Anda di halaman 1dari 37

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

1.0

PENGENALAN
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh
dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras
dengan falsafah pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi
membolehkan

murid-murid

berkomunikasi

dan

menimba

ilmu

pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip


Menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik
berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah
rendah.
Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid
mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang
menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya
mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal
memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.
Justeru melalui program pemulihan khas, keperluankeperluan murid
berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.
1.1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani,

emosi

dan

jasmani

berdasarkan

kepercayaan

dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat


Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia,

bertanggungjawab

kesejahteraan

diri

serta

dan

berkeupayaan

memberi

sumbangan

mencapai
terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

1.2

Latar Belakang / Sejarah Pendidikan Pemulihan di Malaysia


1967 - Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program
Pemulihan dengan menggunakan strategi

Withdrawal

System.....
1975 -Pusat

Perkembangan

Pendidikan Imbuhan
Tahun 3)

dengan

Kurikulum
bagi

menjalankan

Tahap 1

projek

( Tahun 1 hingga

menggunakan strategi di mana

pemulihan dijalankan oleh guru kelas / guru mata pelajaran.


1994 -Program

Khidmat

meningkatkan aktiviti
dalam kelas
1999 - Program

Guru
pengayaan

Pendamping
dan

bagi

pemulihan

KBSR.
jangka

pendek

(INTERVENSI 3M)

diperkenalkan khas untuk murid tahun 4 di sekolah rendah


dan Tingkatan 1/peralihan. Instrumen IPCH digunakan bagi
menilai pencapaian kemahiran asas 3M. Program bermula
1999 hingga 2002.
2000 - Program

IPP3M

dilancarkan iaitu program

jangka

panjang bagi mengatasi penguasaan kemahiran asas 3M


bagi murid tahap 1 di sekolah rendah ( Tahun 1 hingga
Tahun 3 ). Program IPP3M dilancarkan bersama satu
pendekatan P&P secara Pelbagai Kecerdasan ( Multiple
Intelligences ).
2006 -IPP2M ( Instrumen Penentu Penguasaan 2M ) yang
menekankan kepada Bahasa Melayu membaca dan
menulis dibina.
2007 -Ujian Pelepasan 2 KIA 2M telah digunakan untuk pelepasan
murid pemulihan tahun 3, 4, 5 dan 6.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

1.3

Punca dan Bidang Kuasa


Surat Siaran Kementerian Pelajaran .
(yang masih digunapakai)
1:

Surat

Siaran

Bahagian

Sekolah-sekolah

KPM.

Bil.

KP(BS)8594/Jld.11/(32)bth. 22.Jan. 1985.


(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
2:

Surat

Siaran

Bahagian

Sekolah-sekolah

KPM.

Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bth.28.Jan.1986.
(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
3:

Surat

Siaran

Bahagian

Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.

Sekolah-sekolah
V(29)

KPM.

bth.17.Mac.1986

(Pengawasan dan Penyeliaan Program pemulihan)


4:

Surat

Siaran

Bahagian

KPM.Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V

(34)

Sekolah-sekolah
bth.30.Jun.1989.

(Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas


Pemulihan Di Sekolah Rendah)

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

2.0

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN


Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid
yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada
sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai Remedial
education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas
kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau
kesulitan

pembelajaran

sahaja.Pendidikan

dalam

Pemulihan

mata-mata

berbeza

daripada

pelajaran

tertentu

pendidikan

atau

pengajaran biasa. dan


Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih
khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil
daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati
kehendak menjadikan pulih .
Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk
membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang
tidak betul atau sesuatu yang cacat.
2.1

Definisi Pendidikan Pemulihan


Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik
Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan.
Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi
dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :
i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371
satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan
pendidikan

murid

yang

mengalami

kesusahan

dari

segi

pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus


yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang
diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk
pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191


Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanakkanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di
sekolah-sekolah biasa .
iii) Pringle (1966)
pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan
oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran
serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang
sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.
iv) Albertwhite (1977)
pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang
diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang
disertai oleh gangguan-gangguan emosi .
v) Tansley (1967)
pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang
mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan
sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan
secara tersusun.
vi) Collins (1961)
pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang
mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan
pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi
murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah
seperti membaca,menulis dan mengira.
vii) Evans (1995)
pengajaran pemulihan dianggap sebagai the ambulance of
educational system . Dengan sebab itu pengajaran pemulihan ini
tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran
yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada
waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan
disusun dengan rapi berdasarkan aspek aspek kelemahan murid.
_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

viii) Blair (1956)


pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang
bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran
untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan
yang tidak sesuai bagi murid-murid lamba t.
ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam
pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari
1986.
pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan
untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di
sekolah-sekolah

rendah,

khususnya

ditumpukan

kepada

kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah


kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas
dalam bidang ini.
x) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia (1984)
dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkahlangkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah
dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan
ditentukan.
xi) Koh (1979)
pengajaran pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan untuk
memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid
lambat dengan tujuan untuk meningkatkan taraf pencapaian
mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal .
xii) Chua (1977)
pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan
untuk

membantu

perseorangan

murid

dalam

yang

kelas

lemah,

yang

kecil

melalui
bilangan

pendekatan
muridnya.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan


dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk
cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan
serta

disampaikan

kakitangan

dengan

ikhtisas

teratur

(profesional)yang

serta

dikendalikan

terdiri

daripada

oleh
Guru

Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan


pihak-pihak lain yang berkaitan.
Kesimpulan Definisi
Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis
pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat
dalam

pembelajaran

di

sekolah

agar

mereka

tidak

terus

ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring


dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.
2.2

Tujuan Pengajaran Pemulihan


Berdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru
Sekolah untuk Tahap Satu Kementerian Pendidikan Malaysia
(1984), tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk:
a) Membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahirankemahiran tertentu.
b) Membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku
yang menjejaskan pembelajaran.
c) Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap
positif terhadap pembelajaran.
Menurut

