Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6/2013


AKTIVITI 1: BENGKEL KREATIVITI DAN INOVASI
AKTIVITI 2: LAWATAN BENCHMARKING GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS

NAMA

: IVIANNA DIMAH ANAK BUNTU

MAJOR

: PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

KELAS

: PK- MP PR-2

SEMESTER

: 6/2013

AMBILAN

: JANUARI 2011

MENTOR

: TUAN HAJI KHAIRAZMY B MAT NOR

ISI KANDUNGAN

BIODATA
ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN BIG

2.0

MATLAMAT BIG

3.0

OBJEKTIF BIG

4.0

LAPORAN PROGRAM
4.1

LAPORAN BENGKEL KREATIVITI DAN INOVASI

4.2

LAPORAN BENCHMARKING GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS

LAMPIRAN
GAMBAR PROGRAM BIG

BIODATA PELAJAR

NAMA

: Ivianna Dimah Anak Buntu

NO. IC

: 910406 13 - 5750

UMUR

: 22 tahun

JANTINA

: Perempuan

STATUS

: Bujang

EMEL

: ivianna64@gmail.com

ALAMAT

: No 17B , Jln Tai Ping , 96100 Sarikei , Sarawak.

IPG

: Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

OPSYEN

: PK-MP PR- 2

MAJOR

: Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

AMBILAN

: Januari 2011

SEMESTER

: 06/2013

TARIKH

: 22 September- 26 September 2013

MENTOR

: Tuan Haji Khairazmy Bin Mat Nor

1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas bagi
memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan untuk memenuhi syarat
mendapat

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Program ini diletakkan di bawah

komponen Asas Dinamika Guru bagi kumpulan PISMP IPG, melalui penyertaan dan
penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai hidup
bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru
dapat dipenuhi.

Proses sepanjang program pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada


aspek kesedaran bahawa profession perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat
sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi
insan contoh kepada masyarakat.

Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari
semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang
bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri
yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Maka dengan itu,
pengisian-pengisian positif , penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu
dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan
masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

Program Bina Insan Guru ini akan dilaksanakan dalam 2 fasa iaitu Fasa pertama
iaitu bengkel yang bertemakan Kreativiti dan Inovasi manakala fasa kedua Lawatan
Benchmarking.

2.0 MATLAMAT
Berikut adalah rasional Program Bina Insan Guru ( BIG ) :
Program yang akan diadakan ini adalah demi memenuhi keperluan guru pelatih dalam
melengkapkan diri dengan ciri-ciri guru pemulihan khas yang cemerlang.
3.0 OBJEKTIF
Program ini diadakan dengan objektif supaya pelajar guru dapat:

Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan


atau aktiviti.

Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina
pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,


kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam


melaksanakan tugas secara berkumpulan.

Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan
kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

4.0

LAPORAN PROGRAM
4.1

LAPORAN BENGKEL KREATIVITI DAN INOVASI

Sebelum

Pada program BIG kali semester ini, para guru pelatih yang terdiri daripada
pelajar PISMP Pendidikan Khas(Masalah pembelajaran) Ambilan Januari 2011.
Program bengkel ini diadakan di bilik Dewan Zaba .
Pelbagai persediaan telah diambil oleh jawatankuasa penganjuran supaya
program ini dapat berjalan dengan lancar. Jawatankuasa anjuran terdiri daripada pada
pelajar dari kumpulan Pendidikan Khas 2 dan 3.

Semasa
Program BIG bengkel ini bermula pada jam 8.00 pagi pada 6 Oktober
2013 .Penceramah bengkel pada pagi tersebut disampaikan oleh pensyarah oleh Dr.
Hjh Nor Hayati Bt Hj Ali iaitu Ketua Jabatan,Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Darulaman. Program BIG ini bertempat di
Dewan Zaba IPG Kampus Darulaman
Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Guru Kreatif dan Inovatif.
Tajuk ini dipilih untuk memberi

pendedahan kepada para peserta program bagi .

pengisian dan maklumat-maklumat penting yang amat berguna untuk menjadi guru
inovatif. Rasional program ini dijalankan supaya guru menggunakan ilmu dan
kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti. Selain itu, dapat
menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Menilai kesesuaian ciri
personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap
kerjaya keguruan.

