Nasi Mandi Yemen

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

Nasi Mandi Yemen

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibelah 4
1 kg atau 5 cawan beras basmathi - basuh dan toskan
Air untuk membuat stok air rebusan ayam secukupnya

Untuk Membuat Air Rebusan Ayam
Bahan bahan:
2 biji bawang besar - cincang halus
5 biji tomato - hancurkan
3 helai bay leaves
2 batang kulit kayu manis
7 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
2 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk ketumbar
Garam
2 sk saffron dicampurkan dengan 1/4 cawan jus lemon.

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar sehingga naik baunya. Masukkan tomato yang
dihancurkan dan air. Kemudian masukkan bahan bahan lain di atas dan sedikit garam. Biarkan
sehingga air mendidih dan masukkan ayam ke dalamnya. Selepas ayam masak, keluarkan ayam
dan toskan. Tuangkan saffron yang dicampur dengan jus lemon ke atas ayam dan biarkan
seketika. Kemudian bolehlah dibakar. Simpan air rebusan ayam untuk memasak nasi.

Untuk memasak Nasi
Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi - basuh & tos
5 cawan air rebusan ayam tadi
2 labu bawang besar - dihiris
2 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk ketumbar
5 biji cili hijau - patahkan
2 sk saffron dibancuh bersama 1/4 cawan jus lemon

Masukkan beras yang ditos ke dalam air rebusan ayam. Masak sehingga nasi kering. Kemudian
masukkan hirisan bawang besar dan serbuk jintan dan ketumbar. Tutup periuk dan biarkan
seketika. Titiskan saffron bertompok-tompok di atas nasi.

Buatkan lubang dan letak aluminium foil atau cawan tahan panas yang dimasukkan sedikit minyak
zaitun. Kemudian masukkan arang ke dalam aluminium foil tadi. Cepat cepat tutupkan periuk
supaya asap terperangkap.

Bila masak kacau nasi. Di sini kita akan lihat warna-warna saffron bercampur dengan warna
nasi asal. Siap dihidang. Patah patahkan cili hijau dan hidang bersama ayam dan sambal salsa.

Anda mungkin juga menyukai