Koh

(1986),

menegaskan

pengajaran

pemulihan

diperlukan untuk mengatasi kesusahan pembelajaran bagi kanakkanak yang mengalami kesusahan ini tanpa menghiraukan labellabel ke atas murid tersebut seperti bodoh, lambat dan sebagainya.
Menurut Blair (1968), pengajaran pemulihan diperlukan untuk
fungsi-fungsi berikut:

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

a) Untuk menyingkirkan tabiat dan sikap yang tidak selari dengan


pembelajaran berkesan atau dengan kata lain memulihkan
kesalahan atau kelemahan.
b) Untuk mengajar buat pertama kali tabiat, kemahiran dan sikap
baik

yang

belum

dipelajari,

tetapi

seharusnya

sudah

dipelajari.Tabiat, kemahiran dan sikap baik diperlukan oleh


murid untuk meningkatkan kecekapan murid.
Maka, pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi dua jenis
kelemahan iaitu mengikis tabiat tidak baik yang sedia ada dan
kedua ialah untuk membentuk tabiat baik yang belum ada pada
murid itu.
Dengan ini, pendidikan diperlukan untuk mengatasi dua jenis
kelemahan ini.Bagi keperluan guru, untuk mengatasi kedua-dua
jenis kelemahan ini, prinsip-prinsip pengajaran yang harus
digunakan

ialah

yang

berasaskan

terdapatnya berbagai-bagai

psikologi,

di

samping

cara bekerja, teknik dan alat

pelaksanaannya.
Tujuan-tujuan pendidikan pemulihan adalah:
a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan.
b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan
kesulitan-kesulitan pembelajaran tertentu.
c) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah
pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan setiap
kanak-kanak.
d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu
kecacatan.
e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya
layanan yang diberi oleh guru khas dapat diteguhkan oleh guru
biasa.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar


dan agensi-agensi untuk perkembangan optimum setiap kanakkanak.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1985) pengajaran


pemulihan adalah khusus untuk membantu sebilangan pelajar yang
menghadapi

masalah

pembelajaran

di

sekolah

rendah,

terutamanya dalam masalah bahasa.

3.0

MURID PENDIDIKAN PEMULIHAN


3.1

Definisi Murid Pendidikan Pemulihan


Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia
murid pendidikan pemulihan. Para pendidik menganggap kanakkanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun
slow learner yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada
rakan sebaya mereka di kelas.
Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang menghadapi
masalah pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis atau
mengira. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk
membaca, menulis atau mengira. Selain sering melakukan
kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian
dan peperiksaan yang kurang memuaskan, murid-murid ini juga
memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri,
pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.
3.1.1 Menurut

laporan

yang

bertajuk

Asia

and

Pasific

Programme of education Innovation for development


(1987) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, sasaran pengajaran pemulihan ialah :
_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

Those that are categorised as having learning problems generally


display a disability in areas such as reading, spoken or written language,
mathematics and in skills related to perceptual processes in learning.
Due to their shortcomings in one or more of the areas, some children
find learning a difficult task.

3.1.2 Menurut Brennan (1974), murid pendidikan pemulihan


adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah
untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh
dianggap sebagai kanak-kanak cacat.
3.1.3 Menurut Sharifah (1986), murid pendidikan pemulihan ialah
murid-murid yang gagal untuk sejajar dengan rakan-rakan
sebaya dalam kelasnya. Kegagalan ini dinilai dari segi
akademik yang dipercayai disebabkan kurang keupayaan
untuk berjaya dalam mata pelajaran asas iaitu membaca,
mengira dan menulis. Mereka tidak termasuk kanak-kanak
yang dikategorikan sebagai terencat akal.
3.1.4 Manakala

Pusat

berpendapat

murid

Perkembangan
pemulihan

Kurikulum
ialah

mereka

(1984)
yang

menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahirankemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran
dan

mempunyai

tingkah

laku

yang

menjejaskan

pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap


positif terhadap pembelajaran.
3.1.5 Koh (1984), mentakrifkan murid pendidikan pemulihan
sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak
luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang
memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan
dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf
pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan
taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada
taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat
persekolahan itu.
_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

10

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

3.1.6 Johnson (1963), mendefinisikan kumpulan murid lambat


sebagai murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat
akademik

seperti

kanak-kanak

lain

yang

sedarjah

dengannya.
3.1.7 AE Tanseley

dan R.Culliford, mentakrifkan kanak-

kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai


intelek

dan

kecerdasan

yang

rendah

juga

kurang

berkebolehan menerima pendidikan biasa.


3.1.8 M.F. Clough mendefinisikan kanak-kanak pemulihan ialah
kanak-kanak

yang

berkemampuan

kurang

membuat

daya

sesuatu

taakul,
keputusan

kurang
atau

kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang


agak abstrak.
Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa
murid

pendidikan

pembelajarannya

pemulihan
yang

ialah

mempunyai

mereka

yang

kecerdasan

di

lambat
bawah

sederhana atau rencatan yang ringan dan termasuk mereka yang


menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha
penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa.
3.2

Ciri-Ciri Murid Pendidikan Pemulihan


Murid-murid pendidikan pemulihan juga mempunyai bermacam ciri
yang

membezakannya

dengan

murid-murid

yang

tahap

pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.


Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan
kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan,
kesediaan belajar dan pengamatan.
a)

Dari segi Emosi dan Tingkahlaku


i.

Perasaan rendah diri

ii.

Perasaan risau

iii.

Perasaan sedih, hiba atau duka

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

11

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

iv.

Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran

v.

Perasaan takut akan perkara-perkara baru

vi.

Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka


melawan.

b)

vii.

Pasif

viii.

Malas

Sosial
i.

Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas serta


mengganggu kawan-kawan.

ii.

Lemah / kurang interaksi dengan rakan

iii.

Gemar menghisap atau menggigit kuku

iv.

Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai


alasan

c)

v.

Menangis enggan masuk darjah

vi.

Hyper aktif

Kesihatan
i.

Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.

ii.

Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang


(gemuk/kurus)

iii.

Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan)

iv.

Lemah gerakan motor-kasar dan halus

v.

Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu


lama dan teruk.

vi.
d)

Kurang menjaga kebersihan diri.

Kesediaan Belajar
i.

Belum bersedia untuk belajar

ii.

Perbendaharaan kata kurang

iii.

Lemah pemahaman

iv.

Kurang keyakinan diri dan rangsangan

v.

Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur


hayat.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

12

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

e)

Pengamatan
i.

Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan


turutan.

ii.

Lemah pendengaran bunyi dan rentak

iii.

Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.

iv.

Lambat mengkelaskan benda.

v.

Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan


yang baru.

vi.

Tidak dapat menyelesaikan masalah.

vii.

Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak


faham undang-undang.

viii.

Tidak kreatif

ix.

Lemah pergerakan dan perbuatan

x.

Lemah daya pemikiran / ingatan

xi.

Tidak boleh mengingat kembali

Beberapa tokoh ilmuan juga telah menggariskan ciri-ciri murid


pendidikan pemulihan mengikut sudut pandangan mereka seperti
di bawah :
3.2.1 Schonell (1965), mencirikan kanak-kanak lambat sebagai
kanak-kanak yang kurang keupayaan dan lemah berbanding
dengan kanak-kanak lain.
3.2.2 Tansley dan Gulliford (1960), telah membahagikan ciri
kanak-kanak lambat kepada tiga kumpulan iaitu :
i)

Kanak-kanak yang lemah dari segi perkembangan


mental ditambah kecacatan-kecacatan lain seperti
gangguan kesihatan, terhad pengalaman berbahasa
dan mengalami gangguan emosi.

ii)

Kanak-kanak ini selalunya ponteng sekolah dan


biasanya berasal daripada latar belakang keluarga
susah.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

13

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

iii)

Kanak-kanak ini biasanya mengalami kesukaran


khusus dalam bacaan dan penulisan mengakibatkan
mereka mengalami pencapaian yang rendah dalam
hampir kesemua mata pelajaran.

3.2.3 Haigh

(1977),

mencirikan

kanak-kanak

pendidikan

pemulihan seperti berikut :


i)

Kanak-kanak

ini

rendah

pencapaian

dalam

kemahiran asas dan mengalami ketidakupayaan dari


segi

bahasa

menyebabkan

kesukaran

dalam

pembelajaran.
ii)

Mempunyai

keupayaan

berbahasa

dan

daya

kefahaman yang terhad sehingga mereka tidak


bersedia memikirkan konsep-konsep yang abstrak.
iii)

Mempunyai minat yang terhad terhadap pelajaran


dan

bersikap

dingin

terhadap

kejayaan

dalam

pelajaran. Kegagalan dalam pelajaran yang selalu


dialaminya

menimbulkan

sikap

benci

terhadap

sekolah.
iv)

Murid ini biasanya memiliki perlakuan yang sukar


dikawal. Perlakuan ini amat berbeza dari rakan-rakan
yang lain. Pada kebiasaannya pakaian kanak-kanak
ini juga tidak kemas dibandingkan dengan murid lain.

v)

Murid ini selalunya cuba menarik perhatian guru,


kerana
kepada

mereka

kurang

pelajaran,

tidak

menumpukan
berminat,

perhatian
kadangkala

berkelakuan liar untuk menutup kelemahan mereka.


vi)

Ada kalanya murid jenis ini tidak pandai menulis


tetapi boleh bertutur dengan baik. Oleh sebab minat
mereka terhad dan cepat luput, maka mereka selalu
mengganggu murid yang pandai.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

14

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

3.2.4 Abdul Halim (1980), mentakrifkan ciri-ciri murid pendidikan


pemulihan adalah seperti berikut :
i)

Kanak-kanak yang menunjukkan kebolehan menulis


dan membaca atau mengira sekurang-kurangnya dua
tahun dibawah usianya.

ii)

Kanak-kanak ini lemah daya perhatian ke atas


sesuatu kerja.

iii)

Kanak-kanak ini sukar menghabiskan kerja yang


diberikan kepadanya.

iv)

Kanak-kanak ini juga sukar mengenali simbol-simbol


yang diajar kepadanya, serta kurang daya untuk
memahami dan menceritakan apa yang dibacanya,
walaupun mereka boleh membaca dengan baik.

v)

