Anda di halaman 1dari 28

METODOLOGI

KAJIAN TINDAKAN
KUALITATIF
JABATAN PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SRI LAYANG, GENTING HIGHLANDS

Metodologi Kajian Tindakan


Pendekatan kajian (Definisi)

Instrumen
Kaedah mengumpul data
Analisis data

Pendekatan Kajian
1. Kuantitatif
Objektif Kajian
Persoalan Kajian

2. Kualitatif
Pilih pendekatan mengikut keperluan kajian
Pengkaji hendaklah mempunyai kemahiran
penyelidikan untuk membuat kajian
Pengkaji boleh menggunakan lebih dari satu
teknik pengumpulan data dari kedua-dua
pendekatan

Pendekatan Kualitatif
Penyelidikan yang datanya adalah
bersifat
subjektif
yang
diperoleh
melalui percakapan, pemerhatian dan
penyemakan
perkara-perkara
yang
berkaitan dengan fenomena yang
dikaji.

Instrumen Kajian

Alat yang digunakan dalam kajian untuk


mengumpul data.

Contoh alat kajian kualitatif

Pemerhatian

2 Temu bual
3

Analisis dokumen

Teknik Mengumpul Data


Pemerhatian
Proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal
seperti tingkahlaku, cara melaksanakan sesuatu,
keadaan persekitaran dan sebagainya
Dijalankan secara sistematik (ada tujuan, mengikut
masa yang ditentukan, mengikut peraturan dsb)
Boleh mencatat nota (nota lapangan) dan membuat
rakaman (video) terhadap pemerhatian yang
dijalankan

Boleh dilakukan melalui dua cara:


1. Pemerhatian Berstruktur

Aspek yang hendak diperhatikan dikenal


pasti terlebih dahulu

Penyelidik memerhati,mendengar dan


merekod maklumat berdasarkan set aktiviti
yang telah dikenal pasti

Penyediaan senarai semak amat membantu

1. Pemerhatian Berstruktur
Contoh :
Memerhati tingkah laku murid yang menumpukan atau tidak
menumpukan perhatian semasa guru mengajar.
Jadual pemerhatian digunakan untuk merekodkan kod-kod aktiviti
yahg dilakukan oleh murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Kod nombor 1 hingga 9 berikut
menunjukkan tingkah laku murid semasa kelas dijalankan.
Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi
Pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas
Berangan-angan
Berjalan dari satu tempat ke tempat lain
Membuat kerja lain
Menganggu murid lain secara fizikal
Mencuba untuk menarik perhatian
Mengasah pensel
Lain-lain aktiviti (seperti keluar bilik darjah)

2. Pemerhatian Tidak Berstruktur

Dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti yang


telah dikenal pasti. Penyelidik perlu menentukan
fokus pemerhatian.
Perlu juga tentukan tingkahlaku responden yang
ada kaitan dengan perkara yang dikaji.

Temu Bual dan Protokol Temu Bual


Temu bual merupakan teknik pengutipan
data yang melibatkan interaksi bersemuka
(face-to face) atau melalui percakapan
telefon antara penyelidik dengan orang yang
ditemu bual (responden).
Protokol temu bual adalah senarai yang
mengandungi soalan yang akan
dikemukakan dalam sesi temu bual yang
dijalankan.

Teknik temu bual berstruktur


Soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual
dilaksanakan secara formal
Setiap subjek hendaklah diberi soalan yang sama
Contoh :
Sudah berapa lama tuan menjadi Guru Besar/Penolong
Kanan?
Berapa bilangan muri-murid di sekolah ini?

Teknik temu bual separa berstruktur


Cuma soalan utama disediakan. Soalan susulan berdasarkan
jawapan responden.
Contoh :
Penyelidik :Bagaimana tanggapan guru-guru sekolah
ini terhadap tuan sejak menjadi Guru Besar /
Penolong Kanan di sekolah ini?
Responden:Baik
Penyelidik :Boleh tuan jelaskan maksud baik?

Teknik temu bual tidak berstruktur (Temu bual terbuka)


Temu bual ini tidak menggunakan soalan yang disediakan
terlebih dahulu, temu bual ini selalunya secara spontan. Hal
ini bertujuan meneroka idea atau perasaan responden.
Contoh :
Peperiksaan UPSR dan PMR,akan dimansuhkan apa
pandangan tuan tentang cadangan tersebut?

Analisis Dokumen
Proses mengumpul data kajian melalui penyelidikan,
penyiasatan, pemeriksaan, pencerakinan dan
penganalisisan terperinci yang dibuat terhadap bahan
bertulis yang berkaitan dengan perkara yang dikaji
Dokumen adalah sumber data yang paling mudah,
murah dan cepat untuk diperoleh kerana ia telah ada
Contoh dokumen adalah diari, jurnal, sukatan
pelajaran, Buku Rancangan Mengajar Harian, kertas
peperiksaan, ujian bulanan, buku kedatangan, gambar,
carta dan sebagainya
Penyelidik hanya perlu menyaring maklumat yang
perlu diperoleh. Jika perlu minta kebenaran untuk
membuat salinan bagi memudahkan kerja

ANALISIS DOKUMEN
Dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan
kepada isu dan masalah yang dikaji juga merupakan
sumber paling mudah kerana maklumat yang diperlukan
telah sedia ada.
Contoh jenis dokumen yang boleh digunakan dalam kajian
tindakan termasuklah :
Sukatan pelajaran
Minit mesyuarat panitia
Kertas peperiksaan dan ujian
Tugasan dan latihan murid
Bahagian yang berkaitan dalam buku teks
Keputusan peperiksaan bulanan, semester dan
peperiksaan awam