Guru juga berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang
tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. Program ini juga mampu
memupuk

semangat

berpasukan,

bekerjasama

dan

bertanggungjawab

dalam

melaksanakan tugas secara berkumpulan. Seterusnya, program ini menjadikan guru


berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan
kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

Selepas

Setelah selesai sesi soal jawab pada jam sebelas pagi kami mengadakan acara
penutup dan penyampaian cenderamata kepada Dr. Hjh Nor Hayati Bt Hj Ali sebagai
tanda terima kasih kepada beliau, dan menandakan sesi bengkel BIG telah tamat.
Kemudiannya, satu sesi kudapan diadakan di Kafe Seri Lawang kepada semua peserta
dan juga Pensyarah yang terlibat.

Refleksi Individu.
Sepanjang program Bengkel BIG ini, saya berpendapat terdapat aspek kekuatan
dan kelemahan. Aspek kekuatan bengkel ini ialah, kami dapat berkerjasama dengan
kumpulan kelas lain untuk melaksanakan penganjuran ini. Kami dengan kumpulan PK2
dapat berkerjasama untuk bersama-sama merancang program ini. Jawatankuasa
penganjuran terlibat dikalangan pelajar dari kelas PK2 dan PK3. Saya merasakan ini
ialah satu aspek kekuatan yang harus diberi pujian dan galakan kerana para pelajar
berintegrasi dalam melaksanakan amanah.

Elemen

kekuatan

seterusnya

ialah

perancangan

persiapan

yang

baik.

Perancangan projek ini sangat baik. Satu tentatif program telah disediakan agar
program ini berjalan dengan lancar. Masa ceramah dimulakan menepati masa. Selain
itu pihak penganjuran telah menyediakan fail individu kepada semua peserta yang
dilampirkan dengan maklumat program dan kertas kosong sebagai bahan untuk dicatat.

Kekuatan yang seterusnya ialah, dari aspek pengisian dan topik ceramah. Topik
ceramah ini sangat menarik iaitu Guru Kreatif dan Inovatif. Topik ini adalah satu kajian
yang dilakukan oleh Dr. Hjh Nor Hayati Bt Hj Ali, dan beliau sendiri menyampaikan topik
ini keada kami. Selain itu topik ini membuka minda semua pelajar akan kepentingan
guru dalam prihatin akan kreatif dan inovatif ketika kami di alam perkerjaan nanti.

Dari aspek kelemahan,memandangkan topik ini sangat menarik, jumlah masa


selama 3 jam tidak mencukupi. Input dan maklumat yang disampaikan oleh
penceramah adalah sungguh bermanfaat dan menarik minat kami untuk bersoal jawab
dengan beliau. Memandangkan masa tidak mengizinkan, maka kami terpaksa untuk
mengurangkan sesi soal jawab.

Pada pandangan saya pihak pengajuran harus memberi ruang masa yang lebih
kepada penceramah untuk menyampaikan ceramah beliau. Jumlam masa yang
singkat tidak memberi kesan yang optimum akan penerimaan topik tersebut. Dari
pandangan saya, tidak menjadi masalah jika masa ditambahkan menjadi 4 jam bagi
sesi BIG bengkel ini. Hal ini kerana cara penyampaian Dr. Hjh Nor Hayati Bt Hj Ali
yang berkesan dan menarik dan membuat peserta tidak bosan mendengar dan
memberi perhatian terhadap penerangan yang beliau berikan.