Kanak-kanak

ini

juga

kurang

kebolehan

untuk

mengingat maklumat yang diajar kepadanya serta


sukar memahami apa-apa yang mereka sendiri
cakapkan

walaupun

mereka

tidak

mengalami

masalah pendengaran. Keadaan ini menyebabkan


mereka tidak boleh menyampaikan perasaan atau
kehendak mereka kepada orang lain.
vi)

Mereka juga tidak pandai bergaul dengan rakan


sebaya mereka atas beberapa sebab. Antaranya
selalu berkelakuan menyinggung perasaan orang
lain, menggunakan perkataan yang tidak menarik
perhatian kanak-kanak lain kepada mereka. Ini
menyebabkan mereka tidak boleh menyesuaikan diri
di kalangan kanak-kanak lain.

vii)

Ada

juga kanak-kanak ini yang kekok pergerakan

tangan lalu menimbulkan masalah pembelajaran di


sekolah. Ini kerana setiap kali guru menyuruh
menyalin sesuatu, mereka tidak dapat menghabiskan
_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

15

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

kerja mereka dalam masa yang ditetapkan. Daya


pemikiran mereka mungkin sederhana atau lebih baik
dari

kanak-kanak

lain

tetapi

masalah

kekok

pergerakan tangan menyebabkan mereka gagal


dalam ujian-ujian yang memerlukan banyak menulis.
Ada juga kanak-kanak ini yang merasa tersinggung
dengan masalah fizikal mereka kerana mereka selalu
menjadi bahan ejekan kawan-kawan lain terutamanya
dalam latihan jasmani, di mana kekekokan mereka
lebih ketara. Ini melemahkan keyakinan diri mereka
bukan sahaja dari segi jasmani tetapi juga dalam
pembelajaran mereka.
3.2.5 Menurut Marie Jean Low (1973), kanak-kanak lambat ini
mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
i)

Lemah daya pemikiran yang abstrak

ii)

Lemah daya kordinasi pancaindera dengan pemikiran


dalam perkara :
a) pengamatan
b) pendengaran
c) pertuturan

iv)

Lemah dalam penerimaan konsep baru.

iv)

Kurang keyakinan diri sendiri oleh kerana dikuasai

perasaan rendah diri.


vii)

Tumpuan perhatian yang terhad.

viii)

Tumpuan perhatian mudah terganggu oleh gangguan


luar.

ix)

Lemah dalam penyebutan dan pertuturan, gagap,


pelat dan sengau.

x)

Gengguan kesihatan seperti selsema, sakit telinga


dan sakit kulit.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

16

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

xi)

Ketidakbolehan

menganalisis

membezakan yang

sesuatu

untuk

penting dengan yang tidak

penting.
xii)

Ketidakstabilan emosi.

xiii)

Kelemahan di dalam menghubungkan, mengaitkan


dan menyesuaikan.

xiv)

Ketidakbolehan mengingat kembali dan mudah lupa.

xv)

Kurang perbendaharaan kata.

xvi)

Kurang daya cipta atau inisiatif.

xvii)

Mempunyai tingkah laku yang nakal kadangkala


pendiam dan ego.

xviii) Malas datang ke sekolah.

3.3

xix)

Lemah dalam membaca, menulis dan mengira.

xx)

Tidak mempunyai dorongan.

xxi)

Kurang pergaulan.

Punca-punca

permasalahan

pembelajaran

kanak-kanak

Pemulihan.
Dalam penyampaian kertas kerja untuk pensyarah-pensyarah
maktab perguruan bertajuk Pengenalan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menganjurkan ciri-ciri kanak-kanak pemulihan
sebagai murid-murid di kelas biasa yang menghadapi :
a)

b)

Masalah pembelajaran dengan sebab:


i)

Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru

ii)

Tidak hadir ke sekolah

iii)

Cuai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti

v)

Leka dan lambat

Masalah-masalah

yang

menghalang

pembelajaran

termasuklah masalah :
i)

peribadi

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

17

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

ii)

psikologi

iii)

kurang kecerdasan lambat berfikir dan bertindak.

iv)

lekas lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan.

Pada umumnya, murid-murid pemulihan ini tidak mempunyai


masalah kecacatan akal atau terencat akal. Bagi murid yang
menghadapi masalah yang lebih serius, kerjasama pakar dan
pihak-pihak tertentu diperlukan. Murid-murid ini ditempatkan di
kelas khas di sekolah biasa atau di sekolah yang sesuai untuknya.
Dengan nama lain, murid ini dipanggil murid pendidikan khas .
Kini kanak-kanak pemulihan dikenal pasti sebagai murid-murid
dalam Tahap 1 iaitu dari tahun 1 hingga tahun3, yang kerap
menunjukkan

kesulitan

untuk

membaca,

menulis,

mengira,

mendengar, berfikir, bercakap, melukis, mentaakul, memahami dan


mengingatkan kembali. Mereka juga menunjukkan kesulitan untuk
membuat

kerja-kerja

atau

pergerakan

yang

memerlukan

penggunaan koordinasi otot-otot seni.


Kesulitan belajar ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti di
bawah :
a)

Perkembangan dan kematangan jasmani, emosi, intelek dan


sosial yang bermasalah.

b)

Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna.

c)

Penerimaan baka yang cacat.

d)

Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya.

e)

Salah diasuh atau diajar

f)

Kesediaan untuk belajar lewat, dan pengajaran diberi


sebelum berlakunya kesediaan.

g)

Otak yang tidak berfungsi dengan betul dan sempurna.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

18

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

h)

Kecacatan

sejak

dilahirkan

atau

disebabkan

oleh

kecelakaan dan berbagai-bagai sebab lagi.

