Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

SCIENCE
TINGKATAN 2

MATLAMAT KURIKULUM SCIENCE


Matlamat kurikulum Science untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikuti
kurikulum Science sekolah menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan mereka mendapatkan
pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untuk
membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains dan
teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF KURIKULUM SCIENCE


Kurikulum Science untuk sekolah menengah membolehkan murid:
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena
alam semulajadi dan pengalaman harian
Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian
Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan
nilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan
Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains
dan teknologi
Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan
Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan
bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat
Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat
Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh
penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal
Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam
pemuliharaan dan pemeliharaannya.

SCIENCE TINGKATAN 2

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui konsep dan prinsip asas sains

Mengetahui dan memahami konsep dan prinsip sains

Mengaplikasi pengetahuan saintifik untuk mengembangkan pemahaman konsep dan prinsip sains

Menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan prinsip
sains

Mengamal dan menilai maklumat saintifik yang berkaitan konsep dan prinsip sains dan teknologi dalam
menyelesaikan masalah

Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitan
dengan sains dan teknologi

SCIENCE TINGKATAN 2

TEMA / TAJUK

BAND
1

TEMA D
PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN
HIDUP

TAJUK 8
DUNIA MELALUI DERIA KITA

TAJUK 9
NUTRISI

SCIENCE TINGKATAN 2

DESKRIPTOR
menyatakan pelbagai jenis kecacatan penglihatan dan
pendengaran dengan betul.
menerangkan mekanisma pendengaran, mekanisme
penglihatan, kemandirian haiwan dengan penglihatan
stereoskopik dan monokular, ilusi optik, titik buta dan
fungsi kelas makanan dengan jelas.

mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai sistem


pencernaan, kepentingan penyerapan semula air, dan
amalan pemakanan secara meluas.

menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran


saintifik untuk mengkaji hubungan antara organ deria dan
rangsangan, sifat-sifat cahaya melalui medium yang
berbeza, jenis kecacatan mata dan pembetulan, sifat bunyi
dan kehadiran kanji, glukosa, protein dan lemak dalam
makanan mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan.

mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat


gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan dan
penyerapan glukosa melalui tiub visking menggunakan
prosedur yang betul dan bersistematik.

mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan


mengenai menu gizi seimbang secara kreatif, inovatif dan
lengkap.

TEMA/ TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

menyatakan contoh pelbagai komponen dalam biodiversiti dengan


betul.

menerangkan maksud spesies, komuniti, populasi, habitat, ekosistem,


pengeluar, pengguna, dan pengurai dan langkah-langkah pemuliharaan
dan pemeliharaan dengan jelas.

TAJUK 10
BIODIVERSITI

TAJUK 11
SALING BERSANDARAN ANTARA
ORGANISMA HIDUP DAN
PERSEKITARAN

mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai pengelasan


kepelbagaian tumbuhan dan haiwan serta kepentingannya kepada
persekitaran, jenis interaksi antara organisma hidup, rantai makanan,
siratan makanan dan piramid nombor secara meluas.

menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk


mengkaji spesies, habitat, populasi, komuniti dengan saling bersandaran
antara organisma hidup dan persekitaran dalam mewujudkan ekosistem
yang seimbang mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan.

mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat faktorfaktornya yang mempengaruhi proses fotosintesis mengikut prosedur
yang betul dan bersistematik.

mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai


kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran, kebaikan
dan keburukan kawalan biologi dalam pertanian serta kepentingan
proses fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang secara
kreatif, inovatif dan lengkap

TEMA B
MANUSIA DAN KEPELBAGAIAN
BENDA HIDUP

SCIENCE TINGKATAN 2

TEMA/ TAJUK

TEMA C
JIRIM DALAM ALAM

TAJUK 12
AIR DAN LARUTAN

TAJUK 13
TEKANAN UDARA

SCIENCE TINGKATAN 2

BAND

DESKRIPTOR

menyatakan ciri-ciri fizikal air dengan betul.

menerangkan kepentingan air sebagai pelarut universal dan kegunaan


pelarut organik dalam kehidupan dengan jelas.

mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai kaedah pembersihan


dan sistem bekalan air secara meluas.

menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk


mengkaji takat beku dan takat didih air serta kesan bendasing ke atas
ciri fizikal air, komposisi air melalui elektrolisis, perbezaan antara
larutan cair, pekat, tepu, dan bahan terampai, bahan berasid dan
beralkali dan pergerakan zarah udara dan kaitannya dengan tekanan
serta aplikasi dalam kehidupan harian mengikut prosedur yang betul
dengan bimbingan.

mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat proses


penyejatan dan keterlarutan zat terlarut mengikut prosedur yang betul
dan bersistematik.

mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai


pencemaran alam sekitar secara kreatif, inovatif dan lengkap.

TEMA/ TAJUK
TEMA E
DAYA DAN GERAKAN
TAJUK 14
DINAMIK

BAND
1

menyatakan unit daya dengan betul.

menerangkan konsep pengukuran daya dengan jelas.

mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai sistem sokongan


haiwan secara meluas.

menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk


mengkaji daya, kerja, dan kuasa dengan menggunakan rumus, sistem
sokongan haiwan dan system sokongan tumbuhan mengikut prosedur
yang betul dengan bimbingan.

mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat kesan


permukaan terhadap magnitud daya geseran mengikut prosedur yang
betul dan bersistematik.

mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai sistem


sokongan secara kreatif, inovatif dan lengkap

TAJUK 15
SOKONGAN DAN GERAKAN

SCIENCE TINGKATAN 2

DESKRIPTOR

TEMA/ TAJUK

TEMA H
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
DAN INDUSTRI DALAM
MASYARAKAT
TAJUK 16
STABILITI

BAND
1

menyatakan pelbagai objek yang menggunakan prinsip tuas dengan


betul.

menerangkan kedudukan beban, daya, dan fulkrum dengan jelas.

mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai pengelasan tuas


secara meluas.

menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk


mengkaji titik keseimbangan dan momen daya mengikut prosedur yang
betul dengan bimbingan.

mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat luas tapak


dan kedudukan pusat graviti terhadap kestabilan objek mengikut
prosedur yang betul dan bersistematik.

mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai aplikasi


konsep kestabilan atau mesin ringkas secara kreatif, inovatif dan
lengkap.

TAJUK 17
MESIN RINGKAS

SCIENCE TINGKATAN 2

DESKRIPTOR

Anda mungkin juga menyukai