Anda di halaman 1dari 4

1. Bagaimana kesukaran memori menjejaskan pembelajaran?

Pembelajaran dalam alaf ini sangatlah mencabar. Kesabaran dan komitmen yang
tinggi sangatlah dituntut dalam mendidik anak-anak. Mendidik anak-anak yang sempurna
sudah amat mencabar, apatah lagi anak-anak istimewa yang memerlukan lebih perhatian.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab memanusiakan manusia amatlah berat.
Anak-anak istimewa ini mempunyai pelbagai ragam yang sama sekali memerlukan pendidik
sentiasa peka dengan tingkah laku anak-anak ini. Sedikit kesilapan boleh menjurus kepada
kegagalan yang bakal menghantui sepanjang kehidupan kita. Disinilah proses pemulihan
sangat dituntut dalam mendidik murid-murid istimewa ini.
Pendidik yang mendidik murid-murid istimewa yang mempunyai tahap pemikiran
memori yang berbeza dengan murid-murid normal perlukan banyakkan proses pengulangan.
Proses pengulangan berlaku lebih kerap kerana murid-murid istimewa ini kerap lupa apa
yang dipelajari oleh mereka kerana pemikiran mereka sentiasa berkisar tentang keseronokan.
Pembelajaran dalam keseronokan yang berlebihan boleh menyebabkan murid-murid ini
menganggap apa yang dipelajari sekadar satu permainan. Jadi pendidik perlu berhati-hati agar
tidak terperangkap dalam keseronokan mendidik yang menjadikan murid-murid ketinggalan
dalam keseronokan.
Proses pemulihan memang sangatlah mencabar, tumpuan yang perlu diberikan
amatlah tinggi agar murid-murid ini tidak ketinggalan seperti murid-murid normal. Proses
pengulangan dalam pembelajaran yang kerap berlaku sedikit sebanyak akan membuatkan
murid-murid dan pendidik merasa bosan. Sekiranya pendidik yang merasa bosan, mungkin
boleh diubah cara atau pembelajaran yang hendak diajar. Tetapi murid-murid yang istimewa
ini bila sudah merasa bosan akan menyebabkan mereka kehilangan tumpuan. Proses
pemulihan akan menjadi terbantut dan pengulangan terpaksa dilakukan semula. Jadi sebagai
pendidik, ada masanya murid-murid ini mampu memberikan tumpuan yang sangat baik,
dikala itulah pendidik harus mengambil kesempatan agar dapat menyampaikan ilmu yang
dikehendaki sebelum murid-murid ini kembali hilang fokus.
Pada satu-satu masa, pendidik akan memberikan tumpuan kepada seorang murid
untuk memastikan agar dia tidak ketinggalan dari murid-murid pemulihan yang lain.
Disebabkan situasi ini, murid-murid lain akan terbiar dan ini memberi ruang kepada muridmurid lain ini melakukan kesilapan. Kesilapan kecil dari pendidik akan menyebabkan muridmurid juga terkena tempiasnya. Akibat dari ini, pembelajaran harus dilakukan semula dan

murid yang tertinggal itu diasingkan buat sementara atau minta bantuan dari pendidik lain
untuk membantu. Proses pemulihan tidak dapat diatasi dalam masa sehari. Ia mungkin
memakan masa yang lama. Sentiasa bersedia dan sentiasa memerhati perkembangan muridmurid ini agar mereka tidak terlalu dibebankan dengan pembelajaran.
Pengajaran secara chalk and talk harus dijauhkan. Ini kerana ia akan melambatkan
lagi proses pemulihan. Gunakan kaedah interaktif yang lebih menarik dan mudah agar dapat
menarik minat murid-murid untuk belajar. Penulisan yang berterusan juga membosankan
sekaligus merencatkan proses pembelajaran, pengunaan peta minda dan jadual adalah lebih
baik dalam proses pemulihan.
Pendidik akan gagal dalam mendidik murid-murid istimewa ini sekiranya tidak ada
perancangan yang betul dalam mendidik. Seperti yang kita tahu, proses pemulihan
memerlukan teknik dan proses yang betul dalam mendidik murid-murid istimewa ini. Proses
yang betul memerlukan pendidik mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid
pemulihan ini. Kesilapan dan kesalahan dalam menentukan permasalahan seperti yang kita
sedia maklum akan menyebabkan proses pemulihan gagal. Kegagalan kita mendidik murid
ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dan sekaligus gagal dalam kehidupan mereka.