4.0

GURU PEMULIHAN KHAS


Guru pemulihan terdiri daripada guru terlatih yang telah mengikuti Kursus
Khas Pemulihan. Agihan masa bagi guru khas pemulihan yang
diperuntukkan oleh Bahagian Sekolah-sekolah ialah 990 minit seminggu
untuk mengajar. Untuk melaksanakan program pemulihan ini dan
kemudiannya dinilai, guru khas sepatutnya mempunyai kemahirankemahiran berikut :
i)

Menggunakan penujuan bersistem dalam pengajaran.

ii)

Mengikut model dalam pengajaran pemulihan

iii)

Menerang,

menyusun

dan

menulis

matlamat

dan

objektif

pengajaran
iv)

Menganalisis dan menggunakan tugas-tugas pembelajaran

v)

Mengelolakan pelan-pelan pengajaran.

4.1

Ciri-Ciri Guru Pemulihan Khas


Untuk menjadi guru pemulihan yang baik dan berjaya, seseorang
guru pemulihan itu mestilah memiliki dan memenuhi beberapa ciri
guru pemulihan, antaranya:
1) Menunjukkan minat terhadap kerjaya.
2) Berpengetahuan tinggi tentang pendidikan pemulihan.
3) Bersedia

mempelbagaikan

kaedah

pengajarannya

untuk

menukar selera pelajar yang cepat bosan dengan pengajaran


yang stereotaip.
_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

19

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

4) Periang dan menunjukkan kekawanan (friendliness) kepada


para pelajar.
5) Bersedia bekerjasama dengan guru besar dan guru-guru mata
pelajaran yang lain.
6) Dapat membentuk soalan-soalan diagnostik yang baik dan
sesuai.
7) Dapat menganalisis hasil ujian diagnostik dengan tepat dan
mengkategorikan pelajar kepada kategori tertentu.
8) Dapat melaksanakan program pengajaran pemulihan dengan
berkesan.
9) Mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
10)Bersimpati dan mempunyai keazaman untuk menolong.
11) Berkeyakinan terhadap kemampuan pelajar, iaitu sentiasa yakin
bahawa pelajar akan berjaya dalam bidang pelajarannya.
12)Tidak berputus asa.
13)Memberikan nasihat yang positif kepada pelajarnya, iaitu
dengan menyatakan pencapaian yang rendah itu sentiasa dapat
diperbaiki dari semasa ke semasa.
Seseorang guru pemulihan yang tidak mempunyai ciri-ciri positif
dan dedikasi belum tentu dapat menjadi guru pemulihan yang baik
walaupun sekolah tempat dia mengajar itu mempunyai segala
kelengkapan yang diperlukan.
4.2

Tugas-tugas Guru Pemulihan Khas


Guru Pemulihan Khas mempunyai tugas-tugas yang memerlukan
penelitian yang lebih bagi menjamin kelancaran program pemulihan
ini. Antara tugas-tugas guru pemulihan ini termasuklah:
1)

Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk muridMurid lemah yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6.
Keutamaan hendaklah

diberi kepada murid-murid Tahun 2

dan Tahun 3.
_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

20

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

2) Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid


lemah yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan
hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3.
3) Membantu guru-guru asas dalam hal :
i. Mengenalpasti

murid-murid lemah yang

pengajaran pemulihan sama ada

memerlukan

di kelas biasa atau

kelas khas.
ii. Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahanbahan pemulihan.
iii. Membantu guru asas sekiranya keadaan memerlukan.
4) Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, guru bimbingan,
ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk
mendapatkan maklumat lanjut

tentang

kesihatan dan lain-lain keterangan

kelakuan,

tabiat,

mengenai latar belakang

murid.
5) Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan
murid-murid yang menghadiri kelas pemulihan dan merekodnya.
Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:
i. Kemajuan murid.
ii. Latar belakang murid.
iii. Laporan kesihatan murid.
iv. Hasil temubual dan rujukan.
6) Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid
mengandungi:
i.

Borang Pencalonan.

ii. Profil Murid Pemulihan.


iii. Ujian Saringan dan Diagnostik
iv. Lembaran Kerja
v. Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
vii. Catatan lain yang berkaitan dengan murid.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

21

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

7) Membentuk

Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta

menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.


8) Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah
atau daerah.
9) Tugas-tugas yang berkaitan dengan

kebajikan murid-murid

pemulihan khas di sekolah.

4.3

Peranan Guru Pemulihan Khas


Peranan utama guru pemulihan adalah diklasifikasikan seperti
berikut :
1)

Penilai (An Assessment Role)


i) Menyediakan dan menjalankan saringan untuk mengenal
pasti

murid

yang

menghadapi

masalah

pembelajaran.
ii) Menjalankan

ujian diagnostik untuk

masalah-masalah pembelajaran

mengenal

pasti

khusus yang dihadapi

murid.
iii) Menjalankan

penilaian berterusan dan

merekodkan

dengan rapi dan tersusun.


