Anda di halaman 1dari 2

Bagaimanakah kemahiran berfikir yang terdapat dalam pengajaran Bahasa Malaysia dapat

dilaksanakan secara berkesan kearah merealisasikan matlamat KSSR ialah kemahiran


menaakul. Bincangkan. 5X(100)
Jawab 1
Kemahiran menaakul yang terdapat di dalam kemahiran berfikir boleh merealisasikan
matlamat KSSR dengan cara ; Kemahiran berfikir dapat dikaitkan dengan pemikiran lateral
yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah, tetapi juga melihat perkara itu
berdasarkan pelbagai persepektif bagi tujuan menyelesaikan masalah. Manakala kemahiran
menaakul biasanya digunakan dalam proses menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada
kebolehan kognitif seseorang yang melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak. Guru
perlu membiasakan murid berfikir pada tahap tinggi dengan cara membuat interpretasi,
analisis, sintesis dan penilaian. Dengan ini guru akan membantu murid membuat keputusan
yang logik dan rasional terhadap semua permasalahan yang dihadapi olehnya. Bagi
menyediakan murid ke arah tersebut, perubahan kepada tahap pemikiran murid-murid.
Usaha-usaha tersebut adalah sangat diperlukan daripada pihak guru-guru di sekolah dalam
menerapkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Jawab 2
Kemahiran menaakul yang terdapat di dalam kemahiran berfikir boleh merealisasikan
matlamat KSSR dengan cara ; Murid-murid diajar dan didedahkan cara berfikir dan belajar
cara menyoal; iaitu bilakah masa yang sesuai untuk menyoal dan jenis soalan yang hendak
ditanya dan belajar bagaimana menaakul; iaitu bilakah masa yang sesuai untuk menaakul dan
kaedah penaakulan yang hendak digunakan. Kemahiran yang seterusnya ialah murid mahir
dalam menyatakan sesuatu kenyataan dengan jelas. Dengan menguasai kemahiran berfikir ini
murid akan dapat menyatakan sesuatu kenyataan itu dengan jelas dan tepat. Guru-guru perlu
lebih kreatif dalam memberikan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar kepada murid sebagai
asas dalam melahirkan murid yang mampu membuat penaakulan secara logik dan sistematik
yang mana akhirnya mereka mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar.
Pemikiran secara kritikal seperti menjalankan kajian, membuat hubung kait dan menilai
segala aspek permasaalahan dari pelbagai situasi adalah amat perlu bagi melahirkan murid
yang berfikiran aras tinggi.
Jawab 3
Kemahiran menaakul yang terdapat di dalam kemahiran berfikir boleh merealisasikan
matlamat KSSR dengan cara ; Kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan pengelolaan operasi
mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem yang bertujuan menyelesaikan
masalah. Kemahiran berfikir boleh juga bermaksud pembentukan idea, pembentukan semula
pengalaman, dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. Kemahiran ini juga
melibatkan kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat
keputusan berkaitan sesuatu perkara atau isu. Setiap murid mempunyai potensi kearah
pemikiran aras tinggi dan kemahiran menaakul merupakan satu asas dalam mengembangkan
potensi tersebut. Untuk menjadikan murid itu lebih yakin dan mampu menjana idea
pembelajaran sendiri, mereka perlu berkembang dalam kebolehan berfikir secara logik dan
bertindak dengan lebih kreatif. Untuk membekalkan situasi pembelajaran berkenaan berlaku,
adalah penting penekanan diberikan kepada kemahiran menaakul dalam apa jua aktivitip
pembelajaran yang dijalankan.

Jawab 4
Kemahiran menaakul yang terdapat di dalam kemahiran berfikir boleh merealisasikan
matlamat KSSR dengan cara ; Kemahiran berfikir boleh dirumuskan sebagai proses
menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Kebiasaannya apabila
kita berhadapan dengan sesuatu perkara, misalnya sesuatu objek, kita secara automatik akan
mula menyoal diri sendiri dan inilah kemahiran menaakul yang perlu diterap kepada murid.
Apabila kita menyoal diri sendiri dan berusaha mencari jawapannya, kita sebenarnya sedang
mengalami proses berfikir. Pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif
dan strategi berfikir akan menjadi lebih mudah sekirannya seseorang individu berkebolehan
membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Melalui penaakulan secara induktif
seseorang boleh membuat satu kesimpulan, manakala penaakulan secara deduktif seseorang
boleh membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang
spesifik. Kemahiran menaakul ini bertindak sebagai pelincir semasa menggunakan kemahiran
kritis, kreatif dan startegi berfikir.
Jawab 5
Kemahiran menaakul yang terdapat di dalam kemahiran berfikir boleh merealisasikan
matlamat KSSR dengan cara ; Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk
menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evalatif. Kemahiran berfikir secara kreatif
pula ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Bagi
mencapai matlamat ini kemahiran menaakul diperlukan kerana ia berperanan sebagai pelincir
dalam membantu murid membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua
kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir telah disusun mengikut hierarki
daripada kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, kemahiran berfikir perlu diperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu
mempelajari dan menguasai kemahiran berfikir yang asas sebelum mempelajari kemahiran
berfikir yang lebih kompleks. Hal ini bermakna, sekiranya dalam pengajaran dan
pembelajaran, kemahiran yang dipelajari adalah membuat urutan, murid seharusnya telah
mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan,
membanding dan membeza, serta mengumpul dan mengelas.

Anda mungkin juga menyukai