Analisis Data

Pemerhatian berdasarkan sembilan (9) aktiviti direkodkan dalam


bentuk jadual. Dalam jadual yang ditunjukkan pemerhatian terhadap
murid dilakukan sebanyak 10 kali untuk melihat apakah aktiviti
yang dilakukan. (Sebagai contoh murid Q didapati telah
menjalankan paling banyak aktiviti 80%) dan aktiviti-aktiviti ini
merangkumi
i. pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas. ii.
Berangan-angan. iii. Berjalan-jalan dari satu tempat ke tempat lain.
Jadual Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Di Bilik Darjah
Murid

P
Q
R
S
T

Pemerhatian (skan)
1

3
2
6

4
2
7
5
1

8
2
7

3
5
1

3
6

6
5

10

5
8

%
40
80
50
50
60

Pemerhatian : Penggunaan nota lapangan (field notes)


Contoh :
Jadual pemerhatian berdasarkan kronologi peristiwa guru lewat masuk ke kelas
penggunaan nota lapangan
Peristiwa (Event)
Jam menunjukkan pukul 7.35 pagi, murid-murid kelas 3A masih beratur di luar
kelas kerana guru masa pertama masih belum datang.
10 minit kemudian guru A datang dengan tergesa-gesa dan menyuruh muridmurid masuk ke kelas. Sambil berdiri murid-murid member i salam kepada guru
A. Guru A menjawab salam dan menyuruh murid-murid duduk. Begitu juga
dengan guru A juga duduk.
Guru A menyuruh murid-murid membuka buku teks sambil bertanya kepada
murid-murid pelajaran yang lepas. Guru A masih lagi duduk sambil membelekbelek buku teks di tangannya.
Guru A sekali lagi bertanya kepada murid-murid tentang pelajaran lepas. Muridmurid berbisik sesama sendiri. Seorang murid angkat tangan dan memberitahu
guru tidak masuk kelas minggu lepas.
Jam telah menunjukkan jam 7.55 pagi, guru A menyuruh murid-murid membuka
halaman 15 dan membuat latihan yng terdapat dalam buku teks berkenaan. Ada
murid yang mengeluarkan buku nota dan ada yang tidak berbuat apa-apa. Guru
A masih lagi duduk di kerusinya.
Loceng sekolah berbunyi jam 8.05 pagi, guru A bangun dari kerusi sambil
mengemas bukunya kemudian menyuruh murid-murid terus membuat latihan dan
guru A berjalan keluar meninggalkan kelas 3A.

Catatan
Guru lewat masuk kelas

Berfikir dan mengingat


semula
Termenung

Koding Temu Bual


Jadual 1 : Faktor-faktor Murid-murid Tahun 5 C
Ponteng Kelas
Respond Murid

Kod

Soalan : Apakah yang menyebabkan kamu tidak masuk kelas


Guru X setiap kali masa pengajarannya?
Murid 1

Boringlah cikgu setiap kali masa cikgu x dia suka


membebel. Bukannya sekejap lama pula tu.
Yang silap seorang saja, tetapi yang kena marah satu kelas
Cikgu tak mengajar bukannya menarik, mata saya
mengantuk, itu yang saya keluar dari kelas.

1
1
1

Murid 2

Saya tak fahamlah cikgu x mengajar. Dia seorang sahaja


yang bercakap, lepas itu dia tanya. Saya tak minat sebab itu
saya keluar kelas cikgu x

3
3

Murid 3

Saya tak faham cikgu x mengajar sebab kelas selalu bising


dan cikgu x diamkan saja

3
2

Penentuan Kod
1. Faktor Guru
Guru suka membebel
Guru selalu marah
Pengajaran tidak menarik
2. Suasana Kelas
Kelas bising
3. Faktor Murid
Tidak faham
Tidak berminat

Contoh Proses Analisis:


Analisis Dokumen Kehadiran Murid Tahun 6 Cempaka Bulan Januari Mac
2010
Bil

Ketidakhadiran Dalam Bulan Januari Mac 2010

Nama

15

10

16

12

13

10

15

17

10

10

12

Analisis Dokumen Ketidakhadiran Murid Tahun 6 Cempaka Bulan Januari Jun 2010
Bil

Nama

Ketidakhadiran Sebelum
Tindakan Jan-Mac 2010

Ketidakhadiran Selepas
Tindakan April-Jun 2010

15

10

16

12

13

10

15

17

10

10

12

Graf Ketidakhadiran Murid Tahun 6 Cempaka Januari Jun 2010

Sampel dan Pensampelan

Sampel sebahagian daripada populasi


Sampel yang dipilih mesti bersifat representatif

Pensampelan adalah satu proses memilih individu


bagi sesuatu kajian dalam cara yang tertentu
supaya mereka mewakili populasi di mana mereka
dipilih

Sampel kajian hendaklah dikekalkan sehingga habis kajian


tersebut
Sampel hendaklah terdiri daripada populasi

JENIS PENSAMPELAN

Pensampelan Bertujuan
(Purposive Sampling)

JENIS-JENIS PENSAMPELAN

Pensampelan Bertujuan (Purposive Sampling)


1. Tentukan responden agar sesuai dengan tujuan kajian
(Populasi yang khusus: orang portugis; Baba-Nyonya;
pengikut parti)
2. Sesuai untuk kajian awal.
3. Sesuai untuk penerokaan
4. Uji soal selidik
5. Untuk dapatkan maklum balas segera

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai