagaimana Engkau bersatu dengan-Ku, dan Aku dengan-
Mu. Semoga mereka menjadi satu dengan Kita supaya dunia
percaya bahawa Engkau mengutus Aku.” (Alkitab Berita Baik
2001: 156);
KE-4
• Mark 13: 32: “Meskipun demikian, tidak
seorang pun mengetahui hari atau waktunya,
baik malaikat-malaikat di syurga ataupun
Anak; hanya Bapa yang tahu.” (Alkitab Berita
Baik 2001: 72);
KE-5
• John 17: 1-3: “Setelah berkata demikian, Jesus
menengadah ke langit lalu berkata: "Ya Bapa, sekarang
tibalah saaatnya. Muliakanlah Anak-Mu, supaya Anak
pun boleh memuliakan Bapa. Engkau sudah memberikan
kuasa atas umat manusia kepada Anak-Mu, supaya
Anak-Mu memberikan hidup sejati dan kekal kepada
semua orang yang Engkau serahkan kepada-Nya. Jika
orang mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar,
dan mengenal Jesus Kristus yang sudah Engkau utus,
maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal.” (Alkitab
Berita Baik 2001: 155);
KE-6
• John 8: 37-40: “Aku tahu kamu keturunan Abraham. Namun
kamu berusaha untuk membunuh Aku, kerana kamu tidak
mahu menerima ajaran-Ku. Aku mengatakan apa yang
ditunjukkan oleh Bapa-Ku kepada-Ku, sedangkan kamu
melakukan apa yang diajarkan oleh Bapa kamu. Mereka
menjawab: Bapa kami Abraham. Tetapi Jesus berkata: Jika
kamu benar-benar anak Abraham, tentu kamu akan
melakukan apa yang dilakukan oleh Abraham. Yang Aku
lakukan hanyalah memberitahu kamu kata-kata benar yang
diberitahukan oleh Allah kepada-Ku. Abraham tidak pernah
berbuat demikian” (Alkitab Berita Baik 2001: 142).
PENDEKATAN AL-GHAZALI
• Daripada enam nas ITU:
• TIGA YANG PERTAMA ADALAH BERKAITAN
PENAFIAN ITTIHAD ATAU ASIMILASI (I.I.
PEMADUAN BERMACAM-MACAM JENIS ATAU
BERBAGAI-BAGAI UNSUR MENJADI SATU) ISA
AS DENGAN TUHAN
• TIGA NAS YANG BERIKUTNYA MENSABITKAN
ISA AS SEBAGAI MANUSIA.
3 METOD
• [i] mengemukakan petikan-petikan nas Bible atau Injil
yang menguatkan sesuatu pandangan. Selain itu, nas-
nas turut dikemukakan untuk menunjukkan
percanggahan sesama nas dan mengukuhkan dakwaan
bahawa ia adalah takwilan yang salah terhadap nas;
• [ii] pendalilan secara logika terhadap isu yang
diperbahaskan;
• [iii] mengemukakan pandangan mazhab Kristian yang
pelbagai bagi mengesahkan kecelaruan dan kebatilan
HUJAH ITTIHAD AL-GHAZALI
• Menurut al-Ghazali nas ini Isa AS atau Jesus telah memohon kepada
Tuhan atau Bapa supaya para muridnya dipelihara dan “supaya
mereka menjadi satu” sebagaimana “Engkau dan Aku juga satu”.
• nas ini tidak boleh difahami secara literal kerana ia bersifat
metaforikal. Sekiranya maksud “seperti Engkau dan Aku juga satu”
bermaksud ittihad atau asimilasi Isa AS dengan Tuhan, maka para
murid Jesus turut boleh menjadi tuhan. Tetapi ayat “supaya mereka
menjadi satu” adalah metafora yang bermaksud supaya para murid
Jesus diberikan hidayah dan taufik agar menuruti segala yang
dikehendaki serta menjauhi segala yang dilarang Tuhan. Buktinya,
apabila sesorang itu bersama dengan sahabatnya dalam menyukai
atau membenci sesuatu maka dia akan katakan bahawa “Aku dan
sahabatku adalah satu”.
HUJJAH 2
• “Ya Bapa yang suci, jagalah mereka dengan kekuasaan nama-
Mu”
• membuktikan bahawa yang diminta adalah Tuhan yang memiliki
manfaat dan mudarat.
• JIKA Jesus tuhan dia berkemampuan untuk menjaga mereka
tanpa perlu berdoa kepada yang lain untuk menjaga muridnya.
• Menurutnya lagi, sesungguhnya Paul telah mengutus surat
kepada kaum Korintus menulis ayat seumpama ayat di atas dan
mengkehendaki maksud metaforikal dan bukan maksud literal.
Kata Paul dalam Corinthians I 6: 17: “Tetapi seseorang yang
menyatukan diri dengan Tuhan, roh orang itu menjadi satu
dengan roh Tuhan.” (Alkitab Berita Baik 2001: 236).
HUJAH 3
• “membunuh Aku, kerana kamu tidak mahu
menerima ajaran-Ku” iaitu menunjukkan
kemanusiaan.
• “Aku lakukan hanyalah memberitahu kamu
kata-kata benar yang diberitahukan oleh Allah
kepada-Ku” dan nas “Aku menyampaikan
perkhabaran seperti yang diberitahukan oleh
Bapa kepada-Ku” menjelaskan bahawa Jesus
merupakan rasul utusan Tuhan.
ILMU PERBANDINGAN AGAMA DI BARAT

• Dikatakan Friedrich Max Muller (1823-1900)


pelopor – ahli filologi Jerman – bukunya
pertama “Comparative Mythology”(1856) –
perkenal istilah religionswissenschaft (ilmu
kajian agama)
TEMA
• MEMBANDING
• MEMBINCANGKAN FENOMENA
• MEMPERKENALKAN KONSEP INKLUSIVISM
• MEMPERKENALKAN KONSEP OBJEKTIF
• MENJADIKAN KRISTIAN SEBAGAI PARAMETER

Anda mungkin juga menyukai