LAPORAN BENCHMARKING GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS

4.2

Sebelum

Program Bina insan Guru bagi semester terbahagi kepada 2 fasa, iaitu fasa pertaman
ini ialah, Lawatan Benchmarking (Sekolah Cemerlang), diadakan di Sekolah
Kebangsaaan Convent Father Barre, Sungai Petani, Kedah pada 23 April 2012.
Manakala fasa kedua ialah program bengkel. Proses sebelum melibatkan proses
penyediaan kertas kerja dan pengurusan pemohonan pengangkutan dan proses
penghantaran surat ke sekolah yang akan dilawat. Semua tugas ini telah dilaksanakan
oleh barisan jawatankuasa yang proaktif.
Sebelum prrogram bengkel dijalan, perlantikan ahli jawatankuasa dijalankan dan
melantik pengerusi iaitu Mohd Zaim Faishal B. Mohd Ramawi , Naib Pengerusi
Mohamad Hafiz B. Abu Samah , Setiausah Noramira Binti Ahmad Azam BASHAH,
Penolong Setiausaha Nurul Sakinah Binti Sahid Bendahari Rafiq Ul-Haq Bin Roslan
Ahmad Dan Penolong bendahari Mohd Hilal Izzuddin B. Che Abd Aziz. Kertas kerja
disediakan oleh setiausaha dan diluluskan oleh pihak atasan bagi menjalankan program
ini.
4.3

Semasa

Semua pelajar yang terlibat iaitu terdiri daripada pelajar kumpulan Pendidikan
Khas 2 dan 3 berkumpul di legaran dihadapan Kolej Penginapan Pelajar untuk sebuah
taklimat ringkas dan menyemak tugas individu ketika di sana nanti. Selain itu
bungkusan makanan diedarkan kepada semua pelajar..
Pihak Sekolah Kebangsaan Seri Inas amat menanti-nantikan kehadiran kami
sehinggakan kami dijemput di luar pintu sekolah tersebut. Sistem pentadbiran mereka
lebih tersusun dan kemas. Contohnya sekolah tersebut mempunya satu organisasi bagi
menyambut kedatangan tetamu yang melawat di sekolah tersebut. Sistem pentadbiran
mereka lebih teratur dan berkesan. Sistem ini menarik perhatian saya.

Pada 13 oktober 2013, benchmarking guru cemerlang dijalankan di SK Seri Inas


Kuala Ketil Kedah. Program in i disertai oleh 3 buah kelas iaitu Pismp 2011
Pendidikan Khas-MP-PR-1 (Mentor : Pn Azizah Bt Aziz), Pendidikan Khas-MP-PR-2
(Mentor: Tn. Hj. Khairazmy B. Mat Nor) Dan Pendidikan Khas-MP-PR3 (Mentor: Tn. Hj.
Shah Johan B. Othman). Kami disambut dengan meriah oleh warga pendidikan khas
SK Kuala Ketil. Kemudian kami diberi ceramah berkaitan dengan guru cemerlang yang
disampaikan oleh guru cemerlang SK Kuala Ketil. Terdapat banyak maklumat yang
berguna sepanjang ceramah disampaikan. Majlis penutupan berlangsung dengan
persembahan nyanyian oleh murid pendidikan khas dan penyampaian cenderahati.
Kami pulang dengan segala maklumat dan ilmu penuh di dada.
Rasional program ini dijalankan adalah untuk melahirkan guru yang mampu
membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi
kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta
berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara
berterusan.
Selain itu, dapat mempamerkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan
kepada komuniti. Seterusnya dapat memupuk sikap yang positif dalam tindakan kepada
keadaan

dan

keperluan

persekitaran

serta

dapat

mengembangkn

kemahiran

berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.


SELEPAS
Setelah selesai program, peserta perlu menghantar laporan bengkel BIG uantuk diberi
permakahan. Segala pengisisan di dalam program BIG ini amat berguna kepada gurugur dalam melaksanakan tugasan.

Anda mungkin juga menyukai