2)

Preskriptif ( Prescriptive Role)


i) Merancang, menyediakan dan melaksanakan programprogram individu bagi kanak-kanak yang mempunyai
masalah pembelajaran yang tertentu.
ii) Mengadakan bengkel atau demonstrasi
pemulihan di peringkat sekolah atau

pengajaran

daerah khas untuk

guru-guru dan Guru-guru besar, Pegawai-pegawai dari


Jabatan Pendidikan Daerah

dan negeri,

sekiranya

keadaan mengizinkan.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

22

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

3)

Pengajar ( A Teaching Therapentik )


i) Mengajar

murid-murid

yang menghadapi

masalah-

masalah pembelajaran(3M) yang mana tidak dapat diatasi


oleh guru biasa dalam situasi kelas biasa.
ii) Mengajar bersama-sama dengan guru asas dengan cara
Team Teaching sekiranya keadaan memerlukan.
4)

Khidmat bantu ( A Supportive Role )


i) Membantu guru biasa merancang dan mengubahsuaikan
aktiviti-aktiviti

dan

bahan-bahan pengajaran

pembelajaran untuk
Panduan

pemulihan

Pemulihan

dan

berpandukan Buku

Kurikulum

Baru Sekolah

Rendah.
ii) Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru
biasa mengenai teknik mengajar kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran.
iii) Bagi memastikan murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran mendapat perhatian, layanan dan bantuan
yang maksimum di sekolah, kerjasama dan penyelarasan
di antara Guru Khas Pemulihan dan
merancang, menyelia
pemulihan

dan

dan

guru biasa

dalam

melaksanakan program

guru asas perlu memainkan peranan

mereka bersama dalam berbagai-bagai perkara seperti


berikut:
-

Mengenal
pemulihan

pasti
dan

murid

yang

menghadapi

memerlukan
masalah

pembelajaran tertentu.
-

Mengatur jadual waktu serta menyediakan


aktiviti dan bahan untuk pengajaran pemulihan.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

23

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

Menyediakan kerja susulan.

Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod


murid dengan rapi dan tersusun.

5.

Perhubungan ( A Liasion Role )


i)

Menghubungi dan berbincang dengan ibu bapa atau


penjaga murid-murid tertentu untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan
dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang
murid itu.

ii)

Mengemukakan

cadangan-cadangan

kepada

ibu

bapa atau penjaga murid tentang bagaimana hendak


membantu

anak-anak

mereka

di

rumah,

demi

kepentingan pembelajaran murid-murid itu.


iii)

Menghubungi

dan

mendapatkan

nasihat

serta

bantuan kepakaran dari doktor, pakar psikologi,


pegawai

kebajikan

masyarakat

dan

sebagainya

terhadap murid-murid tertentu.


6.

Pendorong ( A Motivator )
i)

Peranan yang paling penting sebagai seorang guru


pemulihan
Seorang

ialah
Guru

sebagai
Pemulihan

seorang
haruslah

pendorong.
berupaya

mendorong pelajarnya supaya terus belajar dan


menghapuskan rasa kurang yakin pada diri pelajar
tersebut.
ii)

Guru juga harus mewujudkan suasana bilik darjah


yang menarik untuk mengelakkan kebosanan murid
terhadap aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

4.4

Perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh Guru Pemulihan

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

24

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

Sebagai guru yang mendorong pelajarnya untuk lebih maju supaya


tidak hilang minat di dalam kelas, seorang guru pemulihan haruslah
mengelakkan beberapa perkara berikut :
Mendiskriminasikan para pelajarnya, di antara yang bijak dan
yang lembam.
Menghina pelajar yang lembam di hadapan pelajar lain, ataupun
secara bersendirian atau di dalam bilik guru pun, guru tidak
harus menghinanya.
Membunuh rasa yakin diri pelajarnya. Rasa yakin diri pelajar
boleh terjejas jika guru mengecap mereka sebagai bodoh, tolol,
dungu dan sebagainya.
Menunjukkan bahawa dia membenci pelajar sama ada melalui
kata-kata atau tindak tanduknya.
Mengatakan bahawa jika pelajar tersebut meninggalkan sekolah
tidak akan memberi kesan apa-apa kepada sekolah dan
sekolah tidak kerugian.
Berasa bahawa masa dan tenaga yang dicurahkan untuk
mengajar pelajar itu adalah sia-sia.
Kesimpulannya, peranan guru pemulihan yang paling penting
dalam konteks ini ialah memberi sokongan moral kepada pelajarpelajarnya. Sebarang sikap negatif yang dilakukan atau ditunjukkan
tidak akan memulihkan keadaan, sebaliknya memburukkan lagi
keadaan pelajar bermasalah itu.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

25

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

5.0

PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN


5.1

Perjawatan Guru Pemulihan


5.1.1 Semua sekolah rendah diperuntukan satu jawatan Guru
Pemulihan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk
dalam perkiraan peruntukan guru asas ( n x 1.5 ) seperti
dalam kelayakan peruntukan guru.
5.1.2 Guru yang dilantik sebagai GPKhas mestilah terdiri daripada
guru yang terlatih dan keutamaan diberikan kepada mereka
yang mempunyai opsyen Pemulihan Khas
5.1.3 Perlantikan secara rasmi GPKhas hendaklah dibuat oleh
Jabatan Pelajaran Negeri setelah mendapat pencalonan
daripada guru besar sekolah berkenaan.
5.1.4 Sebarang urusan pertukaran GPKhas mestilah mendapat
persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu.
5.1.5 Sekiranya tiada guru seperti perkara 4.1.2, maka guru besar
perlu melantik seorang guru yang menepati kriteria sebagai
GPKhas.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

26

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

5.1.6 GSTT, guru bermasalah kesihatan, guru kontrak, guru pool


dilarang sama sekali dilantik sebagai GPKhas.
5.1.7 GPKhas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program
pemulihan khas sebagaimana yang ditetapkan dalam suratsurat Siaran KPM. Oleh itu amalan melantik GPKhas
sebagai guru ganti adalah tidak dibenarkan sama sekali.
5.1.8 Guru Besar hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya
agar GPKhas tidak dibebankan dengan tugas-tugas yang
boleh menjejaskan pengendalian kelas pemulihan khas.
5.1.9 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan GPKhas, (seperti
melanjutkan pelajaran, cuti bersalin dan menunaikan haji)
Guru besar perlu melantik seorang guru terlatih dan
mengikut prosedur para 2.1.3.
5.1.10 Penutupan Kelas Pemulihan Khas atau pemberhentian
Program Pemulihan Khas perlu mendapat kelulusan
bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri.
5.2

Pemilihan Murid Pemulihan Khas


5.2.1 Pencalonan Murid
i)

Program Pemulihan Khas bermula pada Tahun 2.

ii)

Di akhir Tahun 1, murid-murid yang gagal Ujian


Pelepasan KIA2M layak masuk ke Program
Pemulihan Khas pada Tahun 2.

iii)

Pencalonan baru murid Tahun 3 akan disaring


dengan IPP2M dan IMA. ( Lampiran 1)

iv)

Pencalonan murid juga boleh dibuat oleh:

guru mata pelajaran BM/Mat

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

27

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

5.3

guru kelas

guru besar

ibu bapa

Pengurusan Kelas
5.3.1 Cara Melaksanakan Kelas Pemulihan
Disyorkan 2 alternatif seperti berikut :
i.

Sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi


sesuatu

darjah,

murid-murid

untuk

kelas

pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut


sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu
kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.
Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi
pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.
ii.

Sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah,


murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil
dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah
tidak melebihi 15 orang.

iii.

Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti


kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja,
maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang.
Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah
tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas
Pemulihan Khas dengan guru besar dan guru-guru

asas.
_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

28

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

iv.

Bagi Sekolah Kurang Murid (SKM) pelaksanaan


dilakukan berdasarkan kesesuaian sekolah.

5.3.2 Jadual Kedatangan Murid


Buku Jadual Kedatangan Murid di kelas pemulihan khas
hendaklah disediakan bagi merekod kehadiran murid setiap
hari.
5.3.3 Fizikal Kelas
i.

Sekolah-sekolah

yang

dibekalkan

dengan

kemudahan sebuah bilik darjah dengan keluasan 3


bay khusus untuk kelas pemulihan khas sebagaimana
dalam pelan asal dan surat penyerahan bangunan
perlu dikekalkan sebagai kelas pemulihan khas.
ii.

Sebuah

bilik yang kondusif berukuran 3 bay

hendaklah disediakan oleh pihak sekolah. Susunatur


kelas ini tertakluk kepada pelan yang telah diluluskan
dalam projek brif RMK 9 seperti di lampiran.
iii.

Sekolah-sekolah

yang

tiada

kemudahan

seperti

dalam perkara (i) dan (ii) di atas hendaklah


mengusahakan ruang sekurang-kurangnya dengan
keluasan 2 bay.
5.3.4 Peralatan dan perabot asas
Peralatan dan perabot asas perlu disediakan secukupnya
bersesuaian dengan keperluan guru dan murid.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

29

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

5.4

Peruntukan Bantuan Pelajaran Tahunan


5.4.1 Dasar Sedia Ada:
Di bawah Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
(Siaran

Kewangan

Feb.1991).

Bil:2/91

Bertujuan

untuk

KP1573/17/jld.8(78)bth.11

bimbingan

pendidikan

bagi

membolehkan kanak-kanak menerima pendidikan yang sesuai


dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehannya.

5.5

Pengurusan Pentadbiran Ujian


5.5.1 Ujian Saringan
Fungsi:
Ujian Saringan bertujuan untuk mengukur secara menyeluruh
kekuatan dan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas
oleh seseorang murid.
5.5.1.2

Bahan:

Bahasa Melayu
Ujian Pelepasan II (KIA2M) yang dilaksanakan di akhir
Tahun 1 dianggap sebagai Ujian Saringan memasuki
Program Pemulihan Khas di Tahun 2.

Instrumen

Penentu

Penguasaan

2M

(IPP2M)

pula

akan

dilaksanakan kepada murid-murid Tahun 3 hingga 6 sebagai Ujian


Saringan.

Matematik
Dalam Program Pemulihan Khas, Ujian Saringan untuk
pengambilan

murid-murid

ke

program

tersebut

menggunakan Indicator for Mastery in Arithmatic (IMA).

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

30

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

5.5.1.3

Skor:

PENCALONAN MURID BERASASKAN SKOR IPP2M:


Cadangan
Untuk
Penempatan

Cadangan Ke
Pendidikan Khas

Program
Pemulihan Khas

Pemulihan
KBSR
(dalam bilik
darjah)

SKOR

09

10 45

46 65

5.5.2 Ujian Diagnostik


Ujian Diagnostik memainkan peranan yang penting dalam program
Pemulihan Khas. Ia dapat membantu guru mengenalpasti secara
khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid. Guru
akan dapat mengetahui sama ada masalah yang dihadapi oleh
murid-murid itu ringan atau kompleks. Berdasarkan analisis Ujian
Diagnostik guru akan dapat menghalusi dan merancangkan aktivitiaktiviti pemulihan bagi setiap murid yang memerlukan pemulihan.
Fungsi:
Ujian Diagnostik hendaklah dijalankan dengan tujuan untuk
membantu Guru Pemulihan Khas mengesan kawasankawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh
seseorang murid secara khusus di samping memudahkan
pembentukan kumpulan pembelajaran.
5.5.2.1Jenis Ujian Diagnostik
Ujian

Diagnostik

ini

terbahagi

kepada

bentuk

pelaksanaannya, iaitu lisan, praktik dan bertulis.


a) Ujian Diagnostik Lisan :
Ujian ini mengandungi 31 item kemahiran dalam domain
kognitif peringkat penggunaan dengan sejumlah 661 soalan,
_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

31

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

satu

item

kemahiran

dengan

soalan

peringkat

pemahaman.
b) Ujian Diagnostik Praktik :
Ujian ini mengandungi 10 kemahiran. Kesemua 92 item
soalan yang disediakan adalah domain kognitif peringkat
kefahaman.
Ujian ini boleh digunakan sebagai bahan alternatif untuk
mendiagnos lebih terperinci daerah kesukaran membaca
yang dihadapi oleh murid.
c) Ujian Diagnostik Bertulis :
Ujian ini mengandungi 26 item kemahiran dengan 196
soalan. Keseluruhan soalan adalah dalam domain kognitif d
5.5.3 Pelaksanaan Ujian Diagnostik
i) Ujian Diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru
mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program
Pemulihan Bahasa Melayu.
ii) Ujian Diagnostik Lisan dijalankan secara individu,
sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara
kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu
masa.
iii) Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif
yang paling rendah kepada yang lebih tinggi Pengetahuan
Pemahaman - Penggunaan, maka hendaklah dimulakan
dengan ujian lisan dan diikuti dengan ujian bertulis.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

32

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

iv) Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang


murid yang diuji itu didapati gagal menjawab semua item
dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut.
v) Setiap jawapan murid hendaklah direkodkan dalam
Borang Rekod Ujian Diagnostik.
5.5.4 Bahan:
Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian
Diagnostik, Guru Pemulihan Khas

boleh merujuk Buku

Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah


Penguasaan

3M)

terbitan

Jabatan

Pendidikan

Khas,

Kementerian Pelajaran Malaysia.


5.5.5 Ujian Pencapaian
i) Ujian Pencapaian Kemahiran (formatif):
Dijalankan dengan tujuan untuk memastikan penguasaan
murid selepas sesuatu kemahiran diajar.
ii)Ujian

Pencapaian

Penguasaan

Bahasa

Melayu

(sumatif):
Dijalankan dengan tujuan untuk mengesahkan seseorang
murid itu telah berjaya dipulihkan dan tidak perlu mengikuti
program lagi. Ujian yang digunakan ialah IPP2M.
Skor 45 dan ke atas diiktiraf sudah menguasai kemahiran
2M.
iii(Ujian Pencapaian Penguasaan Matematik (sumatif):
Dijalankan dengan tujuan untuk mengesahkan seseorang
murid itu telah berjaya dipulihkan dan tidak perlu mengikuti
program lagi.
_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

33

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

Dalam Program Pemulihan Khas, IPP2M dan IMA digunakan


juga sebagai ujian pre test dan post test.

6.0

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


6.1

Jadual Waktu
6.1.1 Agihan Waktu Mengajar
Tahun

Bahasa Melayu

Matematik

Jumlah

1
2
3

8 kali X 30 minit = 240


7 kali X 30 minit = 210
8 kali X 30 minit = 240
7 kali X 30 minit = 210
480 minit
420 minit
Panduan Dan Persediaan
JUMLAH SEMINGGU

450 minit
450 minit
900 minit
120 minit
1020 MINIT

6.1.2 Agihan minit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan


Matematik boleh dianjalkan (flexible) mengikut keperluan
sekolah.
6.1.2 Waktu Panduan

dan Persediaan

(120 minit) hendaklah

dimasukkan dalam jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya di


Buku Rekod Mengajar.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

34

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

7.0

KESIMPULAN
Jelaslah di sini bahawa pendidikan pemulihan adalah satu bentuk

pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang berkurangan atau membetulkan


sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. Memang diakui bahawa
pengajaran pemulihan adalah tanggungjawab yang berat bagi seseorang guru.
Bagaimanapun harus disedari bahawa pengajaran pemulihan yang berkesan
tidak mudah dilaksanakan.
Dengan itu pelaksanaan pengajaran pemulihan hendaklah mengikut cara
betul dan guru pula mesti mengetahui secara mendalam selok belok pendidikan
ini. Pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai bagi setiap situasi pengajaranpemulihan perlu dititik beratkan untuk menjamin kejayaan dan tercapainya
matlamat pendidikan pemulihan itu sendiri.
Untuk menjayakan program pemulihan ini, kesemua pihak haruslah
berganding bahu,bukan sahaja guru pemulihan itu sendiri, tetapi ia memerlukan
sokongan yang padu dan jitu dari pihak sekolah terutama guru besar dan guru
bahasa Melayu dan matematik, di samping peranan ibu bapa di rumah, murid
lembam ini tidak harus dipinggirkan di sekolah mahu pun di rumah, ia boleh
berjaya seperti murid biasa yang lain. Mereka cuma memerlukan suntikan dan
menuntut kesungguhan,kesabaran dan keikhlasan dari guru-guru pemulihan
_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

35

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

khas, bak kata pepatah; belakang parang kalau diasah lagikan tajam, sehari
selembar benang, lama-lama menjadi kain.

ARAHAN TUGASAN
2. Menghasilkan bahan / item ujian saringan / diagnostik yang bersesuaian untuk
kegunaan guru-guru di sekolah masing-masing.

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

36

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

37

Anda mungkin juga menyukai