Anda di halaman 1dari 41

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan.
Carraher (1996) mendefinisikan pecahan sebagai suatu nombor atau bukan
nombor yang memiliki

sifat-sifat

yang dapat melakukan operasi tambah, tolak,

darab, dan bahagi. Menurut Carraher, pecahan merupakan suatu nombor yang
berbentuk

(di mana a dan b adalah integer bukan sifar) dengan satu set hukum

dan operasi yang ditakrif dengan lengkap, mematuhi hukum sekutuan dan tukar ganti
bagi operasi tambah, darab, dan aktiviti yang melibatkan operasi identiti. Tambah
Carraher lagi, pecahan sering kali dikatakan sebagai suatu nombor, walau
bagaimanapun,`bahagian' bagi sesuatu pecahan adalah bersifat bukan nombor bulat.
Ini adalah kerana makna

pecahan

perlu difahami bersama-sama dengan

'keseluruhan'-nya.
Sepanjang pemerhatian terhadap penguasaan murid dalam tajuk menambah
nombor bercampur yang berbeza penyebut, saya dapati murid lemah ketika mencari
penyebut yang sama di mana mereka mengambil masa yang lama untuk
menentukan apakah penyebut sama yang paling sesuai. Contohnya murid kelas 5
Cemerlang yang menjadi sampel kajian tindakan saya untuk menjawab soalan
seperti 2

. Murid akan mengambil masa yang lama untuk mencari penyebut

yang sama antara penyebut 3 dan 2 menggunakan menggunakan kaedah mendarab


pada nombor pengangka dan nombor penyebut. Pada keseluruhan murid di dalam
kelas 5 Cemerlang adalah sederhana dalam menguasai pembelajaran semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Kebanyakan mereka
bermotivasi untuk belajar . Hanya sebahagian kecil sahaja yang kurang berminat dan
1

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


sentiasa ketinggalan dalam menyelasaikan latihan penambahan pecahan nombor
bercampur. Berdasarkan 8 soalan yang diberi 31.5% hanya menjawab 2 dan 1
soalan dengan betul, jawapan yang diberi salah

dan tidak dapat menghabiskan

soalan latihan yang diberi.


Saya telah menggunakan kaedah pendaraban untuk mencari pecahan setara
dengan mendarab penyebut dan pengangka dengan nombor yang sama namun
ianya gagal untuk menarik minat murid yang lemah memandangkan mereka tidak
dapat bersaing dengan murid yang cerdas. Masalah inilah yang menjadi pencetus
kepada kajian saya untuk mencari kaedah lain tanpa perlu mendarab nombor
pengangka dan penggenap untuk mencari pecahan setara. Kaedah yang saya akan
gunakan ialah petak sifir 9 X 9.
Menyentuh tentang isu kaedah pengajaran yang digunakan di sekolah, Herlinda
(2008) ada menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu dapat meningkatkan
kefahaman pelajar selain dapat merangsang minat dan sikapnya yang lebih positif
seterusnya boleh mengelak pelajar menjadi bosan dan proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih memuaskan. Aspek yang menarik dalam kaedah ini
kebolehan mencari pecahan setara dengan pantas tanpa perlu mendarab penyebut
dan pengangka. Justeru murid hanya perlu mahir untuk mencari pecahan setara di
dalam satu baris petak sifir secara melintang dan mencari persaamaan antara dua
pecahan yang diberi. Teknik mencari pecahan setara akan ditunjukan di dalam tajuk
seterusnya.. Oleh yang demikian, kajian ini berhasrat dapat membuka minda murid
dan juga guru bahawa terdapat pelbagai penyelesaian dalam penambahan nombor
bercampur yang mempunyai penyebut yang berbeza.

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

1.2 Refleksi Pengalaman Lalu


Saya berpengalaman mengajar hampir 23 tahun dan telah mengajar di 5 buah
sekolah. Sekarang saya mengajar di SK. Seri Manjung, Seri Manjung, Perak. Apa
yang saya dapati kebanyakan murid kurang berminat dengan subjek matematik.
Punca ini berlaku kerana mereka tidak menguasai sifir dan mereka terpaksa
melakukan banyak pengiraan terutama sekali untuk menjawab soalan yang
berbentuk penyelesaian masalah.

Berdasarkan pengalaman saya mengajar mengajar di Tahun 6, kebanyakan


murid masih lemah di dalam tajuk menambah dan menolak pecahan kerana dalam
tajuk ini mereka perlu mencari penyebut yang sama terlebih dahulu sebelum
menambah atau menolak pecahan. Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia,
(2003) Kurikulum KBSR memperkenalkan asas pecahan kepada murid mulai Tahun
Tiga di mana penekanan pada tahap ini ialah mengenali beberapa istilah seperti
'satu keseluruhan', 'separuh', `suku', dan 'tiga suku'. Murid juga
simbol

diperkenalkan

, dalam konteks kehidupan seharian, di samping memberi

penekanan pada sifat asas Pecahan iaitu pembahagian sama dan perkaitan bagi
bahagian keseluruhan.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2004), untuk Tahun Empat, pula

memberi

fokus secara spesifik terhadap konsep pecahan seperti Pecahan Wajar, Pecahan

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


Setara, Penambahan Pecahan, dan Penolakan Pecahan. Pembelajaran berkaitan
Pecahan Wajar dan Pecahan Setara, murid didedahkah dengan kemahiran menama,
menulis, dan membandingkan nilai dua Pecahan Wajar dengan penyebutnya
sehingga bernilai 10. Manakala bagi operasi Penambahan dan Penolakan Pecahan,
mereka diperkenalkan pembelajaran yang menjurus kepada operasi yang melibatkan
dua keadaan, iaitu dua Pecahan Wajar yang sama penyebut dengan pengangka
bernilai 1 atau berbeza dan dua Pecahan Wajar yang berbeza penyebut dengan
pengangka bernilai 1 atau berbeza. Selain itu, operasi tersebut juga dilanjutkan ke
peringkat aplikasi dalam konteks kehidupan manusia.

Melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, (2006) untuk Tahun Lima, kurikulum


matematik KBSR memperkenalkan lima bidang pembelajaran iaitu: Pecahan Tak
Wajar, Nombor Bercampur, Penambahan Pecahan, Penolakan Pecahan, dan
Pendaraban Pecahan. Penekanan pada peringkat ini tertumpu pada Pecahan Tak
Wajar dan Nombor Bercampur, namun saiz penyebut bagi pecahan masih lagi
sehingga bernilai 10. Pendaraban Pecahan pula melibatkan pendaraban antara
Nombor Bulat dengan pecahan dan penyelesaian masalah dalam konteks kehidupan
manusia
Kalau di lihat pada huraian sukatan sepatutnya kes sebegini tidak akan
berlaku kerana tajuk penambahan dan penolakan dalam pecahan bagi sukatan tahun
6 adalah kesinambungan daripada apa yang telah mereka pelajari di tahun 5 di mana
sukatan pelajaran tahun 5 melibatkan penambahan dua nombor bercampur dan
sukatan pelajaran tahun 6 pula penambahan pecahan melibatkan tiga nombor
bercampur.
4

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

Berdasarkan kepada soalan-soalan UPSR tahun lepas, terdapat sekurangkurangnya satu soalan yang melibatkan penambahan pecahan nombor bercampur
penyebut berbeza contohnya UPSR tahun 2009, soalan nombor 9, kertas 015/1 iaitu
manakala pada tahun 2010, soalan nombor 8, kertas 015/1 iaitu

. Mandangkan soalan penambahan dalam pecahan yang melibatkan


nombor bercampur merupakan soalan pilihan sama ada di dalam UPSR mahupun di
dalam peperiksaan pertengahan/akhir tahun mengundang saya untuk membuat
kajian tindakan mengapa murid tidak menguasai dalam Penambahan Nombor
Bercampur Penyebut Berbeza.

Oleh kerana pada tahun ini saya diamanahkan mengajar Tahun 5, saya
menggunakan kesempatan ini untuk mengenalpasti penguasaan murid dalam
menguasai kemahiran penambahan pecahan yang melibatkan penyebut yang
berbeza supaya mereka tidak akan menghadapi masalah ketika melangkah ke
Tahun 6 .

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

2. FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN


Pecahan

merupakan salah satu tajuk yang sering menjadi rungutan

kebanyakan murid. Kesukaran murid mempelajari

dalam tajuk pecahan ini telah

dikenalpasti oleh ramai penyelidik, di antaranya Mack (1990). Beliau bekata,


......many students understanding of fractions is characterized by knowledge of
roleprocedures, which are often incorrect, rather than by the concepts underlying
the procedures.

Oleh itu, sebelum memulakan topik Penambahan Pecahan Nombor


Bercampur Penyebut Berbeza, saya telah memberi 8 soalan penambahan pecahan
wajar yang berbeza penyebut. Tujuan saya adalah untuk menguji pengetahuan sedia
ada murid yang telah dipelajari dalam Tahun 4. Setelah saya menyemak hasil kerja
murid didapati murid tidak dapat menjawab soalan dengan tepat di mana sebilangan
murid memberikan jawapan seperti di bawah.

Murid hanya menyamakan penyebut


sahaja tanpa mengubah nombor
pengangka

Murid hanya menambah pengangka


dan penyebut sahaja.

Rajah 1: Murid melakukan kesalahan dalam penambahan pecahan berbeza


penyebut.
6

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


Hasil daripada semakan saya pada latihan murid menunjukkan murid tidak
menguasai kemahiran dalam pecahan nombor bercampur. Ini bersesuaian dengan
kajian Bruecker (1928),yang menyatakan jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh
pelajar dalam tajuk pecahan ialah tidak memudahkannya (56.25%), tidak
memudahkannya dengan betul(50%), menambah pengangka dengan salah(37.5%),
menambah pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut
(31.25%), tidak memberikan jawapan(25%), tidak ada pecahan setara (25%),tidak
menambah

nombor

bulat

(12.5%),kesilapan

yang

tidak

diketahui

(12.5%),

menambahkan pengangka dengan pengangka dan menggunakan penyebut yang


terbesar bagi penyebut yang sama(12.5%), tidak dapat mencari penyebut yang sama
(6.25%) dan kesilapan mengira (6.25%).

Namun begitu, saya teruskan juga sesi pengajaran saya dengan andaian
kemungkinan murid ini sudah lupa dan tidak mengingati tajuk tersebut. Sesi
pengajaran diteruskan dengan penerangan beberapa langkah dan kaedah dalam
penambahan pecahan nombor bercampur yang berbeza penyebut. Apa yang dapat
saya lihat hasil kerja murid tetap menunjukkan bahawa mereka tidak menguasai
kemahiran tersebut walaupun saya telah menerangkan langkah-langkah yang perlu
mereka lakukan sebelum proses penambahan pecahan nombor bercampur penyebut
berbeza.

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk memilih Penambahan Pecahan


Nombor Bercampur Penyebut Berbeza sebagai fokus kajian saya. Pemilihan fokus

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


ini berdasarkan beberapa masalah yang saya dapati hasil semakan latihan murid di
mana murid menghadapi masaalah untuk mencari pecahan setara menggunakan
kaedah konvensional.

Antara masalah yang dihadapi oleh murid ialah murid mencari penyebut yang
sama dengan melakukan proses pendaraban antara penyebut.

Murid mendarab antara


penyebut untuk mendapat
penyebut sama

Rajah 2: Murid mendarab antara penyebut untuk mendapatkan penyebut yang


sama.

Berdasarkan

jawapan

yang

diberikan

di

atas

menunjukkan

murid

mendarabkan antara penyebut dengan penyebut. Ini akan menghasilkan penyebut


yang besar dan apabila proses penambahan berlaku dan jawapan yang diberikan
juga mempunyai nilai yang besar dan menyebabkan murid sukar untuk memberi
jawapan dalam bentuk termudah. Ini membuktikan murid tersebut sukar untuk
mencari penyebut yang sama untuk kemahiran penambahan pecahan

yang

penyebutnya berbeza.

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


Masalah kedua ialah murid menukarkan pecahan nombor bercampur kepada
pecahan tidak wajar sebelum proses penambahan dilakukan.

Menukarkan pecahan nombor


bercampur kepada pecahan
tak wajar dan hasil tambah
yang terbentuk adalah besar

Rajah 3: Murid menukarkan pecahan nombor bercampur kepada pecahan tidak


wajar sebelum mendapatkan penyebut yang sama.

Apabila proses penambahan dilakukan

hasil tambah yang terhasil

akan

menjadi lebih besar dan murid pula tidak menukarkan pecahan tak wajar kepada
pecahan nombor bercampur semula. Pada pendapat saya, mungkin murid keliru
kerana sebelum tajuk penambahan pecahan nombor bercampur berbeza penyebut
diajar, murid mempelajari penukaran pecahan nombor bercampur kepada pecahan
tidak wajar.

Masalah ketiga ialah murid menyamakan penyebut dengan melakukan proses


pendaraban pada penyebut, tetapi murid tidak mendarab nombor yang sama pada
pengangka. Ini dapat dilihat pada rajah di bawah.

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


Murid tidak
membuat perubahan
pada pengangka.

Rajah 4: Murid menyamakan penyebut tanpa membuat perubahan pada


pengangka.
Berdasarkan masalah penguasaan yang dihadapi oleh murid mengundang saya
untuk mencari kaedah alternatif lain untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya situasi
ini dipandang ringan, maka

akan bertambah jumlah murid yang akan keciciran

dalam bidang matematik. Oleh itu anggapan murid tentang matematik adalah subjek
yang membosankan, sukar dan hanya sesuai untuk murid yang pandai haruslah
ditangkis.

Sehubungan dengan itu, kajian ini memfokuskan kaedah alternatif lain iaitu
menggunakan petak sifir 9 X 9 yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah dan
menambah pengetahuan murid serta membantu murid yang lemah yang tidak boleh
menggunakan kaedah konvensional untuk menyelesaikan penambahan pecahan
nombor bercampur penyebut berbeza. Kaedah ini amat sesuai untuk murid yang
lemah memandangkan mereka kurang menguasai dan mengingati sifir yang sesuai
sebelum mendarab dengan penyebut dan pengangka untuk mendapat pecahan

10

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


setara.sebelum proses penambahan dilakukan. Pengajaran menggunakan petak sifir
dapat dilihat pada Pengajaran 2 di bawah tajuk Perancangan Tindakan.
Oleh itu, kajian tentang penggunaan petak sifir 9 X 9 digunakan untuk menguji
tahap peningkatan prestasi dan minat murid dalam menyelesaikan penambahan
pecahan nombor bercampur penyebut berbeza.

Rasional teknik ini dipilih berdasarkan faedah dan kepentingan yang akan
diperoleh oleh murid selepas teknik ini digunakan.

Petak sifir 9 X 9 sesuai

digunakan untuk murid yang kurang mahir menguasai konsep penambahan pecahan
yang berbeza penyebut kerana:

murid tidak perlu menghafal sifir untuk mencari penyebut yang sesuai.
Contohnya

. Murid yang kurang mahir sifir akan mengambil

masa unrtuk mencari penyebut yang sama antara

3 dan 5.

Menggunakan petak sifir 9 X 9, murid hanya perlu melihat petak sifir 1


dan 3 dan 1 dan 5 sahaja seperti pada rajah.

12

15

pengangka

penyebut

10

15

Rajah 5: Cara membaca petak sifir untuk mencari pecahan setara.


.

11

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


Berdasarkan sifir di atas kita dapat melihat dengan jelas bahawa
adalah sama dengan

Sebelum

murid

mempelajari

penambahan

nombor

bercampur, murid telah mempelajari penukaran Nombor Bercampur


kepada Pecahan Tak Wajar dan sebaliknya. Penggunaan petak sifir 9
X 9 boleh mengelak murid daripada melakukan penukaran nombor
bercampur sebelum melakukan operasi penambahan. Jika ini berlaku
akan menyukarkan murid untuk menukarkan kepada pecahan nombor
bercampur sebagai jawapan terakhir.

Mengelakkan

murid

mendarab

penyebut

dengan

penyebut kerana akan menghasilkan penyebut sama yang lebih besar


nilainya

dan seterusnya menyukarkan murid menukarkan pecahan

dalam sebutan terendah. Contohnya

. Murid akan

mendarab 5 X 10 dan 10 X 5, maka akan terhasil

Justeru itu dengan menggunakan petak sifir 9 X 9 akan membantu murid yang
lemah penguasaan supaya dapat meningkatkan kemahiran mereka di dalam
kemahiran penambahan pecahan nombor bercampur yang mempunyai penyebut
yang berbeza.

12

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


Keberkesanan kaedah petak sifir 9 X 9 juga selari dengan teori yang
dikemukakan oleh Skemp (1971), yang menyatakan untuk mempelajari matematik,
murid haruslah mempunyai kebolehan membina idea-idea yang abstrak. Jadi kaedah
ini adalah mengubah cara iaitu daripada bentuk hafalan untuk mencari pecahan
sama penyebut kepada bentuk pembinaan nombor pecahan daripada petak sifir yang
akan memudahkan lagi murid menguasai kemahiran penambahan pecahan nombor
bercampur penyebut berbeza.

13

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

3. OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN


Kajian

ini

dijalankan

untuk

menambahbaik

amalan

pengajaran

dan

pembelajaran berkaitan tajuk Penambahan Pecahan Nombor Bercampur Yang


Berbeza Penyebut Tahun 5 serta membantu 12 orang murid Tahun 5 Cemerlang
yang lemah dalam menguasai kemahiran penambahan pecahan nombor
bercampur berbeza penyebut melalui penggunaan petak sifir 9 X 9 .

3.2 Objektif Khusus

Menentukan sama ada kaedah penggunaan petak sifir 9 X 9 dapat


meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 5 yang lemah dalam tajuk
Penambahan Pecahan Nombor Bercampur yang berbeza Penyebut

Meningkatkan minat murid Tahun 5 yang lemah terhadap pelajaran matematik


dalam penguasaan Penambahan Pecahan Nombor Bercampur yang berbeza
Penyebut menggunakan petak sifir 9 X 9

3.3 Soalan Kajian

Sejauh manakah penggunaan petak sifir 9 X 9 berjaya meningkatkan


prestasi murid Tahun 5 yang lemah menjawab soalan berkaitan
Penambahan Pecahan Nombor Bercampur Berbeza Penyebut?

Adakah penggunaan petak sifir 9 X 9 dapat merangsang minat murid


Tahun 5 yang lemah untuk menguasai tajuk Penambahan Pecahan
Nombor Bercampur Berbeza Penyebut?

14

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

4. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran dalam kajian saya merupakan murid-murid Tahun 5
Cemerlang.. Murid di kelas cemerlang terdiri daripada 38 orang dan setelah
dikenalpasti murid yang terlibat di dalam kajian saya seramai 12 orang. Pemilihan
mereka berdasarkan hasil latihan yang saya beri sebanyak 8 soalan merujuk kepada
tajuk yang saya kaji.
Berdasarkan latihan itu seramai 12 orang murid yang tidak dapat menguasai
kemahiran tersebut yang terdiri daripada 7 murid perempuan dan 5 murid lelaki.

Jadual 1 menunjukkan bilangan murid yang menjawab soalan betul dan respondan
kajian
Bil.Soalan
Betul

Tidak
siap

Bil. Murid

Selain itu,6 orang daripada mereka gagal dalam

peperiksaan akhir

tahun Tahun 4 dan 6 murid lagi mendapat markah antara 40% hingga 45%. Mereka
adalah murid yang pasif dan kurang memberi respon ketika sesi pengajaran
dijalankan. Pemilihan mereka berdasarkan latihan-latihan yang diberikan di mana
mereka tidak yakin untuk menjawab soalan yang diberikan. Di samping itu juga sikap
mereka yang pasif sukar untuk kita mengetahui adakah pengajaran yang
disampaikan itu difahami atau pun tidak.

15

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

5. CADANGAN TINDAKAN
5.1 Perancangan Tindakan.
Kajian ini memerlukan beberapa langkah untuk menguji kaedah kajian. Model
kaedah gelungan tindakan berdasarkan idea Kurt Lewin, kemmis & Mc Tanggart
telah digunakan untuk menjalankan kajian ini. Mereka memperkenalkan 4 elemen
penting dalam model mereka iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.

5.1.1 Proses Kajian Tindakan.

Jadual 2 menunjukkan prosedur tindakan yang akan dijalankan.


Tindakan

Tujuan

1. Pemerhatian dan analisis hasil Mengenalpasti masalah pelajar dalam


pelajar

tajuk penambahan pecahan nombor


bercampur berbeza penyebut.

2.Pra Ujian

Mengenalpasti tahap pencapaian murid


sebelum kaedah rawatan diberikan.

1. Rancangan pengajaran 1

Memperkenalkan pembinaan sifir di


dalam petak sifir dan mencari pecahan
setara.
-melengkapkan petak sifir 9X9
-membina petak dan melengkapkan
petak sifir 9x9.

16

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

-Mencari pecahan setara


menggunakan petak sifir.
contoh: dan

Rujuk halaman 19.


2. Rancangan pengajaran 2

Memperkenalkan kaedah penambahan


pecahan nombor bercampur penyebut
berbeza.
-membina petak sifir 9x9
-Menjawab soalan penambahan
pecahan nombor bercampur berbeza
penyebut menggunakan
Petak sifir

9 X 9.

-contoh

Rujuk halaman 23
3. Rancangan pengajaran 3

Memperkenalkan kaedah penambahan


pecahan nombor bercampur dengan
penyebut berbeza.
-membina petak sifir 9x9
-menjawab soalan penambahan
pecahan nombor bercampur berbeza
penyebut.
-contoh :

-Rujuk halaman 26

17

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


4. Rancangan pengajaran 4

Memperkenalkan kaedah penambahan


pecahan nombor bercampur dengan
penyebut berbeza.
-Permainan Mencari Abjad
-contoh:
Rujuk halaman 26

5. Ujian Pos

Memberi soalan yang sama dengan


soalan ujian pra dengan memberi
tempoh masa 30 minit.Ia bertujuan
untuk melihat keberkesanan

kajian

dengan kaedah yang diperkenalkan.

6. Temu bual

Mendapatkan

maklum balas tentang

penggunaan

petak

penambahan

sifir

pecahan

dalam
nombor

bercampur yang telah diperkenalkan


kepada murid.

7. Soal selidik

Mengenalpasti perubahan minat dalam


menjawab

soalan

pecahan

nombor

berbeza

penyebut

penambahan

bercampur
selepas

yang
kaedah

penggunaan petak sifir diperkenalkan.

18

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

5.1.2 Pengajaran Menggunakan Petak Sifir dalam Penambahan


Pecahan Nombor Bercampur Penyebut Berbeza.

5.1.2.1 Pengajaran 1: Membina Petak Sifir 9 X 9


Saya akan menyediakan petak sifir 9 X 9 yang kosong dan menyuruh murid
melangkapkan petak sifir tersebut dengan pantas. Kaedah penggunaan petak sifir 9
X 9 melibat 81 buah petak.Lajur pertama adalah untuk sifir 1, lajur dua untuk sifir 2
dan seterusnya hingga lajur yang ke sembilan untuk sifir 9.

Rajah 6: Petak sifir 9 X 9

Bagaimana membina Petak sifir 9 x 9


1. Murid diarahkan untuk mengisi nombor satu hingga sembilan pada petak sifir
berkenaan secara mendatar dan menegak.
2. Kemudian murid diminta memenuhkan nombor dipetak sembilan dengan menulis
nombor lapan dan menurun ke bawah.

19

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


1

2
3
4
5
6
7
8
9

1
2

18

27

36

45

54

63

72

18

27

36

45

54

63

72

81

Rajah 7: Cara melengkapkan petak sifir 9 X 9


3. Kemudian murid diminta memenuhkan nombor dipetak sembilan dengan menulis
nombor lapan dan menurun ke bawah.

20

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


4. Kemudian mengisi pula nombor lapan dan menaik ke atas.Jadi lengkaplah sifir
sembilan dan murid dikehendaki menyalin nombor ini secara mendatar pada
petak nombor Sembilan.

5. Kemudian murid boleh memenuhkan nombor di dalam petak nombor dua secara
menegak ke bawah iaitu dengan menambahkan dua kepada semua nombor yang
berturutan dan menyalinkannya secara mendatar pada petak nombor dua.

6. Seterusnya murid pula diminta memenuhkan nombor pada petak nombor tiga
secara menegak dengan menambahkan tiga kepada semua nombor berturutan
itu dan menyalinkan secara mendatar pada petak nombor tiga.

7. Jadi, begitulah seterusnya murid boleh memenuhkan semua petak-petak yang


lain dengan menambahkan dengan nombor yang mula pada petak-petak
berkenaan sehingga semua petak itu dipenuhkan dari satu hingga sembilan
seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah :

21

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


Setiap petak secara menegak mewakili sifir 1 hingga 9

Setiap petak
secara
melintang
mewakili
sifir
1 hingga 9

10

12

14

16

18

12

15

18

21

24

27

12

16

20

24

28

32

36

10

15

20

25

30

35

40

45

12

18

24

30

36

42

48

54

14

21

28

35

42

49

56

63

16

24

32

40

48

56

64

72

18

27

36

45

54

63

72

81

Rajah 8: Petak sifir 9 X 9yang lengkap.

8. Apabila petak sifir ini sudah lengkap saya akan menerangkan pula bagaimana
caranya membaca dan menggunakan petak sifir tersebut.

Sesi pengajaran ini berlangsung selama 30 minit. Murid akan membina sifir
berulang kali ( tiga kali ) dan kali ketiga tanpa disediakan petak kosong dan murid
membina

petak

dan melengkapkannya. Rancangan pengajaran seperti di

lampiran A

22

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

5.1.2.2 Pengajaran 2: Menjawab soalan penambahan pecahan


menggunakan Petak sifir 9 X 9.
Sesi ini merupakan sesi di mana murid akan diberi latihan kemahiran
menambah pecahan nombor bercampur menggunakan petak sifir 9 X 9. Sesi
pelajaran berlangsunng selama 30 minit. Rancangan pengajaran seperti pada
lampiran B.
Sebagai contoh : 1

+ 2

1. Perkenalkan kepada bahawa petak 1 pada lalur pertama merupakan bentuk


soalan yang diberi. Contohnya

. Kita akan lihat kedudukan nombor 5 dan

6 pada lajur pertama dan lihat nombor berikutnya pada di baris yang sama
tetapi pada lajur ke dua,tiga dan seterusnya. Maka akan dapat

begitu juga dengan

23

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

Mewakili
pecahan

10

12

14

16

18

12

15

18

21

24

27

12

16

20

24

28

32

36

10

15

20

25

30

35

40

45

12

18

24

30

36

42

48

54

14

21

28

35

42

49

56

63

16

24

32

40

48

56

64

72

18

27

36

45

54

63

72

81

dan

Rajah 9: Cara membaca pecahan setara


menggunakan Petak sifir 9 X 9.

2. Langkah seterusnya ialah menjumlah nombor bulat dengan nombor bulat dan
pengangka dengan pengangka dan penyebutnya tetap sama.

24

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


3. Contoh soalan ;

+ 2

=1

+ 2

=1+ 2+
=3

Oleh kerana 9 lebih daripada 6sebanyak 1 kali,


maka, tambah pada 3 dan 9 - 6 akan
menghasilkan

+1

=3

96

=3
=3

rujuk pada petak sifir untuk mendapatkan


pecahan dalam sebutan terendah

Pecahan dalam sebutan terendah pula boleh diperolehi dengan melihat nombor pada
di lajur yang sama dan lihat nombor itu di dalam lajur pertama pada baris melintang
yang sama.

25

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

5.1.2.3 Pengajaran 3 : Menjawab soalan penambahan pecahan


menggunakan Petak sifir 9 X 9
Sesi pengajaran ini merupakan pengukuhan daripada pengajaran 2. Saya akan
meneruskan aktiviti dengan memberi latihan sambil mengingatkan murid-murid
supaya mencari penyebut yang sama terlebih dahulu menggunakan petak sifir
9 X 9 sebelum membuat penambahan dan memastikan jawapan akhir adalah dalam
sebutan terendah. Aktiviti ini dijalankan secara individu selama 30 minit.Latihan
pengukuhan sepeti pada Lampiran C.
1. Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi 5 soalan
2. Murid menjawab soalan dalam tempoh 20 minit.
3. Guru akan menyemak jawapan bersama murid.

5.1.2.4 Pengajaran 4: Permainan Mencari Abjad


Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan di mana murid akan menjawab
soalan penambahan nombor bercampur berbeza penyebut dan memadankan
jawapan dengan huruf yang diberi yang akan membentuk perkataan dan seterusnya
membentuk ayat kata-kata slogan. Aktiviti ini dijalankan dalam tempoh 30 minit
yang terdiri daripada 20 soalan. Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk menguji
kefahaman murid di samping membina keseronokan terhadap tajuk kajian. Aktiviti ini
akan menarik minat murid di samping mewujudkan sikap saling bantu membantu dan
bertoleransi.Soalan seperti pada lampiran F.

26

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

5.2 CARA PENGUMPULAN DATA


Cara Pengumpulan dan Analisis Data.
Bahagian ini menerangkan cara pengumpulan data bagi menjawab soalan kajian.
Data yang telah digunakan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Selain
itu,bab ini juga menerangkan tentang wajaran markah untuk setiap soalan yang
dijawab oleh murid.

5.2.1 Ujian Pra dan Ujian Pos.


Ujian pra dan ujian pos akan dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah
penggunaan petak sifir dalam meningkatkan pencapaian penyelesaian penambahan
pecahan nombor bercampur berbeza penyebut. Ujian pra akan dijalankan sebelum
kaedah penggunaan petak sifir dan ujian pos pula akan dijalankan selepas kaedah
penggunaan petak sifir dalam menyelesaikan penambahan pecahan nombor
bercampur berbeza penyebut ke atas murid sasaran. Soalan ujian yang akan
diberikan berbentuk struktur dan terhad kepada penambahan pecahan nombor
bercampur berbeza penyebut yang melibatkan pengumpulan semula.
Soalan yang akan diberikan mengandungi 10 soalan yang yang perlu dijawab
dalam masa 30 minit. Markah yang diperuntukan untuk setiap satu ialah satu
markah dan jika jawapan yang diberikan salah atau ditinggalkan kosong, tiada
markah yang diberikan. Setiap jawapan akan dinilai oleh saya sendiri dan ketua
panitia Matematik sekolah. Markah murid akan dianalisis menggunakan perbezaan
peratusan markah. Soalan ujian pra dan pos seperti di lampiran G.
27

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

5.2.2 Soal Selidik.


Soal selidik yang akan dibina berdasarkan soalan kajian untuk menjawab tahap
peningkatan minat murid terhadap penambahan pecahan nombor bercampur
berbeza penyebut selepas penggunaan petak sifir diperkenalkan. Skala

ukuran

Dichotomous akan digunakan bagi menjawab 10 item dalam soal selidik. Soal
selidik yang diedarkan akan dianalisis dengan menggunakan statistik mudah iaitu
peratus. Borang soal selidik seperti di lampiran H.

5.2.3 Temu Bual


Temu bual berstruktur yang akan dijalankan bagi menyokong dapatan soal selidik
iaitu peningkatan minat murid terhadap penambahan pecahan nombor bercampur
berbeza penyebut menggunakan petak sifir 9 x 9. Temu bual akan dijalankan
dengan memilih 4 murid yang berbeza pencapaian iaitu pencapaian markah
tertinggi, terendah dan 2 murid yang dapat markah sederhana berdasarkan ujian
post yang akan dijalankan. Temu bual akan dirakam melalui rakaman suara dan
ditaip kembali dalam bentuk transkrip. Soalan temu bual seperti lampiran I

5.2.4 Pemerhatian
Pemerhatian akan dijalankan sepanjang sesi pengajaran bersama seorang guru
lain. Borang senarai semak diberikan kepada guru itu untuk memudahkan menilai
tahap pencapaian dan minat murid dalam penambahan pecahan nombor bercampur

28

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


berbeza penyebut menggunakan petak sifir. Borang senarai semak seperti di
lampiran J.

5.2.5 Analisa Dokumen (Lembaran Kerja)


Lembaran kerja akan diberikan kepada murid untuk menilai peningkatan prestasi
murid dalam penambahan nombor bercampur berbeza penyebut. Sepanjang sesi
pengajaran 3 lembaran kerja diberikan berdasarkan kemahiran penambahan
pecahan nombor bercampur berbeza penyebut menggunakan petak sifir 9 x 9.
Analisis dilakukan dengan membandingkan peningkatan prestasi hasil setiap 3
lembaran kerja. Instrumen lembaran kerja seperti lampiran C,D,F

29

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

SOALAN KAJIAN
1. Sejauh manakah
penggunaan petak sifir

CARA

CARA

MENGUMPUL

MENGANALISIS

DATA

DATA

Ujian pra dan ujian

-Data

yang

akan

dikumpul

pos

daripada ujian akan dianalisis

9 X 9 berjaya

dengan membanding beza min

meningkatkan prestasi

atau purata ujian pra dan ujian

murid menjawab soalan

pos. Markah akan direkod dan

berkaitan penambahan

akan dilampirkan dalam bentuk

pecahan yang berbeza

grafik mengunakan graf.

penyebut?

Analisis Dokumen

-Rekod markah murid akan

-Lembaran

dilihat untuk melihat

kerja

peningkatan murid
menggunakan kaedah kajian
berdasarkan jumlah soalan
yang dapat dijawab dengan
betul.

-Pemerhatian.

-Senarai semak yang telah

(senarai semak)

dilakukan oleh guru dianalisis


untuk mengenalpasti
perkembangan pencapaian dan
tingkah laku murid.

2. Adakah

penggunaan Pemerhatian

-Senarai

semak

yang

akan

petak sifir 9 X 9 dapat

dilakukan

oleh

guru

akan

membantu merangsang

dianalisis untuk mengenlpasti

minat

perkembangan

murid

menguasai
Penambahan

untuk

kemahiran

minat

dan

tingkah laku murid.

Pecahan
30

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


Nombor Bercampur yang Soal selidik

-Data yang akan dikumpul akan

berbeza penyebut?

dianalisis menggunakan
peratus.Peratus yang diperoleh
akan dianalisis untuk
menjawab soalan kajian.

Temu bual

Data yang akan dikumpulkan


akan ditranskrip untuk
dianalisis untuk menjawab
soalan kajian.

Jadual 3: Cara pengumpulan data

31

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

5.3 Cara Menganalisa Data


Untuk Perancangan menganalisa data saya akan membuat perkaitan antara
cara menganalisis data dan soalan kajian yang digunakan seperti pada jadual 3.

5.3.1 Analisis berkaitan soalan kajian 1


Sejauh manakah penggunaan petak sifir 9 X 9 berjaya
meningkatkan prestasi murid Tahun 5 yang lemah menjawab
soalan berkaitan Penambahan Pecahan Nombor Bercampur
Berbeza Penyebut?

5.3.1.1

Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pos.

Saya akan menjalankan ujian pra ke atas murid

untuk mendapat

maklumat tentang pengetahuan murid yang sedia ada sebelum saya menjalankan
kajian. Selepas kaedah penggunaan petak sifir 9 X 9 digunakan dalam kajian, saya
akan menjalankan ujian pos ke atas murid. Markah yang diperolehi akan
diinterprestasikan ke dalam bentuk data kemudian dianalisis untuk melihat tahap
pencapaian murid. Markah murid akan diisi di dalam jadual 4 di bawah.

32

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


Jadual 4: Data Analisis Markah Ujian Pra dan Ujian Pos.
NO.

RESPONDEN

SKOR (%)
UJIAN PRA
UJIAN POS

PERBEZAAN

JUMLAH SKOR
MIN SKOR

Tahap pencapaian murid dalam ujian pra dan pos juga akan dianalisa menggunakan
gred markah seperti yang telah ditetapkan di sekolah. Gred markah murid akan
dianalisis seperti dalam jadual 5.

Jadual 4: Analisis gred ujian pra dan ujian pos.


GRED

MARKAH

UJIAN PRA
JUMLAH
MURID

80-100

60-79

40-59

20-39

0-29

UJIAN POS
JUMLAH
MURID

PERBE ZAAN
JUMLAH
MURID

JUMLAH

33

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

Melalui kaedah analisis data di atas, dapat dibuktikan kaedah penggunaan


petak sifir 9 X 9 dalam penambahan nombor bercampur yang berbeza penyebut
berkesan atau tidak.

5.3.1.2 Analisis Data Dokumen( lembaran kerja)


Lembaran kerja akan diberikan kepada murid untuk menilai perkembangan
kefahaman murid tentang penambahan pecahan nombor bercampur berbeza
penyebut menggunakan petak sifir 9 X 9. Lembaran kerja akan diberikan dalam
setiap pengajaran bertujuan untuk melihat murid memahami konsep penambahan
pecahan nombor bercampur berbeza penyebut dengan lebih baik. Perubahan setiap
markah dalam setiap lembaran kerja akan dicatat dan dianalisis seperti dalam
jadual 6.

Jadual 6: Peratus markah responden


Responden

Lembaran

Lembaran

Lembaran

Kerja 1(%)

Kerja 2(%)

Kerja 3(%)

A
B
C

34

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

5.3.1.3

Analisis Data Pemerhatian ( Senarai Semak)

Analisis data pemerhatian murid akan dicatat dan direkod semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Melalui catatan ini kajian akan dibuktikan
melalui tingkahlaku murid semasa mereka menjawab soalan dengan bersungguhsungguh menggunakan bahan kajian serta melihat keyakinan murid ketika menjawab
soalan. Pemerhatian akan dilakukan selama 3 hari dan borang pemerhatian akan
diberikan

kepada

guru

lain

untuk

menilai

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.Borang pemerhatian seperti dalam lampiran I

35

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

5.3.2 Analisis Soalan Kajian 2


Adakah penggunaan petak sifir 9 X 9 dapat merangsang minat
murid

Tahun

yang

lemah

untuk

menguasai

tajuk

Penambahan Pecahan Nombor Bercampur Berbeza Penyebut?

Data yang akan diambil untuk menjawab soalan kajian ialah pemerhatian, soal selidik
dan temubual.

5.3.2.1 Analisis Data Pemerhatian


Pemerhatian mengenai tindakbalas serta tingkah laku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran penambahan pecahan nombor bercampur berbeza
penyebut menggunakan petak sifir 9 X 9 akan dilakukan untuk mengukur minat serta
penglibatan aktif murid sepanjang pembelajaran. Borang pemerhatian seperti pada
lampiran..akan disediakan dan melalui instrument tersebut saya akan membuat
analisis mengenai minat murid dalam menyelesaikan penambahan pecahan nombor
bercampur berbeza penyebut melalui penggunaan petak sifir 9 X 9.

5.3.2 .2 Analisis Data Temubual


Selepas diperkenalkan penggunaan petak sifir 9 X 9 dalam penambahan
pecahan nombor bercampur berbeza penyebut, temu bual akan dijalankan untuk

36

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)


mengenlpasti perasaan responden dan persepsi mereka tentang penggunaan petak
sifir 9 X 9 di samping untuk menilai minat mereka tentang penggunaan petak sifir
9 X 9 dalam penambahan pecahan nombor bercampur berbeza penyebut. Temu bual
akan dijalankan selepas soal selidik diberikan kepada responden.Ini bertujuan untuk
mencari triangulasi bagi soalan kajian. Soalan temu bual pada lampiran H

5.3.2.3

Analisis Soal Selidik.

Soal selidik akan dijalankan ke atas responden untuk menilai sejauh mana
minat murid

dalam menyelesaikan penambahan pecahan nombor bercampur

berbeza penyebut menggunakan petak sifir 9 X 9. Soal selidik akan saya analisis
seperti jadual 7

Jadual 7: Analisis soal selidik


BIL

SOALAN

SETUJU
FREKUENSI

TIDAK SETUJU
%

FREKUENSI

37

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan


5.4.1 Jadual Pelaksanaan

38

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

5.4.2
No

Anggaran Kos Kajian


Nama Bahan

Kertas A4

Kuantiti X Kos
( perunit )
1 X RM 12.00

Jumlah
keseluruhan
RM 12.00

Printer Cartridge

1 X RM 20.00

RM 20.00

Pen Marker

3 X RM 3.90

RM 11.70

Fail

2 X RM 3.50

RM 7.00

Buku Catatan Guru

1 X RM 3.00

RM 3.00

Photostart Bahan

RM 30.00

JUMLAH

RM 83.70

39

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

Rujukan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,Kementerian Pelajaran
Malaysia.(2008).Manual Kajian Tindakan.Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan kementerian Pelajaran Malaysia.
Betty Chiew Mee Hui.(2011). Pengenalan Fraction Computer dalam membantu
murid tahun 5 menguasai pecahan yang berbeza penyebut.Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP amb.Januari 2008),Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL Tahun 2011,ms 70-83
Kementerian Pendidikan Malaysia (2006), Huraian sukatan pelajaran matematik
tahun 5. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Kuala Lumpur.
Mohamad Khairuddin Bin Yahya, Marzita Binti Puteh,Santhi Periasamy.(2006)
Mathematics teachers guidebook year 5, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Mook Song Sang.(2004).A Primary Education Course In Mathematics for Post
Graduate Diploma.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn Bhd,
Mook Song Sang.(1996).Pengajian matematik untuk diploma perguruan. Kuala
Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn Bhd,
Dar Sukayati M.Pd(2003) Pecahan .Department pendidikan Nasional Direktorat
Jenderal Pendidikan Dasar dan menengah Pusat pengembangan penataran
guru(PPPG)matematika Yogyakarta.(atas talian)
http://p4tkmatematika.org/downloads/sd/Pecahan.pdf ( 22 Mac 2012)
Safinaz Bt. M.Annuar,Nellie Gan Hong Suan & Oon Boey Lay .2000.

Satu tinjauan kesilapan murid dalam penyelesaian masalah


operasi bahagi di dua buah sekolah.(atas talian)
http://mptkl.tripod.com/rnd/tajuk00_1.htm (6 Februari 2012)
Tengku Zawawi Tengku Zainal,Ramlee Mustapha,Abdul Razak Habib.(2006).
Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru matematik bagi
tajuk pecahan: kajian kes di sekolah rendah.(atas talian)
http://journalarticle.ukm.my/214/1/1.pdf (15 Februari 2012)
Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil.Keberkesanan kaedah
petak sifir dalam penguasaan fakta asas darab dalam Matematik
Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. (atas talian)
http://eprints.utm.my/11928/1/Keberkesanan_Kaedah_Petak_Sifir_Dalam
_Penguasaan_Fakta_Asas_Darab_Dalam_Matematik_Tahun_4.pdf
(6 Februari 2012)
40

Contoh Proposal Penyelidkan Tindakan (1)

Lampiran

41

Anda mungkin juga menyukai