2. Bincangkan strategy intervensi yang boleh di amalkan oleh guru untuk membantu murid
yang kesukaran memori?
Proses pemulihan bagi murid-murid istimewa ini mampu menjadikan murid-murid ini
bersaing dengan murid-murid normal. Ada beberapa strategi dan teknik yang bersesuaian
yang membolehkan kita membantu murid-murid ini. Antaranya ialah memastikan apa punca
murid-murid ini lemah. Kedua, memerhati murid-murid ini dengan lebih dekat. Ketiga,
menilai aktiviti pelajaran yang dijalankan. Keempat, mengurangkan beban perkara yang
dipelajari. Kelima, pengunaan kad memori dan yang terakhir adalah proses pengulangan.
Mencari punca kenapa murid-murid ini memerlukan pemulihan amatlah penting.
Untuk mengenal pasti masalah ini, pendidik perlu berbincang dengan ibu bapa. Perbincangan
perlulah secara berhemah agar tidak menguriskan mana-mana pihak. Selepas itu, lihat apa
yang menyebabkan murid-murid lupa apa yang dipelajari sebelum ini. Kemudian pastikan
apa kesilapan yang murid-murid ini lakuakan. Seterusnya barulah memulakan proses
pemulihan.
Dalam proses pemulihan, murid-murid ini perlu diberi pemerhatian secara
menyeluruh. Murid-murid ini tidak boleh dibiarkan tanpa bimbingan. Murid-murid ini juga
tidak boleh dibebankan dengan pembelajaran yang berat. Perlu sentiasa bertanya apa yang
dilakukan oleh mereka. Pemerhatian ini mungkin agak membebankan dan menyukarkan
pendidik, namun ia membantu dalam mendidik murid-murid ini.
Pemerhatian menyeluruh terhadap murid-murid ini akan dapat memastikan muridmurid ini diberi aktiviti pelajaran yang bersesuaian dengan mereka. Selepas diberi aktiviti
pelajaran ini, pendidik perlu menilai keberkesanan aktiviti pelajaran ini. Aktiviti yang tidak
bersesuaian bolehlah diasingkan dan digantikan dengan aktitivi yang lebih baik. Mungkin
aktiviti ini boleh digabungkan dengan teknologi agar ia lebih interaktif.
Aktiviti yang menarik dan interaktif sentiasa menarik minat murid-murid zaman
sekarang. Namun, pemberian ilmu secara berlebihan menyebabkan murid-murid mudah lupa
dengan apa yang dipelajari sebelum ini. Meningkatkan aktiviti yang lebih bermakna juga

boleh membantu murid-murid ini dalam proses pemulihan. Pendidikan yang kompleks perlu
distrukturkan semula agar ia menjadi lebih mudah untuk murid-murid ini mempelajarinya.
Aktiviti yang berkaitan dengan berirama juga boleh meningkatkan dan menguatkan proses
pemulihan murid-murid dengan cepat.
Penggunaan kad memori dalam proses pemulihan amatlah baik. Murid-murid boleh
melukis poster, menulis sesuatu yang di pelajari pada hari itu atau menulis sebaris ayat
mudah yang dipelajari. Kad memori itu kemudiannya di lekatkan di dinding. Sekiranya perlu,
kad memori ini juga boleh dicetak dan dibuat secantik mungkin agar dapat menarik minat
murid-murid ini untuk melihatnya sekaligus menghafal tentang kad memori itu. Untuk
memastikan ia berkesan, murid-murid ini bolehlah diuji dengan pertanyaan mudah tentang
kad memori yang mereka ketahui.
Aktiviti dan strategi yang terakhir yang boleh digunakan yang biasanya amat berkesan
dalam pendidikan adalah pengulangan atau latih tubi. Aktiviti ini tidaklah diperlukan oleh
semua murid-murid yang terlibat dalam proses pemulihan namun ia memerlukan semua
orang untuk bekerja bersama. Aktiviti ini tidak boleh dibebankan kepada murid-murid
pemulihan secara berterusan kerana ia akan menyebabkan murid-murid ini hilang tumpuan
dan berasa bosan. Mungkin pendekatan baru boleh memperbaiki kelemahan ini seperti
pengunaan teknologi.
Setiap aktiviti dan strategi intervensi yang diamalkan oleh pendidik terhadap muridmurid istimewa ini perlu dipastikan keberkesanan dalam pembelajaran muri-d-murid.
Tanggungjawab pendidik menyampaikan ilmu kepada murid-murid adalah amanah yang
harus ditunaikan. Sentiasa ikhlas dan bersungguh-sungguh pasti akan membuatkan kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai